putra palace, kangar, perlis, malaysia pemetaan gua batu ... · antara gua-gua tersebut ialah gua...

8
Annual Geological Conference 2004, June 4 – 6 Putra Palace, Kangar, Perlis, Malaysia Geological Society of Malaysia, Bulletin 49, April 2006, p. 43-50 Pemetaan gua batu kapur di Gunung Senyum, Temerloh, Pahang HAMZAH ZAKARIA, KAMAL ROSLAN MOHAMED & CHE AZIZ ALI Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Abstrak: Gunung Senyum merupakan bukit batu kapur yang terdiri daripada batu kapur berusia Perm-Trias. Jujukan Batu Kapur Gunung Senyum terdiri daripada batu kapur tebal hingga masif dan bewarna kelabu hingga cerah. Sebanyak 12 buah gua telah dipetakan dengan terperinci untuk mengenalpasti jenis dan kedudukan fitur-fitur yang ada. Antara gua-gua tersebut ialah Gua Kolam Tujuh, Gua Terang Bulan, Gua Taman Dua, Gua Makam Tok Long dan Gua Taman Impian. Beberapa fitur landskap yang menarik telah dikenalpasti dan boleh dimajukan untuk tarikan pelancongan. Antaranya stalagmit berbentuk buah konifer yang mungkin mempunyai persamaan dengan Palm Trunk stalagmite yang jarang terdapat di gua-gua batu kapur di Malaysia. Stalagmit unik ini dan dolina-dolina yang berasosiasi dengannya dicadangkan sebagai monumen geologi Negeri Pahang. Keadaan landskap, gua dan jalan-jalan rintisan sekeliling perbukitan dan ke Gunung Jebak Puyuh berpotensi untuk aktiviti riadah, sukan tahan lasak dan treking rimba. Abstract: The Gunung Senyum is a limestone hill consisting of a Permian-Triassic limestone. Gunung Senyum Limestone Formation is made up of a thick and massive limestone, and light to dark gray in color. Twelve caves were mapped in detail in order to identify the types and to determine the exact location of cave features. Among those caves are Gua Kolam Tujuh, Gua Terang Bulan, Gua Taman Dua, Gua Makam Tok Long and Gua Taman Impian. Some interesting landscape features are potential tourism attractions such as stalagmite with coniferous shape, stalagmite resembling palm trunk, which are considered rare features in Malaysian limestone caves. These unique stalagmites and associated dolines can be proposed as geological monuments for the state of Pahang. The landscape, caves and tracks built around the hill and to Gunung Jebak Puyuh are potential for recreations, extremes sport and jungle tracking. PENGENALAN Gunung Senyum terletak di kawasan Jengka, Pahang dan merupakan bukit batu kapur yang memperlihatkan morfologi kars tropikal yang menarik. Landskap gua-gua batu kapur dan ukiran semulajadi yang ada di sini adalah terhasil daripada proses-proses pelarutan, pengenapan dan penghabluran semula batu kapur. Kebanyakan landskap ini mempunyai fitur-fitur geomorfologi yang unik dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Keunikan dan daya tarikan ini semestinya dijaga dan dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat umum selain mampu menjanakan ekonomi dan memperkayakan pengetahuan. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji dan memetakan landskap berskala besar dan kecil yang terdapat di kawasan kajian dan memetakan gua-gua utama yang ada berserta fitur-fitur geomorfologinya. Kajian juga dilakukan terhadap proses-proses yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan landskap. Dari kajian ini, fitur-fitur landskap yang menarik akan dikenalpasti untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan dan juga menyediakan maklumat geologi dan landskap yang tepat dan sesuai untuk para pengunjung ke Hutan Lipur Gunung Senyum. GEOLOGI Gunung Senyum terdiri daripada batu kapur bewarna kelabu cerah hingga kelabu gelap yang berpelapisan tebal hingga masif, dan terdapat juga beberapa bahagian yang memperlihatkan perlapisan sederhana tebal dan nipis (Jason, 2004; Brenda, 2004). Chong & Yong (1968) telah menamakan unit batuan ini sebagai Formasi Gunung Senyum dan menafsirkan berusia Perm. Kemudiannya Ibrahim Amnan (1985) menyatakan batu kapur ini berkemungkinan berusia karbon (?) – Perm. Hashim Azmi (1987), dan Idris dan Hashim Azmi (1988) menemui fosil konodon, beliau menafsirkan batu kapur ini berusia Perm dan dienap di kawasan bertenaga tenang (lagun) dan sebahagiannya di kawasan bertenaga agak tinggi (pantai). Beliau membahagikan unit batu kapur Gunung Senyum kepada empat fasis iaitu mikrit, mikrit berfosil, biosparit dan biosparudit. Fontaine et al. (1988) yang membuat kajian semula di kawasan ini menafsirkan unit batu kapur ini berusia Trias Tengah -Trias Akhir berdasarkan jumpaan fosil foraminifera dan alga, dan Nor Iada Zakaria (1993) mencadangkan batu kapur Gunung Senyum ini berusia Perm-Trias Akhir berdasarkan fosil yang di jumpanya termasuk oleh pengkaji terdahulu. Batu Kapur Gunung Senyum ini dikelilingi oleh unit selanglapis batuan syal, batu pasir, batu lodak, serta konglomerat. Kebanyakan unit batuan ini bertuf dan di masukkan ke dalam Formasi Semantan oleh Nor Iada Zakaria (1993). Formasi Semantan berusia Trias Tengah- Akhir (Jaafar Ahmad, 1976). Kamal Roslan Mohamed (1989), Kamal Roslan Mohamed et al. (1990) dan Nor Iada Zakaria (1993) menjangkakan batu kapur Gunung Senyum mempunyai hubungan menjejari dengan Formasi Semantan. KAEDAH KAJIAN Pemetaan secara terperinci dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah rintisan seperti model offset, model Ray dan model trabas tertutup. Model offset sesuai digunakan apabila membuat rintisan gua berbentuk terowong yang sempit, kurang dari 10 m manakala model

