kepentingan dasar pendidikan wajib

1
Dasar Pendidikan Wajib merupakan suatu dasar yang menyatakan bahawa semua ibu bapa harus menghantar anak mereka ke sekolah peringkat rendah, ini sangat penting untuk membawa perubahan dalam pelbagai aspek pada masa depan. Antara kepentingan dasar pendidikan wajib kepada kanak-kanak adalah hak asasi mereka dapat terpelihara dan kehidupan lebih bermakna dan berfaedah. Dengan dasar ini dapat membolehkan semua kanak berpeluang untuk menimba ilmu dan belajar kemahiran di sekolah dan tiada yang tercicir untuk mendapatkan pendidikan asas, melalui pedidikan kanak-kanak dapat mengejar cita-cita mereka demi mencapai kejayaan dalam hidup. Manakala kepada masyarakat pula pendidikan wajib menjadikan satu platform untuk mendidik anak-anak bangsa dapat berkhidmat kepada masyarakat apabila mereka habis belajar di sekolah mahupun institusi. Jurang ekonomi pun dapat dikurangkan di kalangan rakyat Malaysia kerana pendidikan dapat melahirkan generasi muda yang berilmu dan mereka mampu memperbaiki kualiti kehidupan keluarga. Akhir sekali, pendidikan wajib membolehkan negara dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pelbagai bidang seperti teknologi dan sebagainya dengan menjadi lebih maju dengan adanya generasi pelapisan yang berilmu. Dengan pendidikan wajib, semua murid diwajibkan untuk belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, mereka dapat berkomunikasi dengan baik bagi mengelakkan kesalahfahaman atau prasangka. Oleh itu negara yang bersatupadu dapat diwujudkan kerana rakyat dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kebangsaan.

Upload: how-zheng-wei

Post on 02-Oct-2015

95 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kepentingan Dasar Pendidikan Wajib

TRANSCRIPT

Dasar Pendidikan Wajib merupakan suatu dasar yang menyatakan bahawa semua ibu bapa harus menghantar anak mereka ke sekolah peringkat rendah, ini sangat penting untuk membawa perubahan dalam pelbagai aspek pada masa depan.

Antara kepentingan dasar pendidikan wajib kepada kanak-kanak adalah hak asasi mereka dapat terpelihara dan kehidupan lebih bermakna dan berfaedah. Dengan dasar ini dapat membolehkan semua kanak berpeluang untuk menimba ilmu dan belajar kemahiran di sekolah dan tiada yang tercicir untuk mendapatkan pendidikan asas, melalui pedidikan kanak-kanak dapat mengejar cita-cita mereka demi mencapai kejayaan dalam hidup.

Manakala kepada masyarakat pula pendidikan wajib menjadikan satu platform untuk mendidik anak-anak bangsa dapat berkhidmat kepada masyarakat apabila mereka habis belajar di sekolah mahupun institusi. Jurang ekonomi pun dapat dikurangkan di kalangan rakyat Malaysia kerana pendidikan dapat melahirkan generasi muda yang berilmu dan mereka mampu memperbaiki kualiti kehidupan keluarga.

Akhir sekali, pendidikan wajib membolehkan negara dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pelbagai bidang seperti teknologi dan sebagainya dengan menjadi lebih maju dengan adanya generasi pelapisan yang berilmu. Dengan pendidikan wajib, semua murid diwajibkan untuk belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, mereka dapat berkomunikasi dengan baik bagi mengelakkan kesalahfahaman atau prasangka. Oleh itu negara yang bersatupadu dapat diwujudkan kerana rakyat dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kebangsaan.