kepentingan elemen kemahiran insaniah & peranan guru dalam memupuk kemahiran insaniah pelajar

17
DISEDIAKAN OLEH AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ Dip. Pend. Pengurusan Perniagaan & Perdagangan Universiti Pendidikan Sultan Idris Email :[email protected] Blog :http://amirazros.blogspot.com/ Facebook :http://facebook.com/amirazros Laman web :http://wangianpemikat.com/

Upload: amir-azros

Post on 31-Oct-2015

2.648 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pendahuluan1.0. Kemahiran Insaniah (Soft Skills)1.1. Elemen Kemahiran Insaniah1.2. Konsep Asas Kemahiran Insaniah2.0. Model Konseptual Kemahiran Insaniah & Perkaitannya Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan3.0. Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar3.1. Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah3.1.1. Peranan Guru3.2. Kepentingan Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah3.2.1. Peranan Guru3.3. Kepentingan Kemahiran Berpasukan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah3.3.1. Peranan Guru3.4. Kepentingan Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah 3.4.1. Peranan Guru3.5. Kepentingan Ilmu Keusahawanan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah3.5.1. Peranan Guru3.6. Kepentingan Etika Dan Moral Profesional Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah3.6.1. Peranan Guru3.7. Kepentingan Kemahiran Kepimpinan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah.3.7.1. Peranan GuruPenutupRujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

DISEDIAKAN OLEH

 AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ

Dip. Pend. Pengurusan Perniagaan & Perdagangan

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Email :[email protected] 

Blog :http://amirazros.blogspot.com/ 

Facebook :http://facebook.com/amirazros 

Laman web :http://wangianpemikat.com/ 

Page 2: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

KANDUNGAN Muka Surat

Pendahuluan

1.0. Kemahiran Insaniah (Soft Skills)

1.1. Elemen Kemahiran Insaniah

1.2. Konsep Asas Kemahiran Insaniah

2.0. Model Konseptual Kemahiran Insaniah & Perkaitannya Dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

3.0. Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk

Kemahiran Insaniah Pelajar

3.1. Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah

3.1.1. Peranan Guru

3.2. Kepentingan Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah Sebagai

Elemen Kemahiran Insaniah

3.2.1. Peranan Guru

3.3. Kepentingan Kemahiran Berpasukan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah

3.3.1. Peranan Guru

3.4. Kepentingan Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat Sebagai

Elemen Kemahiran Insaniah

3.4.1. Peranan Guru

3.5. Kepentingan Ilmu Keusahawanan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah

3.5.1. Peranan Guru

3.6. Kepentingan Etika Dan Moral Profesional Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah

3.6.1. Peranan Guru

Page 3: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

3.7. Kepentingan Kemahiran Kepimpinan Sebagai Elemen Kemahiran Insaniah.

3.7.1. Peranan Guru

Penutup

Rujukan

PENDAHULUAN

Berdasarkan kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 2006 yang

menunjukkan 70% daripada graduan yang menganggur adalah terdiri daripada graduan

universiti awam. MTEN mendakwa punca sebenar graduan menganggur adalah kerana

kurangnya kemahiran asas lain selain segulung ijazah. Kemahiran asas yang dimaksudkan

termasuklah kemahiran insaniah atau lebih dikenali sebagai solf skill.

Pelbagai laporan dan isu yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak mengenai kekurangan

kemahiran insaniah dalam kalangan siswazah . Antara laporannya ialah di mana Laporan

Bank Dunia yang meletakan pendidikan tinggi di Malaysia pada tahap kritikal, secara tersirat

menegur kekurangan kemahiran insaniah (soft skill) dalam kalangan graduan tempatan.

Selain itu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed. berkata selain daripada

lemah penguasaan bahasa Inggeris, siswazah didapati berfikiran sempit, tiada ciri

kepimpinan, semangat kekitaan dan tiada kemahiran berkomunikasi. "Dalam dialog kita

dengan majikan di negara ini, ramai mengatakan graduan universiti tidak diambil kerja

kerana tidak memiliki kemahiran insaniah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan

perjumpaan dengan pelajar ambilan baru Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.