Upload: voanh

Post on 10-Mar-2019

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Annual Geological Conference 2004, June 4 – 6Putra Palace, Kangar, Perlis, Malaysia

Geological Society of Malaysia, Bulletin 49, April 2006, p. 43-50

Pemetaan gua batu kapur di Gunung Senyum, Temerloh, Pahang

HAMZAH ZAKARIA, KAMAL ROSLAN MOHAMED & CHE AZIZ ALI

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan TeknologiUniversiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor

Abstrak: Gunung Senyum merupakan bukit batu kapur yang terdiri daripada batu kapur berusia Perm-Trias. Jujukan Batu KapurGunung Senyum terdiri daripada batu kapur tebal hingga masif dan bewarna kelabu hingga cerah. Sebanyak 12 buah gua telah dipetakandengan terperinci untuk mengenalpasti jenis dan kedudukan fitur-fitur yang ada. Antara gua-gua tersebut ialah Gua Kolam Tujuh, GuaTerang Bulan, Gua Taman Dua, Gua Makam Tok Long dan Gua Taman Impian. Beberapa fitur landskap yang menarik telah dikenalpastidan boleh dimajukan untuk tarikan pelancongan. Antaranya stalagmit berbentuk buah konifer yang mungkin mempunyai persamaandengan Palm Trunk stalagmite yang jarang terdapat di gua-gua batu kapur di Malaysia. Stalagmit unik ini dan dolina-dolina yangberasosiasi dengannya dicadangkan sebagai monumen geologi Negeri Pahang. Keadaan landskap, gua dan jalan-jalan rintisan sekelilingperbukitan dan ke Gunung Jebak Puyuh berpotensi untuk aktiviti riadah, sukan tahan lasak dan treking rimba.

Abstract: The Gunung Senyum is a limestone hill consisting of a Permian-Triassic limestone. Gunung Senyum Limestone Formationis made up of a thick and massive limestone, and light to dark gray in color. Twelve caves were mapped in detail in order to identify thetypes and to determine the exact location of cave features. Among those caves are Gua Kolam Tujuh, Gua Terang Bulan, Gua TamanDua, Gua Makam Tok Long and Gua Taman Impian. Some interesting landscape features are potential tourism attractions such asstalagmite with coniferous shape, stalagmite resembling palm trunk, which are considered rare features in Malaysian limestone caves.These unique stalagmites and associated dolines can be proposed as geological monuments for the state of Pahang. The landscape, cavesand tracks built around the hill and to Gunung Jebak Puyuh are potential for recreations, extremes sport and jungle tracking.

PENGENALANGunung Senyum terletak di kawasan Jengka, Pahang

dan merupakan bukit batu kapur yang memperlihatkanmorfologi kars tropikal yang menarik. Landskap gua-guabatu kapur dan ukiran semulajadi yang ada di sini adalahterhasil daripada proses-proses pelarutan, pengenapan danpenghabluran semula batu kapur. Kebanyakan landskapini mempunyai fitur-fitur geomorfologi yang unik danmempunyai daya tarikan tersendiri. Keunikan dan dayatarikan ini semestinya dijaga dan dimanfaatkan untukkepentingan masyarakat umum selain mampu menjanakanekonomi dan memperkayakan pengetahuan. Objektifkajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji danmemetakan landskap berskala besar dan kecil yangterdapat di kawasan kajian dan memetakan gua-gua utamayang ada berserta fitur-fitur geomorfologinya. Kajian jugadilakukan terhadap proses-proses yang mempengaruhipembentukan dan perkembangan landskap. Dari kajianini, fitur-fitur landskap yang menarik akan dikenalpastiuntuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan dan jugamenyediakan maklumat geologi dan landskap yang tepatdan sesuai untuk para pengunjung ke Hutan Lipur GunungSenyum.

