perkhidmatan e-kerajaan - ictu.tmp.sarawak.gov.my · yang disediakan adalah paybills malaysia,...

24
www.sarawak.gov.my E-KERAJAAN Selamat datang ke Versi 1.1 PERKHIDMATAN

Upload: dophuc

Post on 04-Jun-2018

247 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

www.

sara

wak.

gov.

my

E - K E R A J A A N

S e l a m a t d a t a n g k e

Versi 1.1

P E R K H I D M ATA N

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 2

Bayar Bil 4 - 5

Menempah Kemudahan 6 - 7

Mencari Kerja 8 - 9

Muat Turun Borang Kerajaan 10 - 11

Talikhidmat 12-13

Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan 14

Memohon Biasiswa 15

Mendaftar sebagai Kontraktor atau Juruperunding Kerajaan 16-17

Perpustakaan dalam Talian 18-19

Imej Panoramik Sarawak 20

Atlas Digital Interaktif Jalan-jalan Sarawak 21

Maklumat Hidrologi (real time) 22

Pengenalan 3

Kan

dun

ga

n

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

PRAKATA

Konsep Kerajaan Elektronik atau e-Kerajaan adalah satu inisiatif untuk menerajui Sarawak ke Era Informasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan harian. ICT merevolusikan cara bekerja, masa beriadah dan cara perniagaan dikendalikan. Aplikasi ICT juga meningkatkan mutu penyampaian produk dan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat melalui penambahbaikan proses dan pengurusan kerajaan.

E-Kerajaan menggunakan ICT atau perkhidmatan dalam talian (online) untuk meningkatkan capaian/akses dan penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi memberi manfaat kepada masyarakat, rakan perniagaan dan kakitangan kerajaan. Ia juga membantu mengukuhkan usaha-usaha pencapaian matlamat pemerintahan efektif serta telus dengan pengurusan sumber sosio-ekonomi yang lebih mantap demi pembangunan masa depan.

Kerajaan Negeri Sarawak telah berjaya melaksanakan sembilan (9) perkhidmatan dalam talian dan tiga (3) perkhidmatan maklumat melalui penyampaian perkhidmatan yang efektif dan efisien mengatasi jurang masa dan ruang. Perkhidmatan dalam talian yang disediakan adalah Paybills Malaysia, e-Booking, e-Recruitment, e-Form, e-Talikhidmat, e-Request, e-Scholarship, e-Contractor dan e-Library. Tiga perkhidmatan maklumat tersebut adalah Imej Panoramik Sarawak (PIOS), Atlas Digital Interaktif Jalan-Jalan Sarawak (SIDRA) dan Maklumat Hidrologi. Penerangan ringkas tentang kesemua sembilan perkhidmatan dalam talian dan tiga perkhidmatan maklumat telah dimuatkan di dalam buku ini. Untuk keterangan lanjut tentang perkhidmatan dalam talian/aplikasi e-Kerajaan, sila lawati portal Kerajaan Negeri di www.sarawak.gov.my

Mukasurat 3

PENGENALAN

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 4

Bayar Bil ( Paybills Malaysia)

www.sarawak.gov.my

Tidak perlu menunggu atau berbaris, tiada kesesakan jalan atau kekecewaan mendapatkan tempat letak kereta … Sungguh hebat kan? Ya, inilah yang disediakan oleh perkhidmatan Paybills Malaysia. Ia merupakan satu kaedah pembayaran dalam talian yang membenarkan anda membayar bil-bil dengan senang dan mudah semasa berada di pejabat mahupun di rumah, pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam. Tambahan lagi, anda boleh membayar bil-bil melalui pelbagai saluran pembayaran yang disediakan oleh kebanyakan bank di Sarawak.

