kepentingan gaya bahsa

Upload: lau-li-lian

Post on 16-Jul-2015

206 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

4. Kepentingan gaya bahasa Dalam era globalisasi ini, dunia kita semakin merosot dengan bahasa trend yang telah digunakan. Penggunaan bahasa trend ini bukan sahaja salah tetapi memburukkan bahasa Malaysia kita. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia telah mengurangkan membaca karya penulisan samada puisi, cerpen ataupun novel. Gaya bahasa memainkan peranan yang penting dalam karya penulisan iaitu puisi, cerpen dan novel. Gaya bahasa amat penting bagi penulis untuk memaparkan pendapat dan pandangan mereka dengan lebih berkesan. Para pembaca dapat lebih memahami sesuatu karya penulisan dengannnya penggunaan gaya bahasa. Penggunaan gaya bahasa juga dapat menerap unsur kebaikan dan nilai murni kerana dalam karya penulisan terdapat banyak nilai murni yang telah ditulis oleh penulis. Pembaca boleh lebih memahami pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis. Contohnya, aur dengan tebing bermaksud muafakat dan kerjasama antara satu sama lain. Hal ini demikian boleh menarik perhatian pembaca dengan imaginasi mereka. Dengan penggunaan gaya bahasa, pembaca mendapat gambaran yang ingin disampaikan dan peluang untuk berimaginasi sesuatu situasi karya penulisan itu. Dengan ini, penggunaan gaya bahasa menyenangkan dan memudahkan pembaca dalam karya penulisan.