kemahiran memanjat tempat tinggi

20
LENCANA KEMAHIRAN Lencana Kemahiran Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup. Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian- ujian berikut : - 1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut. 2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut : - - Simpul Tapak Kucing (Cat's Paw Know) - Simpul Raga (Carrick Bend) - Simpul Serban (Turk's Head)

Upload: teeshumin

Post on 17-Jan-2016

179 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kemahiran memanjat tempat tinggi

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

LENCANA KEMAHIRAN

Lencana Kemahiran

 

Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan

pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas

perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar

hidup.

Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : - 

1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang

dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara

membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.

2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut : - 

    -  Simpul Tapak Kucing (Cat's Paw Know)

    -  Simpul Raga (Carrick Bend)

    -  Simpul Serban (Turk's Head)

    -  Simpul Buaian (Scaffold Hitch)

    -  Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)

    -  Genggam Monyet (Monkey Fist Knot)

    -  Sambat Pendek (Short Splice)

    -  Ikat Seraya Jepun (Japanese Lashing)

    -  Ikat Serong Filipina (Filipino Lashing)

    -  Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester's Hitch)

Page 2: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

 

3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage)

iaitu :-

a. '3-2-1'

b. 'log&picket'

c. 'dead-man'

 

4. Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau 'aerial runway'

tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang. 

5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai

asas 'Orienteering' dan cara membuat 'cross-bearing' bagi mencari kedudukan di atas peta

dengan menggunakan kompas.

6. Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat 'bivouac' dan bermalam di

dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan

rimba (backwoods)seperti nasi, ikan/ daging dan telur.

7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast.

  

8. Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.

9. Membuat SATU model projek perintis.

10 Lakukan 1 yang berikut : - 

a. Berenang 50 meter berpakaian lengkap 

b. Melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2

pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan.

ATAU

c. Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk 'abseilling', langkah keselamatan,

sistem belay, cara 'abseilling' dan melakukannya sejauh 8 meter

Page 3: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

d. Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta

melakukan 12 daripadanya.

    - melalui titi goyang.

    - melalui titi komando.

    - melalui titi pacak.

    - bergayut tali.

    - bergayut monyet.

    - merangkak 'deadman's crawl'.

    - menyusupi halangan tayar.

    - merangkak bawah jaring.

    - melalui terowong.

    - memanjat tali.

    - memanjat pokok.

    - memanjat tangga.

    - memanjat tembok.

    - memanjat batang pokok.

e. Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang

cedera dari tempat tinggi. - 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam)

http://pengakap-remaja.blogspot.com/p/lencana-kemahiran.html

Wall climbing, dirujuk sebagai mendaki dinding batu. Aktiviti ini adalah satu jenis sukan yang

semakin popular. Ia adalah sangat serupa dengan Rock Climbing tetapi oleh kerana ia

dilakukan dalam persekitaran yang terkawal, ia dianggap lebih selamat. Wall climbing boleh

dilakukan di pusat-pusat kecergasan khas yang dilengkapi dengan batu tertutup.Wall climbing

lazimnya dilakukan sebagai indoor game (permainan dalam) dan kini  banyak dibuat

seabgai outdoor game.(permainan di luar). Peralatan lain adalah perlu untuk memastikan

keselamatan.

Wall climbing tidak sempurna tanpa Climbing wall. 

Climbing wall  adalah dinding buatan yang mempunyai struktur yang berbeza mengikut level.

Dibuat daripada pelbagai jenis bahan seperti kayu, batu campuran resin dan, multiplex wood

dan lain2. Mempunyai holder iaitu tempat meletak kaki dan tangan semasa memanjat.

Page 4: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

Permukaan climbing wall terdiri daripada pelbagai permukaan seperti indentions

(incuts) ,protrusions (bulges) dan underhang (crack).

Page 5: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

WALL CLIMBING EQUIPMENTS

CLIMBING HOLDER

Holder berfungsi untuk menahan atau menyokong climber memanjat dinding. Holder

mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang melekat pada dinding . Bersaiz 3 hingga 8 inci  ,

dilekat pada dinding (climbing wall) dengan skru . Dibuat dengan bahan yang bermutu agar

tahan lama dan dapat menampung beban pendaki.

HARNESS

Harness merupakan alatan keselamatan utama semasa memanjat dinding (climbing wall).

Harness berfungsi untuk menyokong pendaiki memanjat dinding. Bersifat  fleksibel kerana

dapat dilaras mengikut saiz yang dikehendaki.

Page 6: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

CARABINER

Carabiner adalah gelung logam (metal loop) yang  digunakan secara meluas dalam aktiviti tali

intensif seperti memanjat (climbing), meneroka gua (caving), belayar (sailing), pembinaan

(construction), kerja tali industry (industrial ropework), dan menyelamat (rope rescue). Ianya

dibuat dari keluli dan aluminium. Carabiner mempunyai ciri-ciri tahan lasak dan tahan geseran

untuk mengelakkan tali putus semasa aktiviti. Terdiri daripada dua jenis ; locking dan non-

locking.

