kemudahan capaian dan penggunaan e-kerajaan di · pdf filepersidangan kebangsaan ekonomi...

8
PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 173 180 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011 Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di Malaysia Accessibility and Usage of e-Goverment in Malaysia Noraidah Sahari @ Ashaari ([email protected]) Norashikin Zainal Abidin ([email protected]) Emy Salfarina Alias ([email protected]) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia Hasmiah Kasimin ([email protected]) Siti Hajar Mohd Idris ([email protected]) Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pembangunan projek mega Negara, Koridor Raya Multimedia (MSC)[1996-2020] telah masuk ke fasa ketiga [2011-2020]. Dalam fasa ini, antara lainnya adalah tarnsformasi rakyat Malaysia menjadi masyarakat berdasarkan pengetahuan menggunakan ICT sebagai pelaksana dalam seluruh sektor ekonomi bagi memacu produktiviti dan inovasi negara untuk menjadi hab cergas bagi penghasilan penyelesaian ICT. Satu daripada tujuh aplikasi perdana MSC adalah e-kerajaan yang mana ia menjanjikan rakyat mendapat perkhidmatan dan maklumat secara dalam talian. Dengan terlaksananya e-kerajaan, rakyat tidak perlu berurusan dengan kerajaan di pejabat agensi perkhidmatan awam tetapi mereka boleh berhubung dengan agensi kerajaan melalui internet atau kiosk maklumat. Setelah lebih satu dekad e-kerajaan dilaksanakan, apakah pengalaman dan perspektif rakyat terhadap implementasi perkhidmatan e-kerajaan ini? Apakah semua golongan rakyat telah menikmati secukupnya kemudahan yang disediakan. Bagi menjawab persoalan ini satu kajian untuk membina maklumat asas mengenai pengguna perkhidmatan dalam talian (ePengguna) dilakukan. Kertas ini membincangkan kemudahan capaian perkhidmatan e-kerajaan di Malaysia dan perspektif mereka terhadap penggunaannya. Antara lain kajian ini melihat faktor capaian yang mempengaruhi penggunaan perkhidmatan e-kerajaan yang ada, dan cadangan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi e-kerajaan. Hasil kajian menunjukkan pemilikan komputer riba, capaian internet di pejabat, kemahiran menggunakan komputer dan perbankan dalam talian mempunyai hubungan dengan penggunaan perkhidmatan e-kerajaan yang berterusan. Dapatan ini dapat dimajukan agar perkhidmatan e-kerajaan digunakan dengan berkesan dan dengan tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup semua golongan rakyat. Kata kunci: Perkhidmatan e-Kerajaan, Capaian internet, Kemahiran komputer, Infrastruktur ICT, Jalur lebar. ABSTRACT Development of mega projects, the Multimedia Super Corridor (MSC) [1996-2020] has been implemented into the third phase [2011-2020]. In this phase, among others is the transformation of the Malaysian citizen into knowledge-based society using ICT as an executor in all economic sectors to spur productivity and innovation to become a vibrant hub for the production of ICT solutions. One of the seven flagship applications of MSC are e-Government which promises the citizen to get the services and information online. With the implementation of e-Government, people do not have to deal with the government in the office, but they can communicate and interact with government agencies via the internet or information kiosks. After more than a decade of e-Government implementation, what is the experience and perspective of the citizen on the implementation of this e-Government service? Are they provided with equal and adequate facilities to use? To answer this question a study to develop basic information about users of online services (eUser) is conducted. Nevertheless, this paper discusses the accessibility of e-Government services in Malaysia and their perspectives on their use. In addition, these studies look at factors that affect the access to the existing e-Government services, and suggestion for the improvement of the implementation are put forward. Results showed that a laptop computer ownership, Internet access in the office, computer skills and online banking services used

Upload: vothuy

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di · PDF filePersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI ... permintaan e-Pengguna terhadap sistem e-Kerajaan Malaysia. Sekiranya pihak

PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 173 – 180

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),

Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup,

Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011

Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di Malaysia

Accessibility and Usage of e-Goverment in Malaysia

Noraidah Sahari @ Ashaari ([email protected])

Norashikin Zainal Abidin ([email protected])

Emy Salfarina Alias ([email protected])

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hasmiah Kasimin ([email protected])

Siti Hajar Mohd Idris ([email protected])

