kemudahan landskap untuk golongan kurang upaya peningkatan nilai sosial masyarakat malaysia

11
1 KEMUDAHAN LANDSKAP DITAMAN AWAM UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA PENINGKATAN NILAI SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA Oleh AHMAD ZAMIL BIN ZAKARIA Jabatan Senibina Landskap Universiti Teknologi Mara Kampus Seri Iskandar, Perak e-mail: [email protected] [email protected] ABSTRAK Di dalam era yang serba canggih dan maju ini, manusia semakin melangkah jauh kehadapan. Oleh kerana terlalu mengejar kemajuan pada masa kini, manusia semakin melupakan tanggungjawab sosial kepada golongan kurang upaya. Disini kita akan membincangkan tentang keperluan kemudahan landskap di taman-taman awam di Malaysia. Bila kita membincangkan isu kemudahan landskap di taman-taman awam ia boleh ditafsirkan sebagai tanggungjawab sosial kepada seluruh arkitek landskap khasnya dan profesion profesional yang lain amnya. Objektif kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kajian bagaimana untuk menarik golongan kurang upaya untuk menggunakan taman-taman awam dan menumpukan terhadap kajian peralatan landskap serta fungsinya kepada golongan kurang upaya. Kepentingan kepada kajian ini adalah ianya merupakan strategi bagi mempertingkatkan persepsi orang ramai terhadap isu golongan kurang upaya di Malaysia. Disini kita juga akan didedahkan kepada penggunaan garispanduan-garispanduan yang digunakan didalam merekabentuk atau penyediaan kemudahan untuk golongan kurang upaya. Kita juga akan melihat tahap penggunaan konsep ’Persekitaran Tanpa Halangan (Barrier Free Environment)’ yang telah di gunapakai di dalam negara kita. Kepentingan rekabentuk landskap kejur kepada golongan kurang upaya ini ialah melaluinya, pengguna kurang upaya akan merasakan lebih selamat, selesa dan tertarik untuk menggunakan taman- taman awam pada bila-bila masa. Kajian ini juga cuba mewujudkan hubungan yang lebih baik dikalangan golongan kurang upaya dan golongan normal. Kita akan cuba menerapkan konsep ’Persekitaran Tanpa Halangan (Barrier Free Environment)’, dimana semua golongan dapat merasa nikmat pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Adalah diharapkan agar kemudahan untuk golongan kurang upaya dengan aplikasi prinsip-prinsip rekabentuk landskap kejur dapat memberikan alternatif serta berupaya menarik perhatian golongan tersebut untuk mengunakan taman- taman awam. Kita juga mengharapkan pada suatu masa rekabentuk landskap kejur di taman- taman awam dapat diberikan perhatian dan diimplimentasikan disetiap taman-taman awam yang ingin dimajukan pada masa hadapan.

Upload: zamil

Post on 27-Jul-2015

556 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sambungan research terdahulu - kemudahan OKU dalam bidang senibina landskap

TRANSCRIPT

Page 1: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

1

KEMUDAHAN LANDSKAP DITAMAN AWAM UNTUK GOLONGAN KURANG UPAYA PENINGKATAN NILAI SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA

Oleh

AHMAD ZAMIL BIN ZAKARIA

Jabatan Senibina Landskap Universiti Teknologi Mara

Kampus Seri Iskandar, Perak e-mail: [email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Di dalam era yang serba canggih dan maju ini, manusia semakin melangkah jauh

kehadapan. Oleh kerana terlalu mengejar kemajuan pada masa kini, manusia semakin melupakan tanggungjawab sosial kepada golongan kurang upaya. Disini kita akan membincangkan tentang keperluan kemudahan landskap di taman-taman awam di Malaysia. Bila kita membincangkan isu kemudahan landskap di taman-taman awam ia boleh ditafsirkan sebagai tanggungjawab sosial kepada seluruh arkitek landskap khasnya dan profesion profesional yang lain amnya.

Objektif kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kajian bagaimana untuk menarik

golongan kurang upaya untuk menggunakan taman-taman awam dan menumpukan terhadap kajian peralatan landskap serta fungsinya kepada golongan kurang upaya.

Kepentingan kepada kajian ini adalah ianya merupakan strategi bagi

mempertingkatkan persepsi orang ramai terhadap isu golongan kurang upaya di Malaysia. Disini kita juga akan didedahkan kepada penggunaan garispanduan-garispanduan yang digunakan didalam merekabentuk atau penyediaan kemudahan untuk golongan kurang upaya. Kita juga akan melihat tahap penggunaan konsep ’Persekitaran Tanpa Halangan (Barrier Free Environment)’ yang telah di gunapakai di dalam negara kita. Kepentingan rekabentuk landskap kejur kepada golongan kurang upaya ini ialah melaluinya, pengguna kurang upaya akan merasakan lebih selamat, selesa dan tertarik untuk menggunakan taman-taman awam pada bila-bila masa. Kajian ini juga cuba mewujudkan hubungan yang lebih baik dikalangan golongan kurang upaya dan golongan normal.