Manakala para cendiakawan dan tokoh perindustrian telah bersependapat bahawa graduan

universiti tempatan bukan sahaja lemah dalam kemahiran teknikal bahkan juga dalam

kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah merupakan kemahiran yang dianggap sangat

penting bagi membolehkan seseorang pekerja untuk bekerja. (Dewan Masyarakat, Jan

2008)

Page 4: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

Kemahiran insaniah atau lebih dikenali sebagai “soft skill” adalah gabungan 7 elemen

kemahiran di dalamnya. Ia termasuklah kemahiran berkomunikasi, kemahiran kritis dan

menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan

maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral professional dan yang terakhir adalah

kemahiran kepimpinan.

1.0 KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS)

1.1 7 ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH;

1) Kemahiran Berkomunikasi; (communication)

2) Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah; (critical thinking and

problem solving)

3) Kemahiran Berpasukan; (team work

4) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat; (life long learning &

information management)

5) Kemahiran Keusahawanan; (entrepreneurship)

6) Etika dan Moral Profesional;(professional ethics & moral)

7) Kemahiran Kepimpinan. (leadership)

Setiap elemen mengandungi beberapa objektif tertentu yang perlu dicapai untuk

memastikan ilmu kemahiran insaniah ini dihayati secara menyeluruh oleh setiap modal

insan. Di dalam pendidikan, guru adalah berperanan untuk menterjemahkan kepada pelajar

secara langsung atau tidak langsung melalui P&P, Ko-Kurikulum dan aktiviti-aktiviti sekolah.

Di sinilah peranan guru amat penting untuk memastikan setiap pelajar adalah seimbang

sama ada di dalam bidang akedemik mahupun ilmu kemahiran insaniah.

1.2 KONSEP ASAS

Page 5: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

KIM - Kemahiran Insaniah Mesti

”Kemahiran Insaniah Mesti” Merupakan Kemahiran Yang Wajib Dimiliki Oleh Setiap

Pelajar. Jika Kemahiran Ini Tidak Ada, Pelajar Dianggap Tidak Kompeten Dalam

Elemen Berkaitan.

KI - Kemahiran Insaniah (Bernilai Tambah)

”Kemahiran Insaniah” ini dianggap sebagai kemahiran yang memberikan nilai

tambah kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar di samping KIM, beliau

dianggap kompeten cemerlang. Setiap KI mempunyai tahap/ aras yang perlu dicapai

mengikut elemen-elemen tertentu. (KI1,KI2,KI3,KI4,KI5,KI6,KI7,KI8)

2.0 MODEL KONSEPTUAL KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILL) & PERKAITANYA

DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Page 6: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

HURAIAN:

RMK-9 telah mengenal pasti pembangunan modal insan sebagai  salah satu teras utama 

dalam membawa transformasi negara kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.

Pendekatan ini ditekankan di dalam sistem pendidikan dengan mengambil kira kepada 

pembangunan modal insan yang harus dibuat secara holistik, dan menekankan kepada

peningkatan penguasaan ilmu pengetahuan melalui kemahiran pemikiran secara kritis,

kemahiran komunikasi, kerja berpasukan serta modal intelektual termasuk ilmu sains,

teknologi dan keusahawanan. Seiring dengan penekanan kepada ilmu, tumpuan juga perlu

diberi kepada pembudayaan sikap progresif   dan memupuk masyarakat yang memiliki

kekuatan nilai dan moral.

3.5 KEPENTINGAN ILMU KEUSAHAWANAN SEBAGAI ELEMEN KEMAHIRAN

INSANIAH

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekan aspek pembentukan individu sebagai

warganegara yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan

seterusnya kepada negara. Kesejahteraan diri pula dapat diukur salah satunya melalui

kemantapan sumber ekonominya.

