kemahiran menjaga gol

Upload: eizzat-zack

Post on 09-Jul-2015

564 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SUKAN HOKI PENJAGA GOL Penjaga gol penting bagi sesuatu pasukan. Seorang penjaga gol mesti berani, mempunyai konsentrasi yang baik, kepantasan, masa tindak balas dan fleksibiliti yang baik. Perkara utama yang dititikberatkan adalah cara berdiri dalam keadaan bersedia di hadapan pintu gol. Selain kedudukan sedia untuk menahan bola, penjaga gol harus mahir dan cekap menahan dengan menggunakan double padding, single padding, kayu dan glov. Teknik double padding melibatkan penggunaan kedua-dua kaki sebagai bentang bola manakala single padding menahan menggunakan sebelah kaki. Tindakan seterusnya adalah mengeluarkan bola dari kawasan gol sama ada menyepak atau memukul. Menampan bola dengan tangan juga adalah kemahiran yang perlu ada pada penjaga gol. ALATAN PENJAGA GOL Seorang penjaga gol harus memakai banyak alatan perlindungan tambahan kerana peranannya di dalam pasukan adalah berbahaya.Antara peralatannya ialah a) sepasang pelindung kaki / ped-ped b) sepasang kickers (disambungkan kepada ped-ped) c) pelindung abdomen/pelindung groin (untuk lelaki) d) sepasang sarung tanga (dengan sarung tangan bahagian dalam jika diperlukan e) sepasang seluar penjaga gol yang berped f) kayu hoki g) pelindung mulut h) sepasang ped siku i) pelindung dada j) topi keledar

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MENJAGA GOL Oleh kerana penjaga gol adalah pemain yang penting, dia mesti mempunyai kemahiran-kemahiran sukan yang diperlukan untuk seorang penjaga gol hoki. Ia mesti berkebolehan menggunakan kedua-dua kakinya untuk menahan, memesong,

menjauhkan atau untuk menghantar bola. Dia mesti boleh menggunakan tangannya untuk menyelamatkan bola. Dia mesti boleh menggunaka kayunya untuk memukul, menolak dan menguis bola daripadanya atau untuk menghantar bola kepada pemain pasukannya untuk memulakan serangan.Dia juga harus menggunakan badannya semasa dia terbaring untuk mengadang sudut pintu gol. Kemahiran-kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian : a) Kemhiran asas berdiri dan pergerakan melintasi gol. b) Kemahiran menggunakan kaki dan pad. c) Kemahiran mengguankan tangan dengan glov. d) kemahiran menggunakan badan sebagai bentang. e) Kemahiran mengguanakan kayu hoki. Posisi Bersedia Untuk Penjaga Gol Posisi asas seorang penjaga gol diambil apabila dia mendapati jaringan akan dilakukan atau apabila penyerang sedang bergerak ke dalam kawasan D adalah sangat penting. Cara berdiri dengan betul akan membolehkan dia menahan jaringan dengan senang dan juga membolehkannya bergerak ke hadapan atau ke belakang, meluncur, menerpa atau melompat dengan cepat untuk menyelamatkan gol. Di bawah adalah posisi yang dicadangkan: a) Berdiri menghadap bola b) Kaki rapat supaya kedua-dua ped bersentuhan,membentuk satu dinding. c) Lutut-lutut dibengkokan sedikit pada sudut 120-130 darjah di belakang lutut. Ini akan membolehkan pergerakan yang lebih cepat. d) Badan dibengkokkan sedikit dengan pusat gravity di hadapan jari kaki.Jika posisi anda betul anda akan berdiri di atas bebola kaki anda. (dengan membengkokkan lutut-lutut anda akan membonkokkan badan dan menurunkan pusat gravity anda,

ini membolehkan anda bergerak cepat ke mana-mana arah). Selain daripada itu, adalah lebih senang memandang bola daripada posisi ini, terutama di dalam kumpulan ramai atau keadaan kelam-kabut. e) Kayu hoki dipegang di tangan kanan dengan pegangan hampir di atas bahagian tengah. Ia sepatutnya memberi anda satu keadaan yang selesa untuk mengambil satu pukulan cepat dengan sebelah tangan. f) Tangan kiri berada dekat badan dengan siku menghadap ke bawah dan lengan bawah ke atas, dan buka dengan selesa untuk bermain jikalau berlaku apa-apa jaringan di udara.