GEOLOGIGunung Senyum terdiri daripada batu kapur bewarna

kelabu cerah hingga kelabu gelap yang berpelapisan tebalhingga masif, dan terdapat juga beberapa bahagian yangmemperlihatkan perlapisan sederhana tebal dan nipis(Jason, 2004; Brenda, 2004). Chong & Yong (1968) telahmenamakan unit batuan ini sebagai Formasi GunungSenyum dan menafsirkan berusia Perm. Kemudiannya

Ibrahim Amnan (1985) menyatakan batu kapur iniberkemungkinan berusia karbon (?) – Perm. Hashim Azmi(1987), dan Idris dan Hashim Azmi (1988) menemui fosilkonodon, beliau menafsirkan batu kapur ini berusia Permdan dienap di kawasan bertenaga tenang (lagun) dansebahagiannya di kawasan bertenaga agak tinggi (pantai).Beliau membahagikan unit batu kapur Gunung Senyumkepada empat fasis iaitu mikrit, mikrit berfosil, biosparitdan biosparudit. Fontaine et al. (1988) yang membuatkajian semula di kawasan ini menafsirkan unit batu kapurini berusia Trias Tengah -Trias Akhir berdasarkan jumpaanfosil foraminifera dan alga, dan Nor Iada Zakaria (1993)mencadangkan batu kapur Gunung Senyum ini berusiaPerm-Trias Akhir berdasarkan fosil yang di jumpanyatermasuk oleh pengkaji terdahulu.

Batu Kapur Gunung Senyum ini dikelilingi oleh unitselanglapis batuan syal, batu pasir, batu lodak, sertakonglomerat. Kebanyakan unit batuan ini bertuf dan dimasukkan ke dalam Formasi Semantan oleh Nor IadaZakaria (1993). Formasi Semantan berusia Trias Tengah-Akhir (Jaafar Ahmad, 1976). Kamal Roslan Mohamed(1989), Kamal Roslan Mohamed et al. (1990) dan NorIada Zakaria (1993) menjangkakan batu kapur GunungSenyum mempunyai hubungan menjejari dengan FormasiSemantan.

KAEDAH KAJIANPemetaan secara terperinci dijalankan dengan

menggunakan beberapa kaedah rintisan seperti modeloffset, model Ray dan model trabas tertutup. Model offsetsesuai digunakan apabila membuat rintisan gua berbentukterowong yang sempit, kurang dari 10 m manakala model

Geological Society of Malaysia, Bulletin 49

PEMETAAN GUA BATU KAPUR DI GUNUNG SENYUM, TEMERLOH, PAHANG

44

Ray sesuai digunakan untuk ruangan yang kurang dari20 m dan bagi ruangan gua yang melebihi 20 m modeltrabas tertutup adalah sangat sesuai. Penggunaan kaedahrintisan tidak hanya terhad pada satu kaedah sahaja malahpenggabungan kaedah-kaedah juga dilakukan,bergantung kepada keluasan ruang dan keadaan sesebuahgua.

HASIL DAN KAJIANGunung Senyum mempunyai 118 buah gua yang

diketahui, tetapi hanya 18 buah gua sahaja yang diterokai.Daripada jumlah ini 12 buah gua telah dipilih dan dibuatpemetaan secara terperinci berdasarkan kepada kekerapanpengunjung, kesenangan untuk dikunjungi, keselesaanuntuk dimasuki dan faktor keselamatan para pengunjungdisamping fitur-fitur menarik yang terdapat di dalam gua-gua berkaitan. Gua-gua ini mempunyai pelbagai bentuk,saiz dan atitud. Di antara gua-gua yang terdapat di GunungSenyum adalah Gua Tapa, Gua Kambing, Gua Merlap,Gua Piala, Gua Kelawar, Gua Hidang, Gua Kolam Tujuh,Gua Terang Bulan, Gua Angin, Gua Taman Satu, Gua TamanDua, Gua Gajah, Gua Makam Tok Long, Gua Silat, GuaTaman Impian, Gua Tali Air, Gua Nisan dan lain-lain (Rajah1).

Sebanyak enam peta dihasilkan daripada pemetaansecara terperinci 12 buah gua. Terdapat beberapa peta yangdihasilkan dengan mengabungkan beberapa buah guadisebabkan perkaitan diantara gua-gua tersebut. Peta guayang dihasilkan adalah:

1. Peta Gua Tapa.2. Peta Gua Merlap.3. Peta Gua Piala dan Gua Kelawar.4. Peta Gua kolam Tujuh.5. Peta Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satu

dan Gua Taman Dua.6. Peta Gua Makam Tok Long, Gua Silat dan Gua Taman

Impian.Kebanyakan gua-gua yang di petakan boleh

dihubungi melalui jalan rintisan yang terdapat disekeliling Gunung Senyum dan juga jalan laterit yangterdapat di dalam kawasan Jengka yang berhampiran.

