pemakluman berkaitan penangguhan pengajian bagi … berkaitan … · pemakluman berkaitan...

7
1 PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Pelajar Pengajian Separuh Masa UTM, Seperti yang semua sedia maklum perutusan khas daripada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin Bin Haji Mohd. Yasin, Perdana Menteri Malaysia di mana kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020 di seluruh negara disebabkan pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya pada waktu ini. Merujuk kepada pemakluman yang dikeluarkan oleh Universiti pada 01 Mac 2020 No. Rujukan UTM.J.08.01/10.12.21 Jld.4 (28), keputusan permohonan penangguhan pengajian bagi pelajar kanan yang disebabkan oleh COVID 19 tidak termasuk / diambil kira didalam kiraan tempoh semester pengajian yang digunakan. Berikut disertakan petikan daripada Buku Peraturan Akademik Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM Edisi Ketujuh, 2019 yang boleh dimuat naik di Web Portal Pelajar berhubung penangguhan pengajian (Bahagian XI, muka surat 36). 1.0 PENANGGUHAN PENGAJIAN 1.1 Penangguhan pengajian boleh dibuat atas sebab-sebab berikut: 1.1.1 sebab kesihatan, 1.1.2 sebab peribadi, 1.1.3 Gap Year, 1.1.4 tindakan tatatertib. 1.2 Penangguhan maksimum bagi setiap permohonan ialah selama DUA (2) semester berturut-turut. Jika sekiranya pelajar memerlukan penangguhan lebih daripada EMPAT (4) semester secara berterusan, pelajar hendaklah mendapat kelulusan Universiti bagi menentukan sama ada pelajar dibenar untuk meneruskan pengajian atau menarik diri daripada pengajian. 1.3 Pelajar yang disahkan sakit dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan boleh memohon kepada Pengerusi SPACE untuk menangguhkan pengajian pada semester berkenaan. 1.4 Pelajar juga boleh memohon penangguhan atas alasan selain daripada sebab- sebab kesihatan. Permohonan ini hendaklah dibuat EMPAT BELAS (14) hari sebelum minggu peperiksaan akhir bermula dalam semester berkenaan. 1.5 Tempoh penangguhan tidak diambil kira sebagai semester yang telah digunakan bagi kes berikut:

Upload: others

Post on 08-Aug-2020

114 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI … Berkaitan … · PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Pelajar

1

PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pelajar Pengajian Separuh Masa UTM, Seperti yang semua sedia maklum perutusan khas daripada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin Bin Haji Mohd. Yasin, Perdana Menteri Malaysia di mana kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020 di seluruh negara disebabkan pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya pada waktu ini. Merujuk kepada pemakluman yang dikeluarkan oleh Universiti pada 01 Mac 2020 No. Rujukan UTM.J.08.01/10.12.21 Jld.4 (28), keputusan permohonan penangguhan pengajian bagi pelajar kanan yang disebabkan oleh COVID 19 tidak termasuk / diambil kira didalam kiraan tempoh semester pengajian yang digunakan. Berikut disertakan petikan daripada Buku Peraturan Akademik Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM Edisi Ketujuh, 2019 yang boleh dimuat naik di Web Portal Pelajar berhubung penangguhan pengajian (Bahagian XI, muka surat 36).

1.0 PENANGGUHAN PENGAJIAN 1.1 Penangguhan pengajian boleh dibuat atas sebab-sebab berikut:

1.1.1 sebab kesihatan, 1.1.2 sebab peribadi, 1.1.3 Gap Year,

1.1.4 tindakan tatatertib.

1.2 Penangguhan maksimum bagi setiap permohonan ialah selama DUA (2) semester berturut-turut. Jika sekiranya pelajar memerlukan penangguhan lebih daripada EMPAT (4) semester secara berterusan, pelajar hendaklah mendapat kelulusan Universiti bagi menentukan sama ada pelajar dibenar untuk meneruskan pengajian atau menarik diri daripada pengajian.

1.3 Pelajar yang disahkan sakit dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan boleh memohon kepada Pengerusi SPACE untuk menangguhkan pengajian pada semester berkenaan.

1.4 Pelajar juga boleh memohon penangguhan atas alasan selain daripada sebab-sebab kesihatan. Permohonan ini hendaklah dibuat EMPAT BELAS (14) hari sebelum minggu peperiksaan akhir bermula dalam semester berkenaan.