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pembangunan projek mega Negara, Koridor Raya Multimedia (MSC)[1996-2020] telah masuk ke fasa

ketiga [2011-2020]. Dalam fasa ini, antara lainnya adalah tarnsformasi rakyat Malaysia menjadi

masyarakat berdasarkan pengetahuan menggunakan ICT sebagai pelaksana dalam seluruh sektor

ekonomi bagi memacu produktiviti dan inovasi negara untuk menjadi hab cergas bagi penghasilan

penyelesaian ICT. Satu daripada tujuh aplikasi perdana MSC adalah e-kerajaan yang mana ia

menjanjikan rakyat mendapat perkhidmatan dan maklumat secara dalam talian. Dengan terlaksananya

e-kerajaan, rakyat tidak perlu berurusan dengan kerajaan di pejabat agensi perkhidmatan awam tetapi

mereka boleh berhubung dengan agensi kerajaan melalui internet atau kiosk maklumat. Setelah lebih

satu dekad e-kerajaan dilaksanakan, apakah pengalaman dan perspektif rakyat terhadap implementasi

perkhidmatan e-kerajaan ini? Apakah semua golongan rakyat telah menikmati secukupnya kemudahan

yang disediakan. Bagi menjawab persoalan ini satu kajian untuk membina maklumat asas mengenai

pengguna perkhidmatan dalam talian (ePengguna) dilakukan. Kertas ini membincangkan kemudahan

capaian perkhidmatan e-kerajaan di Malaysia dan perspektif mereka terhadap penggunaannya. Antara

lain kajian ini melihat faktor capaian yang mempengaruhi penggunaan perkhidmatan e-kerajaan yang

ada, dan cadangan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi e-kerajaan. Hasil kajian menunjukkan

pemilikan komputer riba, capaian internet di pejabat, kemahiran menggunakan komputer dan

perbankan dalam talian mempunyai hubungan dengan penggunaan perkhidmatan e-kerajaan yang

berterusan. Dapatan ini dapat dimajukan agar perkhidmatan e-kerajaan digunakan dengan berkesan dan

dengan tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup semua golongan rakyat.

Kata kunci: Perkhidmatan e-Kerajaan, Capaian internet, Kemahiran komputer, Infrastruktur ICT, Jalur

lebar.

ABSTRACT

Development of mega projects, the Multimedia Super Corridor (MSC) [1996-2020] has been

implemented into the third phase [2011-2020]. In this phase, among others is the transformation of the

Malaysian citizen into knowledge-based society using ICT as an executor in all economic sectors to

spur productivity and innovation to become a vibrant hub for the production of ICT solutions. One of

the seven flagship applications of MSC are e-Government which promises the citizen to get the services

and information online. With the implementation of e-Government, people do not have to deal with the

government in the office, but they can communicate and interact with government agencies via the

internet or information kiosks. After more than a decade of e-Government implementation, what is the

experience and perspective of the citizen on the implementation of this e-Government service? Are they

provided with equal and adequate facilities to use? To answer this question a study to develop basic

information about users of online services (eUser) is conducted. Nevertheless, this paper discusses the

accessibility of e-Government services in Malaysia and their perspectives on their use. In addition,

these studies look at factors that affect the access to the existing e-Government services, and

suggestion for the improvement of the implementation are put forward. Results showed that a laptop

computer ownership, Internet access in the office, computer skills and online banking services used

Page 2: Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di · PDF filePersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI ... permintaan e-Pengguna terhadap sistem e-Kerajaan Malaysia. Sekiranya pihak

174 Noraidah Sahari @ Ashaari, Hasmiah Kasimin, Siti Hajar Mohd Idris, Norashikin Zainal Abidin, Emy

Salfarina Alias

related to the continuous use of e-Government system. These findings could be forwarded to ensure

that the e-Government application are used effectively and indirectly to improve the quality of life of all

citizen.

Keywords: e-Government services, Internet access, Computer skill, ICT infrastructure, Broadband

PENDAHULUAN

Internet merupakan hasil teknologi komputer dan komunikasi yang berkembang dan terkenal diseluruh

dunia kerana ia mampu memberi pelbagai kemudahan dan manfaat (Marlini, 2008). Sebagai sumber

dan media maklumat global, Internet boleh menyampaikan pelbagai bentuk komunikasi secara

interaktif dan cepat. Masyarakat di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menggunakan teknologi ini

sebagai sebahagian daripada cara hidup mereka. Kemunculan teknologi jalur lebar juga antara

penyumbang utama dalam menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kemudahan Internet. Di

Malaysia, jalur lebar mula memasuki pasaran dalam tahun 2005 dengan kadar penembusannya

hanyalah sebanyak 1.9% (Ishak et. al., 2007).

e-Kerajaan ditakrif sebagai penggunaan teknologi maklumat berasaskan Internet untuk

meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan (DeBenedictis, 2002). Tujuan pelaksanaan e-Kerajaan ini

adalah untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kemantapan perkhidmatan awam selaras

dengan matlamat negara. Pelaksanaan e-Kerajaan yang bermula pada tahun 1997 ini memberi kesan

secara lansung terhadap pembangunan dan pentadbiran kerajaan di Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan

oleh kerajaan untuk memastikan aplikasi ini dilaksana dengan jayanya. Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM) bersama-sama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan

Pengurusan Malaysia (MAMPU) merupakan dua agensi yang bertindak sebagai penyelaras kepada

semua kementerian dan syarikat telekomunikasi untuk menentukan keperluan dan langkah yang

diperlukan bagi mendorong perpindahan kepada konsep e-Kerajaan ini.