Kita akan cuba menerapkan konsep ’Persekitaran Tanpa Halangan (Barrier Free

Environment)’, dimana semua golongan dapat merasa nikmat pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Adalah diharapkan agar kemudahan untuk golongan kurang upaya dengan aplikasi prinsip-prinsip rekabentuk landskap kejur dapat memberikan alternatif serta berupaya menarik perhatian golongan tersebut untuk mengunakan taman-taman awam. Kita juga mengharapkan pada suatu masa rekabentuk landskap kejur di taman-taman awam dapat diberikan perhatian dan diimplimentasikan disetiap taman-taman awam yang ingin dimajukan pada masa hadapan.

Page 2: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

2

PENGENALAN

Apabila bercakap mengenai golongan kurang upaya kita perlulah mengetahui maksud

golongan kurang upaya terlebih dahulu. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, golongan kurang upaya adalah mereka yang tidak boleh melakukan sesuatu perkara untuk keperluan diri sendiri atau seseorang yang tidak dapat mengambil bahagian sepenuhnya didalam kehidupan masyarakat. Kecacatan ini adalah terjadi sejak lahir atau oleh kemalangan. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah membahagikan golongan kurang upaya kepada empat (4) iaitu; 1) kecacatan fizikal, 2) kecacatan pendengaran, 3) kecacatan penglihatan dan 4) Terencat akal. (Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa semenanjung Malaysia (2002).

Jika dilihat daripada definisi yang telah diberikan golongan kurang upaya adalah

melibatkan golongan yang mempunyai kecacatan fizikal seperti pekak, buta, tiada tangan atau kaki. Selain itu seseorang itu diisytiharkan cacat juga apabila menggunakan kerusi roda, wanita mengandung, warga emas dan seseorang yang pembesarannya terbantut. Perkara-perkara asas yang perlu diketahui umum mengenai peralatan yang digunakan oleh golongan kurang upaya adalah seperti penggunaan kerusi roda, tongkat untuk kegunaan bahagian tangan (crutch), tongkat (cane), tongkat empat kaki (walker), tongkat ketiak (brace), kaki palsu (artificial limb), kasut rekaan istimewa, ramp, pagar keselamatan (safety railing) dan laluan pejalan kaki khas.

PERUNDANGAN DAN GARISPANDUAN UMUM BAGI PERANCANGAN

FIZIKAL DAN REKABENTUK YANG MELIBATKAN GOLONGAN KURANG UPAYA.

Terdapat beberapa garispanduan yang telah dicadangkan oleh O’ Morrow, G.S. (1976) iaitu kemudahsampaian ke sesuatu tempat, sirkulasi yang boleh digunakan oleh orang ramai, tempat yang boleh ditujui oleh semua orang, peralatan atau kegunaan untuk semua anggota masyarakat, keutamaan keselamatan, perbuatan yang boleh dilakukan oleh semua pihak dan tiada halangan penggunaan kemudahan yang disediakan.

Antara perundangan negara ini yang menyebut tentang keistimewaan dan keperluan penyediaan kemudahan kepada golongan kurang upaya ialah; 1) Undang-undang Kecil bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984), 2) Kod Amalan SIRIM (Malaysian Standards), 3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Didalam Undang-undang Kecil bangunan Seragam 1984 ada menyebut tentang

kesemua bangunan awam perlu dilengkapkan dengan kemudahan untuk golongan kurang upaya. Sebagai contoh ia tertera di dalam seksyen satu iaitu jalan atau kemudahsampaian, jalan keluar serta jalan penghubung perlu dibina dengan menitik beratkan kemudahan semua pihak termasuklah golongan kurang upaya. Didalam seksyen dua ada menyatakan perlunya spesifikasi bagi kemudahan untuk golongan kurang upaya berdasarkan Malaysian Standards MS 1184 dan MS 1183. Seksyen tiga, empat dan lima pula menyatakan pihak berkuasa tempatan perlulah memastikan pelan bangunan yang telah di serahkan mengikut Malaysian Standards iaitu penyediaan kemudahan bagi pengguna kurang upaya bagi setiap bangunan termasuklah bangunan yang diubahsuai. Seksyen 6 pula menyatakan bangunan-bangunan seperti bangunan pejabat, terminal, kawasan letak kereta dan bangunan awam termasuklah

Page 3: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

3

hospital, bangunan kerajaan, restoran, panggung wayang, kompleks sukan, sekolah, asrama, hotel dan lain-lain lagi.

Didalam Kod Amalan SIRIM menyatakan, didalam tiga (3) kod iaitu kod amalan untuk kemudahsampaian pengguna kurang upaya didalam bangunan awam (MS 1184) 1991, kod amalan kemudahsampaian pengguna kurang upaya diluar bangunan awam (M8 1331) 1993 dan kod amalan jalan keselamatan untuk golongan kurang upaya (MS 1883) 1990.

