kemanakah kita selepas rmk11

4
Kemanakah Kita Selepas RMK11 Bismillahirahmannirrahim Diam tak diam, sedar tak sedar sudah setengah abad kita melaksanakan rancangan malaysia. Dimulakan dengan serampang dua mata dasar ekonomi baru dalam rancangan malaysia pertama satu demi satu lakaran sejarah dilaksana meninggalkan bukti-bukti kejayaan yang menyapu bersih kritikan-kritikan mereka yang pesimis. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam satu malaysia buat tuan-tuan dan puan- puan para hadirin sekelian. Lima puluh tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Di kala ini kita semua berada di penghujung sepuluh buah rancangan malaysia dan kini kita akan mula melangkah ke fasa baru yang dinamakan sebagai rancangan malaysia ke kesebelas. Telah terbukti kejayaan rancangan-rancangan yang lalu. Betapa banyak nikmat yang dikecapi rakyat darinya. Kita dikagumi malah dicemburui oleh orang luar sehingga berbondong-bondong mereka datang sebagai pelabur, pelancong malah tidak kurang juga sebagai pendatang tanpa izin. Kita telah nampak kejayaannya, kita dah nikmati hasilnya dan kita sudah tahu di mana kedudukan kita sekarang. Namun persoalannya, ke manakah kita selepas RMK11 nanti? Izinkan saya menyorot perhatian tuan- tuan dan puan-puan kepada tiga persoalan ini. Pertama persoalan gaji. Pekerja dibayar gaji itu lumrah, pekerja dibayar gaji itu fitrah. Tetapi pernahkah tuan-tuan dan puan-puan mengeluh apabila berbicara soal gaji? Pernahkah kita berasa benar-benar cukup dengan gaji kita, sehingga kita berasa tidak perlu lagi pada kenaikan gaji? Tak 6. pertama / gaji / mengeluh /soal gaji / rasa gaji cukup / tak perlu jawab / besar periuk. 7. justeru / digaris / negara pendapatan / sasaran usd15000 / apa jaminan cukup/ tiada keluhan / gaji kecil x setimpal / mampu diam senangnlenang /tikus / sukar jawab / paradigma / peroleh gaji tinggi / cukupkah gaji / banding nilai kini 8. hurai kekusutan / 2 sudut pandang / cukup tak / kesan inflasi /nilai wang / 5% usd15000 / usd11600 / 2-inflasi

Upload: infineum

Post on 04-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Rmk11

TRANSCRIPT

Page 1: Kemanakah Kita Selepas RMK11

Kemanakah Kita Selepas RMK11

Bismillahirahmannirrahim

Diam tak diam, sedar tak sedar sudah setengah abad kita melaksanakan rancangan malaysia. Dimulakan dengan serampang dua mata dasar ekonomi baru dalam rancangan malaysia pertama satu demi satu lakaran sejarah dilaksana meninggalkan bukti-bukti kejayaan yang menyapu bersih kritikan-kritikan mereka yang pesimis.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam satu malaysia buat tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian.

Lima puluh tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Di kala ini kita semua berada di penghujung sepuluh buah rancangan malaysia dan kini kita akan mula melangkah ke fasa baru yang dinamakan sebagai rancangan malaysia ke kesebelas.

Telah terbukti kejayaan rancangan-rancangan yang lalu. Betapa banyak nikmat yang dikecapi rakyat darinya. Kita dikagumi malah dicemburui oleh orang luar sehingga berbondong-bondong mereka datang sebagai pelabur, pelancong malah tidak kurang juga sebagai pendatang tanpa izin.

Kita telah nampak kejayaannya, kita dah nikmati hasilnya dan kita sudah tahu di mana kedudukan kita sekarang. Namun persoalannya, ke manakah kita selepas RMK11 nanti? Izinkan saya menyorot perhatian tuan-tuan dan puan-puan kepada tiga persoalan ini.

Pertama persoalan gaji.

1. serampang 2 mata / DEB / rmk1 / pesimis

2. salam

3. 50tahun / hujung rm / fasa baru / rm11

4. terbukti /banyak nikmat / dikagumi /berbondong

5. nampak kejayaan / nikmat hasil / tahu kedudukan / persoalan kemana / sorot / 3 persoalan

6. pertama / gaji / mengeluh /soal gaji / rasa gaji cukup / tak perlu jawab / besar periuk.

