cynthia kho mei ying - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat...

21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERTAAN TUISYEN BERBAYAR DI TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR. CYNTHIA KHO MEI YING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 23-Oct-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERTAAN TUISYEN

BERBAYAR DI TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR.

CYNTHIA KHO MEI YING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERTAAN TUISYEN BERBAYAR DI TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya CYNTHIA KHO MEI YING

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: S/LOT 18, TAMAN HENG, JALAN SIBIYU, PUAN HANIM BINTI SULAIMAN 97000 BINTULU, SARAWAK. Nama Penyelia Tarikh: 28 April 2008 Tarikh:_ 28 April 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik Minor Matematik)”.

Tandatangan : ……………………………………….......................

Nama Penyelia : PUAN HANIM BINTI SULAIMAN

Tarikh : ……………………………………….......................... 28 APRIL 2008

Page 4: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYERTAAN TUISYEN

BERBAYAR DI TAMAN UNIVERSITI, SKUDAI, JOHOR.

CYNTHIA KHO MEI YING

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan ( Fizik)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2008

Page 5: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………

Nama Penulis : Cynthia Kho Mei Ying

Tarikh : 28 April 2008

Page 6: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

iii

DEDIKASI

Buatmu papa ( KHO LIAN SHUH ) dan mama ( KUEH LUAN KIAM) yang dikasihi, Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita serta panduan perjuanganku

dalam kehidupan ini…

Buatmu pembimbing yang disanjungi, bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan tidak akan saya lupai…

Buat teman- teman seperjuangan yang disayangi, kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini akan kukenangi buat selama- lamanya…

Page 7: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

iv

PENGHARGAAN

Setinggi- tinggi syukur kepada Tuhan yang maha penyayang teramat sekali

rahmatNya dapatlah saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Ucapan

terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia tesis iaitu Puan Hanim Binti

Sulaiman atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada

saya. Semoga bertambah rahmatnya ke atas usaha beliau selama ini.

Setinggi- tinggi ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak pusat

tuisyen di Taman Universiti atas kerjasama mereka dalam menjayakan projek

penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam

memberi teguran, semangat dan perangsang kepada saya dalam menghadapi setiap

cabaran semasa menyiapkan PSM ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membantu saya

menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 8: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap faktor-faktor dalam penglibatan

pelajar-pelajar Tingkatan 5 di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan.

Kaedah penyelidikan deskriptif yang berbentuk tinjauan telah digunakan dalam

kajian ini. Seramai 80 responden telah terlibat dalam kajian ini. Maklumat yang

dikumpul diperolehi daripada pengedaran soal selidik kepada pelajar. Data dianalisis

menggunakan perisian “ Statistical Packages For Social Science” (SPSS) versi 14

bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dari hasil analisis data kajian,

didapati faktor utama pelajar mengikuti kelas tuisyen berbayar adalah pengaruh

rakan sebaya, diikuti dengan faktor ibu bapa dan juga keberkesanan pengajaran guru

di sekolah. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan ibubapa atau penjaga pelajar

perlulah memberi perhatian kepada pergaulan anak mereka, di samping itu, mereka

juga perlulah menjalin hubungan yang baik dengan pihak sekolah supaya dapat

mengikuti perkembangan anak di sekolah, dan golongan guru perlulah berusaha

menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dengan subjek yang diajar.

Page 9: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to identify the factors that influence the

involvement of Form 5’s students in tuition centre in Taman Universiti, Skudai,

Johore. Descriptive research method has been used in this study. 80 respondents had

been involved in this study. Questionnaires was used to gather information from the

students. Software “ Statistical Packages For Social Science” (SPSS) version 14 was

used to analyze data and it was presented in the forms of frequency, percentage and

mean. From the findings, it was found that peer influence is the major factor of the

involvement of Form 5 students in tuition centre, followed by parental factor and

also the effectiveness of teaching in school. Therefore, parents are strongly

recommended to pay more attention to their child’s social life. Parents are also

recommended to make a good relationship with the school so that they could follow

the learning process of their own child. Teachers are strongly recommended to use

suitable approach according to subjects to attract students’ interest in learning

process.

