keperluan undang undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

21

Upload: skyjamil

Post on 27-Jun-2015

3.594 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

simple information

TRANSCRIPT

Page 1: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia
Page 2: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Undang- undang pentadbiran adalah sebahagian daripada undang- undang awam. Undang- undang awam merujuk kepada undang- undang yang mengawal hubungan antara individu dan negara. Ia terbahagi kepada undang- undang jenayah, perlembagaan, industri, dan pentadbiran. Undang- undang pentadbiran dikhususkan kepada pentadbiran dan perlaksanaan kuasa eksekutif dalam menjalankan pentadbiran negara. (Prof. Aziah Mohammad Awal. 2002.12).

Page 3: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia
Page 4: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Undang- undang pentadbiran atau administrative law ialah undang- undang berkaitan dengan organisasi, kuasa, dan kewajipan pihak berkuasa pentadbiran. . ( Prof. Madya Abdul Samat Musa. 2002.349)

 Jelasnya undang- undang pentadbiran akan memastikan bahawa kuasa- kuasa awam akan membuat sebarang tindakan atau keputusan mengikut undang- undang. Ia juga memperkenalkan tanggungjawab kuasa- kuasa awam dilaksanakan selaras dengan undang- undang di samping melindungi penglibatan orang- orang awam dalam membuat keputusan. ( Prof. Madya Abdul Samat Musa. 2002.350).

Page 5: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Undang- undang pentadbiran adalah penting bagi orang awam kerana melaluinya mereka boleh membuat tuntutan ganti rugi kerana kesalahan- kesalahan yang dilakukan oleh mana- mana pegawai kerajaan atau birokrasi- birokrasi yang berkuasa.

semakan kehakiman akan dibincangkan seiring kerana ia berfungsi untuk menyemak serta mempertimbangkan tindakan- tindakan badan kerajaan bagi memastikan samada ia dilaksanakan mengikut undang- undang atau menyalahi undang- undang. (ultra vires). ( Prof. Madya Abdul Samat Musa. 2002.350)

Page 6: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Kajian semula kehakiman adalah suatu unsur penting dalam undang- undang pentadbiran kerana ia merupakan saluran yang digunakan oleh undang- undang dan mahkamah untuk menyemak segala kerja- kerja pentadbiran.

semakan pula menjurus kepada persoalan tindakan yang dilaksanakan oleh mana- mana badan pentadbiran. ( Prof. Madya Abdul Samat Musa. 2002.350)

Page 7: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia
Page 8: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Perlembagaan Persekutuan Statut- statut dan perundangan- perundangan kecil.

Kes- kes yang berkaitan Konvensyen- konvensyen Arahan- arahan kementerian Surat- surat pekeliling berkenaan pentadbiran

Page 9: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Perihal perkhidmatan awam dan anggotanya telah disebut dalam Perlembagaan Persekutuan melalui bahagian 10 Perkara 132 sehingga Perkara 148. (Perlembagaan Persekutuan. 2008. 180).

Misalnya, Perkara 135 (2) berkenaan tiada seorang anggota mana- mana perkhidmatan yang tersebut di atas itu boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat dengan tidak diberi peluang yang munasabah untuk didengar. . ( Prof. Madya Abdul Samat Musa. 2002.351).

Page 10: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Sebagai contoh, undang- undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mana- mana suruhanjaya yang ditubuhkan bagi mentadbir hal- ehwal perkhidmatan awam. Ia merujuk kepada seksyen 18 Akta Acara Kewangan (Akta 61) yang member kuasa kepada mana- mana suruhanjaya mengenakan surcharge kepada seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kehilangan orang awam. (Ahmad Ibrahim. 2007. 224)

Page 11: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Contohnya kuasa yang diberikan oleh Parlimen kepada menteri atau pihak berkuasa tempatan. . ( Prof. Madya Abdul Samat Musa. 2002.355).

Menurut seksyen 3 Akta Tafsiran 1967 (Akta 388) perundangan kecil didefinisikan sebagai:

“apa- apa perisytiharan, kaedah, peraturan, perintah, pemberitahuan, perundangan kecil atau suratan lain yang diperbuat mengikut mana- mana ordinan, enakmen, atau kuasa sah yang lainnya dan mempunyai kuatkuasa perundangan”.

Page 12: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Dalam kes Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur lwn Sri Lempah Enterprise Sdn. Bhd (1979) 1 MLJ 135. Hakim Raja Azlan menegaskan bahawa setiap kuasa perundangan mesti tertakluk kepada undang- undang untuk mengelakkan sebarang kuasa pemerintahan yang diktator. . ( Prof. Madya Abdul Samat Musa. 2002.354).

Dalam kes Surinder Singh Kanda lwn. Government of the Federation (1962) MLJ. 169.