Gua TapaGua ini terletak paling ke utara di bahagian barat

Gunung Senyum, berada 20 m daripada jalan rintisan padaketinggian hampir 10 m. Panjang gua ini hampir 90 mmengarah baratlaut-tenggara dan mempunyai satu ruangutama dengan kelebaran hampir 50 m, ketinggian dindinggua di antara 30 m hingga 80 m berkeadaan menegak danbumbungnya yang berbentuk seperti kubah (Rajah 2).Terdapat satu kekar yang kelihatan jelas pada bahagianhujung gua berjurus 1220 dengan kemiringan 57°.Terdapat sebuah lubang layang-layang kecil di hujunggua yang memberikan sedikit cahaya kepada gua ini.Secara umumnya, lantai gua menaik dengan landai darimuka gua hingga ke bahagian hujung gua dengankecerunan yang hampir sekata, purata 15°. Pada bahagianmuka gua terdapat stalagmit berbentuk seperti patung danberhampirannya terdapat satu tapak arkeologi. Fitur yangagak menarik dalam gua ini adalah tiang yang terbentukdi bahagian kanan gua yang mempunyai bentuk mikroyang menarik.

Rajah 1. Lokaliti gua-gua di bahagian barat Gunung Senyum. Rajah 2. Peta Gua Tapa.

April 2006

HAMZAH ZAKARIA, KAMAL ROSLAN MOHAMED & CHE AZIZ ALI

45

Gua MerlapTerletak hampir 400 m ke selatan Gua Tapa. Gua ini

sukar dilihat daripada jalan rintisan kerana berada padajarak 30 m dan pada ketinggian hampir 15 m. Peta GuaMerlap ditunjukkan dalam Rajah 3. Secara umumnya, guaini boleh dibahagikan kepada 3 ruang, dimana ruangpertama berbentuk hampir bulat, berdiameter lebih kurang15 m dan merupakan dolina kecil. Untuk masuk ke ruanganini, dari muka gua terpaksa menuruni anak-anak tanggayang dibina kerana lantainya yang curam sedikit sekitar350. Bahagian lantai ruangan ini hampir rata, bumbungnyaberbentuk kubah dengan ketinggian sekitar 20 m.Ruangan kedua terletak di bahagian timurlaut dan daripemerhatian ianya juga merupakan satu dolina kecil. Diruangan inilah terdapat beberapa fitur yang menarikseperti stalagmit, kolam-kolam, tirai dan serakan stalagmitmembentuk lopak-lopak (kolam) kecil pelbagai bentukyang sangat menarik (Rajah 4), dan terdapat kerikil yangdikenali sebagai mutiara gua. Pada bahagian tepistalagmit, terbentuk kristal-kristal batu kapur yang halusterjadi akibat penghabluran semula batu kapur dan apabilamenggunakan lampu ianya akan memantulkan cahayayang gemerlapan. Ruangan ketiga merupakan sebuahterowong yang panjangnya hampir 45 m dan lebar diantara5 m hingga 8 m dengan ketinggian hampir 10 m danmempunyai lantai yang hampir rata berbentuk seakansebuah gerbang. Pemerhatian ke atas stalaktit danstalagmit didapati pembentukan ini adalah selari denganarah retakan yang menjurus 335°.

Rajah 3. Peta Gua Merlap.

Rajah 4. Speleotem yang terdapat dalam Gua Merlap, antaranyatirai dan kolam yang tersusun.

Rajah 5. Peta Gua Piala dan Gua Kelawar.

Gua Piala dan Gua KelawarGua Piala merupakan sebuah dolina kecil dan gua

yang kedua kecil, juga merupakan pintu masuk utama keGua Kelawar (Rajah 5). Berbentuk seperti kubah denganketinggian kurang dari 15 m dan lebar hampir 15 m. Fiturutama yang terdapat di dalam gua ini adalah stalaktit danstalagmit. Di antara stalagmit yang terdapat di sini, adasebuah stalagmit yang terletak di bahagian tengah, jikadi pandang dari muka gua ianya berbentuk seperti sebuahpiala.

Gua Kelawar juga merupakan sebuah dolina sempit,berbentuk seperti kubah, berdiameter kurang dari 10 mdan tingginya juga kurang daripada 10 m, yang merupakangua yang paling kecil di antara gua-gua yang di petakan.Muka guanya juga adalah sempit sekitar 3 m denganketinggian kurang daripada 2 m. Gua ini mempunyai lantaiyang hampir rata dan dipenuhi oleh najis kelawar keranaterdapat ribuan ekor kelawar yang menghuni gua ini.

Geological Society of Malaysia, Bulletin 49

PEMETAAN GUA BATU KAPUR DI GUNUNG SENYUM, TEMERLOH, PAHANG

46

Gua Kolam TujuhGua Kolam Tujuh adalah di antara beberapa buah

gua yang sering dikunjungi oleh pengunjung. Gua initerbahagi kepada dua ruang utama dan juga mempunyaidua muka gua (Rajah 6). Muka gua utama terletak disebelah barat manakala muka gua kecil terletak dibahagian selatan. Ruang pertama gua adalah berbumbungtinggi dan ruangan ini berhubung terus dengan muka guautama dan muka gua di bahagian selatan. Di dalamruangan ini terdapat tiang, stalaktit dan stalagmit dalampelbagai bentuk yang menarik seperti stalagmit bertingkatdan tirai.