Kod amalan untuk kemudahsampaian pengguna kurang upaya didalam bangunan

awam (MS 1184) 1991 menyatakan perlunya menyediakan rekabentuk kemudahan yang boleh memastikan keselesaan kepada pengguna kurang upaya. Ia termasuklah spesifikasi kemudahan yang disediakan yang menitikberatkan saiz, ukuran, jenis, bahan dan rekabentuk yang bersesuaian dan selamat digunakan. Kemudahan ini termasuklah ramp, susur tangan (handrail), tangga, tandas, papan tanda dan simbol.

Kod amalan kemudahsampaian pengguna kurang upaya diluar bangunan awam (M8

1331) 1993 pula menyatakan, kesemua kemudahan kemudahsampaian diluar banguan perlulah boleh digunakan oleh golongan kurang upaya. Antara kemudahan yang perlu menitikberatkan rekabentuk kepada pengguna kurang upaya adalah seperti laluan pejalan kaki, kaki lima, tiang lampu, ramp, tangga, susur tangan (handrail), perabot jalan, kerusi, titian, lintasan pejalan kaki (padestrian crossing), traffic islands, tempat letak kereta, perhentian bas, papan tanda dan simbol. Kod ini perlu digunakan bagi kesemua bangunan awam dan bangunan pejabat tetapi tidak kepada bangunan persendirian seperti rumah.

Kod amalan jalan keselamatan untuk golongan kurang upaya (MS 1883) 1990 pula

menyatakan garispanduan kepada pihak kontraktor dan perekabentuk bangunan untuk bangunan baru, bangunan yang diubahsuai atau bangunan sediaada dalam menyediakan kemudahan yang dapat digunakan oleh pengguna kurang upaya apabila berlakunya bencana seperti kebakaran. Kemudahan yang perlu disediakan adalah termasuklah tangga, ruang keluar, lif kecemasan, telefon kecemasan dan lif yang sesuai digunakan bagi pengguna kerusi roda. Kod ini perlu digunakan bagi kesemua bangunan yang boleh dilawati oleh golongan kurang upaya tetapi tidak kepada bangunan persendirian seperti rumah.

Didalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 pula menyatakan tentang prinsip

perancangan iaitu seperti keadilan, belas kasihan, ketenangan dan kesejahteraan, efektif dan cekap, hak seseorang dan masyarakat, perpaduan, menggalakkan interaksi dan menjaga alam sekitar. Terdapat konsep perancangan untuk kemudahan golongan kurang upaya iaitu suatu pelan pembangunan yang menyebut spesifikasi untuk kemudahan golongan kurang upaya. Antara komponen yang terdapat didalam garispanduan ini ialah kemudahsampaian, ruang dan juga kemudahan sokongan. Bagi kawasan rekreasi ia perlulah menyediakan kemudahan seperti ramp, susur tangan (handrail), laluan pejalan kaki, laluan bertekstur, tangga, tangga bergerak (escalator), lintasan pejalan kaki (padestrian crossing), anjung pintu masuk, tempat letak kereta, tandas, bilik menukar pakaian, papan tanda, papan tanda istimewa, kerusi, pondok telefon, tong sampah, pagar dan tiang lampu isyarat yang mempunyai lampu isyarat melintas.

Page 4: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

4

KAJIAN KES Untuk kajian ini enam (6) buah taman di kawasan lembah klang telah dipilih bagi membolehkan kita mengetahui tahap kecenderungan arkitek landskap dalam merekabentuk taman yang boleh digunakan oleh pelbagai pihak termasuklah pengguna kurang upaya. Melalui pemerhatian dapat disimpulkan:

Pertimbangan Rekabentuk Taman Awam

Tempat Letak Kereta

Laluan Pejalan Kaki

Permukaan Lantai

Jaluran Penunjuk

Arah

Objek Menghalang

Laluan

Susur Tangan

Taman KLCC

TLK terletak berhampiran

dengan taman dan

menyediakan kemudahan untuk OKU.

Kelebaran yang sesuai

bagi kegunaan

kerusi roda.

Permukaan lantai yang sesuai bagi kegunaan

OKU.

Tiada jaluran penunjuk

arah untuk menunjukkan persimpangan

jalan dan kawasan

rehat.

Laluan pejalan kaki

bebas daripada

sebarang ojek yang boleh menghalang

laluan.

Susur tangan

disediakan pada

kawasan yang

sesuai.

Taman Bukit

Komanwel

Tiada kemudahan TLK bagi

OKU disediakan.

Tidak menggunakan

kelebaran yang sesuai

bagi pengguna

kerusi roda.

Permukaan lantai yang sesuai bagi kegunaan

OKU.

Tiada jaluran penunjuk

arah untuk menunjukkan persimpangan

jalan dan kawasan

rehat.

Laluan pejalan kaki

bebas daripada

sebarang ojek yang boleh menghalang

laluan.

Susur tangan

disediakan pada

kawasan yang

sesuai.

Taman Tasik

Perdana

Tiada kemudahan TLK bagi

OKU disediakan.