7. justeru / digaris / negara pendapatan / sasaran usd15000 / apa jaminan cukup/ tiada keluhan / gaji kecil x setimpal / mampu diam senangnlenang /tikus / sukar jawab / paradigma / peroleh gaji tinggi / cukupkah gaji / banding nilai kini

8. hurai kekusutan / 2 sudut pandang / cukup tak / kesan inflasi /nilai wang / 5% usd15000 / usd11600 / 2-inflasi harga barang / 10% berapa nilai wang / banding kini

Page 2: Kemanakah Kita Selepas RMK11

Pekerja dibayar gaji itu lumrah, pekerja dibayar gaji itu fitrah. Tetapi pernahkah tuan-tuan dan puan-puan mengeluh apabila berbicara soal gaji? Pernahkah kita berasa benar-benar cukup dengan gaji kita, sehingga kita berasa tidak perlu lagi pada kenaikan gaji? Tak perlu tuan-tuan dan puan-puan menjawabnya kerana saya sedia maklum akan jawapan yang bakal diberikan. Bak kata pepatah, besar periuk besarlah keraknya.

Justeru itulah di dalam RMK11 ini telah digariskan untuk kita menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Sasarannya USD15000 per kapita atau lebih. Namun apakah jaminannya bahawa itu semua mencukupi? Apakah jaminannya tiada lagi nanti keluhan, ratapan, sungutan tentang gaji yang kecil, gaji yang tidak setimpal atau adakah kita nanti akan mampu berdiam diri bersenang lenang dek gaji yang lumayan. Mungkinkah ketika itu kita kita menjadi seumpama tikus yang jatuh dalam kepuk padi. Persoalan ini sukar dijawab selagi kita masih melihat dari paradigma yang sama. Memperoleh gaji yang tinggi, adakah itu penyelesaiannya? Cukupkah gaji yang kita terima pada tahun 2020 kelak jika dibandingkan dengan nilainya pada masa kini untuk menyara keperluan harian?

Saya ingin menghurai kekusutan ini melalui dua sudut pandang. Pertama cukup atau tidak perlu dilihat dari kesan inflasi ke atas nilai wang kita. Dengan hanya inflasi sebanyak 5% setahun, jumlah USD 15000 ketika itu sebenarnya sama nilainya dengan USD11600 sahaja ketika ini. Kedua kesan inflasi juga menyebabkan harga barangan akan meningkat. Jika peningkatan ini setinggi 10% setahun, tuan-tuan carilah sendiri berapakah nilai wang tuan-tuan itu berbanding masa kini.

Apakah kupasan saya ini seolah cuba mengatakan RMK 11 tidak relevan kepada kita? Bukan, bukan itu maksud saya. RMK11 sudah begitu bagus kerana mensasarkan pendapatan yang tinggi, tetapi sebagai individu kita

9. kupasan / rmk11 tak relevan / begitu bagus / sasar pendapatann tinggi / persiap diri / ancaman terselindung

10. persoalan kedua / komuniti bertransformasi / kerajaan / perkasa komuniti / masyarakat produktif & sejahtera / banyak hari istimewa / raikan / hari ibu / bapa / kanak-kanak / meraikan baik / sejauh mana penghayatan / setiap tahun sambut / ibu dihantar / abai bapa / kes dera kanak-kanak

11. inikah amalan / teruskan / arah ke tahun / kekalkan selepas / maju

12. tepuk dada / negara bertransformasi / peringkat komuniti / malanglah

13. persoalan terakhir / pasaran buruh

14. semasa ekonomi puncak / zaman DPN / peluang kerja / mudah peroleh kerja / berbeza /

Page 3: Kemanakah Kita Selepas RMK11

haruslah mempersiapkan diri terhadap ancaman-ancaman yang terselindung seperti inflasi ini.

Persoalan kedua yang ingin saya sorotkan di sini, sejauh manakah komuniti kita akan bertransformasi seiring dengan kemajuan? Menerusi RMK11 kerajaan berhasrat memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera. Cuba kita lihat, hari ini begitu banyak hari-hari istimewa yang kita raikan. Hari ibu kita sambut. Hari bapa juga kita sambut. Hari kanak-kanak pun kita sambut. Meraikan hari-hari istimewa itu baik, tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap hari yang diraikan itu? Setiap tahun hari-hari tersebut disambut namun, masih ramai ibu yang dihantar ke rumah jagaan orang tua. Masih banyak kes pengabaian bapa yang sudah tua. Masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang kita dengar, seakan tiada hentinya.

Inikah amalan hidup kita? Inikah yang mahu kita teruskan? Inikah arah kita sehingga ke tahun 2020? Inikah yang mahu kita kekalkan selepas negara mencapai status negara maju?

Tepuk dada tanyalah selera. Jika negara sahaja yang bertransformasi menjadi negara maju tetapi di peringkat komuniti masih tetap tiada perubahan, maka malanglah hidup kita jadinya.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, sebelum mengundur diri, izinkan saya menyentuh persoalan terakhir iaitu pasaran buruh.