1.5 Tempoh penangguhan tidak diambil kira sebagai semester yang telah digunakan bagi kes berikut:

Page 2: PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI … Berkaitan … · PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Pelajar

2

1.5.1 pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti atas sebab kesihatan,

1.5.2 pelajar yang ditangguhkan pengajiannya oleh Universiti kerana dikenakan tindakan tatatertib.

1.5.3 pelajar yang ditangguhkan pengajian atas sebab kepentingan negara, 1.5.4 pelajar yang ditangguhkan pengajian kerana mengikuti program Gap

Year.

1.6 Pelajar yang menangguhkan pengajian seperti dalam perkara 1.4, tempoh penangguhan ini akan diambil kira sebagai semester yang telah digunakan. Walau bagaimanapun, dengan perakuan Dekan dan kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), semester yang ditangguhkan ini boleh tidak diambil kira.

2.0 TATACARA PERMOHONAN PENANGGUHAN PENGAJIAN

2.1 Muat turun Borang Permohonan Tangguh Pengajian/ Berhenti Pengajian

USB/PPSM/RK012 bersama Borang Tarik Diri Kursus (dilampirkan bersama) di portal pelajar atau di link berikut :

https://www.utmspace.edu.my/info/Uploads/Borang%20Tangguh%20&%20Berhenti%20Pengajian%20(USB.PPSM.RK012).pdf

2.2 Pelajar perlu mengisi lengkap borang beserta dokumen sokongan yang berkaitan (Jika ada) dan emelkan ke [email protected] Penghantaran borang permohonan hanya diterima melalui emel sahaja selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

2.3 Pelajar perlu membuat perancangan permohonan tangguh pengajian pelajar

dan sentiasa menyemak perkara penting semester semasa di portal pelajar bagi mengelakkan denda dikenakan kepada pelajar.

2.4 Keputusan dan kelulusan hanya akan dimaklumkan secara emel kepada pelajar

dan tiada urusan surat menyurat dikeluarkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

2.5 Pengecualian kiraan tempoh pengajian hanya diberikan kepada pelajar yang

memohon tangguh pengajian bermula 18 Mac 2020 sehingga keadaan kembali normal berdasarkan kepada pengesahan pihak KKM dan bertugas sebagai frontliner, anggota unit beruniform dan alasan-alasan lain yang diterima oleh Universiti.

2.6 Sebarang pertanyaan boleh berhubung secara emel ke [email protected]

atau [email protected]

Page 3: PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI … Berkaitan … · PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Pelajar

3

3.0 MAKLUMAT TAMBAHAN Pemberian rebat sebanyak sepuluh peratus (10%) kepada pelajar ke atas kursus-kursus yang didaftarkan pada semester ini. Pemberian rebat ini diberikan kepada kursus-kursus yang bukan berstatus tarik diri kursus. Rebat ini akan diselaraskan di akaun kewangan pelajar setelah selesai peperiksaan akhir Semester II, Sesi 2019/2020 (Sarjana Muda) dijalankan. Pemberian rebat ini akan melibatkan sejumlah 4258 pelajar yang berstatus aktif dengan jumlah keseluruhan kursus yang terlibat adalah sebanyak 727 kursus. Pelajar juga digalakkan meneruskan pengajian bagi semester kini bagi mengelakkan kelewatan pelajar bergraduan dan memberi kesan kepada tempoh maksimum pengajian pelajar

Disediakan oleh : Seksyen Peperiksaan dan Pengurusan Data (SPD), Pusat Pengajian Separuh Masa (PPSM), Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE).

Page 4: PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI … Berkaitan … · PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Pelajar
Page 5: PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI … Berkaitan … · PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Pelajar
Page 6: PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI … Berkaitan … · PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Pelajar

PUSAT PENGAJIAN SEPARUH MASA SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERMOHONAN TANGGUH PENGAJIAN / BERHENTI PENGAJIAN

Bahagian I : MAKLUMAT PEMOHON (dilengkapkan oleh pemohon)

Nama Penuh :

No. MyKad : - -

No. Matrik : Semester : I / II Sesi: /

Alamat :

Poskod :

No. Tel (Bimbit) : - Email :

Bahagian II : MAKLUMAT PERMOHONAN (dilengkapkan oleh pemohon) – tanda () dalam petak yang berkenaan

