kepada @ pada

11
Masih keliru… KEPADA atau PADA

Upload: mohamed-nazul-ismail

Post on 10-Feb-2017

70 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kepada @ Pada

Masih keliru…KEPADA

atau PADA

Page 2: Kepada @ Pada

MARTABATKAN BAHASALESTARIKAN PENGGUNAANNYA

BAHASA JIWA BANGSALAMBANG SATU MALAYSIA

Page 3: Kepada @ Pada

[Kepada] dan [pada] adalah antara sekian banyak kata tugas yang digunakan dengan meluas oleh pengguna bahasa. Kedua-dua perkataan ini tergolong dalam kata sendi nama. Bagaimanapun, masih ramai yang keliru tentang penggunaan perkataan tersebut. Masalah ini timbul kerana pengguna bahasa tidak memahami fungsi dan makna yang didukung oleh kedua-dua perkataan ini.

Page 4: Kepada @ Pada

Umpamanya; masih terdapat ayat-ayat seperti berikut yang dibina oleh pengguna bahasa Melayu.

1. Tolong kirim salam pada Aminah.2. Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak diberikan pada

masjid.

Ayat-ayat di atas penggunaan kata sendi pada tidak tepat.Oleh itu, wajarlah diperbetulkan seperti yang berikut:

1a.Tolong kirim salam kepada Aminah.2a.Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak diberikan kepada masjid.

Page 5: Kepada @ Pada

Fungsi perkataan kepada dan pada serta penggunaannya yang tepat. Menurut Tatabahasa Dewan, kepada digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Contoh ayat;

3. Sampaikan salam saya kepada Rohana. (sasaran manusia)4. Berikan susu ini kepada anak lembu. (sasaran haiwan)5. Rakyat Malaysia dikehendaki memberi tumpuan kepada

pemulihan ekonomi negara. (sasaran unsur mujarad)6. Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan.

(menyatakan pecahan)7. Keadaan tenang bertukar kepada riuh. (menyatakan perubahan

keadaan)

Page 6: Kepada @ Pada

Pada digunakan untuk:

i. Keterangan waktu: “Pertandingan itu bermula pada pukul 8.00 malam”.

ii. Menyusuli kata [ada] yang merujuk manusia dan haiwan. “Buku itu ada pada Hasizan”.

iii. Digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja:“Jamilah membaling bola itu pada sasarannya”.

Page 7: Kepada @ Pada

Oleh itu, ayat [Tolong kirim salam pada Aminah] tidak tepat kerana kata pada tidak menyatakan sasaran. Dalam ayat ini, [salam] disasarkan kepada manusia, iaitu Aminah, manakala kata pada hanya digunakan untuk merujuk tempat atau masa. Justeru yang betul ialah [Tolong kirim salam kepada Aminah].

Demikian juga ayat [Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak diberikan pada masjid]. Walaupun [masjid] merujuk tempat, namun ayat ini, [masa Pak Mat] disasarkan kepada masjid. Oleh yang demikian ayat yang tepat ialah [Kebelakangan ini masa Pak Mat banyak diberikan kepada Masjid].

Page 8: Kepada @ Pada

Perhatikan penggunaan kepada yang tepat dalam beberapa ayat berikut.

8. Puan Normah telah menyampaikan cenderamata kepada Puan Kasnani yang akan bersara minggu depan. (sasaran merujuk manusia)

9. Kepada Tuhanlah kita berserah. (sasaran merujuk Tuhan)10. Halaman buku itu dibahagi kepada dua untuk menjimatkan ruang.

(menyatakan pecahan)11. Warna hijau tiba-tiba bertukar kepada warna biru. (menyatakan

perubahan keadaan)12. Ular sawa yang ditangkap penduduk kampung telah diserahkan

kepada pihak Zoo Negara. (sasaran yang ada kaitan dengan manusia)13. Nora memberikan sisa-sisa makanan kepada kucing jirannya.

(sasaran haiwan)14. Rancangan Malaysia Kesepuluh akan memberi tumpuan kepada

pembasmian kemiskinan. (sasaran unsur mujarad)

Page 9: Kepada @ Pada

Seterusnya penggunaan pada yang tepat dalam ayat-ayat di bawah.

15. Hasnah meletakkan bungkusan itu pada meja makan. (keterangan tempat)16. Pada zama dahulu tidak banyak kemudahan yang ada seperti sekarang.(keterangan waktu)17. Orang itu banyak bergantung pada kerusi rodanya untuk bergerak. (merujuk tempat bagi perbuatan sesuatu kerja)18. Karisma yang ada pada Zulkapli cukup menakjubkan kami. (merujuk manusia)

Page 10: Kepada @ Pada

Demikianlah sedikit penjelasan serta beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kata kepada dan pada yang betul dan tepat. Jelaslah bahawa kata kepada dan pada tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya, tetapi wajar berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Semoga penjelasan yang sedikit ini dapat membantu pengguna bahasa Melayu menghilangkan kekeliruan antara kepada dan pada.

Page 11: Kepada @ Pada

SEKIAN

“BIASAKAN YANG BETULBETULKAN YANG BIASA”