Semasa ekonomi negara memuncak di zaman pelaksanaan dasar perindustrian negara, begitu banyak peluang-peluang pekerjaan yang terbuka dan tersedia. Saya masih tidak melupakan betapa mudahnya saya memperoleh pekerjaan ketika itu. Namun segalanya berbeza sekarang ini. Peluang pekerjaan masih ada, tapi seakan bukan untuk kita. Berapa banyak peluang-peluang pekerjaan yang ada dirampas oleh warga-warga asing, sedang rakyat negara sendiri merempat, bergelandangan tanpa pekerjaan.

Untuk kita / pekerjaan dirampas / rakyat merempat

15. kerjaya profesional / monopoli / sektor awam / harapan anak malaysia / situasi inginn lihat / kuli pendatang / membina empayar / menjadi tuan / perkosa / ubah / corak / rona budaya

16. jangan benarkan / 3 persoalan / sorot / kenyataam / inflasi / kunyah gaji / perbelanjaan berhemah / tampan hambatan inflasi / pamitan iklan / pujuk berbelanja / cintai warga emas / sayangi kanak-kanak / juta ringgit / pusat jagaan / tambah hiba

17. warga asing rebut / tiba masa / bukan sekadar isi / cipta peluang / terap dalam hati / jadi tuan / bukan / bertuan warga asong / tanah air

Page 4: Kemanakah Kita Selepas RMK11

Jangankan pekerjaan sebagai buruh, kerjaya profesional juga direbut, dimonopoli dan dikuasai oleh warga asing. Akhirnya tinggallah sektor awam kerajaan yang menjadi harapan kepada anak-anak malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan, apakah ini situasinya yang ingin kita lihat diakhir RMK 11 nanti? Sanggupkah kita melihat anak-anak kita nanti menjadi kuli kepada pendatang asing? Sedarkah tuan-tuan dan puan-puan bahawa mereka semua sedang membina empayar sekarang ini? Bila tiba masanya mereka pasti menjadi tuan kepada anak-anak kita. Pasti. Tidak mustahil mereka akan memperkosa, merubah, mencorak kembali rona-rona budaya kita.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan benarkan ketiga-tiga persoalan yang saya sorot sebentar tadi benar-benar menjadi kenyataan. Jangan benarkan inflasi mengunyah rakus gaji hasil titik peluh kita. Perbelanjaan berhemah mampu menampan hambatan inflasi. Justeru jangan mudah tergoda dengan pamitan iklan yang saban hari memujuk kita berbelanja walaupun perbelanjaan itu sebenarnya tidak perlu. Cintailah warga emas dan sayangilah kanak-kanak. Tiada gunanya kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk membina pusat jagaan warga emas dan kanak-kanak kalau hanya untuk menambah hiba penghuninya.

Jangan biarkan warga asing terus merebut peluang pekerjaan anak-anak kita. Sudah tiba masanya untuk anak-anak kita bukan sekadar mengisi kekosongan jawatan malah mencipta peluang pekerjaan itu sendiri. Mari kita terapkan dalam hati mereka untuk menjadi tuan di negara sendiri bukannya terus bertuankan warga asing di tanah air sendiri.

Pasaran buruh bukan sekadar untuk diisi oleh anak-anak kita, malah perlu disediakan oleh mereka. Jangan biarkan mereka melukut di tepi gantang. Jangan biarkan mereka umpama ayam yang kelaparan di kepuk padi, umpama itik yang kehausan di dalam kolam.

Jika tiada tindakan dari tuan-tuan dan puan-puan, sepuluh jong masuk, anjing tetap bercawat ekor. Jika tiada tindakan, apa jua perubahan atau kemajuan yang

18. pasaran buruh / diisi / disediakan / melukut / ayam / itik

19. tiada tindakan / 10 jong / apa jua perubahan / kemajuan / hanya berlalu / manfaat

20. ayuh / mulakam langkah pertama / bertindaklah / perjalanan 1000 batu / rendah hati / insaf / undur diri.

Page 5: Kemanakah Kita Selepas RMK11

datang, ianya hanya akan berlalu begitu sahaja tanpa ada manfaatnya kepada kita.

Ayuh tuan-tuan dan puan-puan, mulakan langkah pertama. Bertindaklah. Kerana perjalanan seribu batu di hadapan bermula dari langkah yang satu. Dengan rendah hati dan penuh keinsafan saya mohon mengundur diri.

Wabaillahitaufiqwalhidayah wassalamualaukim warohmatullah hi wabarakatuh.