Tidak menggunakan

kelebaran yang sesuai

bagi pengguna

kerusi roda.

Sesetengah kawasan

tidak mempunyai lantai yang

sesuai digunakan oleh OKU.

Tiada jaluran penunjuk

arah untuk menunjukkan persimpangan

jalan dan kawasan

rehat.

Laluan pejalan kaki

bebas daripada

sebarang ojek yang boleh menghalang

laluan.

Sesetengah kawasan

tidak disediakan

susur tangan.

Taman Tasik

Permaisuri

Tiada kemudahan TLK bagi

OKU disediakan.

Tidak menggunakan

kelebaran yang sesuai

bagi pengguna

kerusi roda.

Di kawasan beralun

tidak disediakan permukaan yang kasar.

Tiada jaluran penunjuk

arah untuk menunjukkan persimpangan

jalan dan kawasan

rehat.

Laluan pejalan kaki

bebas daripada

sebarang ojek yang boleh menghalang

laluan.

Sesetengah kawasan

tidak disediakan

susur tangan.

Taman Tasik Shah

Alam

Tiada kemudahan TLK bagi

OKU disediakan.

Tidak menggunakan

kelebaran yang sesuai

bagi pengguna

kerusi roda.

Permukaan lantai yang sesuai bagi kegunaan

OKU.

Tiada jaluran penunjuk

arah untuk menunjukkan persimpangan

jalan dan kawasan

rehat.

Laluan pejalan kaki

bebas daripada

sebarang ojek yang boleh menghalang

laluan.

Sesetengah kawasan

tidak disediakan

susur tangan.

Page 5: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

5

Taman Tasik

Titiwangsa

Tiada kemudahan TLK bagi

OKU disediakan.

Tidak menggunakan

kelebaran yang sesuai

bagi pengguna

kerusi roda.

Permukaan lantai yang sesuai bagi kegunaan

OKU.

Tiada jaluran penunjuk

arah untuk menunjukkan persimpangan

jalan dan kawasan

rehat.

Laluan pejalan kaki

bebas daripada

sebarang ojek yang boleh menghalang

laluan.

Sesetengah kawasan

tidak disediakan

susur tangan.

Pertimbangan Rekabentuk

Taman Awam

Tangga Ramp Landskap Lembut

Papan Tanda Pencahayaan

Taman KLCC

Sesetengah kawasan

mempunyai tangga.

Sesetengan kawasan

mempunyai ramp sahaja.

Pokok dipilih

dengan baik, lokasi adalah

sesuai

Tiada papan tanda yang jelas untuk

menunjukkan laluan.

Sistem pencahayaan

yang baik.

Taman Bukit

Komanwel

Terlalu banyak

tangga, tidak mudah

sampai ke lokasi.

Tiada ramp. Pokok tidak memberi masalah kepada

pengguna.

Kekurangan papan tanda yang sesuai.

Sistem pencahayaan

yang sederhana.

Taman Tasik

Perdana

Sesetengah kawasan

mempunyai tangga.

Tiada ramp. Pokok tidak memberi masalah kepada

pengguna.

Kekurangan papan tanda yang sesuai.

Sistem pencahayaan

kurang memuaskan.

Taman Tasik

Permaisuri

Terdapat laluan pejalan kaki beralun

tidak dilengkapi

tangga.

Tiada ramp. Pokok tidak memberi masalah kepada

pengguna.

Kekurangan papan tanda yang sesuai.

Sistem pencahayaan

kurang memuaskan.

Taman

Tasik Shah Alam

Sesetengah kawasan

mempunyai tangga.

Tiada ramp. Pokok tidak memberi masalah kepada

pengguna.

Kekurangan papan tanda yang sesuai.

Sistem pencahayaan

yang sederhana.

Taman Tasik

Titiwangsa

Sesetengah kawasan

mempunyai tangga.

Tiada ramp. Pokok tidak memberi masalah kepada

pengguna.

Kekurangan papan tanda yang sesuai.

Sistem pencahayaan

yang sederhana.

Page 6: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

6

PERANCANGAN DAN REKABENTUK YANG DISYORKAN

Menurut Robinette G.O. (1985), suatu garispanduan umum boleh digunapakai apabila terdapat ukuran yang yang menitikberatkan rekabentuk persekitaran yang tiada halangan. Ia bermaksud spesifikasi kemudahan yang direkabentuk adalah boleh digunapakai oleh semua orang termasuk golongan kurang upaya. Spesifikasi yang digunakan adalah amat penting terutama ketika menyediakan pelan perincian. Kemudahsampaian ke tapak tidak hanya direkabentuk bagi kegunaan golongan kurang upaya tetapi perlulah direkabentuk untuk semua pengguna kerana secara tidak langsung ia akan mewujudkan interaksi antara pengguna normal dan kurang upaya. Jalan yang baik adalah jalan yang mampu memudahkan pergerakan semua pengguna. Permukaan laluan pejalan kaki perlulah tahan lasak dan sempurna, kerb jalan perlulah di sediakan ramp dan laluan pejalan kaki perlulah boleh memuatkan dua (2) pergerakan lalulintas.