Paybills Malaysia menggabungkan bil-bil daripada pelbagai pengeluar bil seperti pembekal-pembekal elektrik, air, telekomunikasi, cukai pintu/taksiran, cukai tanah dan sebagainya ke dalam satu laman web, perkhidmatan pembayaran yang mudah dan menyeluruh melalui Internet untuk anda sebagai pelanggan. Perkhidmatan dalam talian ini adalah selamat dimana ia mematuhi Piawaian Sekuriti Industri SSL, enskripsi dan protokol ISO8583. Ini bermakna pembayaran bil-bil anda dalam talian adalah selamat kerana data dan maklumat peribadi adalah terjamin dan dianggap persendirian dan sulit.

Di Paybills Malaysia, anda juga boleh melihat dan/atau mencetak penyata bil-bil anda ataupun menerima notifikasi melalui emel berkenaan status bil-bil anda. Buat masa kini, anda boleh membuat bayaran dalam talian bagi bil-bil yang dikeluarkan oleh 38 agensi melalui mana-mana lapan (8) bank pilihan sebagai saluran pembayaran.

Membayar bil-bil anda memang mudah sekarang, jadi daftarlah diri anda dengan Paybills Malaysia hari ini.

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 5

Saluran pembayaran:CIMB BankMaybank2u.comMobile MoneyRHB BankHong Leong Bank

AmBankPublic Bank - MEPS FPXBank Islam - MEPS FPXKad kredit VISA/ MasterCard melalui Maybank2u.com

Agensi:

DBKU, MBKS, MCC, SMC, BDA Cukai Taksiran/Pintu, Kompaun Letak Kenderaan, dan Sewa kemudahan

MP Padawan dan kesemua Majlis Daerah Cukai Taksiran/Pintu

Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan LAKU Bil air

Pustaka Negeri Sarawak Yuran keahlian

SESCO Bil elektrik dan E-Tender

Sarawak ClubYuran keahlian

Siliconet JASPTambah-Nilai Jaring

Telekom Malaysia Bhd & TM Net Sdn BhdBil telekomunikasi

Yayasan SarawakBayaran balik pinjaman pelajar

Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sewa stadium dan Dewan Suarah

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Menempah Kemudahan (e-Booking)

www.sarawak.gov.my

Mukasurat 6

Majlis Bandaraya Miri Stadium Negeri Sarawak Stadium Perpaduan Sarawak

e-Booking ialah satu sistem tempahan dalam talian untuk kemudahan-kemudahan di bawah jagaan Pihak Berkuasa Tempatan, Taman Negara Sarawak dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi. Kemudahan-kemudahan ini merangkumi auditorium, dewan sukan, balai raya, dewan suarah, padang bola, stadium, taman-taman dan banyak lagi.

Sistem ini menyediakan borang permintaan tempahan dalam talian. Tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan kemudahan yang sediada. Kemudahan-kemudahan ini boleh ditempah untuk pelbagai aktiviti, merangkumi pameran, majlis, latihan, aktiviti sukan dan sebagainya. Pengenalan ringkas termasuk maklumat orang yang boleh dihubungi, gambar dan peta kemudahan tersebut juga dimuatkan untuk makluman pemo-hon.

Selain daripada menempah kemudahan, anda juga boleh menempah tempat penginapan di Taman-taman Negara Sarawak. Segala maklumat yang diberikan adalah dijamin sulit.

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 7

Pihak Berkuasa Tempatan

Majlis Bandaraya Kuching SelatanDewan Bandaraya Kuching UtaraMajlis Bandaraya MiriLembaga Kemajuan BintuluMajlis Perbandaran SibuMajlis Daerah Luar Bandar SibuMajlis Daerah BauMajlis Daerah BetongMajlis Daerah KapitMajlis Daerah LawasMajlis Daerah LimbangMajlis Daerah Lubok AntuMajlis Daerah LunduMajlis Daerah Meradong & JulauMajlis Daerah MarudiMajlis Daerah Matu & DaroMajlis Daerah Mukah & DalatMajlis Daerah SarikeiMajlis Daerah SamarahanMajlis Daerah SeratokMajlis Daerah SerianMajlis Daerah SimunjanMajlis Daerah Sri AmanMajlis Daerah Subis

