kemasan

5
Kemasan merupakan kerja terakhir yang dilakukan untuk mencantikkan dan memberi kekemasan untuk sesuatu kerja. Terdapat beberapa jenis kemasan yang boleh dilakukan bergantung kepada kekemasan yang diperlukan dan bahan yang digunakan. Antara jenis kemasan yang sering dilakukan adalah : Tepung Penyumbat Kertas Las (Kertas Pasir) Cat Syelek Varnis Lilin Lekar Tona Kayu TEPUNG PENYUMBAT Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat ira kayu dan liang kayu tidak rata. Sesetengah permukaan kayu juga mungkin mengalami kecacatan seperti lubang paku atau lubang kecil yang berlaku semasa menghasilkan kerja dan perlu dikemaskan menggunakan tepung penyumbat. Tepung penyumbat boleh didapati dalam 2 bentuk: 1. Tepung serbuk putih yang perlu dibancuh dengan air sebelum pewarna digunakan untuk memberi warna pada tepung penyumbat. 2. Tepung pewarna yang perlu dibancuh dengan air. Pengikis dan kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat yang siap dibancuh pada permukaan kerja. Bersihkan dan licinkan permukaan kerja dengan kertas las apabila tepung penyumbat telah kering sepenuhnya. Pemilihan warna tepung penyumbat yang sesuai adalah warna yang hampir sama dengan warna permukaan kerja. a) Pengikis digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan kerja. b) Kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan kerja.

Upload: izny-atikah

Post on 13-Aug-2015

341 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kemasan kayu

TRANSCRIPT

Page 1: KemaSan

Kemasan merupakan kerja terakhir yang dilakukan untuk mencantikkan dan memberi kekemasan

untuk sesuatu kerja. Terdapat beberapa jenis kemasan yang boleh dilakukan bergantung kepada

kekemasan yang diperlukan dan bahan yang digunakan. Antara jenis kemasan yang sering dilakukan

adalah :

Tepung Penyumbat

Kertas Las (Kertas Pasir)

Cat

Syelek

Varnis

Lilin

Lekar

Tona Kayu

TEPUNG PENYUMBAT

Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat ira kayu dan liang kayu tidak rata.

Sesetengah permukaan kayu juga mungkin mengalami kecacatan seperti lubang paku atau

lubang kecil yang berlaku semasa menghasilkan kerja dan perlu dikemaskan menggunakan

tepung penyumbat.

Tepung penyumbat boleh didapati dalam 2 bentuk:

1. Tepung serbuk putih yang perlu dibancuh dengan air sebelum pewarna digunakan untuk

memberi warna pada tepung penyumbat.

2. Tepung pewarna yang perlu dibancuh dengan air.

Pengikis dan kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat yang siap dibancuh pada

permukaan kerja.

Bersihkan dan licinkan permukaan kerja dengan kertas las apabila tepung penyumbat telah

kering sepenuhnya.

Pemilihan warna tepung penyumbat yang sesuai adalah warna yang hampir sama dengan warna

permukaan kerja.

a) Pengikis digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan kerja.

b) Kain digunakan untuk menyapu tepung penyumbat pada permukaan kerja.

Page 2: KemaSan

KERTAS PASIR

Kertas pasir juga dikenali sebagai kertas las atau kertas kaca.

Kertas pasir digunakan untuk:

Merata dan melicinkan permukaan kerja sebelum melakukan kemasan.

Membersihkan calar, garisan tanda dan tanda yang terdapat pada permukaan kerja.

Kertas pasir dikategorikan mengikut gred iaitu:

00 - Paling halus 0 - Halus 1 - Sederhana 2 - Kasar 3 - Paling kasar

Penggunaan kertas pasir yang paling kasar (3) digunakan terlebih dahulu untuk meratakan

permukaan kerja yang kasar seterusnya menggunakan kertas pasir (00) untuk melicinkan

permukaan kerja.

Langkah-Langkah kemasan menggunakan kertas pasir:

1. Balutkan kertas pasir pada satu bongkah kayu lembut atau objek yang boleh dipegang

semasa menggosok.

2. Mulakan dengan menggosok kertas pasir yang paling kasar secara bersudut sedikit

dengan urat kayu.

3. Kemudian gosok permukaan kerja menggunakan kertas pasir yang paling halus secara

selari dengan urat kayu untuk melicinkan permukaan kerja.

Page 3: KemaSan

SYELEK

Syelek adalah kemasan yang sering digunakan untuk menimbulkan kecantikan urat kayu dan

menyerlahkan lagi urat kayu.

Syelek juga menjadikan permukaan kayu lebih licin, senang dibersihkan dan membuat kayu

tahan lebih lama selepas disapu.