Merujuk kepada Robinette G.O. (1985), laluan pejalan kaki perlu direkabentuk untuk

keselamatan, bebas dan tidak terhalang. Beliau menyatakan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkandidalam merekabentuk dan mengubahsuai sistem laluan pejalan kaki. Antaranya permukaan laluan pejalan kaki perlulah tahan lasak dan sempurna serta bertekstur tanpa ada laluanlicin. Perlu menyediakan kawasan rehat yang bersesuaian (bersama kerusi) bagi kemudahan pengguna berehat untuk laluan yang panjang. Kecuraman laluan pejalan kaki yang melebihi 5% adalah dianggap ramp dan perlu menggunakan spesifikasi rekabentuk ramp. Lampu pada laluan pejalan kaki perlu untuk tujuan keselamatan pengguna. Penyelenggaraan perlu kerap dilakukan bagi mengelakkan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pengguna. Kerb ramp perlu disediakan pada setiap laluan melintas. Struktur pengairan seperti drain grating atau catch basin tidak boleh diletakkan berhampiran kerb ramp dan persimpangan jalan. Penahan roda (wheel stops) perlu direkabentuk dengan membolehkan air megalir keluar daripada laluan pejalan kaki. Saiz laluan pejalan kaki perlulah mempertimbangkan jenis lalulintas dan penggunaannya.

Pemilihan tanaman menurut Robinette G.O. (1985) memerlukan seseorang itu

menitikberatkan perletakan, pemilihan pokok yang sesuai dan penyelenggaraan. Antara perkara yang patut di beri penekanan dalam pemilihan pokok ialah memastikan tiada pokok yang berpotensi mendatangkan bahaya seperti mempunyai duri yang panjang, atau buah beracun yang ditanam berdekatan dengan laluan pejalan kaki utama. Pokok juga memerlukan penyelenggaraan yang baik supaya tidak menjadi penyebab kepada kecederaan pengguna. Pokok yang dipilih juga perlulah mempunyai fungsi sebagai tempat berlindung daripada sinaran matahari dan juga angin kencang. Pemilihan pokok renek bagi tujuan menghalang pengguna melalui jalan yang menuju ke kawasan yang berbahaya. Pemilihan pokok yang baik akan menghasilkan suatu pemandangan menarik serta dapat menarik perhatian pengguna untuk menggunakan sesuatu kawasan itu.

Laluan interpretive menurut Robinette G.O. (1985) perlu direkabentuk untuk

memberikan kepelbagaian kepada pengguna laluan pejalan kaki. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam menyediakan laluan interpretive ini ialah setiap jalan memerlukan papan tanda yang mempunyai tulisan braille dan menimbulkan tulisan serta simbol bagi memberikan informasi kepada pengguna kurang upaya. Papan tanda yang sesuai bagi membantu pengguna kurang upaya dalam kategori buta. Laluan pejalan kaki perlulah

Page 7: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

7

menggunakan bahan yang tahan lasak dan bebas daripada sebarang halangan yang boleh medatangkan bahaya kepada pengguna kurang upaya.

CADANGAN DAN GARISPANDUAN ELEMEN LANDSKAP UNTUK

GOLONGAN KURANG UPAYA.

Cadangan dan garispanduan yang dititikberatkan adalah: 1) Pertimbangan Rekabentuk Bandar 2) Papan Tanda 3) Perabot Jalan 4) Laluan Pejalan Kaki 5) Curb Ramp 6) Tempat Letak Kenderaan 7) Ramp 8) Tangga 9) Pagar dan Susur tangan (handrail)

1) Pertimbangan Rekabentuk Bandar Permasalahan yang selalu dikaitkan dengan rekabentuk bandar adalah seperti elemen halangan pada laluan pejalan kaki, papan tanda bergantung yang terlalu rendah dan kekurangan papan tanda amaran dikawasan yang terdapat halangan. Prinsip perancangan bagi mengatasi permasalah ini adalah – ”untuk merekabentuk laluan pejalan kaki yang tiada halangan untuk keselamatan dan kebebasan golongan kurang upaya”. Pertimbangan rekabentuk adalah seperti mengetahui elemen-elemen yang mampu menghalang serta membahayakan pengguna, tekstur yang digunapakai adalah untuk menjadi panduan kepada golongan kurang upaya terutama bagi yang buta, meninggikan papan tanda yang tergantung iaitu melepasi ketinggian manusia, dan perletakan serta warna tong sampah perlu mengambilkira permasalahan golongan buta warna dan rabun. 2) Papan Tanda

Terdapat permasalahan yang berkaitan dengan papan tanda tidak sah, kemalangan yang disebabkan oleh perletakan papan tanda yang tidak sesuai, kekurangan papan tanda yang memaparkan amaran kawasan merbahaya, dan tiada papan tanda jalan serta papan tanda menuju ke sesuatu kemudahan yang disediakan. Prinsip perancangan yang dicadangkan adalah – ”untuk menyediakan kemudahan penunjuk arah kepada golongan kurang upaya bagi memudahkan pergerakan mereka”.