FIGURE OF EIGHT /EIGHT

Berfungsi sebagai descender/digunakan oleh belayer untuk membantu climber memanjat dan

menurunkan climber. Tahan geseran yang dihasilkan oleh tali semasa aktiviti.

Page 7: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

 

          

  ROPE CLIMBING (TALI)

Tali yang digunakan dalam aktiviti ini adalah jenis tali yang static ataupun    dinamik. TAli ini

lazimnya dibuat daripada manila fiber untuk memastikan tali  dapat menyerap peluh

(perspiration) , tahan lama , dan dapat menampung beban yang berat . Mempunyai

kepanjangan 15-24 kaki.

Kemahiran Memanjat Tali 5m

Memanjat tali 5 meter

Memanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki. Cara melakukan aktiviti

ini adalah dengan :-

1.       Pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki.

2.       Gunakan kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan kedua-dua belah kaki untuk

bertahan.

Page 8: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

3.       Semasa kaki bertahan, tangan hendaklah menjangkau ke  bahagian atas tali sekaligus

menarik badan keatas.

4.       Seterusnya gunakan tangan untuk bertahan sementara  kaki dinaikan menurut  tali.

5.       Langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.

Nota: sesetengah tali memberi kesan kepada tangan dan kaki kamu semasa melakukan aktiviti

ini terutamnya semasa menuruni tali. Oleh itu berhati-hati untuk mengelakan tangan kamu tidak

melecer. Sarung tangan digalakan digunakan semasa memanjat tali.

Kemahiran Memanjat Pokok - 5m

Page 9: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

http://sulaimanscoutjempolpm.blogspot.com/

ASCENDING/MENAIK

 

TRADISIONAL

Page 10: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

 

Kekuatan tangan digunakan sepenuhnya bagi memanjat ke atas.

 

FOOT LOCK

 

-          Memanjat secara menegak yang dibantu pijakan pada salah satu kaki di mana

pijakan tali dapat mengurangkan penggunaan kekuatan tangan.

-          Tali hendaklah ditegangkan sedikit bagi memudahkan si pemanjat meneruskan

teknik ini

 

-          memanjat teknik ini akan memberi badan seperti bentuk ‘L’.

-          Kedua kaki dibuatkan satu lilit pada betis.

-          Pergerakan kaki secara menapak pada dinding dan kekuatan tangan diperlukan bagi

menahan badan.

-          Kedua hujung tali ke bawah perlu ditegangkan sewaktu pemanjat berehat dan

kendurkan salah satu tali apabila dipinta oleh pemanjat semasa pergerakan berlaku.

-          Harus diingatkan pemakaian kasut yang tinggi (Jungle Boot) atau sarung kaki

panjang dan tebal bagi mengelakan kecederaan pada betis.

 

-          memanjat cara menegak yang sedikit selesa.

-          Satu lingkaran dibuat keluar atau kedalam pada betis dan kedua kaki.

-          Pergerakan dilakukan seperti foot lock di atas dan memberi kemudahan dimana

sipemanjat dapat berehat lebih lama dan selesa.

-          Penyelamat bawah (seorang atau lebih ) akan menegangkan tali apabila salah satu

kaki bergerak ke atas untuk mengambil satu langkah ke atas

 

TALI DANGAN TALI

 

-          Lakukan ikatan prusik pada tali (untuk kegunaan badan)

-          Lakukan ikatan prusik atau clamest di bawah ikatan prusik tadi (untuk kegunaan kaki)

-          Pijak tali kegunaan kaki dan tolak tali kegunaan badan seberapa atas yang boleh.

-          Kemudian tarik tali kegunaan kaki ke atas menyamai paras lutut.

-          Lakukan langkah menolak dan menarik tali sehingga sampai ke check point.

 

Page 11: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

SEMI MECHANICAL

 

-          Teknik yang menggunakan satu juma dan tali prusik.

-          Kenakan juma pada tali (untuk kegunaan badan)

-          Lakukan ikatan prusik atau clamest di bawah juma tadi (untuk kegunaan kaki)

-          Pijak tali prusik dan tolak juma seberapa atas yang boleh.

-          Kemudian tarik tali prusik ke atas menyamai paras lutut.

-          Lakukan langkah menolak dan menarik juma dan tali prusik sehingga sampai ke

check point.

 

(FULL MECHANICAL)

 

-          Kenakan juma pada tali (untuk kegunaan badan)

-          Kenakan gibbs/juma di bawah juma (untuk kegunaan kaki)

-          Pijak gibbs dan tolak juma seberapa atas yang boleh.

-          Kemudian tarik gibbs ke atas menyamai paras lutut

-          Lakukan langkah menolak dan menarik juma dan gibbs sehingga sampai ke check

point.

 

INGATAN

 

Adalah baik menggunakan gibbs untuk kegunaan kaki daripada menggunakan juma, kerana

gibbs hanya menekan tali dan tidak mencengkam tali seperti juma.

 

TANGGA TALI

 

-          Beberapa simpulan bertajul dilakukan pada tali.

-          Kayu-kayu diikat pada tali.