Antara peranan SKMM adalah memantau perkhidmatan Internet yang disediakan oleh

Pembekal Khidmat Internet (ISP) yang berdaftar di Malaysia. SKMM juga berusaha meningkatkan

taraf infrastruktur telekomunikasi terutama perkhidmatan telefon mudah alih dan Internet di luar

bandar. SKMM turut terlibat dengan projek mewujudkan kemudahan Internet jalur lebar kepada

masyarakat luar bandar dengan membina beberapa Pusat Jalur Lebar Komuniti diseluruh negara.

MAMPU pula merupakan satu agensi yang bertanggunjawab dalam memperkembang usaha pembaikan

dan pembaharuan pentadbiran kerajaan Malaysia. Misi utama MAMPU adalah untuk memacu

transformasi sektor awam dalam meningkatkan daya saing negara melalui pemerkasaan pengurusan

organisasi dan ICT secara inovatif dan strategik. MAMPU juga memainkan peranan penting dalam

melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh Majlis Protokol Internet Versi 6 (IPv6) Kebangsaan.

MAMPU bertanggungjawab menentukan perubahan infrastruktur yang diperlukan untuk membolehkan

IPv6 digunakan dalam insfrastruktur rangkaian e-Kerajaan.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) telah dikenal pasti bahawa sistem penyampaian

perkhidmatan Kerajaan yang cekap merupakan kunci kepada kejayaan pelaksanaan program sosial dan

ekonomi yang digubal oleh kerajaan (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006). Dalam Rancangan

Malaysia Ke-10 isu seni bina ICT perlu diperkemaskan lagi bagi mempermudahkan sistem, mengelak

pertindihan dan memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan serta

hubungan kerajaan dengan rakyat dan perniagaan. Selain itu, dalam Program Transformasi Kerajaan

Malaysia, dinyatakan bahawa e-Kerajaan dapat memupuk persekitaran perniagaan yang lebih baik,

memperkukuh tadbir urus, memperkembangkan penyertaan orang ramai dan mempertingkat

produktiviti dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. Menurut Program

Transformasi Kerajaan ini, pada tahun 2011, kerajaan akan mewujudkan sistem pengurusan dokumen

digital manakala pada tahun 2012 pula, 70% daripada urus niaga di seluruh kementerian dan aplikasi

utama untuk orang ramai, perniagaan dan pekerja akan dilakukan secara dalam talian. Pada tahun 2012

50% daripada perkhidmatan kaunter akan tersedia secara dalam talian dan Akaun 1Malaysia bakal

merangkumi separuh daripada penduduk berusia lebih daripada 18 tahun (Program Transformasi

Kerajaan, 2010).

Justeru itu, berpandukan kepada pelaksanaan projek MSC dan disokong oleh RMK-9, RMK-

10 dan Program Transformasi Kerajaan Malaysia, kerajaan telah berusaha untuk membangunkan

sistem e-Kerajaan yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Dalam pembangunan sistem

ini, tiga skop utama yang dikenal pasti sebagai komuniti e-Kerajaan adalah terdiri daripada kerajaan,

perniagaan dan rakyat. Skop ini lebih dikenali sebagai government to government (G2G), government

to business (G2B) dan government to citizen (G2C). Pada awal pelaksanaan e-Kerajaan, tujuh aplikasi

Page 3: Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di · PDF filePersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI ... permintaan e-Pengguna terhadap sistem e-Kerajaan Malaysia. Sekiranya pihak

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 175

telah dibangun berpandukan kepada tiga skop tersebut. Aplikasi tersebut ialah Persekitaran Pejabat

Generik (GOE), Sistem Pemantauan Projek (PMS/SPP), e-Perolehan (EP), e-Khidmat dan Sistem

Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), Bursa Buruh Elektronik (ELX) (sekarang dikenali

sebagai JobsMalaysia) dan juga e-Syariah. Atas kejayaan pelaksanaan tujuh aplikasi ini, beberapa

agensi perkhidmatan awam lain telah mengambil inisiatif untuk membangun dan melaksanakan

aplikasi e-Kerajaan ini. Matlamatnya adalah jelas, iaitu untuk memudah dan meningkatkan

keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam. Antara aplikasi tersebut adalah seperti

portal myGovernment, e-Tanah, e-Consent, e-Filing, e-Local Government (e-PBT), e-Kehakiman,

Custom Information System (SMK), Pensions Online Workflow Environment (POWER), dan Training

Information System (e-SILA).

