kenapa pertanian thailand berjaya

6
Kenapa pertanian Thailand berjaya? Kenapa pertanian Thailand berjaya? Kegigihan petani Thailand mengusahakan dan memasarkan hasil tanaman mereka sememangnya diketahui ramai. rakyat Malaysia kadangkala terlupa bahawa banyak produk pertanian yang dihasilkan anak tempatan sebenarnya berkualiti. Apa yang sering kali kedengaran ialah mereka teruja dengan produk pertanian dari negara jiran di sebelah utara iaitu Thailand. Beras siam, mangga siam dan durian siam adalah antara produk pertanian keluaran negara itu yang kerap kali kita dengar. Mengapa demikian? Adakah kerana produk pertanian kita seperti durian dengan baka D24 dan sebagainya serta benih padi MR219 sebagai contoh, belum begitu berdaya saing. Ada beberapa persoalan yang timbul dan ini dijawab jelas oleh seorang usahawan pertanian yang juga Konsul Kehormat Diraja Thailand yang berpejabat di Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Pada pertemuan dengan Mega di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau yang dilantik ke jawatan tersebut pada 2004 berkongsi beberapa persoalan untuk direnungi bersama. Antaranya, kenapa buah dan sayur Thailand lebih baik dan kenapa sayur negara

Upload: universiti-utara-malaysia

Post on 28-Nov-2014

179 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kenapa pertanian thailand berjaya

Kenapa pertanian Thailand berjaya?

Kenapa pertanian Thailand berjaya?

Kegigihan petani Thailand mengusahakan dan memasarkan hasil tanaman mereka

sememangnya diketahui ramai. rakyat Malaysia kadangkala terlupa bahawa banyak produk

pertanian yang dihasilkan anak tempatan sebenarnya berkualiti. Apa yang sering kali

kedengaran ialah mereka teruja dengan produk pertanian dari negara jiran di sebelah utara

iaitu Thailand. Beras siam, mangga siam dan durian siam adalah antara produk pertanian

keluaran negara itu yang kerap kali kita dengar. Mengapa demikian? Adakah kerana produk

pertanian kita seperti durian dengan baka D24 dan sebagainya serta benih padi MR219

sebagai contoh, belum begitu berdaya saing. Ada beberapa persoalan yang timbul dan ini

dijawab jelas oleh seorang usahawan pertanian yang juga Konsul Kehormat Diraja Thailand

yang berpejabat di Langkawi, Datuk Shazryl Eskay Abdullah. Pada pertemuan dengan Mega

di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau yang dilantik ke jawatan tersebut pada 2004 berkongsi

beberapa persoalan untuk direnungi bersama. Antaranya, kenapa buah dan sayur Thailand

lebih baik dan kenapa sayur negara berkenaan mampu bersaing dalam pasaran eksport.

Persoalannya yang tidak kurang pentingnya ialah kenapa keluaran padi negara berkenaan

cukup berkualiti dan mampu memnuhi keperluan eksport? Persoalan-persoalan tersebut

berada dalam lingkungan sektor agro makanan dan selanjutnya beliau membawa kepada

persoalan lain iaitu kenapa kita mampu berada dalam kedudukan pertama dalam industri kayu

getah. Beliau yang berasal dari Kedah, menjelaskan terdapat beberapa perkara yang

mendukung kejayaan Thailand dalam bidang pertanian. Pertama, ia berkaitan dengan tenaga

kerja yang mana mereka komited, tidak ortodoks dan menguasai teknologi baru. ''Kerajaan

Thailand sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi pertanian serta asas

Page 2: Kenapa pertanian thailand berjaya

tani kepada golongan petani mereka'' ujarnya. Perkara kedua berkaitan dengan sistem atau

pendekatan pertanian di negara berkenaan. Shazryl Eskay merujuk kepada sikap petani yang

menganggap pertanian adalah satu industri. Katanya, oleh kerana sumber tanah adalah terhad,

petani mengeksploitasi setiap inci tanah pertanian dan setiap pokok yang mereka tanam. ''Di

Malaysia, kita memberi tumpuan kepada pokok sehektar demi sehektar berbanding tumpuan

kepada sepokok demi sepokok. Setiap petani juga, katanya, diajar bahawa untuk berjaya

dalam pertanian, amalan secara holistik adalah penting kerana kualiti dan kuantiti hasil

pengeluaran bergantung kepada pokok yang sihat. Pokok yang sihat pula bergantung kepada

tanah yang subur, manakala tanah yang subur bergantung kepada kandungan atau sistem

biodiversiti tanah seperti mikrob, cacing dan hidupan lain dalam tanah. Pada masa sama,

kerajaan negara berkenaan juga meningkatkan infrastruktur pertanian dengan menyediakan

pusat pungutan dan pemprosesan hasil setiap daerah dan sistem silo (simpanan bijirin).

