kempen membaca buku teks

12
Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, 01000 Kangar, Perlis. Kertas Kerja Kempen Membaca Buku Teks Tarikh: 1-5 Oktober 2012 Unit Skim Pinjaman Buku Teks dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Behor Empiang

Upload: asniem-ca

Post on 24-May-2015

1.282 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kempen Membaca Buku Teks

Sekolah Kebangsaan Behor Empiang,

01000 Kangar, Perlis.

Kertas Kerja

Kempen Membaca Buku Teks

Tarikh: 1-5 Oktober 2012

Unit Skim Pinjaman Buku Teks

dengan kerjasama

Unit Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah Kebangsaan Behor Empiang

Page 2: Kempen Membaca Buku Teks

Sekolah Kebangsaan Behor Empiang,

01000 Kangar, Perlis.

1. Pendahuluan

Kempen Membaca Buku Teks adalah program tahunan Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang julung kalinya dijayakan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun ini, kempen ini akan dijayakan selama seminggu berlangsung dari 1 Oktober hingga 5 Oktober 2012.

Unit SPBT mengambil inisiatif ini bagi menggalakkan pembacaan buku teks sebagai sumber rujukan utama dalam pembelajaran. Di harap pada akhir kempen ini, ramai murid yang akan lebih bermotivasi untuk membaca buku teks serta tahu menggunakannya dalam membantu pembelajaran seharian.

2. Objektif

Objektif Kempen Membaca Buku Teks adalah seperti berikut:i) Memberi kesedaran tentang kepentingan buku teksii) Menggalakkan penggunaan buku teks.iii) Mengetahui dan memahami tentang penggunaan buku teks dalam

pembelajaran.

3. Kumpulan Sasaran

Kempen ini mensasarkan semua murid tahun satu hingga tahun enam Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.

4. Tarikh dan Tempat Program

Kempen ini dicadangkan selama seminggu mulai 1 Oktober 2012 hingga 5 Oktober 2012. Tempat yang dicadangkan ialah Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.

Page 3: Kempen Membaca Buku Teks

5. Aturcara

Bil. Acara Tarikh Masa1. Perasmian Kempen Membaca Buku

Teks oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis.

1 Oktober 2012 Perhimpunan mingguan.

2. 5 minit bersama buku teks. 2 Oktober – 5 Oktober 2012

Setiap hari pada perhimpunan pagi

3. Pertandingan Siapa Cepat (Tahun 1 dan 2)

1 Oktober 2012 Waktu rehat

4. Pameran “Aku, Engkau dan Dia” Sepanjang minggu

Waktu rehat

5. Pertandingan Pembaca Bahasa Melayu

(Tahun 3 dan 4)

2 dan 3 Oktober 2012

Waktu Rehat

6. “Smile! You’re on candid camera.” Sepanjang minggu

Waktu Rehat

7. Pertandingan Pembaca Bahasa Inggeris

(Tahun 5 dan 6)

4 dan 5 Oktober 2012

Waktu Rehat

7. Pertandingan Mencipta Penanda Buku Kreatif

(Tahap 2)

Sepanjang minggu

8. Majlis penutup Kempen Membaca Buku Teks oleh Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis.

5 Oktober 2012 11.30 pagi

Page 4: Kempen Membaca Buku Teks

6. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan

No. Item RM RM

PENDAPATAN

1. Unit Bimbingan dan Kaunseling

174.00

JUMLAH 174.00

PERBELANJAAN

1. Lollipop (token untuk ”candid camera, siapa

cepat dan 5 minit bersama buku teks)

20.00

2. Alatan pameran 20.00

3. Pertandingan Mencipta Penanda Buku Kreatif

(Tahap 2)

3 x 3.00

3 x 4.00

3 x 5.00

36.00

4. Pertandingan Pembaca Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris

4 x 3.00

4 x 4.00

4 x 5.00

48.00

5. Sepanduk 50.00

JUMLAH 174.00

Page 5: Kempen Membaca Buku Teks

7. Penutup

Kempen Membaca Buku Teks ini diharap dapat mencapai objektif serta matlamatnya. Selain itu, di harap murid-murid dapat menimba pengalaman serta ilmu daripada kempen ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...........................................................