Pertimbangan rekabentuk yang ingin diketengahkan adalah seperti mengetahui jenis-

jenis papan tanda secara menyeluruh termasuklah bahan yang digunakan dan lokasi yang sesuai. Perlu juga mengetahui simbol untuk mewakili golongan kurang upaya yang digunakan diperingkat antarabangsa.Selain itu papan tanda arah perlu menunjukkan arah dan tempat yang ditujui dengan jelas.Papan tanda yang memaparkan nama jalan perlu diletakkan pada ketinggian yang maksima. Panel informasi dan peta kawasan juga perlu mengutamakan jarak penglihatan dan diserta alat bantuan kepada golongan buta seperti tulisan braille. Bentuk papan tanda juga perlu selaras seperti papan tanda informasi berbentuk segi empat bujur,

Page 8: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

8

papan tanda amaran perlu berbentuk segi tiga dan papan tanda interdictory perlu berbentuk bulat. Penggunaan warna pada papan tanda juga perlu dititikberatkan dan umumnya kita menggunakan warna seperti putih, hitam, kuning, merah, biru dan hijau. Permukaan papan tanda juga perlulah mengelakkan menggunakan bahan yang memberikan silau dan bagi kemudahan braille perlu akan tulisan yang standard. Huruf pada papan tanda perlulah sesuai dan mudah dibaca. 3) Perabot Jalan Pada masa kini terdapat tiga (3) jenis permasalahan berkaitan dengan perabot jalan iaitu ketidaksesuaian rekabentuk perabot jalan, perabot yang menyekat laluan dan kemudahan jalan yang tidak dapat dihampiri. Bagi memastikan permasalahan berkaitan dengan perabot jalan ini dapat diselesaikan, satu prinsip perancangan iaitu – ”untuk merekabentuk kemudahan yang boleh digunapakai oleh semua pihak, tanpa terdapat sebarang halangan disepanjang laluan pejalan kaki”. Pertimbangan rekabentuk yang diperlukan adalah seperti mengetahui jenis-jenis perabot jalan secara umumnya dan lokasi perletakan yang sesuai adalah bagi mengelakkan bahaya kepada pengguna. Pondok telefon awam perlulah disediakan untuk ketinggian yang pelbagai serta mempunyai butang yang boleh dibaca dengan menyentuh bagi kemudahan golongan buta. Kawasan rehat juga perlu disediakan bagi membolehkan pengguna yang mengalami masalah kepenatan berjalan untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya. 4) Laluan Pejalan Kaki Masalah yang selalu terdapat pada laluan pejalan kaki adalah seperti curb yang dibina tidak seragam dari segi ketinggian, laluan pejalan kaki yang mendatangkan bahaya dan ketidakselesaan kepada pengguna, kelebaran yang tidak mencukupi dan perubahan level tanah seperti cerun. Prinsip perancangan yang di digunapakai adalah – ”untuk menyediakan laluan pejalan kaki yang bebas daripada sebarang halangan yang boleh membahayakan pengguna seperti mengaplikasikan kecerunan yang sesuai, kelebaran yang boleh memberi keselesaan kepada pengguna ketika berjalan terutamanya kepada golongan cacat penglihatan dan yang mempunyai masalah pergerakan”. Pertimbangan rekabentuk adalah seperti mengenali jenis-jenis laluan pejalan kaki terutama pada kawasan lapang dan kawasan rekreasi.Laluan pejalan kaki semestinya mempunyai jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta. Selain menggunakan jaluran penunjuk arah (guide strip), laluan pejalan kaki memerlukan kotak tanda yang boleh disentuh (tactile marking) dengan menggunakan tongkat oleh golongan buta. Kotak ini akan diletak dipersimpangan setiap jaluran penunjuk arah (guide strip) dan kawasan yang menjadi halangan kepada golongan buta. Curb yang dibina mestilah mengutamakan keselamatan pengguna terutama pada waktu malam. Curb ramp pula mestilah bagi memudahkan kegunaan golongan berkerusi roda. Kelebaran laluan pejalan kaki yang minimum adalah laluan pejalan kaki yang boleh memuatkan dua (2) laluan kerusi roda. Kecerunan laluan pejalan kaki perlulah tidak melebihi 1:20.Jika melebihi kecerunan 1:20 laluan tersebut perlu dibina ramp bagi keselesaan pengguna. Jeriji longkang (drain grating) perlulah diletakkan bersudut tepat (perpendicular) diluar kawasan laluan pejalan kaki. Laluan pejalan kaki mestilah dilengkapkan dengan edging bagi keselamatan pengguna. Pemilihan