Ruangan kedua merupakan sebuah terowong sempityang lebarnya antara 5 m hingga 8 m manakala tinggiterowong ini antara 2.5 m hingga 10 m. Terowong ini jugaboleh berhubung melalui muka gua di bahagian utaradan muka gua di bahagian selatan. Lantai ruangan iniberada lebih kurang 3 m di atas paras ruang pertama. Padalantai inilah terdapat kolam-kolam berbingkai yangtersusun bertingkat-tingkat dalam tujuh tingkat. Kolam-kolam ini kelihatan sangat cantik dan menarik dan selaluterdapat air di dalamnya (Rajah 7).

Gua Angin, Gua Terang Bulan, GuaTaman Satu dan Gua Taman Dua

Gua Angin terletak lebih kurang 30 m daripada laluandi tepi Gunung Senyum merupakan jalan masuk utama keGua Terang Bulan dan jalan masuk pilihan dari/ke GuaTaman Satu dan Gua Taman Dua. Kesemua gua-gua inibersambung antara satu sama lain (Rajah 8).

Gua Angin mempunyai muka gua yang besar dan luasdan mempunyai tiga ruang utama. Ruang pertama yangmenjadi ruang utama terletak di hadapan muka gua dengan

Rajah 6. Peta Gua Kolam Tujuh.Rajah 7. Kolam yang tersusun sebanyak tujuh tingkat dipenuhiair di Gua Kolam Tujuh.

kelebaran antara 20 m hingga 30 m dan panjang hampir50 m. Di ruangan ini terdapat dua kelompok stalaktit danstalagmit yang mempunyai bentuk yang agak menarik.Ruangan kedua yang berbentuk dolina kecil berdiameter20 m terletak di bahagian barat. Dindingnya kelihatanmenegak dan lantai ruangan ini dipenuhi oleh runtuhanbatuan dari bumbung gua yang tingginya dianggarkan50 m. Terdapat beberapa tompok stalagmit bentuk bungakobis yang kelihatan agak menarik. Ruang ketigamerupakan sebuah terowong yang panjangnya lebihkurang 50 m, 14 m lebar dan ketinggian bumbung dianggarkan 15 m dan berbentuk seakan prisma Lantainyahampir rata dan landai ke arah muka gua. Fitur yang agakmenarik terdapat pada ruangan ini adalah pada bahagiandinding sebelah baratnya terdapat scallops yang bolehdilihat dengan jelas (Rajah 9).

Gua Terang Bulan terletak di utara Gua Anginmerupakan gabungan daripada beberapa buah dolinakecil yang membentuk sebuah kubah yang besar bersaiz35 m x 50 m. Dinding gua berbentuk menegak danbumbungnya di anggarkan setinggi 60 m hingga 80 m.Pada bahagian bumbung terdapat satu lubang layang-layang yang terbentuk akibat runtuhan bumbung hasildaripada proses pelarutan oleh air. Lubang layang-layangyang terbentuk memberikan cahaya kepada gua ini seolah-olah pada waktu malam semasa bulan sedangmengambang. Nama Gua Terang Bulan diambil sempenadengan keadaan ini. Pada hari-hari yang cerah, terdapatpancaran cahaya yang menjadikan ianya satu fenomenayang menarik dalam gua ini dari jam 10.30 pagi hinggajam 11.30 pagi.

Gua Taman Satu terletak bersambungan dengan GuaAngin di utara dan Gua Taman Dua di tenggara. Gua iniboleh dimasuki sama ada daripada muka gua itu sendiriyang terletak di bahagian selatan atau Gua Taman Duajuga di bahagian selatan atau Gua Angin di bahagian utara.Gua ini terbentuk hasil gabungan beberapa dolina.Panjangnya hampir 80 m dan lebarnya menjangkau 30 m.Lantainya kelihatan seakan bertingkat di bahagian utaradisebabkan kehadiran beberapa bongkah batuan besaryang runtuh daripada bumbung dan hampir rata di

April 2006

HAMZAH ZAKARIA, KAMAL ROSLAN MOHAMED & CHE AZIZ ALI

47

bahagian selatan. Kebanyakan ruangan gua ini dipenuhioleh tumbuhan pelbagai spesis. Runtuhan bumbung guayang berterusan disebabkan perlarutan oleh air membentuklubang layang-layang di bahagian utara dan sebahagiankawasan selatannya langsung tidak berbumbung. Keadaanini menjadikan gua ini kelihatan sangat cerah. Fitur yangagak menarik terdapat di gua ini adalah stalagmitberbentuk bunga kobis dan bentuk buah koniferberhampiran dinding sebelah timur.