Kadar penggunaan dan penerimaan e-Kerajaan dalam kalangan rakyat didapati masih belum

berada ditahap yang memuaskan dan boleh dibanggakan. Bilangan rakyat yang menjadi pengguna setia

(e-Pengguna) sistem e-Kerajaan Malaysia adalah masih dalam jumlah yang kecil. Ini berlaku kerana

wujudnya beberapa cabaran atau kekangan yang menjadi penghalang bagi rakyat untuk menggunakan

aplikasi ini. Sebilangan rakyat juga masih tidak sedar akan manfaat dan faedah yang akan diperolehi

sekiranya mereka memilih aplikasi e-Kerajaan sebagai medium untuk berinteraksi dengan agensi

perkhidmatan awam berbanding dengan cara manual iaitu melalui khidmat kaunter atau surat

menyurat. Menurut Zahri (2009), antara isu atau kekangan yang menjadi penghalang terhadap

penggunaan e-Kerajaan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah seperti kemudahan capaian dan

infrastruktur ICT, keselamatan dan kesulitan data, tingkah laku dan kesedaran pengguna, prestasi dan

kemampuan Internet atau sistem, serta bantuan sokongan yang disediakan.

Secara umum, apabila kemudahan komputer, Internet dan ICT tiada pada suatu kawasan,

rakyat akan berhadapan dengan masalah seperti ekonomi tidak membangun, rakyat kurang

pengetahuan, rakyat tidak peka terhadap kewujudan teknologi terkini, rakyat tidak biasa mengunakan

teknologi terkini serta kemahiran penggunaan teknologi terkini dalam kalangan rakyat tempatan adalah

rendah. Kesannya rakyat tidak dapat manfaat daripada pembangunan sistem aplikasi e-kerajaan

(Shareef et. al., 2011). Kajian lepas turut mengakui jurang digital merupakan antara penyebab

kegagalan pelaksanaan dan penerimaan aplikasi e-Kerajaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Farouk

(2005) dalam kajiannya mendapati, capaian yang terhad terhadap kemudahan ICT seperti talian telefon

dan sambungan Internet di kawasan pedalaman merupakan antara tiga faktor utama orang awam

enggan menggunakan e-Kerajaan. Menurut Kaur et. al. (2008) pula, antara faktor yang mempengaruhi

penerimaan e-Kerajaan adalah seperti kekurangan undang-undang siber, ketersediaan perkhidmatan

dan wujudnya jurang digital bagi individu yang tinggal di kawasan luar bandar. Ahmad (2007) juga

turut menyatakan, salah satu daripada cabaran yang akan mempengaruhi pelaksanaan e-Kerajaan

adalah jurang digital. Atas dasar itu, untuk memastikan semua rakyat mempunyai peluang untuk

menggunakan perkhidmatan ini, kerajaan telah berusaha memperbaiki dan menaik taraf kemudahan

ICT untuk capaian orang awam. Pelbagai pusat kemudahan capaian Internet telah dibangunkan untuk

kegunaan orang ramai.

Kemudahan infrastruktur dan prasarana ICT di Malaysia adalah masih tidak sekata. Jurang

digital dalam sektor ICT amat nyata. Terdapat jurang antara masyarakat yang bermaklumat dan tidak

maklumat. Jurang digital ini wujud antara generasi muda dan tua, berpendidikan dan kurang

berpendidikan serta masyarakat bandar dan luar bandar (Ahmad et. al., 2008). Bagi merapatkan jurang

digital ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek yang melibatkan kemudahan ICT.

Penyambungan Internet di kawasan pendalaman dijalankan melalui inisiatif kerajaan seperti program

Pusat Internet Desa (PID) dan progam Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Walaupun begitu,

dapat dilihat pelaksanaan projek ini masih belum memberikan impak yang positif dalam menggalakkan

rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan e-Kerajaan.

Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah capaian dan keperluan dan

permintaan e-Pengguna terhadap sistem e-Kerajaan Malaysia. Sekiranya pihak kerajaan mampu

mengatasi masalah capaian dan memenuhi keperluan dan permintaan e-Pengguna ini, dipercayai ia

mampu mengatasi kekangan atau halangan penggunaan. Ini seterusnya dapat membantu menggalakkan

rakyat mengguna aplikasi e-Kerajaan yang telah dibangunkan oleh agensi perkhidmatan awam di

Malaysia.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian adalah satu set soal selidik yang

dibangun berdasarkan kajian lepas. Pemilihan sampel kajian adalah mengikut teknik persampelan

berkelompok dan rawak berstrata. Dalam persampelan berkelompok ini pembahagian satu populasi

Page 4: Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di · PDF filePersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI ... permintaan e-Pengguna terhadap sistem e-Kerajaan Malaysia. Sekiranya pihak

176 Noraidah Sahari @ Ashaari, Hasmiah Kasimin, Siti Hajar Mohd Idris, Norashikin Zainal Abidin, Emy

Salfarina Alias

kepada sub populasi yang lebih kecil adalah berdasarkan kepada kawasan geografi atau politik. Justeru

itu, dalam kajian ini, sampel ditentukan berdasarkan pembahagian responden mengikut sembilan

daerah yang wujud dalam negeri Selangor iaitu Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat, Kuala

Selangor, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Sabak Bernam. Faktor dan item soal selidik

dibangunkan berdasarkan objektif kajian yang ingin melihat masalah capaian dan penggunaan rakyat

terhadap sistem e-kerajaan.

Soal selidik mengandungi tiga bahagian: maklumat latar belakang (demografik) responden,

Pemilikan, Kemahiran dan Penggunaan ICT Responden dan Pengalaman Responden Terhadap

Perkhidmatan e-Kerajaan. Namun kajain ini akan membincangkan faktor capaian dan penggunaan e-

kerajaan sahaja.

Terdapat 11 item utama dalam bahagian pemilikan, kemahiran dan penggunaan ICT

Responden yang terkandung dalam borang soal selidik kajian. Tujuan item ini dibina adalah untuk

mengetahui dan mengenal pasti beberapa kemudahan dan tahap kemahiran ICT yang dimiliki oleh

responden. Kajian ini menilai sama pemilikan komputer, peralatan komunikasi lain dan kemudahan

capaian Internet mampu mempengaruhi dan memudahkan rakyat menggunakan aplikasi e-Kerajaan

Malaysia.

Item bahagian pengalaman responden terhadap perkhidmatan e-Kerajaan dibina adalah untuk

mengenal pasti pengalaman responden terhadap perkhidmatan e-Kerajaan yang disediakan. Dalam

bahagian ini, tahap penggunaan beberapa aplikasi e-Kerajaan dikenal pasti bertujuan untuk menilai

sejauh mana responden menggunakan kemudahan perkhidmatan e-Kerajaan yang disediakan oleh

pihak kerajaan. Kajian juga mengenal pasti senarai aplikasi yang paling kerap digunakan oleh

responden yang mana hasil kajian ini nanti boleh dijadikan rujukan oleh pihak pembangun sistem

untuk menilai dan memperbaiki kualiti aplikasi dan punca mengapa ada aplikasi yang kurang

digunakan oleh orang awam. Selain itu, kemudahan dan keperluan yang diinginkan oleh rakyat bagi

memudahkan mereka mencapai dan seterusnya menggunakan aplikasi e-Kerajaan yang ditawarkan

secara dalam talian dikenal pasti.

Ujian rintis (pilot test) dilakukan untuk memastikan kualiti soalan dalam borang soal selidik

ini adalah baik dan jawapan yang diterima daripada responden nanti adalah terkawal dan boleh

dipercayai. Ini juga untuk memastikan pihak responden tidak keliru atau faham maksud sebenar soalan

yang dikemukakan dalam borang soal selidik itu nanti. Data dan maklum balas yang diperolehi

daripada borang soal selidik dikumpul dan dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi

menggunakan perisian SPSS. Dalam kajian ini, ujian- digunakan untuk menguji hipotesis kajian

untuk melihat hubungan antara faktor kemudahan capaian dengan penggunaan perkhidmatan e-

kerajaan.

DAPATAN KAJIAN

Terdapat 993 responden yang telah memberi maklum balas. Daripada jumlah ini seramai 830 (89.9 %)

adalah pengguna sistem aplikasi e-kerajaan. Daripada data yang dikumpul, walaupun sebanyak 72.6%

responden mempunyai komputer dan capaian internet di rumah, Sebanyak 68.2% menggunakan

perkhidmatan e-kerajaan melalui capaian internet dirumah. Juga, seramai 46.5% di sekolah atau di

universiti dan 43.3% menggunakan kemudahan capaian di pejabat. Majoriti pengguna menggunakan

perkhidmatan jalur lebar untuk mendapai capaian internet, menggunakan internet lebih daripada 10 jam

dan 45.8% pengguna menggunakan perbankan dalam talian. Rajah 1 menunjukkan ringkasan data bagi

setiap faktor kemudahan capaian dan penggunaan e-kerajaan.