Kementerian Pembangunan Sosial & Urbanisasi

Dewan Suarah BaramDewan Suarah BauDewan Suarah BintuluDewan Suarah KapitDewan Suarah Kota SamarahanDewan Suarah KuchingDewan Suarah LimbangDewan Suarah Mesra MukahDewan Suarah MiriDewan Suarah SarikeiDewan Suarah SibuDewan Suarah Sri AmanPadang BolaStadium Hoki NegeriStadium NegeriStadium Perpaduan / TertutupStadium-stadium Terbuka

Majlis Daerah Limbang Dewan Suarah Baram

Untuk keterangan lanjut tentang taman-taman negara, anda boleh melayari laman web:

www.sarawakforestry.com

Taman-tamanNegara Sarawak

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 8

Mencari Kerja (e- Recruitment)

www.sarawak.gov.my

Dulu, untuk mencari kerja dalam Perkhidmatan Kerajaan Sarawak melibatkan pencarian melalui jawatan-jawatan kosong diiklankan dalam surat khabar ataupun membaca notis yang dipaparkan di pejabat-pejabat kerajaan. Kini, anda tidak perlu lagi berbuat demikian dengan adanya

kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

e-Recruitment merupakan sistem dalam talian yang bukan sahaja membolehkan anda memohon jawatan kosong dalam Perkhidmatan Kerajaan Sarawak, malah menyiarkan dan mengemaskinikan biodata anda dalam talian supaya kelayakan anda dapat dipadankan dengan jawatan kosong yang tertentu. Anda mungkin akan disenarai-pendekkan untuk temuramah dengan serta-merta.

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 9

e-Recruitment adalah mudah dan berkesan digunakan serta ia mengautomasikan keseluruhan proses pengambilan dalam bentuk penyim-panan maklumat pemohon, menyiar-kan jawatan kosong, mempercepatkan prosedur senarai pendek, pengumu-man dan penilaian temuramah. Ia bertujuan untuk mengurangkan kos dan mempercepatkan proses pen-gambilan.

Pengguna berdaftar boleh menyatakan jawatan yang dipohon mengikut keutamaan, dan menya-takan sama ada ingin menerima pemberitahuan melalui emel apabila terdapat jawatan dipohon sepadan dengan jawatan dalam sistem pan-gkalan data. Pengguna juga boleh memeriksa status permohonan se-cara dalam talian. Sekiranya terdapat perubahan terhadap status permo-honan, emel atau SMS akan memberi-tahu pemohon tentang maklumat

baru seperti waktu, tarikh dan tempat temuramah. Inilah yang menjadikan e-Recruitment salah satu aplikasi per-mohonan pekerjaan dan sistem pen-gurusan pemilihan yang berkualiti.

Sehingga 20 Februari 2008, kira-kira 95,516 pemohon telah ber-daftar dengan e-Recruitment. Sejak dilaksanakan, perkhidmatan dalam talian ini telah mengiklan dan mem-proses 388 jawatan kosong yang disiarkan secara dalam talian oleh enam belas (16) agensi-agensi Kera-jaan Sarawak.

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 10

Muat Turun Borang Kerajaan (e-Borang)

www.sarawak.gov.my

e-Form ialah pusat penyimpanan borang-borang elektronik dalam talian daripada pelbagai agensi Kerajaan Sarawak. Borang-borang ini boleh dimuat-turun dan sering digunakan oleh orang awam dan organisasi semasa berurusan dengan kerajaan negeri. Borang-borang ini disusun mengikut Kementerian, Jabatan, Pejabat Residen & Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

Bagaimanakah mendapatkan e-Form?