Gua Taman Dua adalah gua yang paling menarik danmenakjubkan dari segi fitur yang terdapat di dalamnya.Muka guanya terletak di bahagian barat hanya 30 m keselatan muka gua, Gua Taman Satu. Gua ini juga terbentukhasil daripada gabungan beberapa dolina kecil dan bolehdibahagikan kepada dua ruang utama. Ruang pertamaterletak di utara berkeluasan 20 m x 25 m. Lantainyamenurun ke barat dan selatan dan terdapat banyakbongkah-bongkah kecil hasil dari jatuhan bumbung.Akibat runtuhan ini terbentuk satu lubang layang-layangpada bumbung ruangan ini. Di ruangan ini terdapat fituryang sangat menarik dan menakjubkan dan mungkin

jarang atau tidak terdapat langsung dalam mana-managua batu kapur di Malaysia. Fitur yang dimaksudkan ialahstalagmit berbentuk buah konifer dan stalagmit ini adayang terbentuk secara individu dan kumpulan (Rajah 10).Stalagmit individu yang paling besar berbentuk lonjongsepanjang 5 m, hampir 2 m lebar dan 6 m tinggi.

Ruangan kedua yang terletak di selatan ruanganpertama mempunyai lantai gua yang hampir rata danberbentuk cekung. Mempunyai keluasan 28 m x 45 mdan ditumbuhi oleh tumbuhan yang hampir sama denganGua Taman satu. Fitur yang terdapat adalah beberapastalagmit berbentuk buah konifer yang bersaiz kecil.Dalam ruangan ini juga terdapat lubang layang-layangakibat daripada runtuhan bumbung dan runtuhan ini jugamenyebabkan sebahagiannya tidak berbumbungmenjadikan ruangan ini kelihatan sangat cerah.

Gua Makam Tok Long, Gua Silat danGua Taman Impian

Gua Makam Tok Long, Gua Silat dan Gua TamanImpian adalah bersambung antara satu sama lain (Rajah11). Gua Makam Tok Long terletak di hadapan pejabatJabatan Hutan dan merupakan jalan utama untuk ke GuaSilat dan Gua Taman Impian. Gua ini adalah gua yangterdedah dengan bahagian luar dan mungkin mewakilisatu takik hakisan. Takik hakisan ini adalah buktikedudukan paras air tanah kuno yang lebih tinggi dariaras Sungai Pahang masa kini. Gua ini terletak padakedudukan 15 m daripada paras tanah dan terpaksamenggunakan tangga kerana tebingnya yang agak curam.Panjang gua ini lebih kurang 75 m dan lebar di antara 1 mhingga 18 m. Fitur yang terdapat di gua ini adalah stalaktit,stalagmit, scallops dan beberapa tiang yang bersaiz besarakibat percantuman stalaktit dengan stalagmit. Dibahagian selatan gua terdapat teres yang bertingkat. Inidisebabkan batuan di bahagian teres atas dan teres bawahmewakili bahagian batuan yang senang dihakis ataudilarutkan oleh air. Di bahagian tepi teres ini terdapattiang yang mungkin menutupi bahagian luar menjadikan

Rajah 8. Peta Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Satudan Gua Taman Dua.

Rajah 9. Scallops yang terbentuk akibat hakisan air dalam GuaAngin.

Geological Society of Malaysia, Bulletin 49

PEMETAAN GUA BATU KAPUR DI GUNUNG SENYUM, TEMERLOH, PAHANG

48

teres ini kelihatan seperti terowong. Di gua ini jugaterdapat beberapa lubang arkeologi dan salah satudaripadanya dikatakan Makam Tok Long (Rajah 12).

Gua Silat terletak di tenggara Gua Makam Tok Long,pada ketinggian hampir 15 m daripada Gua Makam TokLong. Jalan utama untuk ke Gua Silat hanyalah melaluiGua Makam Tok Long. Gua Silat dihubungi melaluitangga-tangga yang dibina di bahagian selatan GuaMakam Tok Long. Gua ini mempunyai dua ruang. Ruangpertama terletak di utara, merupakan pintu masukberbentuk hampir bulat berdiameter 14 m. Lantainya agakrata dan bumbungnya berbentuk kubah setinggi 18 m.Fitur yang terdapat di ruangan ini adalah stalaktit danstalagmit. Ruang kedua terletak di selatan dengankeluasan 13 m x 20 m. Bahagian lantainya agak rata, landaike arah selatan dan mempunyai bumbung berbentukkubah setinggi 15 m. Fitur yang terdapat di ruangan iniadalah stalaktit dan stalagmit pada kedua-dua bahagiandinding di sebelah timur dan barat.