RAJAH 1

Peratusan perkhidmatan e-kerajaan yang pernah digunakan oleh pengguna mengikut

keutamaaan dikenal pasti. Majoriti khidmat permohonan ke IPTA adalah penggunaan aplikasi e-

kerajaan tertinggi (56%0 diikuti dengan permohonan dan penyemakan jawatan (JPA) dan permohonan

pembiayaan pendidikan PTPTN dan lain-laian perkhidmatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

JADUAL 1

Ujian- digunakan untuk melihat sama ada setiap faktor capaian mempunyai hubungan

dengan penggunaan aplikasi perkhidmatan e-kerajaan yang berterusan. JADUAL 2 menunjukkan hasil

analisis crosstab dan Ujian- (nilai p < 0.05) menunjukkkan pemilikan komputer riba, capaian

Page 5: Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di · PDF filePersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI ... permintaan e-Pengguna terhadap sistem e-Kerajaan Malaysia. Sekiranya pihak

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 177

internet di pejabat, mahir menggunakan komputer, pengguna yang menggunakan perbankan internet

ada hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan e-kerajaan secara berterusan.

JADUAL 2

Pengguna e-kerajaan berpendapat sistem e-kerajaan ini kurang mendapat sambutan daripada rakyat

disebabkan oleh rakyat merasakan mereka lebih selesa dengan perkhidmatan kaunter, tidak mahir

menggunakan sistem e-kerajaan, tiada liputan capaian internet dan kurang mendapat pendedahan

berkaitan aplikasi e-kerajaan dan lain-lian faktor. Purata skor bagi setiap faktor ditunjuk pada Jadual 3.

JADUAL 3

Responden memberi tahap persetujuan yang tinggi (skor min = 5.75/7.00) agar kerajaan menyediakan

pelbagai saluran alternatif lain bagi mencapai dan menggunakan e-kerajaan seperti kiosk, emel dan sms

bagi menarik minat rakyat menggunakan sepenuhnya aplikasi e-kerajaan.

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Infrastruktur ICT merupakan tulang belakang yang paling kritikal dalam agenda pelaksanaan e-

Kerajaan. Ketiadaan rangkaian jalur lebar yang stabil dan mencukupi akan menjadi halangan yang

besar bagi penyampaian maklumat dan perkhidmatan e-Kerajaan. Infrastruktur merupakan komponen

utama dalam mengukur secara keseluruhan kematangan ICT dalam sesebuah negara (Yong, 2004).

Dapatan kajian menunjukkan penggunaan perkhidmatan e-kerajaan berhubung rapat dengan pemilikan

komputer riba, kemudahan capaian internet, kemahiran komputer dan penggunaan perbankan dalam

talian. Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Yong (2004) yang mana untuk meningkatkan

kadar penggunaan e-Kerajaan, pihak pentadbiran awam perlu melaksanakan pelbagai strategi untuk

menggalakkan penggunaan dan penerimaan lebih banyak transaksi secara dalam talian. Antara strategi

yang boleh digunakan adalah seperti menyediakan kemudahan infrastuktur ICT, meningkatkan

kesedaran mengenai teknologi maklumat dan Internet, menyediakan kemudahan komputer atau capaian

Internet yang mampu dimiliki, menjadikan prkhidmatan dalam talian lebih menarik berbanding kaedah

tradisional atau manual, penawaran insentif dan bahasa tempatan diguna sebagai bahasa pengantaraan

aplikasi.

Kerajaan Malaysia juga sekitar tahun 2000 telah melancarkan National Internet Literacy

Campaign (NILC). Dalam program NILC ini, kerajaan telah membina pusat capaian maklumat di

kawasan luar dan pinggir bandar. Program Pusat Internet Desa menyediakan kemudahan komputer dan

Internet untuk kegunaan komuniti tempatan dan kerajaan turut menyediakan kemudahan yang sama di

beberapa Pejabat Pos sekitar Malaysia. Walaupun inisiatif ini telah dilakukan masih ada ramai yang

tidak menyedari tentang kewujudan e-kerajaan dan infrustruktur capaiannya.