• Klik untuk memaparkan e-Form yang disediakan oleh organisasi

• Muat-turun dan cetakkan e-Form yang dikehendaki

• Isikan maklumat yang diperlukan

• Hantar atau faks borang tersebut ke alamat yang tertera dalam borang.

Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam

Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Pelancongan

Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber

Kementerian Perumahan

Jabatan Agama Islam

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jabatan Kerja Raya

Unit Pentadbiran, Pejabat Ketua Menteri Sarawak

Unit Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Ketua Menteri Sarawak

Jabatan Perbendaharaan

Jabatan Pertanian

Agensi Negeri yang menyediakan khidmat e-Form adalah:

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Page 11

Pejabat Residen KuchingPejabat Residen BintuluPejabat Residen KapitPejabat Residen LimbangPejabat Daerah SibuPejabat Daerah MeradongPejabat Daerah SarikeiPejabat Daerah PakanPejabat Daerah KapitMajlis Bandaraya Kuching SelatanDewan Bandaraya Kuching UtaraMajlis Bandaraya MiriMajlis Perbandaran PadawanLembaga Kemajuan BintuluMajlis Daerah BauMajlis Daerah LunduMajlis Daerah Sri AmanMajlis Daerah Lubok AntuMajlis Daerah SaratokMajlis Daerah SubisMajlis Daerah LawasMajlis Daerah MarudiMajlis Daerah KapitYayasan SarawakPerbadanan Stadium NegeriPerbadanan Pembangunan PerumahanLembaga Sumber Asli dan PersekitaranLembaga Pelabuhan RajangLembaga Air SibuLembaga Pelabuhan Miri

Mukasurat 11

Agensi Kerajaan yang menyediakan e-borang adalah:

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 12

TALIKHIDMAT (e-Talikhidmat)

www.sarawak.gov.my

TALIKHIDMAT berfungsi sebagai pusat setempat penyaluran komunikasi untuk orang awam berhubung dengan agensi kerajaan atau bukan kerajaan (NGO) berkenaan pelbagai perkhidmatan awam di negeri Sarawak. Bayangkan senario pada suatu petang, anda teserempak dengan paip air bocor, sebagai seorang yang prihatin, anda ingin melaporkan kejadian tersebut. Siapakah yang harus dihubungi?Jawapannya ialah TALIKHIDMAT di TALIAN 555999.

Sekiranya anda ingin mengutarakan satu pertanyaan, melaporkan satu kema-langan, membuat aduan, memberi mak-lum balas kepada agensi kerajaan, NGO atau Kerajaan Negeri Sarawak, apa yang anda perlu lakukan ialah memanggil tal-ian Hotline Talikhidmat: 555999 pada bila-bila masa. Anda akan ditujukan ke pusat panggilan yang akan menggendalikan pertanyaan, laporan, aduan atau maklum balas anda. Selain mendial 555999, Talikhimatjuga boleh dihubungi melalui pelbagai salu-ran iaitu telefon (talian tetap), telefon bimbit,

faks, emel dan dalam talian melalui Internet.

Sebagai saluran pusat setempat untuk menghubungi Kerajaan Negeri, Talikhidmat berada pada posisi yang strategik sebagai pelantar untuk menyatukan jurang komunikasi di antara orang awam dengan agensi-agensi dalam Kerajaan Sarawak. Talikhidmat menjamin kes-kes akan disampaikan dengan cepat dan berkesan kepada agensi kerajaan tertentu bagi tindakan susulan yang lebih cepat terhadap permintaan dan aduan orang ramai.

Dengan adanya perkhidmatan Talikhidmat 24 jam x 7 hari melalui pelbagai saluran seperti telefon dan dalam talian sepanjang masa, orang awam dapat membuat laporan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Perkhidmatan dalam talian juga mengabungkan fungsi tambahan di mana gambar kejadian boleh dikepilkan bersama. Status kes dalam pertimbangan dan yang telah selesai juga dapat diperolehi dari sistem tersebut.