Page 10: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS THESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Rasional Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

1.9 Rumusan 9

Page 11: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

viii

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Tuisyen Dalam Senario Pendidikan Masa Kini 11

2.3 Faktor- Faktor Penglibatan Pelajar Ke Kelas Tuisyen 13

2.3.1 Peranan Ibubapa Dalam Pendidikan

Anak-Anak 13

2.3.2 Keberkesanan Pengajaran Guru Di Sekolah 16

2.3.3 Pengaruh Rakan Sebaya 18

2.4 Rumusan 20

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka Bentuk Kajian 22

3.3 Tempat Kajian 23

3.4 Pemilihan Sampel 23

3.5 Instrumen Kajian 24

3.6 Prosedur Kajian 26

3.7 Analisis Data 27

3.8 Rumusan 28

4 KEPUTUSAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 29

4.2 Analisis Latar belakang Responden ( Bahagian A) 32

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 33

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Bapa Atau Penjaga 34

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah

Pendapatan Keluarga 34

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan

Adik- Beradik 35

Page 12: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

ix

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan

Mata Pelajaran Yang Diikuti Di Pusat

Tuisyen 36

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Jumlah

Bayaran Tuisyen 36

4.3 Analisis Peratusan dan Min ( Bahagian B) 37

4.3.1 Peranan Ibubapa 37

4.3.2 Keberkesanan Pengajaran Guru 37

4.3.3 Pengaruh Rakan Sebaya 44

4.4 Analisis Data Keseluruhan Persoalan Kajian 48

4.5 Rumusan 50

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 51

5.2.1 Latar Belakang Responden 51

5.2.2 Persoalan Kajian Pertama 53

5.2.3 Persoalan Kajian Kedua 54

5.2.4 Persoalan Kajian Ketiga 56

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 57

5.4 Cadangan 58

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59

RUJUKAN 61 LAMPIRAN A-C 65-72

Page 13: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Skala Likert 25

3.3 Markat Skala Tiga Mata 28

4.1a Agihan Permarkahan 30

4.1b Kaedah Pengiraan Peratusan 30

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 33

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 33

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa Atau Penjaga 34

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah Pendapatan Keluarga 34

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik- Beradik 35

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bilangan Mata Pelajaran Yang

Diikuti Di Pusat Tuisyen 36

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Jumlah Bayaran Tuisyen 36

4.3.1 Peranan Ibubapa 37

4.3.2 Keberkesanan Pengajaran Guru 41

4.3.3 Pengaruh Rakan Sebaya 44

4.4 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Setiap Item Bagi

Keseluruhan Persoalan Kajian 49

Page 14: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.3.1 Graf Menunjukkan Peratus Keseluruhan Bagi Peranan

Ibubapa 40

4.3.2 Graf Menunjukkan Peratus Keseluruhan Bagi Keberkesanan Pengajaran Guru 44

4.3.3 Graf Menunjukkan Peratus Keseluruhan Bagi Pengaruh Rakan Sebaya 48

4.3.4 Graf Menunjukkan Min Keseluruhan Bagi Ketiga- Tiga Persoalan Kajian 50

Page 15: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

xii

SENARAI SINGKATAN

EQ - Emotional Intelligence Quotient IEA - International Association for the Evaluation of Educational

Acheivement

IQ - Intelligence Quotient KBSM - Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah PMR - Peperiksaan Menengah Rendah SPM - Sijil Pelajaran Malaysia SPSS - Statistical Packages For Social Science STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

xiii

LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Set Soal Selidik kajian 87 B Pengesahan Keesahan Soal Selidik 92 C Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 94

Page 17: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Pendidikan swasta yang berkembang hingga kini, khasnya di peringkat

sekolah rendah dan sekolah menengah mendapat sambutan yang begitu

menggalakkan. Dengan itu, bermulalah penubuhan pusat tuisyen yang tumbuh bagai

cendawan lepas hujan.

Menurut Pengarah Jabatan Pelajaran Swasta Kementerian Pelajaran, Dr

Mohamad Nor Mohamad Taib dalam Berita Harian,yang bertarikh 11 Oktober 2006,

menyatakan bahawa bagi tempoh tiga tahun bermula 2003, jumlah pusat tuisyen yang

berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004,

seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah pula.