Page 9: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

9

pokok perlulah mengambilkira sifat-sifat yang terdapat pada pokok itu sendiri. Pokok yang dipilih perlulah dari jenis yang tidak beracun, daun tidak luruh dan akar yang boleh memecahkan laluan pejalan kaki. 5) Curb Ramp Permasalah yang wujud pada curb ramp adalah ketidaksempurnaan rekabentuk peralihan atau bukan peralihan pada kesemua kawasan antara curb dan laluan lintasan pejalan kaki (pedestrian crossing). Curb jalan yang tiada curb ramp akan menyusahkan pengguna terutamanya pengguna berkerusi roda. Prinsip perancangan yang digunapakai bagi mengatasi masalah ini adalah – ”untuk mengatasi perbezaan level antara laluan pejalan kaki dan permukaan jalan”. Pertimbangan rekabentuk yang dicadangkan adalah keperluan kepada mengenali jenis-jenis curb ramp serta fungsinya. Perlu dielakkan daripada merancang curb ramp dikawasan yang mudah ditakungi air. Lokasi perletakan curb ramp perlulah disetiap persimpangan jalan dan laluan lintasan pejalan kaki serta ditempat menurunkan pengguna seperti di kawasan tempat meletak kenderaan dan perhentian bas.Kecerunan manimum bagi curb ramp adalah 1:12 bagi memudahkan pergerakan kerusi roda. Jaluran penunjuk arah (guide strip) dan kotak tanda (tactile marking) perlu diletakkan pada setiap curb ramp. Permukaan curb ramp perlulah mempunyai tekstur yang kasar bagi mengelakkan kegelinciran. 6) Tempat Letak Kenderaan Tempat letak kenderan pada masa kini mempunyai masalah seperti berikut iaitu lorong laluan (aisle) bagi pengguna kerusi roda tidak disediakan dan kurangnya kuantiti tempat letak kenderaan khas bagi golongan kurang upaya. Prinsip perancangan yang dicadangkan adalah – ”untuk mewujudkan tempat letak kenderaan yang boleh digunapakai oleh golongan kurang upaya ke sesuatu tempat yang ditujui”. Pertimbangan rekabentuk adalah mengenali kawasan yang sesuai bagi menempatkan tempat letak kenderaan khas bagi golongan kurang upaya. Nisbah yang sesuai bagi jumlah tempat letak kereta dan tempat letak kereta khas ialah 1:50. Nisbah ini sesuai diimplimentasikan di kawasan rekreasi dan taman-taman awam. Sesebuah taman yang baik perlulah menyediakan sekurang-kurangnya satu (1) tempat letak kereta khas supaya memudahkan pengguna kurang upaya. Lokasi perletakannya pula adalah mestilah dikawasan yang paling selamat dan mudah dikunjungi oleh pengguna. Ukuran saiz minimum tempat letak kereta khas ini adalah 3.6m. Ia adalah termasuk lorong laluan (aisle) bagi pengguna kerusi roda. Perlu menyediakan alat penghalang tayar (pre-cast wheelstop) supaya kereta tidak memasuki bahagian laluan pejalan kaki dan kerusi roda. Selain itu tempat menurunkan pengguna kurang upaya juga diperlukan supaya memudahkan mereka bergerak. Selalunya tempat menurunkan pengguna adalah didepan pintu masuk taman. Kecerunan tempat letak kereta perlulah 1:20 dan berpermukaan seragam serta tidak mengerutu. Papan tanda tempat letak kereta khas perlu disediakan supaya dapat memberitahu pengguna akan kewujudannya. Papan tanda ini perlu menggunakan simbol yang digunakan di peringkat antrabangsa.