Memandangkan ada di antara pengguna menyatakan mereka tidak berminat dan bimbang

menggunakan e-kerajaan, satu program bagi meyakinkan rakyat supaya beralih kepada perkhidmatan

awam dalam talian perlu dilaksana. Pembangun sistem perlu menjadikan aplikasi itu lebih menarik

berbanding kaedah konvensional (melalui khidmat kaunter, telefon atau surat menyurat). Misalnya,

sistem mestilah boleh dicapai 24 jam selama tujuh hari seminggu. Interaksi dengan sistem sepatutnya

boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana sahaja dan boleh dicapai melalui pelbagai jenis

perkakasan atau peranti. Kerajaan juga mungkin boleh mengimplementasi perisian customer

relationship management (CRM) supaya ia mampu menawarkan lebih banyak lagi servis mengikut

keperluan dan kehendak pengguna (customized or personalized services).

Pihak kerajaan memang memandang serius isu pemilikan komputer atau capaian Internet yang

mampu dimiliki oleh orang awam. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia telah melancarkan pelbagai

projek mampu milik komputer. Projek PC Gemilang memberi peluanh kepada rakyat yang ingin

memiliki perkakasan komputer untuk pertama kali. Mereka akan ditawar dengan harga komputer yang

lebih rendah berbanding yang sedia ada di pasaran. Selain itu, pengagihan komputer riba Netbook

1Malaysia bagi keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 dan pelepasan cukai individu ke atas yuran

langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun juga dilihat antara usaha kerajaan untuk memastikan

rakyat mampu memiliki kemudahan ICT ini. Kerajaan juga cuba untuk memastikan kos capaian

Internet adalah berpatutan. Pelbagai projek dan program dianjur kerajaan bagi menjadikan penggunaan

aplikasi e-kerajaan adalah menyeluruh dan berkesan. Namun apakah langkah ini disedari oleh rakyat?

Page 6: Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di · PDF filePersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI ... permintaan e-Pengguna terhadap sistem e-Kerajaan Malaysia. Sekiranya pihak

178 Noraidah Sahari @ Ashaari, Hasmiah Kasimin, Siti Hajar Mohd Idris, Norashikin Zainal Abidin, Emy

Salfarina Alias

RUJUKAN

Ahmad, Z., Mutalib, R. A., Wallang, M., & Othman, F. M. (2008). Kerajaan elektronik: ke arah

penyampaian perkhidmatan awam berkesan. Public Sector ICT Management Review 2(1): 2-

11.

Ahmad, M. (2007). Implementation of electronic government in Malaysia: the status and potential for

better service to the public. Public Sector ICT Management Review 1(1): 2-10.

DeBenedictis, A., Howell, W., & Figueroa, R. (2002) . E-Government defined: an overview of the next

big information technology challenge. International Association for Computer Information

Systems.

Farouk, F.M., & Kalid, K.S. (2005). The awareness of electronic government from the Malaysian

perspectives. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005.

Hashim, K. F., & Yusof Z. M. (2004). Managing corporate memory: The application of information

technology in managing records and information in institution of higher learning in Malaysia.

Proceedings of Knowledge Management International Conference & Exhibition (KMICE),

Universiti Utara Malaysia.

Ishak, M. S., & Hassan, M. A. (2007). Keengganan memiliki komputer dan Internet di rumah: satu

persoalan jurang digital dalam kalangan masyarakat Malaysia. International Conference on

Media and Communication (MENTION 2007).

Kaur, J., & Rashid, N. D. N. (2008). Malaysian electronic government adoption barriers. Public Sector

ICT Management Review 2(1): 38-43.

Marlini. (2008). Penggunaan Internet dalam pencarian maklumat di kalangan pelajar-pelajar Indonesia

di Universiti Malaya. Tesis Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat, Fakulti Sains

Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Shareef, M.A, Kumar, V., Kumar, U., & Dwivedi, Y. K. (2011). e-Government Adoption Model

(GAM): differing service maturity levels. Government Information Quarterly 28: 17-35.

Yong, S. L. J. (2004). Promoting citizen-centered approaches to e-Government programmes - strategies

& perspectives from Asian economies, Second APEC High-Level Symposium on e-

Government.

Zahri, N. A. M. (2009). e‐Government: the Malaysian experience. National ICT Conference 2009.