Namun begitu, pada masa kini pengangguran merupakan salah satu masalah utama

negara yang melibatkan masyarakat tempatan terutamanya dari golongan graduan

universiti. Merujuk Dewan Masyarakat, Oktober 2007, pada tahun 2007 sahaja, sebanyak

2.32 juta peluang pekerjaan diwujudkan berikutan pertumbuhan ekonomi negara yang

memberansangkan. Malangnya, pertumbuhan guna tenaga ini hanya diisi oleh pekerja asing

sedangkan banyak pengangguran wujud dikalangan rakyat tempatan. Sekiranya disemak

semula, didapati kadar pengangguran masih berada pada tahap 3.3% daripada 11.8 juta

tenaga kerja. Malah dari sumber ini juga sebanyak 90 ribu belia tempatan berdaftar untuk

mencari pekerjaan dangan Jabatan Tenaga Manusia. ( Massa 16-22 Febuari 2002)

Sekiranya masalah pengangguran ini masih berleluasa, bagaimana kita dapat mengukur

keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ditekankan dalam sistem pendidikan

yang diajar selama 11 tahun di alam persekolahan? Punca sebenar yang menggalakkan

masalah ini berleluasa ialah disebabkan kurangnya kemahiran insaniah dari segi

keusahawanan dalam diri pelajar hari ini yang bakal menjadi modal insan masa depan

negara.

Page 7: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

Untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, RMK-9 telah menyediakan satu

Pelan Pembangunan Modal Insan yang menitikberatkan pembangunan modal insan dari segi

kemahiran insaniah. Di dalam kemahiran insaniah ini pula diperincikan lagi mengenai

kemahiran keusahawanan yang menjadi satu benteng pertahanan modal insan negara

dalam menghadapi persaingan dalam merebut peluang pekerjaan dengan tidak berharap

kepada peluang pekerjaan yang tersedia tetapi bersedia dan mampu menjadi usahawan.

Dengan pendekatan ini, diharapkan masalah pengangguran akan berkurangan dan

seterusnya memupuk masyarakat yang berdaya saing dan kreatif.

3.5.1 PERANAN GURU DALAM MEMBIMBING PELAJAR MENGENALPASTI,

MERANGKA, MEREBUT PELUANG PERNIAGAAN DAN BERSEDIA UNTUK

BEKERJA SENDIRI MELALUI ILMU KEUSAHAWANAN KEPADA PELAJAR.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan 1 hingga 3,

terkandung elemen-elemen keusahawanan dan perniagaan yang menjadi sukatan teras

matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Manakala, subtopik bidang

keusahawanan dan perniagaan pula diperincikan di dalam Matapelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu Pilihan 1 (Perdagangan dan Keusahawanan).

Di sinilah peranan guru Kemahiran Hidup untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Modal

Insan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam skop kemahiran insaniah:

Keusahawanan.

Guru Kemahiran Hidup seharusnya dapat menterjemahkan sukatan pelajaran mata KHB

secara holistik kepada pelajar melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan

mampu menstimulasikan keadaan sebenar dunia hari ini melalui kegiatan Ko-kurikulum dan

aktiviti sekolah dalam memastikan pelajar mempunyai beberapa aspek penting kemahiran

insaniah dalam bersaing dengan globalisasi dan cabaran masa depan. Walaupun objektif

KHB secara formal telah menghuraikan mengenai keusahawanan dan perniagaan, namun

ada beberapa objektif di dalam ilmu kemahiran insaniah yang tidak disertakan di dalam

huraian sukatan dan memerlukan guru menyampaikan dan mengenalpsti secara tidak

langsung. Antaranya objektifnya adalah berkaitan ilmu kemahiran insaniah iaitu:

1. Pelajar mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti peluang pernigaan. (KIM)

Page 8: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

2. Pelajar berkebolehan untuk merangka perangcangan perniagaan.(KI1)

3. Pelajar berkebolehan untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan

dan pekerjaan. (KI2)

4. Pelajar berkebolehan untuk bekerja sendiri. (KI3)

Perkara utama di dalam bidang keusahawanan ialah pelajar perlu kreatif dan inovatif. Untuk

mencapai maksud kreatif ialah pelajar mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti peluang-

peluang yang ada sebagai satu perniagaan. Guru yang memahami keperluan ilmu

keusahawanan ini sebagai satu nilai tambah kepada pelajar untuk menjadi modal insan

yang cemerlang, seharusnya berupaya untuk membuka mata pelajar supaya agresif dan

kreatif dalam melihat semua perkara dan kejadian yang berlaku disekeliling mereka sebagai

satu peluang perniagaan.