Page 10: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

10

7) Ramp Permasalahan yang selalu dibangkitkan adalah ketidaksempurnaan rekabentuk ramp, kecerunan ramp yang terlalu curam dan juga kesusahan menghubungkan antara jalan yang berbeza level. Prinsip perancangan yang digunapakai adalah – ”untuk mewujudkan ramp bagi menggantikan tangga. Dengan ini ia dapat menyelesaikan masalah kepada pengguna berkerusi roda dan juga pengguna yang menghadapi masalah berjalan”. Pertimbangan rekabentuk utama ialah pemilihan lokasi yang sesuai bagi perletakan ramp. Lokasi yang sesuai adalah di kawasan luar bangunan kerana kawasan yang lebih luas dan mempunyai pelbagai level tanah. Selain itu lokasi yang sesuai ialah bersebelahan dengan tangga. Perlu juga mengetahui jenis-jenis ramp yang sesuai dengan kawasan yang dicadangkan. Kelebaran minimum ukuran saiz ramp adalah 0.9m. Kecerunan maksimum ramp adalah 1:20. Pelantar (landing) untuk berehat perlu disediakan bagi mengelakkan kelajuan yang boleh membahayakan pengguna. Pelantar perlu disediakan setiap 10m dan panjang minimum pelantar adalah 1.2m. Susur tangan (handrail) perlu disediakan pada ramp untuk keselamatan dan keselesaan pengguna. Permukaan ramp perlu tahan lasak dan tidak licin. Ramp juga semestinya mempunyai jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta. Selain menggunakan jaluran penunjuk arah (guide strip), ramp memerlukan kotak tanda yang boleh disentuh (tactile marking) dengan menggunakan tongkat oleh golongan buta. 8) Tangga Masalah yang berkaitan dengan tangga ialah kecuraman tangga yang tidak munasabah dan ketidaksempurnaan rekabentuk yang menghalang pergerakan kaki.Prinsip perancangan yang digunakan ialah – ”untuk mewujudkan tangga yang selamat dan selesa kepada semua pengguna terutama sekali kepada pengguna yang mempunyai masalah pergerakan”. Pertimbangan rekabentuk yang disyorkan ialah tangga yang disediakan perlulah seragam, mempunyai pelantar (landing) dan disesetengah kes boleh dicadangkan elevator atau lift jika tidak mempunyai ramp. Kelebaran minimum adalah 0.9m untuk tangga sehala dan 1.5m bagi tangga dua (2) hala. Tangga juga perlu mempunyai jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta. Selain menggunakan jaluran penunjuk arah (guide strip), tangga juga memerlukan kotak tanda yang boleh disentuh (tactile marking) dengan menggunakan tongkat oleh golongan buta. Pelantar (landing) yang disediakan apabila mempunyai perbezaan level lebih 2.5m. Panjang pelantar (landing) yang dicadangkan adalah 1.2m. Susur tangan (handrail) juga perlu disediakan dikedua-dua belah tangga bagi memudahkan pergerakan. Permukaan tangga perlulah tidak licin bagi keselesaan pengguna. 9) Pagar dan Susur Tangan (handrail) Permasalahan yangberkaiatan dengan pagar dan susur tangan (handrail) ialah pagar yang digunakan tidak selamat, susur tangan (handrail) yang susah untuk dipegang dan ketiadaan pagar atau susur tangan ditempat yang sepatutnya diletakkan. Prinsip perancangan yang dicadangkan ialah – ”untuk menyediakan pagar yang boleh berfungsi sebagai penghadang keselamatan kepada semua pengguna terutama sekali kepada yang mempunyai masalah pergerakan”.

Page 11: Kemudahan Landskap Untuk Golongan Kurang Upaya Peningkatan Nilai Sosial Masyarakat Malaysia

11

Pertimbangan rekabentuk adalah menentukan kawasan yang merbahaya disesuatu tapak. Kawasan yang membahayakan pengguna perlu disediakan pagar keselamatan walaubagaimanapun ia perlulah diletakkan ditempat yang tidak mengganggu pergerakan pengguna. Ketinggian pagar ini perlulah bersesuaian dengan pengguna biasa dan yang menggunakan kerusi roda. Bentuk susur tangan perlulah mudah dipegang dan tidak tajam. Jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta yang disediakan perlulah berada disebelah pagar bagi memudahkan pengguna. Kawasan permainan kanak-kanak juga boleh dicadangkan pagar bagi memudahkan pengawasan.

KESIMPULAN Pada keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa penyediaan kelengkapan atau

kemudahan kepada golongan kurang upaya dapat memberikan manfaat kepada semua. Ini adalah kerana selain daripada memberi keselesaan kepada golongan kurang upaya secara tidak langsung ia juga memperbaiki sistem keselamatan sesebuah taman itu. Untuk menjadikan ianya realiti kita perlulah sentiasa memikirkan cadangan terbaik untuk keselesaan dan kegunaan golongan kurang upaya. Pelbagai promosi tentang perlunya kemudahan kepada golongan kurang upaya perlu diadakan bagi menggalakkan arkitek landskap khususnya menjadi lebih prihatin kepada persekitaran. Dari aspek sosial kita dengan menyediakan kemudahan ini ia secara tidak langsung menggalakkan interaksi antara semua pihak tidak kira terdiri didalam golongan normal atau kurang upaya. Akhir sekali saya mengharapkan agar pada suatu masa seluruh taman yang telah dibina dan yang akan dibina dilengkapi dengan kemudahan untuk golongan kurang upaya kerana ianya dapat memberikan manfaat yang banyak kepada kita semua. RUJUKAN LEMBAGA PENYELIDIKAN UNDANG-UNDANG (2006), Undang-Undang Kecil

Bangunan Seragam 1984, International Law Book Services, Petaling Jaya, Malaysia

O’MORROW, G.S, (1976), Therapeutic Recreation – A Helping Profession.

ROBINETTE.G.O. (1985), Barrier Free Exterior Design, Van Nostrand Reinhold Company, New York, USA.

STANDARD & INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE (1991), Malaysia Standard

MS 1184: Code of Practice for Access for Disabled People Outside Building, SIRIM, Shah Alam, Malaysia.

STANDARD & INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE (1991), Malaysia Standard

MS 13314: Code of Practice for Access for Disabled People Public Building, SIRIM, Shah Alam, Malaysia.

TOWN AND COUNTRY PLANNING PENINSULAR MALAYSIA, (2002), Planning

Guidelines and Standards – Facilities of the Disabled, Ministry Of Housing And Local Government Malaysia, Malaysia.