kepentingan kelestarian dalam memulihara dan memelihara alam sekitar

2
3/4/2015 KEPENTINGAN KELESTARIAN DALAM MEMULIHARA DAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR http://healthycampus.usm.my/index.php/activities/pembudayaan-persekitaran/137-kepentingan-kelestarian-dalam-memulihara-dan-memelihara-alam-sekitar 1/2 Laman Utama Kenali Kami Objektif Galeri Muat Turun Hubungi Kami Anda disini: Utama Objektif Pendidikan Kelestarian KEPENTINGAN KELESTARIAN DALAM MEMULIHARA DAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan air terpelihara. Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Tanpa kemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan. Hidupan air juga akan mati sekitarnya hidup dalam air yang tercemar. Main Menu Penyelidikan Pendidikan Kelestarian Skuad Kempen Skuad Bencana Gaya Hidup Lestari PEMBANGUNAN PERSEKITARAN Pautan Perutusan VC 2013 Pandangan VC ePrints@USM Peta Kampus | Bimbingan Campus Online eLearn@USM eRecruit Arkib Elektronik

Upload: sullivan-dacalender

Post on 03-Oct-2015

50 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitarmerupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadidan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yangtidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesamahaiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yangtidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan faunapula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Denganitu, habitat hidupan darat dan air terpelihara.Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dantidak tercemar. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akanmemberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak bolehdigunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yangmembawa mudarat kepada kita. Tanpa kemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiranhutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkapdengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turunitu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Oleh itu, kita perlu menjagakebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan. Hidupan air juga akan mati sekitarnyahidup dalam air yang tercemar.

TRANSCRIPT

  • 3/4/2015 KEPENTINGAN KELESTARIAN DALAM MEMULIHARA DAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR

    http://healthycampus.usm.my/index.php/activities/pembudayaan-persekitaran/137-kepentingan-kelestarian-dalam-memulihara-dan-memelihara-alam-sekitar 1/2

    Laman Utama Kenali Kami Objektif Galeri Muat Turun Hubungi Kami

    A n da disin i: Utama Objektif Pendidikan Kelestarian

    KEPENTINGAN KELESTARIAN DALAM MEMULIHARADAN MEMELIHARA ALAM SEKITARPemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar

    merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi

    dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yang

    tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama

    haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penebangan hutan yang

    tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna

    pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan

    itu, habitat hidupan darat dan air terpelihara.

    Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dan

    tidak tercemar. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan

    memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh

    digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang

    membawa mudarat kepada kita. Tanpa kemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran

    hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap

    dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun

    itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Oleh itu, kita perlu menjaga

    kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan. Hidupan air juga akan mati sekitarnya

    hidup dalam air yang tercemar.

    Main MenuPeny el idikan

    Pendidikan Kel estar ian

    S kuad Kem pen

    S kuad Benc ana

    Gay a Hidup Lestari

    PE MB ANGUNAN PE RSE KI TARAN

    PautanPerutusan VC 2013

    Pandangan VC

    ePrints@USM

    Peta Kampus | Bimbingan

    Campus Online

    eLearn@USM

    eRecruit

    Arkib Elektronik

  • 3/4/2015 KEPENTINGAN KELESTARIAN DALAM MEMULIHARA DAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR

    http://healthycampus.usm.my/index.php/activities/pembudayaan-persekitaran/137-kepentingan-kelestarian-dalam-memulihara-dan-memelihara-alam-sekitar 2/2

    Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan.

    Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin

    panas dan tidak stabil. Oleh itu, hutan perlu dipelihara bagi mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan

    pemanasan global. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan

    beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan

    dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.

    Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara alam semula jadi disekeliling kita. Usaha-usaha memupuk

    kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti

    kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan

    bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi

    memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama setiap generasi supaya

    pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang

    secara kualitatif dan kuantitatif.

    +6 (04) 653-5438

    Sekretariat Kampus Sejahtera

    Pejabat Naib Canselor

    Universiti Sains Malaysia

    Bangunan H25-01

    11800 USM Pulau Pinang

    MALAYSIA

    [email protected]

    Hubungi Kami Lokasi Kami

    Map data 2015 GoogleReport a map error200 m

    Pautan