Lazimnya syelek disapukan pada permukaan kayu menggunakan berus dan terdapat juga teknik

menyembur syelek untuk memberi kekemasan pada permukaan kayu.

Syelek haruslah dilarutkan terlebih dahulu dengan spirit metil (alcohol) sebelum disapu pada

permukaan kerja.

Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan didalam bekas kaca untuk mengelakkan warna

syelek menjadi semakin gelap.

Berus yang digunakan untuk menyapu syelek haruslah dibersihkan semula dengan spirit metal

untuk mengelakkan berus menjadi keras.

Langkah-Langkah menyapu syelek:

1. Sapukan lapisan pertama syelek pada permukaan kayu mengikut urat kayu.

2. Gosok permukaan kayu dengan kertas pasir yang paling halus.

3. Bersihkan permukaan kayu (habuk selepas gosokan kertas pasir) dengan berus.

4. Sapukan 2-3 lapisan syelek pada permukaan kayu mengikut urat kayu.

Page 4: KemaSan

LEKAR

Lekar sering digunakan sebagai kemasan terkahir pada sesuatu permukaan dan cepat kering

selepas disapu.

Lekar haruslah dilarutkan terlebih dahulu dengan thinner sebelum disapu atau disembur pada

permukaan kerja.

Lekar disapu untuk memberi perlindungan pada permukaan kerja dan bersifat tahan lasak

dimana kalis bahan kimia, air, api dan sebagainya serta membuat permukaan kerja tahan lama.

Lekar yang disembur pada permukaan kerja adalah lebih cantik dan lebih berkilat berbanding

lekar yang disapu menggunakan berus.

Langkah-Langkah Kemasan menggunakan lekar dan syelek:

1. Licinkan permukaan kerja dengan kertas pasir kemudian bersihkan permukaan dengan

berus atau kain.

2. Sapukan perwarna kayu pada permukaan kerja dengan berus dan biarkan sehingga kering.

3. Sapu syelek lapisan pertama pada permukaan kerja dengan berus dan biarkan sehingga

kering. Kemudian gosok dengan kertas pasir yang paling halus dan bersihkan permukaan

kayu selepas menggosok.

4. Sapu syelek lapisan kedua dan lapisan seterusnya dan pastikan setiap lapisan kering terlebih

dahulu sebelum menyapu lapisan lain.

5. Sapukan lekar sebagai kemasan terakhir dimana lekar lebih keras daripada syelek dan tidak

mudah calar. Biarkan sehingga kering.

a) Licinkan permukaan kerja dengan kertas pasir

b) Warnakan kayu dengan pewarna kayu

c) Sapukan syelek lapisan pertama dengan berus

d) Sapukan syelek untuk lapisan berikutnya

e) Sapukan lapisan lekar dengan berus

Page 5: KemaSan

VARNIS

Varnis perlu dilarutkan dengan thinner atau spirit metil sebelum disapu atau disembur pada

permukaan kerja.

Varnis bersifat kalis air dan kalis api dan membuatkan permukaan kerja lebih tahan lama.

Proses pengeringan varnish mengambil masa tempoh yang sangat lama (12 hingga 24 jam).

LILIN

Lilin digunakan untuk mengilatkan permukaan kerja.

Terdapat 3 jenis lilin iaitu:

1. Lilin lembut

2. Lilin sederhana

3. Lilin Keras.

Kemasan menggunakan lilin dengan cara mencairkan lilin menggunakan thinner dan kemudian

menyapu lilin yang telah dicairkan pada permukaan kayu supaya lilin dapat masuk kedalam ira

kayu untuk menutup ruang.

Kemudian permukaan kerja digilap dengan kain lenbut supaya kelihatan berkilat.

Pewarna digunakan untuk memberi lilin pelbagai warna dengan cara melarutkan pewarna dalam

lilin yang telah dicairkan dengan thinner.

Kemasan menggunakan lilin haruslah dilakukan jauh dari api kerana lilin dan thinner adalah

bahan mudah terbakar.

TONA KAYU

Tona kayu adalah sejenis kemasan yang berkilat yang memberi warna asal kayu pada

permukaan kerja.

Tona kayu juga digunakan untuk memberi warna yang seragam pada cantuman objek dimana

terdiri daripada warna dan jenis kayu yang berbeza.

Tona kayu disapu pada permukaan kayu menggunakan berus.

PELEKAT / STICKER

Pelekat digunakan untuk mencantikkan permukaan kerja dengan corak dan warna yang

dikehendaki.

Pelekat dilekatkan di atas permukaan kayu supaya permukaan kayu kelihatan lebih menarik.

Pelekat sesuai digunakan untuk mendapat corak dan warna yang dikehendaki.