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Saluran-saluran Talikhidmat: (seluruh negeri)

1. Telefon (talian tetap) 555 9992. Telefon bimbit 082 555 9993. Faks 082 555 8884. Emel 555 999 @ sarawaknet.gov.my5. Dalam talian www.sarawak.gov.my

Manfaat Sistem Pengurusan Berpusat Talikhidmat Perkhidmatan menyeluruh melalui SATU pusat

• Laporan anda direkodkan ke dalam sistem

• Laporan anda disalurkan untuk tindakan lanjut • Status laporan anda diteliti • Setiap laporan mempunyai nombor rujukan kes

Mukasurat 13

Jenis permohonan kepada Talikhidmat:Penundaan tidak munasabah

Tindakan atau keputusan yang tidak adil

Kekurangan kemudahan awam

Penyalahgunaan kuasa (Rasuah)

Salah laku dan ketidakberkesanan Perkerja Awam

Gagal melaksanakan undang-undang

Aduan dan cadangan

Permintaan maklumat

Talian untuk perkhidmatan

Tidak puas hati dengan perkhidmatan

Malapetaka (banjir, tanah runtuh, jerebu, etc)

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (e- Request)

e-Request ialah sistem permintaan dalam talian yang berhubung terus dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Sarawak. Ia adalah tempat untuk anda mengemukakan permintaan atau kes kepada penguatkuasa tempatan untuk diselesaikan. Setiap kes akan dicatatkan, disusuli dan diselesaikan oleh PBT. Anda juga boleh memeriksa status kes di mana jua pada bila-bila masa.

www.sarawak.gov.my

Untuk menghantar permintaan baru, klik BORANG PERMINTAAN

Mukasurat 14

Untuk memeriksa status permintaan, klik CARI PERMINTAAN

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Memohon Biasiswa (e-Scholarship)

www.sarawak.gov.my

Mendapat pendidikan yang bagus adalah penting pada masakini. Pendidikan adalah titik permulaan dalam menimba pengetahuan dan kemahiran supaya dapat bersaing dengan dunia perniagaan di samping memahami asas kehidupan harian.

Oleh itu, biasiswa pendidikan memainkan peranan yang penting dalam member i peluang k epada pela jar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka. Organisasi-organisasi besar seperti Petronas dan badan-badan kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPA) ada menyediakan biasiswa untuk tujuan ini.

Sekarang, para pelajar boleh mencari dan memohon biasiswa daripada SPA secara terus dalam talian melalui e-Scholarship. Ini meringankan beban untuk mendapatk an borang, mengis i dan menghantarkan borang. Kerajaan Negeri kini berusaha untuk mendapatkan lebih banyak agensi/organisasi untuk turut-serta dalam menggunakan e- Scholarship

Mukasurat 15

UNIMAS

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 16

Mendaftar Sebagai Kontraktor Atau Juruperunding Kerajaan (e-Contractor)

www.sarawak.gov.my

Menara Pelita

Sistem Pendaftaran Kon-traktor dan Juruperunding Negeri menyediakan tiga modul untuk pen-daftaran kontraktor dan juruperun-ding secara dalam talian dengan Ker-ajaan Negeri Sarawak. Tiga modul ini terdiri daripada Modul Pengurusan Pendaftaran, Modul Permohonan Lesen (UPK) Dalam Talian, dan Sistem Maklumat Kontraktor dan Pembekal.

Pengurusan Pendaftaran menyediakan penyerahan borang secara manual, pemprosesan dan pengesahan permohonan, memproses permohonan yang lulus, mengeluar-

Sistem Pendaftaran Kontraktor dan

Juruperunding Negeri (SPKJN) atau (SCCRS)

Wisma Bapa Malaysia

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Dewan Bandaraya Kuching Utara

Majlis Bandaraya Kuching Selatan

Bangunan MASJA

Wisma Sumber Alam

Baraj Sg. Sarawak

Mukasurat 17

kan lesen, pendaftaran juruperunding, sistem amaran untuk tarikh tamat tempoh, penghasilan surat peringatan, laporan-laporan, statis-tik dan sebagainya.