Gua Taman Impian yang bersambung dan terletak diselatan Gua Silat merupakan gua paling ke selatan dibahagian barat Gunung Senyum. Gua ini juga terbentukdaripada gabungan dolina sempit. Ruangan pertamaterletak di selatan dengan keluasan 8 m x 15 m dan berlantaiagak rata. Pada ruangan ini terdapatnya muka gua yangcuram ke bawah setinggi lebih kurang 18 m ke paras tanah.Di bawah muka gua ini, dalam jarak 10 m ke timur terdapatsebuah lagi gua yang di kenali sebagai Gua Tali Air.Kemungkinan gua ini mempunyai hubungan sebelumruangan ketiga runtuh. Fitur yang menarik pada ruanganini adalah kesan paras air tanah kuno yang terdapat padakedua-dua belah dindingnya.

Ruangan kedua terletak di kawasan tengah, adalahjalan masuk ke gua ini. Lantainya curam sedikit ke arahruang pertama sekitar 30°. Fitur yang terdapat di ruanganini adalah kehadiran stalaktit dan stalagmit yang

berbentuk pagoda atau bertingkat. Ruangan ketigaterletak di timurlaut ruangan kedua dan dihubungkan olehsebuah lubang kecil berbentuk seakan kotak bersaiz 2 mlebar, 2.5 m panjang dan 2.7 m tinggi. lanya berada padaketinggian 1.3 m daripada paras lantai ruangan kedua.Ruangan ketiga adalah sebuah dolina sempit danmerupakan fitur paling jelas dapat dilihat yang dikaitkandengan dolina runtuhan. Bentuknya hampir membulat,dianggarkan berdiameter 15 m dengan dindingkelilingnya adalah tegak dan tidak mempunyai bumbung.Lantainya kelihatan agak rata, berada 18 m dibawah parasterowong dan dipenuhi tumbuhan serta pokok.

CADANGAN DAN KESIMPULANGunung Senyum dicadang dijadikan tapak monumen

geologi utama peringkat negeri Pahang berdasarkankepada kecantikan gua dan juga segala speleotem yangada di dalam gua. Yong (1989) telah pun mencadangkanGunung Senyum dijadikan sebagai geotapak dan tapakmonumen geologi walaupun tidak memperincikan tentangkeindahan dan kesenian fitur guanya yang menarik.

Sebagai monumen geologi, kawasan Gunung Senyumini akan dapat memberi pelajaran, kesedaran danperingatan kepada para pengunjung betapa pentingnya

Rajah 10. Stalaktit berbentuk buah konifer.

Rajah 11. Peta Gua Makam Tok Long, Gua Silat dan Gua TamanImpian.

April 2006

HAMZAH ZAKARIA, KAMAL ROSLAN MOHAMED & CHE AZIZ ALI

49

fitur-fitur yang terdapat di sini dipelihara dan dijaga untukgenerasi yang akan datang melalui risalah-risalah dansebagainya. Sebahagian daripada peta gua yangdihasilkan daripada kajian ini boleh dimasukkan dalamrisalah tersebut dan pasti ianya sangat berguna kepadapengunjung semasa memasuki gua.

Ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki danditambah oleh pihak yang berkenaan, terutamanya JabatanHutan Pahang yang menjaga kawasan rekreasi Hutan LipurGunung Senyum. Antaranya ialah memperelokan jalanrintisan di sekeliling Gunung Senyum dan meletakkantanda arah gua pada jalan rintisan disamping tanda arahdan jarak ke gua yang berikutnya daripada sesebuah gua.Di pintu masuk setiap gua dicadangkan di letak peta guaseperti yang dihasilkan dalam kajian ini dan ditanda sertadijelaskan fitur-fitur yang menarik dalam gua itu. Terdapatbanyak bahagian dinding gua yang telah diconteng, danperlu ada usaha untuk menghilangkan tulisan ini sertamencegah pengunjung daripada melakukannya kembali.Walaupun kerja pencegahan ini sukar dilakukan, namumnasihat dan memberi kesedaran tentang pentingnyamemulihara alam sekitar pasti akan berjaya, walaupunmengambil masa yang lama. Perlu mengadakan satuperaturan dan penguatkuasaan kepada para pengunjunguntuk memastikan tidak ada sebarang perbuatan yangboleh menjejaskan pandangan tabii gua.

Jika keadaan mengizinkan, lampu-lampu limpah perludipasang untuk menerangi fitur-fitur yang terdapat dalamsesebuah gua. Lampu-lampu ini bukan sahajamemudahkan pengunjung memasuki gua dengan selamat,malah pemilihan warna lampu yang sesuai bolehmenjadikan sesuatu fitur gua kelihatan lebih menarik.Dicadangkan lampu-lampu dipasang di Gua Tapa, GuaMerlap, Gua Kolam Tujuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan,Gua Taman Dua dan Gua Silat. Bagi gua yang dihunikelawar dan hidupan lain, pemasangan lampu tidakdigalakkan kerana ianya akan memudaratkan haiwanterbabit.