Melalui simulasi di dalam proses P&P, guru boleh mengaitkan setiap topik di dalam

matapelajaran KHB untuk dilihat sebagai satu peluang perniagaan dalam aktiviti ‘ice-

breaking’. Sebagai contoh, guru secara tidak langsung mengaitkan topik kerja paip tidak

hanya satu ilmu kemahiran tetapi jika pelajar bersungguh-sungguh dengan kerja paip,

pelajar boleh menjadi tukang paip yang pakar (KIM). Seterusnya membuka kedai paip dan

secara beransur-ansur mengembangkan perniagaan paip sebagai pengedar paip kepada

kontraktor.(KI1) Untuk lebih kreatif, guru boleh meminta pelajar memikirkan apakah boleh

mereka suatu hari nanti untuk menjadi pereka paip dan membuka kilang membuat paip

(KI2& KI3).

Dengan meminta pelajar berfikir, secara tidak sedar guru mengajar pelajar untuk mencari

dan mencipta peluang perniagaan berdasarkan hal-hal disekeliling mereka. Pendekatan

pengajaran untuk berfikir secara kreatif dan berfikir yang telah diterangkan sebelum ini

adalah kesinambungan untuk melahirkan pelajar yang menguasai ilmu keusahawanan.

Guru perlu menjadi pembimbing kepada pelajar untuk melihat, mencari dan mereka peluang

perniagaan dan bukannya memberi maklumat secara terus kepada pelajar mengenai

peluang-peluang perniagaan. Arah pandu (guide line) yang diberikan kepada pelajar perlu

sesuai dengan tahap mereka.

Guru KHB juga boleh mengaitkan dengan situasi tertentu bagi memupuk minat dan daya

saing pelajar untuk kreatif berfikir dan berdaya maju. Sebagai contoh, guru mengaitkan

tabiat atau didikan bangsa tertentu seperti Cina, Jepun yang sangat menitik beratkan

Page 9: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

kemahiran teknikal sebagai satu perniagaan. Malaysia kini yang giat mempromosikan

bidang pertanian dan perikanan sebagai satu perniagaan juga perlu dijadikan contoh

bahawa setiap aktiviti boleh mendatangkan sumber ekonomi dan boleh dilihat sebagai satu

peluang perniagaan.

Kemahiran Berpasukan

Kemahiran berpasukan merupakan salah satu elemen yang penting didalam

kemahiran insaniah. Secara amnya, kemahiran berpasukan merujuk kepada kebolehan

individu tersebut untuk membina hubungan yang baik, dapat berinteraksi dengan orang lain

dan bekerja secara efektif bersama ahli kumpulan yang lain untuk mencapai objektif yang

sama. Berpasukan dikategorikan sebagai fokus kepada kerja, bergantungan dengan setiap

ahli, belajar untuk menerima perbezaan pendapat ( Arcaro, 1995). Menurut Arcaro juga,

berpasukan adalah strategi yang sangat berkuasa untuk digunakan untuk menggalakkan

kebergantungan yang positif antara ahli pasukan.

Kajian menunjukkan aktiviti berpasukan selalunya akan memberikan hasil yang lebih

baik berbanding tugas tersebut dibuat secara individu. Rationalnya apabila bekerja dalam

kumpulan setiap ahli kumpulan dapat memberi sumbangan buah fikiran yang pelbagai

untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pastinya hasil tersebut adalah lebih baik jika

dibuat secara individu kerana keputusan di buat berdasarkan pendapat ramai setelah dinilai

dari pelbagai aspek. Dalam konteks ini, institusi pendidikan merupakan ejen yang

bertanggungjawab untuk menggilap kemahiran tersebut dikalangan pelajar menerusi

jentera penggeraknya iaitu guru. Guru merupakan insan yang bertanggungjawab untuk

memberi ruang dan peluang kepada anak didiknya mengasah kemahiran berpasukan

melalui P&P mahu pun aktiviti kokurikulum di sekolah.