Permohonan UPK Dalam Talian menyediakan perkhidmatan secara dalam talian untuk proses pendaftaran, penyerahan borang permohonan dan penyemakan s t a t u s p e r m o h o n a n . S i s t e m M a k l u m a t K o n t r a k t o r d a n Pembekal membolehkan butir-butir kontraktor dan pembekal diteliti dalam talian, seperti nama, kelas, bahagian/daerah, katergori dan sebagainya.

Sistem ini merupakan satu e n j i n u n t u k m e m p r o s e s d a n memantau pendaftaran kontraktor d a n j u r u p e r u n d i n g . I a j u g a m e m b e r i k a n m a k l u m a t y a n g d i p e r l u k a n u n t u k k e l u l u s a n permohonan, pemberhentian lesen, syarat-syarat lesen, pembaharuan, proses tender dan sebagainya.

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Perpustakaan Dalam Talian(e-Library)

www.sarawak.gov.my

Perpustakaan sering dikaitkan dengan imej buku, majalah, malahan peta, pita dan kaset. Perpustakaan sudah wujud untuk berkurun lamanya dan masih memainkan peranan yang penting sebagai pusat sumber maklumat dan penyelidikan sehingga ke hari ini. Akan tetapi, perpustakaan telah berkembang daripada hanya berfungsi sebagai pusat maklumat sahaja, kini

Mukasurat 18

menjadi pusat penyebaran komunikasi dan pembelajaran sealiran dengan kemajuan teknologi digital dan Internet di Zaman Informasi.

Zaman Informasi melalui internet memberi ruangan yang luas untuk mengecapi pengetahuan, bukan sekadar mengumpul maklumat malah menyebarkan maklumat. Internet telah membolehkan perpustakaan menjadi digital, dan bertukar arah daripada sekadar sebuah bangunan biasa menjadi satu entiti berunsurkan web tanpa sempadan. Manfaat e-PustakaTiada dinding buku, tiada had waktu Tidak perlu lagi bergegas ke perpustakaan sebelum waktu penutupan untuk membaca, membuat kajian, meminjam atau memulangkan buku. Anda boleh sambung secara terus dalam talian dan buat kajian dengan sewenangnya pada bila-bila masa di mana jua.

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 19

16 Perpustakaan Dalam Talian

- Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu- Perpustakaan DBKU- Pusat Maklumat JKR- Perpustakaan Awam Kanowit- Perpustakaan KASKA- Perpustakaan Kolej Bersatu Sarawak- Perpustakaan Awam Kota Sentosa- Perpustakaan Awam Majlis Bandaraya Miri- Perpustakaan Awam Mukah- Perpustakaan Awam Majlis Daerah Sri Aman- Pustaka Miri- Pustaka Negeri Sarawak- Perpustakaan Awam Sarikei- Perpustakaan Awam Jabatan Daerah Sibu- Perpustakaan Swinburne U.T. (S.C.)- Institut Eksekutif UCS

Perkhidmatan E-Perpustakaan yang disediakan oleh Pustaka Negeri Sarawak

Perpustakaan Negeri Sarawak (PUSTAKA) memulakan perkhidmatan e-Library melalui pangkalan data dalam talian dalam pelbagai bidang seperti e-buku, e-jurnal dan sumber maklumat lain, yang menyediakan lebih daripada 100,000 koleksi bahan-bahan daripada pangkalan data pengetahuan umum sehingga suratkhabar, buku rujukan, majalah dan terbitan perdagangan. Sebagai pengguna berdaftar PUSTAKA, anda boleh mencari bahan-bahan dari topik yang luas – isu semasa, budaya menarik, perniagaan dan aliran industri, seni dan sains, kesihatan, piawaian kejuruteraan, sukan, hobi dan sebagainya – secara terus dalam talian bila-bila masa, di mana jua.

