kenyataan akhbar - mprt.gov.bn release 2017/2.08... · udang galah (macrobrachium rosenbergii)....

5
1 KENYATAAN AKHBAR LAWATAN KERJA AHLI-AHLI YANG BERHORMAT MAJLIS MESYUARAT NEGARA KE TAPAK-TAPAK PERUSAHAAN PERTANIAN DAN PERIKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN KE DAERAH BELAIT Hari Rabu, 09 Zulkaedah 1438H /02hb Ogos 2017M Program lawatan kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara ke tapak- tapak perusahaan pertanian dan perikanan, yang diselanggarakan oleh pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan diteruskan lagi hari ini, Rabu 2hb Ogos 2017. Kali ini lawatan tertumpu kepada tapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan yang terdapat di Daerah Belait, Negara Brunei Darussalam. Seramai 12 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara telah menyertai program lawatan kerja berkenaan. Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Yang Mulia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber- Sumber Utama dan Pelancongan, serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, dan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat berhubung dengan pembangunan dan perkembangan industri pertanian dan perikanan yang terdapat di Daerah Belait, khususnya di Mukim Labi dan Mukim Sungai Liang, yang dimajukan secara komersial oleh pengusaha-pengusaha berkenaan kearah membantu usaha-usaha bagi mempelbagai ekonomi negara.

Upload: hadieu

Post on 06-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN AKHBAR - mprt.gov.bn RELEASE 2017/2.08... · Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii). Syarikat ini mempunyai kolam-kolam ternakan bagi penghasilan udang, dan pada masa yang

1

KENYATAAN AKHBAR

LAWATAN KERJA

AHLI-AHLI YANG BERHORMAT MAJLIS MESYUARAT NEGARA

KE TAPAK-TAPAK PERUSAHAAN PERTANIAN DAN PERIKANAN

KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

KE DAERAH BELAIT

Hari Rabu, 09 Zulkaedah 1438H /02hb Ogos 2017M

Program lawatan kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara ke tapak-

tapak perusahaan pertanian dan perikanan, yang diselanggarakan oleh pihak

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan diteruskan lagi hari ini, Rabu 2hb

Ogos 2017. Kali ini lawatan tertumpu kepada tapak-tapak perusahaan pertanian dan

perikanan yang terdapat di Daerah Belait, Negara Brunei Darussalam.

Seramai 12 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara telah menyertai

program lawatan kerja berkenaan. Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Yang

Mulia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-

Sumber Utama dan Pelancongan, serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Pertanian dan

Agrimakanan, dan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan

Pelancongan.

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat berhubung

dengan pembangunan dan perkembangan industri pertanian dan perikanan yang

terdapat di Daerah Belait, khususnya di Mukim Labi dan Mukim Sungai Liang, yang

dimajukan secara komersial oleh pengusaha-pengusaha berkenaan kearah membantu

usaha-usaha bagi mempelbagai ekonomi negara.

Page 2: KENYATAAN AKHBAR - mprt.gov.bn RELEASE 2017/2.08... · Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii). Syarikat ini mempunyai kolam-kolam ternakan bagi penghasilan udang, dan pada masa yang

2

Rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara mula-mula dibawa

melawat ke ladang ternakan udang air tawar dalam kolam kepunyaan Syarikat Usaha

Tani Deli Duman yang terletak di Kampung Rampayoh. Ladang seluas 5 hektar ini mula

diusahakan pada tahun 1994 bagi ternakan udang air tawar (Giant Freshwater Prawn) /

Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii). Syarikat ini mempunyai kolam-kolam

ternakan bagi penghasilan udang, dan pada masa yang sama, dengan tunjuk ajar dari

pihak Jabatan Perikanan, syarikat ini juga berupaya mengusahakan penetasan bagi

penghasilan anak-anak udang galah sendiri. Pada tahun 2015, syarikat ini telah

menghasilkan sejumlah 0.191 tan metrik udang galah, manakala pada tahun 2016

syarikat ini telah berjaya menghasilkan sejumlah 0.619 tan metrik udang galah; iaitu

peningkatan sebanyak 224% dari tahun sebelumnya. Sasaran pengeluaran adalah

sejumlah 7 tan metrik bagi tahun 2017, dan syarikat ini berpotensi untuk menghasilkan

sebanyak 16 tan metrik udang galah setahun dan 720,000 benih udang galah setiap tahun

menjelang tahun 2020 nanti.

Bagi mengetahui perkembangan pengeluaran telur ayam di Daerah Belait, Ahli-Ahli Yang

Berhormat telah dibawa meninjau ke ladang ternakan ayam penelur kepunyaan Syarikat

Golden Chick Livestock Farm di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Sungai Petai.

Ladang ini mula dimajukan pada tahun 2015 dengan kaedah teknologi tinggi dan sistem

reban tertutup. Penternakan ayam penelur menggunakan sistem tertutup ini berupaya

menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi. Kapasiti sebuah reban boleh memuatkan

sehingga 26,000 ekor ayam berbanding reban ayam secara konvensional. Dengan suhu

reban yang terkawal dan kawalan penyakit yang lebih baik dapat menjamin penghasilan

kualiti dan kuantiti telur ayam segar di negara ini, disamping membuka peluang bagi

pasaran eksport yang lebih luas. Pada bulan Januari hingga Jun 2017, syarikat ini telah

mencatit hasil pengeluaran telur ayam segar lebih dari 22,901,950 biji. Pada masa ini,

pihak syarikat berkenaan sedang membuat perbincangan dengan pihak berkepentingan

di Republik Singapura bagi pengeksportan telur segar ke Republik berkenaan. Bagi

memenuhi keperluan eksport berkenaan, syarikat ini telah merancang untuk membina 6

buah reban baru yang mana akan berupaya untuk mengeluarkan hasil telur ayam segar

sebanyak 450,000 biji setiap hari.