Ibu bapa menghantar anak – anak mereka ke sekolah bukanlah semata – mata untuk

melihat anak mereka berjaya didalam akademik sahaja, malah mereka anak – anak mereka

Page 10: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

mampu menjadi insan yang dapat berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.

Menyedari hakikat itu, guru haruslah mengetahui tanggungjawabnya dan bersedia memikul

amanah tersebut dengan sebaik – baiknya. Untuk mencapai kemahiran berpasukan, guru

seharusnya menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah

satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru bagi membantu meningkatkan

hubungan dan kemahiran sosial pelajar disamping mencapai objektif pembelajaran yang

ditetapkan ( Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, 2003).

Pelajar akan bekerjasama dalam kumpulan yang kecil, satu sama lain untuk

memenuhi kehendak tugasan yang diberikan melalui hubungan yang saling bergantungan

secara positif. Melalui kaedah pengajaran seperti ini, pelajar juga lebih bertanggungjawab

sesama individu, interaksi serentak, penglibatan yang saksama dan interaksi bersemuka

yang sihat. Pembelajaran secara koperatif memberi banyak manfaat atau kebaikan kepada

pelajar seperti kesedaran diri, saling hormat menghormati, serta dapat bekerja bersama

tanpa mengira kaum, warna kulit serta tahap kebolehan. Kaedah ini mampu mencapai

objektif kurikulum yang seimbang dan menyeluruh meliputi bidang akademik,

perkembangan sosial pelajar serta menimbulkan suasana yang kondusif selesa dan

bermakna.

Contohnya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah,

guru boleh mengarahkan murid- murid membentuk kumpulan masing – masing untuk

menyiapkan tugasan yang diberi seperti pemasangan paip secara berkumpulan di dalam

mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Setiap ahli kumpulan diminta memasang paip

seperti yang ditunjukkan oleh guru dihadapan kelas. Melalui aktiviti berkumpulan ini, pelajar

dapat mencapai objektif pembelajaran iaitu sebelum tamat pembelajaran pelajar dapat

memasang paip dengan betul, disamping itu pelajar juga didedahkan dengan kemahiran

berpasukan secara tidak langsung.

Selain berkebolehan memberikan sumbangan kepada perancangan tugasan

tersebut, pelajar juga mampu menyelaraskan segala hasil usaha kumpulan. Walaupun di

dalam objektif P&P tidak menyatakan di akhir pembelajaran pelajar dapat mempelajari

kemahiran berpasukan, namun secara implisitnya kemahiran tersebut dapat dipelajari dan

dibentuk melalui pengalaman mengendalikan tugasan secara berkumpulan.

Melalui kemahiran berpasukan juga, pelajar dapat menonjolkan kebolehan mereka

untuk memahami dan mengambil peranan silih berganti antara ketua kumpulan dan ahli

kumpulan yang lain. Apa yang dimaksudkan di sini ialah, setiap ahli kumpulan tersebut

haruslah mengetahui tugas masing – masing di dalam pasukan mereka. Segala bebanan

Page 11: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

akan menjadi ringan apabila setiap ahli kumpulan bersama memikul tanggungjawab

tersebut dan tidak meletak seratus peratus bebanan kepada ketua kumpulan. Bak kata

pepatah Melayu, ” Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing.”

Selain sesi P&P, kemahiran ini juga boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang

diadakan di sekolah. Sebagai contoh, didalam Kelab Bola Sepak, untuk pemilihan pemain

sekolah, pelajar haruslah membentuk pasukan mereka sendiri yang terdiri daripada 11

orang pemain. Objektif yang diletakkan semestinya untuk menjuarai pertandingan tersebut.

Setiap ahli diberi posisi yang bersesuian dengan kebolehan masing – masing. Ahli kumpulan

akan sama – sama berbincang strategi dan menghadiri sesi latihan untuk mengalahkan

pihak lawan. Disinilah kita dapat melihat setiap ahli pasukan tersebut bersatu tenaga dan

pandangan untuk mencapai objektif mereka. Kemenangan tidak dapat diraih jika pasukan

tersebut tidak mempunyai semangat berpasukan yang kuat. Kejayaan tidak dapat dicapai

jika hanya bergantung kepada kekuatan ketua pasukan sahaja, sokongan dan komitmen

dari setiap ahli kumpulan diperlukan untuk memastikan kemenangan dipihak mereka.