(ASMAH HANIM CHE ANI)

Setiausaha SPBT,Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.

Page 6: Kempen Membaca Buku Teks

Lampiran

1. Cadangan isi kandungan 5 minit bersama buku teksi) Buku teks boleh dijadikan bahan rujukan belajar (Am).ii) Tajuk pembelajaran boleh ditanda dengan menggunakan penanda buku. iii) Terdapat aktiviti yang menarik dalam buku teks.iv) Buku teks sebagai penglipurlara.

2. Atur kerja aktiviti

Bil. Acara Tarikh Masa Tindakan1. Perasmian Kempen

Membaca Buku Teks oleh Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, Perlis

1 Oktober 2012

Perhimpunan mingguan.

PK HEMSetiausaha SPBT

Guru Bertugas Mingguan

2. 5 minit bersama buku teks.

2 Oktober – 5

Oktober 2012

Setiap hari pada perhimpunan pagi

Ahli Kelab SPBT

3. Pertandingan Siapa Cepat (Tahun 1 dan 2)

1 Oktober 2012

Waktu rehat Kelab SPBTGuru Penasihat

Kelab SPBT4. Pameran “Aku, Engkau

dan Dia”Sepanjang

mingguWaktu rehat Ahli Kelab SPBT

5. Pertandingan Pembaca Bahasa Melayu

(Tahun 3 dan 4)

2 dan 3 Oktober

2012

Waktu rehat Ahli Kelab SPBT

6. “Smile! You’re on candid camera.”

Sepanjang minggu

Waktu rehat Setiausaha SPBT

7. Pertandingan Pembaca Bahasa Inggeris(Tahun 5 dan 6)

4 Oktober 2012

Waktu Rehat

8. Pertandingan Mencipta Penanda

Buku Kreatif(Tahap 2)

Sepanjang minggu Setiausaha SPBT

9. Majlis penutup Kempen Membaca

Buku Teks oleh Guru Besar, Sekolah

Kebangsaan Behor

5 Oktober 2012

11.30 pagi Guru BesarPK HEM

Setiausaha SPBTGuru Bertugas

Mingguan

Page 7: Kempen Membaca Buku Teks

Empiang.

3. Syarat-syarat pertandingan “Siapa Cepat”(tahun 1 dan 2).

i) Pertandingan adalah untuk mencari mukasurat pada buku teks dengan cepat.

ii) Peserta pertandingan terdiri daripada tahun satu dan dua.iii) Peserta boleh membawa satu buku teks tanpa mengira matapelajaran.iv) Pengacara akan mengumumkan mukasurat yang perlu dibuka samada

dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ataupun dalam Bahasa Arab. v) Peserta yang cepat membuka mukasurat hendaklah mengangkat tangan

dan menunjukkan pada pengadil. vi) Setiap satu mukasurat dikira sebagai satu pusingan, pemenang pusingan

tidak dibenarkan bertanding semula. vii) Bilangan pusingan adalah tidak terhad walaubagaimanapun masa

pertandingan adalah 10 minit pada waktu rehat sahaja.viii) Keputusan pengadil adalah muktamad.

4. Syarat-syarat pertandingan “Pembaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris”.

i) Kategori Bahasa Melayu terbuka kepada murid tahun 3 dan 4 dan Kategori Bahasa Inggeris terbuka kepada murid tahun 5 dan 6.

ii) Peserta akan membaca teks yang telah disediakan semasa pertandingan.iii) Peserta akan dinilai berdasarkan intonasi, sebutan huruf dan gaya. iv) Panel penilai adalah seramai 2 orang dan keputusan adalah muktamad.

5. Syarat-syarat pertandingan “Mencipta Penanda Buku Kreatif”.

i) Penyertaan adalah secara individu dan terbuka kepada murid-murid tahap dua.

ii) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 4 Oktober 2012.iii) Bentuk dan hiasan pada penanda buku adalah bebas.iv) Maklumat yang perlu ada pada penanda buku ialah nama, kelas, nama dan

tarikh kempen. v) Peserta akan dinilai berdasarkan kekemasan, kreativiti dan kesesuaian

penggunaan. 6.

Page 8: Kempen Membaca Buku Teks