Pertukaran pengetahuan dan perkongsian sumber

Satu jaringan perpustakaan berpusat memberikan anda jentera pencarian menyeluruh ke dalam koleksi beberapa perpustakaan. Dengan cara ini, perpustakaan utama di bandar dapat berkongsi sumber secara dalam talian dengan perpustakaan kecil di bandar kecil atau tempat lain. Sekiranya anda berada di perpustakaan yang lebih kecil, anda boleh membuat pencarian dan memilih buku daripada koleksi perpustakaan utama. Pinjaman antara perpustakaan akan diuruskan setelah anda membuat permohonan.

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Mukasurat 20

www.sarawak.gov.my

Imej Panoramik Sarawak (PIOS) Imej Panoramik Sarawak (PIOS) merupakan pusat simpanan dalam

talian untuk imej-imej panoramik atau gambar-gambar bandar, tempat-tempat

menarik, pemandangan dan lanskap di seluruh Sarawak. Pengguna harus

mendaftar untuk melayari PIOS. Imej-imej ini dikategorikan mengikut mercu

tanda tempat keagamaan, pembangunan pertanian & akuakultur, bandar,

industri utama, pelancongan, mercu tanda tempat bersejarah, kemudahan

awam dan pemandangan indah. Pengguna juga boleh mencari imej berdasarkan

kawasan pentadbiran bahagian; Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei,

Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang. Setiap imej mempunyai penerangan

ringkas untuk maklumat dan pengetahuan tambahan.

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

www.sarawak.gov.my

Atlas Digital Interaktif Jalan-jalan Sarawak atau SIDRA merupakan

atlas jalan dalam talian yang memberikan anda peta interaktif untuk bandar-

bandar utama di Sarawak seperti Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan Mukah.

Pengguna harus mendaftarkan diri dengan SIDRA sebelum mereka boleh

menggunakan atlas jalan atau peta digital. Mengenali Sarawak dan mencari

arah anda ke bandar-bandar utama menjadi lebih mudah dengan SIDRA.

Atlas Digital Interaktif Jalan-jalan Sarawak (SIDRA)

Mukasurat 21

KuchingSibu

Miri

Mukah

Bintulu

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

www.sarawak.gov.my

Maklumat Hidrologi

Page 22

Maklumat Hidrologi Masa Sebenar merupakan perkhidmatan maklumat dalam talian yang memberikan data dan angka persekitaran hidrologi Sarawak, contohnya paras hujan dan air. Terdapat senarai kesemua stesen di seluruh Sarawak dari Sungai Sarawak ke Sadong, Hulu Rajang, Kuala Rajang dan Ulu Baram. Pusat dalam talian ini juga memberikan maklumat tentang paras hujan dan air terkini, berdasarkan laporan setiap jam dan setiap hari. Selain data ini, pengguna juga boleh meneliti Lembangan Sungai-sungai Sarawak, Peta Isohyet, Taburan Hujan dan Peta Banjir (kawasan Kuching).

(real time)

bergerak dengan masa. . . Dapatkan IT. Cuba IT. Guna IT.

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24-7

Hubungi Kami

Maklumat adalah betul pada waktu percetakan

www.sarawak.gov.my

Unit Teknologi Maklumat dan KomunikasiTingkat 4, Wisma Bapa Malaysia93502 Petra JayaKuching, Sarawak

Telefon: 082 – 441 957 / 492 747Faks: 082 – 449 002E-mel: [email protected] web: www.ictu.sarawak.gov.my

..bergerak den

g an m

a s a . . . . b e r g e r a k d e n g an masa ...

Perkhidmatan E-Kerajaan di hujung jari anda 24 -7Jam Hari

dapatk

an

IT . cu b a IT . g

una IT .