Kemahiran berpasukan tidak seharusnya dipandang remeh oleh pelajar. Ini kerana

berbekalkan kecemerlangan akademik sahaja belum mampu menjanjikan pekerjaan yang

baik kelak. Kebanyakan majikan menggunakan pendekatan yang lebih ketat untuk

pemilihan calon bagi mengisi kekosongan jawatan di dalam firma mereka. Contohnya dalam

salah satu ujian saringan yang dilakukan ialah, penemuramah akan membahagikan calon

kepada beberapa kumpulan. Satu topik akan diberi untuk dibincangkan dan dibentangkan

oleh kumpulan tersebut. Calon akan dinilai cara dia berinteraksi dengan ahli kumpulan yang

lain dalam menyampaikan buah fikirannya. Penemuramah juga akan menilai kebolehan

calon untuk menerima dan menghormati pendapat dan pandangan orang lain. Kebolehan di

dalam kemahiran berpasukan merupakan nilai tambah kepada calon tersebut dan ia

merupakan ciri atau kemahiran yang dicari - cari oleh majikan hari ini.

Oleh itu guru seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan tanggungjawabnya agar

objektif pembelajaran tercapai dan dalam masa yang sama murid dapat manfaat yang lebih

iaitu mempelajari kemahiran berpasukan hasil daripada aktiviti yang dijalankan di dalam

sesi P&P mahu pun aktiviti kokurikulum.

Kemahiran kepimpinan

Page 12: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

Setiap orang adalah pemimpin. Walaupun dia tidak memimpin organisasi yang

besar, paling kurangnya dia merupakan pemimpin dirinya dan keluarganya sendiri. Justeru

sifat kepimpinan seharusnya ada di dalam diri seseorang itu kerana dia yang

bertanggungjawab terhadap dirinya dan setiap keputusan yang bakal dilakukan kelak.

Secara amnya kemahiran kepimpinan bermaksud kebolehan individu untuk memimpin

orang bawahannya dengan baik. Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai proses

mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah

dirancangkan ( Abu Bakar Nordin, Ikhsan Othman, 2003). Beliau juga mendefinisikan

kepimpinan sebagai keupayaan pemimpin mempengaruhi pengikutnya bagi melaksanakan

kerja mencapai matlamat organisasi. Walau bagaimana tambah beliau selalunya

kepimpinan akan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang dipimpin.

Menurut Sergiovanni dalam artikelnya yang bertajuk ” The roots of school

leadership”, kepimpinan dalam konteks persekolahan ialah kepimpinan berdasarkan

berkongsi nilai dan kepercayaan, selain daripada peraturan dan personaliti. Kemahiran

berpasukan juga boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang itu untuk menyelia anggota

pasukan. Kemahiran ini merupakan elemen atau komponen yang terkandung didalam

kemahiran insaniah.

Seperti kemahiran – kemahiran yang lain, kemahiran kepimpinan merupakan

kemahiran yang penting untuk dipelajari oleh pelajar semasa di alam persekolahan lagi.

Kemahiran insaniah serta elemen – elemen yang terkandung didalamnya merujuk kepada

kurikulum yang tersembunyi. Kurikulum tersembunyi merupakan pembelajaran yang tidak

formal yang dipelajari di sekolah. Ia merupakan sesuatu yang dirancang dan tidak diajarkan

secara langsung oleh para guru (Amir hasan Dawi,2006). Ia merupakan pembelajaran yang

diterima secara implisit oleh para pelajar melalui aktiviti P&P mahupun kokurikulum yang

dijalankan di sekolah. Menurut beliau lagi, kurikulum tersembunyi lebih berpengaruh dan

berkuasa berbanding kurikulum formal dalam membentuk keperibadian murid.

