kenali linus

4
KENALI LINUS Latar Belakang Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasilan utama ( National Key Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009. Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancang lebih teliti dan sistematik. KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan khas). Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan takrifan UNESCO). Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan

Upload: iqah-zamri-ii

Post on 21-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

information

TRANSCRIPT

KENALI LINUSLatar Belakang

Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Muhyiddin bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasilan utama ( National Key Result Areas (NKRA)) Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancang lebih teliti dan sistematik.

KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali murid keperluan khas).

Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi

Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. (berdasarkan takrifan UNESCO).

Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada).

Strategi Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi

Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagi meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:

Proses Saringan

Saringan dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan.Murid tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khas.

Modul Pengajaran Dan PembelajaranModul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

Pengukuhan Amalan PedagogiMenyedari kekurangan guru pakar dalam pengajaran asas literasi dan numerasi, latihan guru secara insentif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan padagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Membina Komitmen Bagi Semua Pihak BerkepentinganProgram dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajar Daerah, Guru Besar, Ibubapa, persatuan guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.

Memantau Dan MenyeliaPemantauan dan penyeliaan secara insentif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemehan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.

FasiLINUS Di Peringkat DaerahMerupakan pegawai FasiLINUS yang diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasi dan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-sekolah di bawah seliaannya.

Objektif

1. Menggariskan bidang tugas mengikut keutamaan dan berfokus kepada sasaran yang ditetapkan iaitu 100% murid tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi.2. Memastikan pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) dapat diselaraskan di seluruh negara berdasarkan strategi-strategi yang telah ditetapkan.3. Memberi kefahaman dan meningkatkan motivasi kendiri dalam pelaksaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS).4. Memastikan semua pihak akur kepada garis panduan yang telah ditetapkan.