kenyataan kpm berkenaan tragedi kehilangan tujuh orang murid asrama sk tohoi gua musang

Upload: bellicose-leo

Post on 07-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kenyataan Kpm Berkenaan Tragedi Kehilangan Tujuh Orang Murid Asrama Sk Tohoi Gua Musang

TRANSCRIPT

  • KENYATAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    TRAGEDI KEHILANGAN TUJUH ORANG MURID ASRAMA

    SK TOHOI, GUA MUSANG, KELANTAN

    Sejak kehilangan tujuh orang murid-murid anak orang asli yang bermula pada 23 Ogos 2015, pihak pasukan keselamatan seperti Polis, BOMBA, Tentera, JAKOA, JPAM dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan termasuk dengan bantuan masyarakat orang asli dan ibu bapa murid-murid berkenaan telah bertungkus lumus tanpa henti mencari dan mengesan murid-murid tersebut. Usaha pencarian ini telah dilakukan sehingga terjumpa mayat salah seorang daripada murid tersebut di Sungai Perias, Gua Musang pada 7 Oktober 2015. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat berasa hiba dan sedih akan tragedi yang menimpa tujuh orang murid dari asrama sekolah ini. Ditambah pula penemuan murid-murid ini pada 7 dan 9 Oktober 2015 adalah dalam keadaan yang sangat menyayatkan hati kita semua. KPM mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga murid-murid yang terlibat serta berdoa semoga murid yang masih belum ditemui berada dalam keadaan selamat. Sejak daripada bermulanya tragedi ini lagi, KPM telah menyatakan kebimbangan akan keselamatan murid-murid berkenaan memandangkan mereka masih merupakan kanak-kanak kecil. Kawalan terhadap keselamatan, kebajikan dan kesihatan mereka merupakan perkara yang perlu diberi keutamaan dalam apa keadaan sekali pun. KPM amat memandang berat dan serius akan tragedi ini. Punca-punca kejadian ini perlu diteliti secara objektif dan meyakinkan semua pihak memandangkan ianya berlaku ketika masih berada dalam kawalan guru-guru di sekolah ini. Tragedi seumpama ini tidak boleh dipandang ringan di mana setiap usaha dan tindakan perlu dilakukan secara serius, bersikap terbuka dan telus serta perlu dilakukan secara holistik bagi mengelaknya daripada berulang.

  • Dalam hal ini, KPM ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan kerana telah memberi perhatian khusus terhadap tragedi ini disamping penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam usaha-usaha pencarian tersebut. Sehubungan itu, KPM telah memutuskan untuk mengambil tindakan-tindakan seperti berikut; 1. Mengarahkan kumpulan guru-guru pakar dalam Psikologi dan

    Kaunseling untuk turun padang membantu memberi perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling kepada rakan-rakan murid terlibat, guru-guru dan ibu bapa untuk menangani trauma yang dihadapi di samping menenangkan perasaan mereka.

    2. Mengadakan latihan khusus berkaitan budaya dan cara hidup

    masyarakat orang asli secara berperingkat kepada guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah orang asli. Ini termasuk kaedah engagement yang sesuai dalam usaha memenangi pemikiran ke arah kemajuan dalam bidang pendidikan.

    3. Mewujudkan satu jawatankuasa khas yang melibatkan pelbagai pihak dan agensi bagi mengkaji serta meneliti aspek kemajuan, keselamatan, kebajikan dan kesihatan anak-anak orang asli yang tinggal di asrama-asrama sekolah yang disediakan KPM. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan). Jawatankuasa ini akan segera dibentuk dan diberi masa 3 bulan bermula pertengahan Oktober 2015 bagi menyedia dan mengemukakan syor penambahbaikan berkaitan aspek-aspek tersebut kepada KPM.

    Sekian, terima kasih.

    DATO SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 10 Oktober 2015