Perkembangan pusat tuisyen yang semakin popular masa kini sebenarnya

sudah bermula sejak awal zaman merdeka, tetapi pertumbuhannya semakin pesat

sejak tahun-tahun 1980-an. Pusat-pusat tuisyen ini adalah untuk pelajar-pelajar yang

belajar di tahun satu hinggalah ke tingkatan enam Atas. Sehingga kini, kebanyakan

pengusaha pusat tuisyen melakukannya secara separuh masa. Tenaga pengajarnya

kebanyakan terdiri daripada guru-guru sekolah kerajaan. Pusat tuisyen ini adalah

tertakluk di bawah Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996. Menurut Abdullah Othman

(1988), sebelum didaftar institusi swasta perlu memenuhi dan mematuhi beberapa

dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Page 18: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

Pusat-pusat tuisyen ini memberi bimbingan kepada pelajar yang berdaftar

sebagai pelajar separuh masa di sekolah kerajaan atau di sekolah swasta yang lain.

Bimbingan diberikan kepada pelajar untuk mengambil peperiksaan seperti UPSR,

PMR, SPM dan STPM sama ada bagi semua mata pelajaran atau satu-satu mata

pelajaran sahaja. Bayaran untuk satu mata pelajaran adalah di antara RM 50 hingga

RM 70.

Sistem pendidikan pada masa kini lebih berorientasikan peperiksaan.

Pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang baik atau cemerlang

akan diberikan peluang untuk memasuki institusi pengajian tinggi dan mempunyai

masa depan yang cerah. Status sijil adalah amat tinggi pada pandangan masyarakat

kini. Justeru itu, ibu bapa akan memandang berat tentang keputusan anak mereka kini.

Demi menjamin anak-anak mereka mempunyai keputusan yang baik dan masa depan

yang cerah, penghantaran anak ke pusat tuisyen menjadi suatu kewajipan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Selaras dengan pertambahan bilangan penduduk di Malaysia, bilangan

institusi pendidikan swasta turut bertambah dengan nyatanya, pusat tuisyen juga tidak

ketinggalan. Pertambahan bilangan pusat tuisyen ini adalah untuk memberi

bimbingan kepada pelajar-pelajar sekolah, khasnya untuk mereka yang bakal

menduduki peperiksaan awam.

Pada suatu masa dahulu, pusat tuisyen sering dikaitkan dengan pelajar-pelajar

yang tercicir dalam sistem persekolahan kerajaan. Namun, pada masa kini, keadaan

sudah berubah. Bukan sahaja pelajar yang tercicir dalam sistem persekolahan

kerajaan yang berdaftar dengan pusat tuisyen, malah mereka yang cerdik pandai turut

dihantar untuk mendapatkan bimbingan dalam pelajaran mereka.

Page 19: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

Pada zaman yang menitikberatkan peperiksaan dan sijil, kebanyakan ibu bapa

telah menghantar anak kesayangan mereka ke pusat tuisyen untuk mendapatkan

bimbingan dalam pelajaran. Hal sedemikian berlaku kerana pada era ledakan

teknologi dengan IT ini, adalah amat penting bagi seseorang itu untuk mempunyai

sijil demi mendapatkan suatu pekerjaan dan juga masa depan yang cerah.

Menurut Isahak Haron (1992), kelas-kelas tuisyen yang dianggap sebagai

pendidikan tambahan (supplementary) kepada pendidikan di sekolah terutamanya

beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Perakaunan, Sains,

Matematik, Sejarah, Agama dan sebagainya, akan bertambah dengan pesatnya sama

ada di peringkat rendah atau peringkat menengah. Ini disebabkan kesedaran di

kalangan ibu bapa yang mahukan anak-anaknya mencapai keputusan cemerlang

dalam peperiksaan awam, supaya memudahkan mereka mendapatkan peluang belajar

di institusi dan universiti tempatan atau universiti luar negeri dengan kemudahan

biasiswa.

Sistem pendidikan sekarang yang lebih berorientasikan peperiksaan ini telah

menyumbang kepada amalan tuisyen di kalangan pelajar. Seseorang pelajar itu akan

dikategorikan sebagai pandai sekiranya mendapat lebih banyak A dalam keputusan

peperiksaan awamnya. Walaubagaimanapun, pandangan masyarakat yang terlalu

mewar-warkan bilangan A yang diperolehi adalah tidak sihat. Mereka telah

mengabaikan maksud sebenar pendidikan. Menurut Mahzan Arshad dari Universiti

Malaya dalam Portal Pendidikan Utusan, 26 Januari 2004, yang menyatakan bahawa

sememangnya menghantar anak ke pusat tuisyen satu kebiasaan bagi ibu bapa yang

mahu anaknya mendapat seberapa banyak A dalam mata pelajaran yang diambil

dalam sesuatu peperiksaan.