TANGGUH PENGAJIAN (permohonan perlu dikemukakan bagi setiap semester yang dipohon dan rujuk Perkara Penting. Diingatkan bahawa Yuran

Sebab penangguhan pengajian :

Kewangan Majikan Keluarga Kesihatan (Dokumen sokongan yang diperakukan oleh pegawai perubatan Universiti / hospital kerajaan perlu dikemukakan)

Lain-lain (sila nyatakan)

BERHENTI PENGAJIAN (permohonan perlu disertakan Surat Tawaran Asal & Kad Matrik : Laporan Polis perlu dibuat bagi dokumen yang hilang)

Sebab berhenti pengajian :

Masalah Kewangan Masalah Peribadi Masalah Kesihatan Komitmen Kerja

Program tidak sesuai Dapat tawaran lain Lain-lain (sila nyatakan)

Bahagian III : PENGESAHAN PEMOHON (dilengkapkan oleh pemohon)

- tanda () dalam petak yang berkenaan Bahagian IV : ARAHAN PINDAHAN TERUS (dilengkapkan oleh pemohon : Permohonan Berhenti Pengajian sahaja)

Saya mengesahkan maklumat yang dinyatakan di bahagian atas adalah TEPAT dan faham dengan tindakan yang akan diambil daripada permohonan ini .

Penting : Nama Pemegang Akaun dan penandatangan arahan kredit mestilah sama dengan maklumat Bahagian I

Dokumen disertakan : Nama Pemegang Akaun :

Surat Tawaran Asal Nama Bank :

Tandatangan : Kad Matrik No. Akaun Bank :

Tarikh : Laporan Polis Terma dan syarat :

3. Jika salinan penyata bank tidak dikemukakan, pemohon dianggap telah mengesahkan bahawa butiran-butiran dalam borang ini adalah sahih dan tepat.

Pusat Pengajian Separuh Masa Bahagian Kewangan

Lulus / Tidak Lulus Lebihan / Tunggakan :

Tandatangan : Tandatangan :

Tarikh : Tarikh :

Cop Rasmi : Cop Rasmi :

Keluaran#2_07062017

Pendaftaran (RM 270.00) akan dikreditkan dalam Penyata Akaun Pelajar, sila rujuk Panduan Kewangan)

1. Kredit Terus akan dilakukan oleh SPACE kepada pemohon bagi lebihan pembayaran yuran yang dibuat pemohon sebelum ini.

4. Sekiranya butiran-butiran yang diberikan oleh pemohon tidak sah atau tidak tepat, mengakibatkan Kredit Terus di akaun bank pihak ketiga, pembayaran dibuat itu masih dianggap pembayaran penuh dan SPACE tidak akan bertanggungjawab atas segala liabiliti, dakwaan dan permintaan pada masa kini dan juga pada masa hadapan.

2. Sila kemukakan satu salinan penyata bank untuk tujuan pengesahan.

Bahagian V : PENGESAHAN SPACE

user
Typewritten text
USB/PPSM/RK012
Page 7: PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI … Berkaitan … · PEMAKLUMAN BERKAITAN PENANGGUHAN PENGAJIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Pelajar

BORANG TARIK DIRI KURSUS

*Setelah bahagian ini diisi, mahasiswa hendaklah mengemukakan 3 salinan ke Pejabat SPACE

SILA BACA DENGAN TELITI. GUNAKAN PANDUAN MENGISI BORANG TARIK DIRI KURSUS

(Slip Pendaftaran Kursus yang asal hendaklah disertakan bersama)

No.Kad Pengenalan :

No.Kad Matrik : Nama :

(Mengikut Ejaan Di Dalam Kad Pengenalan) Fakulti :

Tahun / Program : Sesi / Semester :

No. Telefon : Jumlah Kredit Yang Telah Didaftarkan Sebelum Ini (Kecuali ‘HS’) Kod Kursus Seksyen Kredit Tandatangan Pensyarah

Disahkan Setuju / Tidak Setuju

(Tandatangan Mahasiswa) (Tandatangan Penyelaras Kursus) Tarikh: Nama : Tarikh :

JIKA PENYELARAS KURSUS TIDAK SETUJU

Keputusan Dekan : Diluluskan / Tidak diluluskan

Tandatangan Tarikh

PPSM-SPA-TDK-007