Page 7: Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di · PDF filePersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI ... permintaan e-Pengguna terhadap sistem e-Kerajaan Malaysia. Sekiranya pihak

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 179

RAJAH 1: Ringkasan Maklumat Capaian dan Penggunaan Sistem e-Kerajaan

JADUAL 1: Peratusan Perkhidmatan e-Kerajaan yang pernah diguna

Purata skor

i. Permohonan ke IPTA 56.1%

ii. Permohonan dan penyemakan jawatan (JPA) 46.2%

iii. Permohonan pembiayaan pendidikan (JPA/PTPTN) 42%

iv. Permohonan ke sekolah 34.6%

v. Pendaftaran peringatan saman 33%

vi. Semakan/pembetulan maklumat daftar pengundi 28.3%

vii. Pendaftaran pembayaran cukai 26%

viii. Pengeluaran dan pembaharuan lesen 21.7%

ix. Pembayaran cukai pendapatan 18%

x. Permohonan gantian myKad 12.7%

xi. Semakan dan pembayaran cukai taksiran 12.4%

xii. Aduan terhadap agensi-agensi awam 10.6%

xiii. Pembaharuan dokumen perjalanan 8.2%

xiv. Semakan penyata pencen 5.5%

xv. Pembaharuan permit kerja pembantu rumah 5.3%

PREMIS CAPAIAN

(i)Rumah (n=609; 68.2%)

(ii)Pejabat (n=387; 43.3%)

(iii)Sekolah/Universiti (n=415; 46.5%)

(iv)Kafe/Siber (n=277; 31.0%)

(v)Restoren/Kafe (n=245; 27.4%)

(vi)WIFI (n=404; 45.2%)

KEMUDAHAN CAPAIAN DIRUMAH

(i)Tiada komputer (n=86; 9.6%) (ii)Mempunyai komputer tanpa capaian internet (n=165; 18.5%)

(iii)Mempunyai komputer dengan capaian internet (n=648; 72.6%)

CAPAIAN INTERNET

(i)Dial up (n=175; 19.6%)

(ii)WIFI (n=239; 26.8%)

(iii)WiMAX (n=74; 8.3%)

(iv)Jalur lebar (n=438; 49.0%)

(v)Lease Line (n=19; 2.1%)

(vi)Lain-lain (n=45; 5.0%)

KEKERAPAN PENGGUNAAN

INTERNET

(i)>10 jam (n=341; 38.2%)

(ii)7-10 jam (n=140; 15.7%)

(iii)5-7 jam (n=180; 20.2%)

(iv)<5 jam (n=232; 26.0%)

PERKHIDMATAN PERBANKAN

(i)Perbankan internet (n=409; 45.8%)

KEMUDAHAN DIPERLUKAN

(i)eKiosk (n=536; 60.0%) (ii)Pusat Jalur Lebar (PJK) (n=451; 50.5%)

(iii)Pusat Internet Desa (n=505; 56.6%)

(iv)Medan Info Desa (n=348; 39.0%)

(v)Perpustakaan (n=421; 47.1%)

(vi)Pusat maklumat Rakyat (n=348; 39.0%)

(vii)Pusat komuniti IT (n=359; 40.2%)

(viv)Kampung WIFI (n=575; 64.4%)

(vv)lain-lain (n=50; 5.6%)

BERMINAT MENGGUNAKAN e-

Kerajaan MASA DEPAN

(n=830; 92.9%)

Page 8: Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di · PDF filePersidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI ... permintaan e-Pengguna terhadap sistem e-Kerajaan Malaysia. Sekiranya pihak

180 Noraidah Sahari @ Ashaari, Hasmiah Kasimin, Siti Hajar Mohd Idris, Norashikin Zainal Abidin, Emy

Salfarina Alias

JADUAL 2: Berminat untuk menggunakan e-Kerajaan

Berminat untuk guna e-

Kerajaan

Tidak Ya

Komputer riba Tidak 10.2% 89.8% 5.267

Ya 5.7% 94.3%

Internet di pejabat Tidak 8.9% 91.1% 7.792

Ya 4.1% 95.9%

Tidak mahir guna komputer Tidak 6.3% 93.7% 18.621

Ya 31.6% 68.4%

Mahir guna komputer Tidak 8.6% 91.4% 5.885

Ya 4.5% 95.5%

Guna perbankan dalam talian Tidak 9.3% 90.7% 10.095

Ya 3.9% 96.1%

JADUAL 3: Faktor e-Kerajaan Kurang Sambutan

Purata Skor

i. Lebih selesa menggunakan perkhidmatan kaunter 4.76

ii. Tidak mahir menggunakan aplikasi e-Kerajaan 4.67

iii. Tiada liputan capaian internet 4.65

iv. Tiada pendedahan mengenai e-Kerajaan 4.62

v. Kos perkhidmatan internet yang tinggi 4.43

vi. Bimbangkan keselamatan maklumat 4.38

vii. Perlu install perisian tambahan 4.34

viii. Tidak mesra pengguna 4.16

ix. Tidak berminat menggunakan e-Kerajaan 4.03

x. Tiada komputer 4.03

xi. Orang kurang upaya 3.67

xii. Tiada kepentingan 3.50

xiii. Terlupa kata laluan 3.48

xiv. Tidak memahami bahasa yang digunakan 3.31