Gua-gua yang terlalu curam atau di dalamnya terdapatlubang yang dalam perlukan pengawasan tambahan bagi

Rajah 12. Takik yang membentuk Gua Makam Tok Long. Terdapattapak arkeologi di gua ini.

mengelakkan kemalangan kepada para pengunjung. Dicadangkan Gua Gajah terus ditutup kepada pengunjungdaripada memasukinya memandangkan keadaan guanyayang sangat merbahaya.

Secara umumnya Gunung Senyum mempunyaipelbagai nilai warisan yang perlu dipulihara samada darisegi nilai-nilai saintifik, estetik, rekreasi dan budaya,seperti mana yang telah dicadangkan oleh Mohd ShafeeaLeman et al. (2001). Promosi yang meluas tentang mitosdan keunikan fitur landskap tabii perlu digandakan untukmenarik lebih ramai pelancong. Ini disebabkan fitur inimerupakan di antara yang terbaik di Malaysia dan sesuaidijadikan sebagai monumen geologi peringkat NegeriPahang.

PENGHARGAANKajian yang dijalankan ini merupakan sebahagian

daripada projek tesis di Program Geologi UKM. Segalabantuan di lapangan dan juga di makmal yang diberikanoleh kakitangan akademik, kakitangan makmal danpelajar diucapkan berbanyak terima kasih. Kajian yangdijalankan ini menggunakan peruntukan IRPA 02-02-02-0012-EA186 dan juga projek penyelidikan jangka pendekST-010-2002. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepadapegawai dan kakitangan Jabatan Hutan Pahang, terutamamereka yang bertugas di kawasan Hutan Simpan GunungSenyum. Kepada mereka yang terlibat ini diucapkanberbanyak terima kasih.

RUJUKANBRENDA SUE JONATHAN, 2004. Fasies dan diagenesis batu

kapur Gunung Senyum selatan, Temerloh, Pahang.Tesis Sarjana Muda Sains Universiti KebangsaanMalaysia (tidak diterbitkan).

CHONG, F.S. & YONG, S.K., 1968. Report on geology of theJengka Triangle. Geological Survey of Malaysia(tidak diterbitkan).

FONTAINE, H., KHOO, H.P. & VACHARD, D., 1988. Discovery ofTriassic Fossils at Bukit Chuping in Gunung Senyumarea and at Kota Jin, Peninsular Malaysia. Journal ofSoutheast Asian Earth Sciences 2(3-4): 145 -162.

HASHIM AZMI, C.N., 1987. Paleontologi dan BiostratigrafiGunung Sinyum dan Gunung Jebak Puyuh, Jengka,Pahang Darul Makmur. Tesis Sarjana Muda SainsUniversiti Malaya. (tidak diterbitkan).

IBRAHIM AMNAN, 1985. Geological mapping Sungai Tekamarea, sheet 80, Pahang. Annual report GeologicalSurvey of Malaysia, 181-183.

IDRIS, M.B. & HASHIM AZMI, C.N., 1988. An Upper Permianfossil assemblage from Gunung Senyum and GunungJebak Puyoh limestone, Pahang. Warta Geologi 14(5):199-203.

JAAFAR AHMAD, 1976. The geology and mineral resourcesof the Karak and Temerloh area, Pahang. Districtmemoir Geological Survey of Malaysia 15.

JASON, L.K.Y., 2004. Fasies dan diagenesis batu kapur

Geological Society of Malaysia, Bulletin 49

PEMETAAN GUA BATU KAPUR DI GUNUNG SENYUM, TEMERLOH, PAHANG

50

Gunung Senyum utara, Temerloh, Pahang. TesisSarjana Muda Sains Universiti Kebangsaan Malaysia(tidak diterbitkan).

KAMAL ROSLAN MOHAMED, CHE AZIZ ALI, UYOP SAID, KADDERI

MD. DESA AND IBRAHIM KOMO, 1990. Formasi Semantan:Aspek geologi dan geologi kejuteraan. ProsidingPersidangan Sains Bumi dan masyarakat, 63-72.

KAMAL ROSLAN MOHAMED, 1989. Stratigraphy andsedimentology of Triassic rocks of PeninsularMalaysia. Tesis Ph.D, Universiti College, London(tidak diterbitkan).

MOHD SHAFEEA LEMAN, MAZLAN MOHD ZAIN AND MOHD SIDI

DAUD, 2001. Keindahan landskap tabii, kepentingangeologi dan mitos geotapak Gunung Senyum, Pahang.In: Ibrahim Komo, Tjia, H.D. and Mohd ShafeeaLeman (Eds.), Warisan Geologi Malaysia 4, 449-471.

NOR IADA ZAKARIA, 1993. Geologi am dan stratigrafi kawasanutara Kuala Kerau, Pahang Darul Makmur. TesisSarjana Muda Sains Universiti Kebangsaan Malaysia(tidak diterbitkan).

YONG, F.S.K., 1989. Conservation of geological features inPeninsular Malaysia. Bulletin Geological SocietyMalaysia 23: 157-197.

Manuscript received 29 March 2004Revised manuscript received 16 September 2004