kepentingan menjalinkan hubungan

6
Kepentingan Menjalinkan Hubungan Anggota keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita.Sesebuah keluarga biasanya terdiri daripada bapa,ibu dan anak-anak.Keluarga ini dinamakan keluarga asas.Selain keluarga asas, terdapat juga anggota keluarga kembangan yang terdiri daripada datuk,nenek,ibu saudara,bapa saudara,sepupu dan anggota keluarga yang lain. Kita seharusnya memahami anggota keluarga sendiri. Kita sepatutnya mengetahui makanan,minumam,pakaian,warna kegemaran dan hobi mereka. Selain itu,kita juga sepatutnya mengetahui perlakuan yang disenangi dan tidak disenangi oleh anggota keluarga. Hubungan kekeluargaan akan lebih kukuh dan mesra apabila anggota keluarga saling memahami antara satu sama lain.Persefahaman yang terjalin ini juga dapat mengelakkan kita daripada menyakiti hati dan menyinggung perasaan anggota keluarga. Sebagai anggota keluarga,kita juga mesti menyayangi antara satu sama lain. Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga.Kita mesti menghormati anggota keluarga terutamanya yang lebih tua seperti datuk,nenek,ayah,ibu,abang dan kakak.Pertuturan dan tingkah laku kita juga mestilah bersopan semasa berinteraksi dengan anggota keluarga.Kita juga mesti akur dan patuh dengan nasihat dan larangan keluarga. Kita sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana dianugerahkan sebuah keluarga. Kita mesti berbangga dengan anggota keluarga yang kita miliki sekarang ini.

Upload: naimuddin-manaf

Post on 11-Aug-2015

3.402 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Menjalinkan Hubungan

Kepentingan Menjalinkan Hubungan

Anggota keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita.Sesebuah

keluarga biasanya terdiri daripada bapa,ibu dan anak-anak.Keluarga ini

dinamakan keluarga asas.Selain keluarga asas, terdapat juga anggota keluarga

kembangan yang terdiri daripada datuk,nenek,ibu saudara,bapa saudara,sepupu dan

anggota keluarga yang lain. Kita seharusnya memahami anggota keluarga sendiri. Kita

sepatutnya mengetahui makanan,minumam,pakaian,warna kegemaran dan hobi

mereka. Selain itu,kita juga sepatutnya mengetahui perlakuan yang disenangi dan tidak

disenangi oleh anggota keluarga. Hubungan kekeluargaan akan lebih kukuh dan mesra

apabila anggota keluarga saling memahami antara satu sama lain.Persefahaman yang

terjalin ini juga dapat mengelakkan kita daripada menyakiti hati dan menyinggung

perasaan anggota keluarga.

Sebagai anggota keluarga,kita juga mesti menyayangi antara satu sama lain.

Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama

anggota keluarga.Kita mesti menghormati anggota keluarga terutamanya yang lebih tua

seperti datuk,nenek,ayah,ibu,abang dan kakak.Pertuturan dan tingkah laku kita juga

mestilah bersopan semasa berinteraksi dengan anggota keluarga.Kita juga mesti akur

dan patuh dengan nasihat dan larangan keluarga. Kita sewajarnya bersyukur kepada

Tuhan kerana dianugerahkan sebuah keluarga. Kita mesti berbangga dengan anggota

keluarga yang kita miliki sekarang ini.

Page 2: Kepentingan Menjalinkan Hubungan

Mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga

Kita seharusnya mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga. Ia penting kerana:

i) dapat mewujudkan iklim keluarga yang harmoni.

ii) disayangi oleh semua ahli keluarga.

iii) mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga.

iv) mewujudkan budaya hormat-menghormati di dalam keluarga.

Kita boleh mengamalkan tingkah laku sopan melalui perkataan, perbuatan dan

tingkah laku.