Namun begitu, adakah ibu bapa yang menjadi faktor utama kepada

penghantaran anak ke pusat tuisyen? Adakah keadaan ekonomi keluarga seseorang

pelajar itu membenarkan pelajar tersebut mengikuti kelas tuisyen yang diadakan?

Page 20: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

Selain daripada faktor ibu bapa yang inginkan kejayaan daripada anak, faktor

keberkesanan pengajaran oleh guru juga mempengaruhi amalan tuisyen di kalangan

pelajar sekolah. Pelajar-pelajar yang mendapati mereka sukar untuk memahami

sesuatu mata pelajaran dalam sekolah akan cenderung untuk mendapatkan bantuan

daripada pusat tuisyen. Masalahnya, adakah guru sekolah mereka mempunyai

kelemahan dalam menyampaikan pengajaran? Adakah saiz kelas yang terlalu besar

menghalang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)? Adakah masa

yang diperuntukkan untuk satu sesi pengajaran mencukupi?

Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga tidak boleh diabaikan.

Pelajar-pelajar dari sekolah menengah lebih mudah dipengaruhi oleh persekitaran

mereka, terutamanya rakan sebaya. Keadaan ini berlaku kerana mereka lebih selesa

untuk berbincang masalah yang dialami dengan rakan-rakan yang umurnya sebaya

dengan mereka. Maka, tidak boleh diabaikan juga pengaruh rakan sebaya yang

mempengaruhi amalan tuisyen di kalangan pelajar. Masalah yang timbul, adakah

rakan mereka di sekolah turut menghadiri kelas-kelas tuisyen yang sama? Adakah

mereka merasa lebih gembira sekiranya dapat belajar bersama-sama dengan rakan

mereka di pusat tuisyen?

Ketiga-tiga faktor yang dibincangkan di atas akan dikaji secara lebih

mendalam untuk mengetahui tahap faktor-faktor pelajar dalam mengikuti kelas

tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan.

1.3 Pernyataan Masalah Sejak kebelakangan ini, semakin banyak pusat tuisyen yang ditubuhkan bagai

cendawan lepas hujan. Perkembangan pusat tuisyen yang secara mendadak ini

adalah untuk memenuhi keperluan pelajar yang memerlukan bimbingan dalam

pelajaran secara meluas. Penyelidik ingin mengkaji apakah tahap faktor ibu bapa,

guru atau rakan sebaya dalam penglibatan pelajar Tingkatan 5 di pusat tuisyen

Page 21: CYNTHIA KHO MEI YING - fp.utm.my€¦ · berdaftar sebanyak 1,362, dan pusat tuisyen meningkat kepada 1,680 pada 2004, seterusnya pada 2005, jumlahnya meningkat kepada 1,733 buah

berbayar di luar waktu persekolahan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk menentukan tahap

faktor-faktor dalam penglibatan pelajar-pelajar Tingkatan 5 di pusat tuisyen berbayar

di luar waktu persekolahan.

Objektif yang khususnya ialah untuk mengenalpasti:

i. Menentukan tahap faktor ibu bapa atau penjaga pelajar dalam penglibatan

anak mereka di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan.

ii. Menentukan tahap faktor keberkesanan pengajaran guru di sekolah dalam

penglibatan pelajar-pelajar di pusat tuisyen di luar waktu persekolahan .

iii. Menentukan tahap faktor pengaruh rakan sebaya dalam penglibatan

pelajar-pelajar di pusat tuisyen di luar waktu persekolahan.

1.5 Persoalan Kajian

Di antara persoalan yang akan dikaji dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap faktor ibu bapa atau penjaga pelajar dalam penglibatan

pelajar-pelajar di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan?

ii. Apakah tahap faktor pengajaran guru di sekolah dalam penglibatan

pelajar-pelajar di pusat tuisyen berbayar di luar waktu pesekolahan?

iii. Apakah tahap faktor rakan sebaya dalam penglibatan pelajar-pelajar di pusat

tuisyen berbayar di luar waktu pesekolahan?