kementerian kesihatan malaysia kenyataan...

3
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA Isu Kemalangan Jalan Raya di Kalangan Anggota Kesihatan Kemalangan jalan raya merupakan salah satu masalah kesihatan awam yang semakin mendapat perhatian sejagat. Antara faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya adalah pemandu yang memandu dalam keadaan penat dan mengantuk. Kepenatan akibat tidur yang tidak mencukupi atau sleep deprivation adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah faktor sosial, faktor persekitaran, faktor pekerjaan serta faktor kesihatan. Memandu kenderaan dalam keadaan yang penat dapat meningkatkan risiko kemalangan jalan raya. Kepenatan yang ketara boleh membuatkan kita leka atau kurang sedar apa yang berlaku di jalan raya. Ia juga mengurangkan keupayaan kita untuk bertindakbalas dengan cepat dan selamat sekiranya menghadapi situasi yang berbahaya di jalan raya. Akhir ini, isu kemalangan jalan raya di kalangan Doktor Perubatan telah mendapat perhatian ramai, terutama bagi kemalangan ulang alik (commuting accident). Berdasarkan data jumlah kemalangan ulang-alik (commuting accident) di kalangan kakitangan hospital KKM pada tahun 2014 sehingga 2016, didapati terdapat sebanyak 554 kes kemalangan jalan raya yang telah melibatkan anggota kesihatan dari pelbagai kategori yang bertugas di hospital KKM, seperti berikut (Jadual 1):

Upload: habao

Post on 11-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN …hsi.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/06/Kenyataan-Akhbar-Ketua... · Kemalangan jalan raya merupakan salah satu masalah kesihatan awam

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Isu Kemalangan Jalan Raya di Kalangan Anggota Kesihatan

Kemalangan jalan raya merupakan salah satu masalah kesihatan awam

yang semakin mendapat perhatian sejagat. Antara faktor penyumbang

kepada kemalangan jalan raya adalah pemandu yang memandu dalam

keadaan penat dan mengantuk. Kepenatan akibat tidur yang tidak

mencukupi atau sleep deprivation adalah disebabkan oleh pelbagai

faktor termasuklah faktor sosial, faktor persekitaran, faktor pekerjaan

serta faktor kesihatan. Memandu kenderaan dalam keadaan yang penat

dapat meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.

Kepenatan yang ketara boleh membuatkan kita leka atau kurang sedar

apa yang berlaku di jalan raya. Ia juga mengurangkan keupayaan kita

untuk bertindakbalas dengan cepat dan selamat sekiranya menghadapi

situasi yang berbahaya di jalan raya.

Akhir ini, isu kemalangan jalan raya di kalangan Doktor Perubatan telah

mendapat perhatian ramai, terutama bagi kemalangan ulang alik

(commuting accident). Berdasarkan data jumlah kemalangan ulang-alik

(commuting accident) di kalangan kakitangan hospital KKM pada tahun

2014 sehingga 2016, didapati terdapat sebanyak 554 kes kemalangan

jalan raya yang telah melibatkan anggota kesihatan dari pelbagai

kategori yang bertugas di hospital KKM, seperti berikut (Jadual 1):

Page 2: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN …hsi.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/06/Kenyataan-Akhbar-Ketua... · Kemalangan jalan raya merupakan salah satu masalah kesihatan awam

Bagi jangka masa 3 tahun tersebut, 69 kes adalah kemalangan semasa

pulang dari tempat kerja selepas bekerja di luar waktu pejabat, di mana

pecahan kes adalah seperti berikut:

KKM prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan dan keselamatan

anggota KKM. KKM juga berterima kasih dan mengambil maklum

saranan pelbagai pihak yang turut prihatin akan keselamatan dan

kebajikan anggota kesihatan KKM yang telah selama ini berbakti

memberikan perkhidmatan kesihatan kepada Rakyat. Justeru KKM akan

terus mengambil langkah-langkah proaktif bagi menambahbaik

kebajikan dan keselamatan anggota KKM dari semasa ke semasa.

Page 3: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN …hsi.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/06/Kenyataan-Akhbar-Ketua... · Kemalangan jalan raya merupakan salah satu masalah kesihatan awam

Memandangkan hospital-hospital KKM sememangnya menawarkan

perkhidmatan kesihatan berterusan selama 24 jam, adalah menjadi

lumrah tugasan anggota kesihatan yang bertugas di hospital untuk

bekerja di luar waktu bekerja biasa. Terdapat pelbagai kemudahan yang

disediakan untuk kakitangan dan terdapat peruntukan sediada

berdasarkan pekeliling yang telah dikeluarkan untuk memberi

kelonggaran tertentu kepada anggota kesihatan berdasarkan budi

bicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada keperluan perkhidmatan di

hospital.

Sebagai langkah pencegahan, KKM akan berganding bahu dengan

agensi-agensi berkaitan, contohnya seperti MIROS, Polis Diraja

Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(JKKP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan

Raya (JKJR) dan Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan, selaras dengan

Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Semua anggota KKM disarankan mengambil berat tentang keselamatan

diri mereka dan mengamalkan budaya pemanduan yang selamat,

terutamanya selepas tugasan diselesaikan. Jika kelesuan atau

mengantuk, mereka disarankan untuk mengambil masa untuk berehat

atau tidur sebentar sebelum memandu. Ini bagi memastikan mereka

dapat memandu dengan selamat semasa dalam perjalanan pulang ke

pangkuan keluarga tersayang.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Mei 2017