Antaranya ialah:

i) menggunakan kata-kata yang sopan ketika berinteraksi dengan anggota keluarga.

ii) tidak menyampuk atau mencelah ketika anggota keluarga yang lain sedang berbual.

iii) tidak menggunakan kekerasan dengan anggota keluarga yang lebih muda.

iv) menggunakan nada suara yang lembut dengan ibu bapa atau anggota keluarga

yang lebih tua.

v) ketika berjalan melintasi ibu bapa hendaklah menundukkan kepala dan

membongkokkan badan sedikit sebagai tanda hormat.

Page 3: Kepentingan Menjalinkan Hubungan

Cara menghargai anggota keluarga

Kita sebagai anak seharusnya menghargai setiap pengorbanan ibu bapa kerana

mereka telah berpenat lelah untuk mencari rezeki dan menyediakan keperluan-

keperluan kita. Kita boleh menghargai anggota keluarga kita dengan:

1.menyatakan kasih sayang dan penghargaan terhadap anggota keluarga dengan

mengucapkan terima kasih setiap kali menerima pemberian daripada ibu bapa.

2. menghasilkan kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga.

3. menunjukkan kasih sayang dan menghargai anggota keluarga dengan meraikan hari-

hari penting dalam hidup mereka seperti hari lahir, hari ibu ataupun hari bapa.

4. sentiasa membantu anggota keluarga.

Kita seharusnya mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga kerana :

i.             dapat mewujudkan iklim keluarga yang harmoni;

ii.            disayangi oleh semua ahli keluarga;

iii.          mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga; dan

iv.           mewujudkan budaya hormat-menghormati di dalam keluarga.

Page 4: Kepentingan Menjalinkan Hubungan

Cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan

Keluarga merupakan institusi yang penting di dalam sebuah masyarakat. Keutamaan dan sikap tanggungjawab harus dipupuk dalam diri setiap individu, dan ini selalunya bermula di dalam sesebuah keluarga itu sendiri. Namun, pada zaman yang moden ini, hubungan kekeluargaan didapati menjadi semnakin renggang dek tuntutan pekerjaan dan pelajaran.

Komunikasi juga memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah hubungan. Ia bagaikan tunggak keluarga. Komunikasi yang baik antara satu sama lain dapat mengelakkan sebarang salah faham dan secara tidak langsung, dapat mengukuhkan hubungan. Kini, bukan para ibu bapa sahaja yang tidak dapat meluangkan masa untuk anak- anak, malah si anak juga sibuk dengan tanggungjawab di sekolah. Dengan itu, ianya amat penting buat kedua- dua pihak untuk meluangkan masa. Ibu bapa boleh membawa anak- anak mereka untuk membuat aktiviti- aktiviti kekeluargaan pada hari cuti umum ataupun hujung minggu.

Contohnya, mereka boleh melakukan aktiviti sukan bersam, ataupun pergi berkelah di tepi pantai yang indah. Ini boleh memupuk hubungan kekeluargaan yang lebih rapat lagi. Seterusnya, sesebuah keluarga juga harus mengutamakan untuk makan bersama. Dengan cara inilah, setiap ahli keluarga dapat berkongsi tentang apa yang mereka lalui pada hari itu dan ini dapat mengeratkan lagi hubungan. Keluarga yang selalunya tidak makan bersama, akan menjadi lebih renggang kerana ada suatu keruntuhan dari segi komunikasi.

Akhir sekali, sebagai keluarga yang beragama Islam, ahli keluarga sepatutnya sembahyang berjemaah di rumah. Pada waktu Subuh, sebagai permulaan hari, waktu Maghrib, selepas semuanya pulang dari sekolah dan tempat tugas masing- masing, dan pada waktu Isyak, selepas selesai makan malam. Dengan ini, hubungan kekeluargaan dapat diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Esa. Justeru, kerjasama antara ahli keluarga amat penting untuk mengeratkan hubungan. Masa bukan lagi penyebab atau alasan di mana seseorang itu tidak dapat meluangkan masa buat keluarga. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Dengan itu, hubungan kekeluargaan dapat dirapatkan semula jika semua memberikan keutamaan pada keluarga masing- masing.