Had bidang kuasa budi bicara sesuatu kementerian kerajaan telah dibincangkan dalam kes Merdeka University berhad lwn. Kerajaan Malaysia (1981) 2 MLJ. Hlm.356

Page 13: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Perkara 55(1) menyatakan bahawa jemaah menteri adalah tanggungjawab kolektif dalam Parlimen. Perkara 43 (2)(a) berkenaan menteri- menteri lain dalam cabinet adlah dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri dan mereka mestilah samada ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara. (Kemayan, Fakulti undang- undang, UKM, Bangi)

Page 14: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Kuasa dan tanggungjawab yang diberikan kepada mana- mana kementerian lazimnya dijalankan oleh para pegawai yang bertanggungjawab dibawah kementerian berkenaan. Justeru itu, tindakan pegawai kerajaan berkenaan dianggap sebagai mewakili kementeriannya.

Malah kementerian berkenaan juga mesti membela pegawai tersebut jika mereka bertindak jujur mengikut polisi yang ditetapkan oleh kementerian.

Page 15: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Dalam menentukan bidang kuasa sesuatu kementerian perkataan “shall” dan “may” yang dinyatakan dalam peruntukkan- peruntukkan perundangan memainkan peranan yang penting kerana ia akan menentukan samada kuasa yang diberi itu adalah tanggungjawab yang perlu dipatuhi atau hanya terpulang kepada budi bicara kementerian tersebut untuk melaksanakannya. Penggunaan perkataan “shall” adalah merujuk kepada tanggungjawab atau kewajipan untuk melaksanakan arahan tersebut.

Page 16: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia
Page 17: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

CERTIORARIPROHIBITION

Ia adalah remedi apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan keputusan mahkamah bawahan, tribunal, dan pihak berkuasa pentadbiran dibawa kepadanya dan dibatalkan jika terdapat ultra vires atau memperlihatkan kesalahan undang- undang atau telah melanggar prinsip asasi atau berlaku kesilapan semasa mentafsirkan undang- undang.

Ia adalah suatu larangan. Remedi ini mengkehendaki Mahkamah Tinggi memerintahkan Mahkamah Rendah, tribunal atau penguasa pentadbiran untuk tidak menjalankan tindakan ultra vires seperti membicarakan kes di luar bidang kuasanya. Ia digunakan untuk sesuatu kes di mana sekiranya tindakan itu telah dilaksanakan remedi sepatutnya ialah certiorari dan ia dikehendaki mengikut peraturan- peraturan yang sama. . ( Prof. Madya Abdul Samat Musa. 2002.360).

Page 18: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Perintah mandamus ialah suatu perintah prerogatif daripada Mahkamah Tinggi mengarahkan suatu tribunal bawahan, pegawai awam, perbadanan dan lain- lain lagi untuk menjalankan tugas- tugas awam. Sebagaimana perintah- perintah prerogatif yang lain, ia diperolehi melalui kuasa budi bicara mahkamah di mana pemohon mempunyai hak terhadap perlaksanaan tersebut menurut undang- undang dan cara melaksanakannya melalui perintah mandamus sahaja. Seksyen 44 specific relief act 1950 menyatakan keadaan yang membolehkan mahkamah mengeluarkan perintah tersebut dan memperluaskan bidang kuasa tersebut dengan membenarkan tindakan menahan seseorang daripada berbuat sesuatu.

Di Malaysia perintah mandamus telah dikeluarkan untuk mengarahkan tribunal mendengar rayuan. Ia juga dikeluarkan untuk mengarahkan pesuruhjaya awam mendengar permohonan secara rundingan bagi pihak perayu. ( Prof. Madya Abdul Samat Musa. 2002.361).

Page 19: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Ia adalah satu remedi yang khusus dalam undang- undang di Malaysia. Ia berfungsi menjelaskan mengenai kuasa dan bidang kuasa yang membenarkan atau membolehkan seseorang itu bertindak. ( Prof. Madya Abdul Samat Musa. 2002.361).

Page 20: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia

Sebagai kesimpulannya, undang- undang pentadbiran bertujuan untuk mengawal kuasa di samping menggariskan tanggungjawab yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota perkhidmatan awam. Undang- undang pentadbiran juga membela pegawai perkhidmatan awam dengan meletakkan perlindungan oleh kementerian yang terlibat.

Malah ia juga penting untuk memastikan jentera kerajaan terutamanya yang menguasai tampok pemerintahan dapat berfungsi dan dapat menjalankan kewajipan masing- masing secara sistematik dan adil. Undang- undang pentadbiran juga meyediakan peluang dan saluran yang sah kepada rakyat yang diperintah untuk mempersoalkan tindakan- tindakan atau arahan- arahan yang dikeluarkan pleh pemerintah jika dirasakan melanggar hak mereka.

Page 21: Keperluan undang  undang pentadbiran dan aplikasinya di malaysia