kepelbagaian aras pengetahuan murid merupakan lumrah dalam sebuah kelas dan guru seharusnya bijak...

Upload: munirah

Post on 10-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SoalanKepelbagaian aras pengetahuan murid merupakan lumrah dalam sebuah kelas dan guru seharusnya bijak menangani situasi ini. Merujuk kepada reka bentuk pengajaran, apakah langkah-langkah yang anda lakukan jika anda berhadapan dengan situasi tersebut.JawapanSebagai seorang guru yang cemerlang, guru mestilah bijak mereka bentuk pengajaran. Antara reka bentuk pengajaran yang sesuai digunakan untuk berhadapan dengan situasi yang disebutkan di atas adalah reka bentuk model ASSURE. Dalam model Assure, terdapat 6 langkah yang harus dititikberatkan oleh seorang guru iaitu Analyse learner (Analisis pelajar), State objective (Nyatakan objektif), Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan), Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan), Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar) dan Evaluate and revise (Nilai dan semak). Langkah pertama iaitu Analyse learner (Analisis pelajar), guru haruslah menjelaskan terlebih dahulu objektif dan matlamat pengajaran. Antara 3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar adalah ciri-ciri umum yang merangkumi deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya. Kedua adalah kompetensi khusus iaitu berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Ketiga adalah stail pembelajaran yang merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan kepada guru dalam peringkat ini adalah seperti siapakah kumpulan sasaran?, apakah ciri-ciri mereka?, apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai? dan berapa tempoh perlaksanaannya.Langkah kedua iaitu State objective (Nyatakan objektif). Dalam peringkat ini, guru seharusnya menyatakan apakah objektif pembelajaran terhadap kumpulan sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Ia juga harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.Langkah ketiga iaitu Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan). Dalam peringkat ini, guru memilih kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Terdapat 3 langkah dalam pemilihan iaitu menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran. Contohnya, set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru. Kedua adalah memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih dan ketiga adalah mereka bentuk media. Langkah empat merujuk kepada utilise media & materials iaitu penggunaan media dan bahan. Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi menggunakan media iaitu preview media, memastikan media yang akan digunakan tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Media dan bahan yang disediakan berpotensi untuk melengkapkan pengalaman dan pengetahuan pelajar. Dengan kata lain, media yang digunakan perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bermakna untuk pelajar yang mempunyai pelbagai aras.

Langkah lima merujuk kepada require learners participation iaitu mendorong penglibatan pelajar. Salah satu daripada aliran falsafah pendidikan yang diperkenalkan oleh John Dewey pada awal era 1900 ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek. pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku pelajar. Contohnya pembelajaran secara hands-on seperti melabelkan kawasan perlombongan bijih timah di atas peta pada skrin komputer boleh mencetuskan pengalaman baru kepada pelajar yang pandai, sederhana, dan lemah. Dari situ, pelajar belajar mengenalpasti kawasan-kawasan perlombongan pada peta Malaysia berbanding guru hanya menceritakan sahaja kawsan-kawasan perlombongan tersebut sehingga pelajar menjadi bosan. Secara tidak langsung,ia dapat memupuk budaya berfikir dalam kalangan pelajar.Langkah enam merujuk kepada evaluate and revise iaitu nilai dan semak. Antara aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup (2006):a. Adakah objektif pembelajaran tercapai?b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran?c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang betul?d. Adakah suasana pembelajaran selesa?e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Pembaikan akan terus dilakukan sehingga media itu benar-benar sesuai dengan tahap pelajar yang berlainan dan mampu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya, menilai dan menyemak semula bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk semua pelajar.

Secara kesimpulannya, guru harus menguasai keenam-enam langkah ini supaya proses pengajaran dan pembelajarannya pada hari tersebut berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.