Page 3: KENYATAAN AKHBAR - mprt.gov.bn RELEASE 2017/2.08... · Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii). Syarikat ini mempunyai kolam-kolam ternakan bagi penghasilan udang, dan pada masa yang

3

Ahli-Ahli Yang Berhormat seterusnya dibawa meninjau ke ladang Syarikat Kanglin

Hidroponik Farming di Kawasan Kemajuan Pertanian Sungai Liang. Ladang yang

bekeluasan 2.8 hektar ini diusahakan dengan tanaman sayur-sayuran menggunakan

sistem hidroponik. Pada tahun 2015, syarikat ini telah dapat mengeluarkan hasil sayur-

sayuran sejumlah 82.32 tan metrik, manakala sehingga bulan Jun 2017 syarikat ini telah

menghasilkan sayur-sayuran lebih dari 28.00 tan metrik. Dalam usaha untuk

meningkatkan pendapatan, syarikat ini telah mengintegrasikan tanaman sayur-sayuran

berkenaan dengan tanaman buah-buahan dan pelbagai tanaman yang telah dapat

mengeluarkan hasil lebih dari 6.70 tan metrik buah-buahan dan pelbagai tanaman pada

bulan Januari hingga Jun 2017. Sasaran pengeluaran hasil bagi tanaman pelbagai sayur

dan buah-buahan adalah berjumlah 96.93 tan metrik pada tahun 2017, dan kira-kira

170.45 tan metrik menjelang tahun 2020. Hasil-hasil syarikat berkenaan dipasarkan ke

pasaraya-pasaraya tempatan seperti Supasave, Mega Mart, Hua Ho Department Store,

Giant TMC (B) Sdn Bhd dan sebagainya.

Lawatan rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat berakhir di Brugoat Farming and

Trading Sdn Bhd, bertempat di Kampong Gana, Sungai Liang. Syarikat ini mula bergiat

dengan perusahaan ternakan kambing (jenis Boer dan Dorper) secara fidlot di tapak

seluas 2.10 hektar pada tahun 2015. Pada awal Disember 2015, syarikat ini mula

membawa masuk kambing jenis Boer dan biri-biri jenis Dorper dari Australia sebanyak

1,300 ekor untuk dijadikan baka ternakan dan pembiakkan di ladang berkenaan. Pada

2016 hanya tedapat sebanyak 1,920 ekor kambing (767 ekor kambing Boer dan 1,153

ekor kambing Dorper). Pada tahun 2017 ini, bilangan stok ternakan kambing di ladang

ini telah meningkat kepada 2,338 ekor kambing (885 ekor kambing Boer dan 1,453 ekor

kambing Dorper). Syarikat ini berhasrat untuk mengeksport 100 ekor kambing jenis

Dorper ke Malaysia pada tahun 2017 ini.

Progam lawatan kerja ini adalah dihasratkan akan dapat memberikan peluang kepada

Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan untuk mengetahui pembangunan dan

perkembangan industri-industri pertanian dan perikanan di negara ini, dan seterusnya

mendapatkan gambaran serta maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk disampaikan

kepada penduduk-penduduk dan pihak-pihak yang berkepentingan didalam kawasan

pengawasan pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan. Ahli-Ahli Yang Berhormat juga

berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pengusaha-pengusaha pertanian dan

Page 4: KENYATAAN AKHBAR - mprt.gov.bn RELEASE 2017/2.08... · Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii). Syarikat ini mempunyai kolam-kolam ternakan bagi penghasilan udang, dan pada masa yang

4

perikanan bagi mengetahui pembangunan ladang-ladang dan peluang-peluang dalam

mengembang-majukan lagi perusahaan mereka. Disamping itu, program lawatan kerja

ini juga akan dapat mempromosikan peluang-peluang pelaburan dan perniagaan yang

terdapat dalam industri-industri pertanian dan perikanan untuk disampaikan kepada

pelabur-pelabur tempatan dan luar negeri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan

nanti.

Di keluarkan oleh: Jabatan Pertanian dan Agrimakanan; dan Jabatan Perikanan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Page 5: KENYATAAN AKHBAR - mprt.gov.bn RELEASE 2017/2.08... · Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii). Syarikat ini mempunyai kolam-kolam ternakan bagi penghasilan udang, dan pada masa yang

5

Senarai Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara yang menyertai Program

Lawatan ke Tapak-Tapak Perusahaan Pertanian dan Perikanan Kementerian Sumber-

Sumber Utama dan Pelancongan ke Daerah Belait pada Hari Rabu, 2hb Ogos 2017

1. YB Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin

Dato Paduka Awang Haji Sabtu

2. YB Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin

Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim

3. YB Awang Haji Umarali bin Esung

4. YB Awang Haji Abdul Hamid @Haji Sabli bin Awang Haji Arshad

5. YB Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon

6. YB Awang Naim bin Awang Haji Kamis

7. YB Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin

8. YB Awang Haji Mohaimin bin Awang Haji Johari @Jahari

9. YB Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @Othman

10. YB Awang Hanapi bin Awang Mohammad Siput

11. YB Awang Haji Abdul Wahab bin Awang Apong

12. YB Awang Haji Ramli bin Awang Haji Lahit