Faktor ketiga yang beliau kongsi ialah penggunaan benih yang bermutu. Katanya, klon benih

memainkan peranan penting kerana yang menentukan sama ada kualitinya baik seperti tahan

lama, saiz sesuai, manis dan cantik. Keseragaman klon juga penting dalam industri buah

khususnya untuk pengetinan, selain kualiti tahan penyakit. Faktor keempat yang tidak kurang

pentingnya ialah baja. Menurut beliau, baja yang baik mengandungi nutrien yang lengkap

untuk keperluan tanaman dan tidak memudaratkan tanah serta mikroorganisme.

''(Kebanyakan) baja yang berada di pasaran kini tertumpu kepada keperluan tanaman sahaja,"

katanya. Beliau mempersoalkan kenapakah pokok yang yang telah diberi baja masih

mengalami masalah seperti penyakit, tidak mengeluarkan getah dan buah tidak berkualiti,

Apa yang berlaku dakwanya ialah masalah 'defiseinsi nutrin' kerana pokok tidak mendapat

kuantiti dan baja yang diperlukan. ''Pokok perlu 16 jenis nutrien tapi yang dapat hanya baja

N.P.K. sahaja sedangkan (nutrien) yang lain diabaikan," katanya. Katanya, negara berkenaan

memanfaatkan baja untuk melakukan transformasi industri pertanian dan nama baja yang

Page 3: Kenapa pertanian thailand berjaya

digunakan ialah Silicon 23 iaitu sejenis baja mineral dan natural dari negara berkenaan.

Faktor kelima ialah sistem pemasarannya yang mana ia melibatkan syarikat penerbangan

Thai Airways, amalan menggunakan koperasi pengangkutan dan pembungkusan yang

berkualiti. Oleh itu, katanya, faktor-faktor tersebut wajar diberi perhatian sekiranya industri

pertanian negara hendak ditransformasikan bersungguh-sungguh. Beliau bagaimanapun

berkata, sektor pertanian tempatan telah memperkenalkan banyak klon benih dan baka untuk

meningkatkan kualitinya. Bagaimanapun, tanaman tersebut perlu nutrien yang lengkap dan

berkesan untuk mencapai sasaran pengeluarannya. Shazryl Eskay menjelaskan, pembajaan

penting kerana ia mampu menggantikan nutrien dan melengkapkan apa yang kurang Katanya,

kadangkala berlaku kes yang mana tanaman masih bermasalah meskipun telah diberi baja.

Kelapa sawit sebagai contoh merupakan jenis monoecious yang mampu menghasilkan bunga

betina atau jantan. "Waktu pembentukan jantina adalah sangat penting bagi tanaman itu dan

sekiranya berlaku stres, penghasilan bunga betina terbantut," katanya. Katanya, keadaan itu

akan menyebabkan pembentukan bunga jantan yang antara lain disebabkan tidak mendapat

nutrien yang cukup dan lengkap. Tanaman yang tidak mendapat nutrien yang cukup dan

lengkap mengalami masalah kekurangan zat. Ia disebabkan oleh dua faktor iaitu apabila

tanaman tidak mendapat kuantiti nutrien yang diperlukan dan tanaman tidak mendapat jenis

nutrien yang diperlukan. Kuantiti nutrien pula bergantung kepada jenis tanah sama ada

berpasir tanah liat atau berasid. Jika berpasir, baja akan hilang melalu proses larut resap dan

jika tanah liat , baja akan hilang menerusi proses pemeruwapan dan hilang apabila dalam

proses larian permukaan semasa hujan. Pembajaan di tanah berasid pula akan menyebabkan

fosfat terikat dan tidak dapat digunakan oleh tanaman. Justeru, waktu menabur baja penting

bagi mengelakkan masalah tersebut. Bagi jenis nutrien pula, beliau menjelaskan. tanaman

memerlukan 16 jenis nutrien untuk proses tumbesaran dan pengeluaran yang baik. Nutrien

yang sentiasa digantikan melalui proses pembajaan adalah NPK dan magnesium sahaja.