kenyataan media penangguhan pelaksanaan mata pelajaran bahasa inggeris sebagai syarat wajib lulus...

1

Click here to load reader

Upload: tranasb

Post on 13-Dec-2015

210 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KENYATAAN MEDIA PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN MEDIA PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2016

KENYATAAN MEDIA

PENANGGUHAN PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DAN PEPERIKSAAN PUSAT AMALI SAINS

BAGI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

TAHUN 2016

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa pelaksanaan mata pelajaran Bahasa

Inggeris sebagai syarat wajib lulus dan Peperiksaan Pusat Amali Sains bakal

dilaksanakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Tahun 2016.

Pelaksanaan tersebut bertujuan melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid

yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.

Penangguhan bagi syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan

untuk memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan dalam

membuat persediaan yang lebih rapi.

Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains mata pelajaran Physics (Kod 4531),

Chemistry (Kod 4541), Biology (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) pula

bertujuan untuk memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di

seluruh negara mencapai piawai yang ditetapkan sebelum peperiksaan tersebut

dilaksanakan.

Kementerian Pendidikan Malaysia berharap agar semua pihak yang berkaitan

mengambil maklum berkenaan penangguhan ini.

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Ogos 2015