Menyedari hakikat bahawa kemahiran kepimpinan sangat penting dan harus dimiliki

setiap insan, guru sebagai ejen penyebar ilmu di sekolah seharusnya memainkan peranan

untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi selain

kemantapan akademik.Guru berkuasa untuk membentuk jawatan kuasa kecil bagi kelasnya

yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan lain – lain jawatan

lagi. Melalui perlantikan jawatan ini, pelajar yang dilantik yang mendapat sokongan majoriti

akan memahami tanggungjawabnya sebagai wakil yang dilantik untuk mewakili seluruh ahli

didalam kelas tersebut.

Page 13: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

Kebiasaannya tugas sebagai seorang Ketua Kelas ialah memastikan kelas berada di

dalam kebisingan yang minima terutamanya ketika ketiadaan guru semasa pertukaran mata

pelajaran. Jika ketua kelas merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, dia mampu

mengawal kebisingan tersebut. Persoalannya bagaimana mahu membentuk seorang

pemimpin yang berkaliber? Antara sikap yang perlu untuk menjadi seorang pemimpin yang

berkaliber dan disegani oleh orang bawahannya ialah dia mampu memahami dan

menghormati orang bawahannya. Ini akan menjadikannya seorang pemimpin itu lebih

mesra dan dihormati. Natijahnya pengalaman yang sedikit itu mampu menjadikan individu

tersebut menjadi seorang pemimpin berketrampilan kelak baik di Institusi Pengajian Tinggi,

tempat kerja serta di dalam keluarganya sendiri.

Menerusi aktiviti kokurikulum juga guru dapat mengenal pasti dan mengasah

kemahiran kepimpinan pelajar. Contohnya melalui Persatuan Kawad, pelajar akan bersatu

tenaga berkawad dalam pergerakan yang serentak yang sama. Namun mampukah

kontingen kawad berkawad dengan bagus tanpa mendapat arahan yang baik daripada

ketua kawad tersebut? Keupayaan kontingen kawad tersebut berkawad dengan pergerakan

yang serentak adalah hasil daripada arahan yang jelas dan baik daripada ketua mereka.

Hasil sifat dedikasi yang ditunjukkan oleh ketua kontingen tersebut mampu menjadikan

setiap ahli pasukan menerima arahan yang diberikan.

Page 14: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

RUJUKAN:

1. http://www.angkasa.coop : Koperasi : sekolah pupuk pembangunan modal insan.

2. http://www.punb.com.my : Disiplin perkukuh Modal insan.

3. htpp://www.mkm.edu.my : Memperkasakan Kualiti Modal Insan Gerakan Koperasi

Dalam Era K-Ekonomi.

4. Drs.H Balnadi Sutadipura, Aneka Problema Keguruan, penerbit Angkasa Bandung ,

1985.

5. Joyce Nesker Simmons, Walter Pitman, Teachers:Models of Excellence in Today’s

Classroom, Pembroke Publishers, 1994.

6. Abdullah Hassan, Ainon Mohd, Kemahiran Interpersonal Untuk Guru, PTS Publications

& Distributors Sdn. Bhd., 2002.

7. Dewan Masyarakat, Januari 2008, ‘Disebalik Kejayaan’.

8. Dewan Masyarakat, Oktober 2007, ‘Kuala Lumpur Siapa Yang Punya?’

9. Massa 23-29 Mac 2002, Rohaiza Ismail, Nasional: ‘Dilema Siswazah Melayu-menjadi

golongan paling ramai ketiadaan pekerjaan’.

10. Massa 16-22 Febuari 2002, Johardy Ibrahim, Isu Pendatang Asing: ‘Dasar kita tidak

Konsisten’.

11. Massa 16-22 Febuari 2002, Siti Haniza Abdul Rahman, Isu Pendatang Asing: ‘Tiada

Lagi Monopoli’.

12. Massa 23-29 mac 2002, Aziz Ishak, Seimbas pandang: ‘Wawasan 2020- Harapan

Samar Kepada Generasi Muda?’

Page 15: Kepentingan Elemen Kemahiran Insaniah & Peranan Guru Dalam Memupuk Kemahiran Insaniah Pelajar

13. Utusan Malaysia (17 Julai 2006 ),Dr. Siti Hawa Mohd, Kuala Lumpur: Sikap buruk

punca pengangguran