-          Webbing khas yang telah mempunyai tempat-tempat berpijak seperti tangga tali.

http://rmat6.tripod.com/

Kuantan: Walaupun ia satu pekerjaan berisiko, namun demi kesinambungan hasil hutan

negara, kakitangan di bawah Unit Perolehan Biji Benih (Teknik Memanjat Pokok) Jabatan

Page 12: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) perlu memanjat pokok balak yang berketinggian puluhan

meter bagi mendapatkan benih semaian selain memangkas dan menebang pokok.

Hanya menggunakan seutas tali selain beberapa peralatan tambahan seperti tali pinggang khas

(harness), penarik (single rope technique) dan kekunci (karabiner) mereka sudah terlatih untuk

memanjat pokok yang mencapai ketinggian lebih 60 meter.

Sejak ditubuhkan 18 tahun lalu kini terdapat seramai 20 kakitangan yang terbabit dengan

memanjat pokok dan rata-rata mereka berpengalaman luas menjalankan tugas berkenaan.

Penubuhan unit itu hasil cetusan idea pengurusan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

(JPSM) yang mendapat sokongan padu daripada Bantuan Teknik Jerman (GTZ) yang

berkongsi kepakaran termasuk menyediakan latihan.

Seorang kakitangan Mohd Amidun Abdul Taib, 48, dihantar ke Jerman terpilih mengikuti kursus

asas memanjat selama sebulan kendalian juara lima kali sukan memanjat pokok dunia Bernd

Strasser.

Bagi Mohd Amidun, pengalaman dimiliki kini dikongsi dengan kakitangan lain sebagai usaha

memperluaskan lagi kemahiran memanjat bagi kemudahan JPNP.

Bagaimanapun, katanya, hanya Unit Memanjat dan Fenologi Pejabat Pembangunan Hutan

Bukit Sekilau, di sini, dan Pusat Perolehan Biji Benih Lentang, Bentong saja yang aktif

menjalankan tugas mencabar itu.

Menurutnya, tidak semua individu mampu memanjat pokok yang ketinggiannya mencecah

puluhan meter, risikonya tinggi dan macam-macam boleh berlaku sama ada terjatuh dan

disengat tebuan atau penyengat.

“Selain kecergasan dan semangat kental pada individu terbabit, kelengkapan memanjat

termasuk peralatan keselamatan juga berada dalam keadaan terbaik bagi mengelak sebarang

kejadian tidak diingini berlaku.

“Tali dan peralatan yang digunakan hanya boleh bertahan dalam tempoh tertentu saja

bergantung kepada kekerapan digunakan, selepas itu peralatan berkenaan perlu dilupuskan,”

katanya.

Page 13: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

Dia berkata, kos peralatan memanjat lengkap termasuk topi keselamatan, kasut dan sarung

tangan yang diimport mencecah antara RM20,000 dan RM50,000 bergantung kepada jenama

dan kualiti.

http://www2.hmetro.com.my/articles/2014020804230820140208042308/Article/

Page 15: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

Tips dalam Meningkatkan Kemahiran Wall Climbing

Loosen Up Otot Anda

Loosen up otot anda dengan melakukan regangan mudah. Kira-kira setengah jam sebelum

anda mula mendaki. Ini menyediakan ligamen dan sendi anda untuk mendaki. Jika otot anda

adalah sengit, mereka tidak akan menjadi fleksibel dan mudah keletihan.

Memahami Laluan

Jangan hanya membuta tuli dan meraba-raba hold apabila anda mendaki. Kaji ciri-ciri

permukaan dinding terlebih dahulu. Pilih jalan yang akan anda ambil dan berpegang

kepadanya. Berhati-hati dengan apa-apa cara berpaut yang sukar dilakukan. Fikir bagaimana

anda dapat bergerak melaluinya dengan mudah? Apabila anda turun dari dinding, analisis

prestasi dan gaya gerakan anda. Adakah anda berpuas dengan itu, atau ia mungkin boleh

diperbaiki?

Mengekalkan Imbangan

Perlu diingat bahawa menggunakan kekuatan cengkaman hanya untuk memastikan anda

seimbang. Kesilapan paling biasa adalah mencengkam terlalu ketat atau kuat. Ini boleh

membawa kepada yang keletihan otot. Selain itu, hadkan tekanan pada genggaman. Gunakan

hanya tekanan yang diperlukan. Cuba rendahkan pusat graviti sesuai dengan keadaan ketika

berpaut. Rapatkan badan dekat dengan dinding selagi mana yang anda boleh. Ini

meningkatkan keupayaan mengimbangi anda.

Meminimumkan Tekanan pada Lengan dan Kaki

Utamakan kaki anda untuk memaut berat badan anda, bukan tangan anda. Tangan sebenarnya

adalah untuk memaut berat badan ketika beralih. Jika anda membuat pergerakan yang

memerlukan kekuatan bahagian atas badan, bergerak ke hadapan tanpa teragak-agak.

Mengambil terlalu banyak masa akan meningkatkan tekanan pada badan anda. Seretusnya

bahan akan menjadi lemah.

Elakkan Pergerakan Kurang Lancar

Page 16: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi

Belajar untuk mendaki dengan lancar. Mendaki secara tidak konsisten atau tidak sekata pasti

akan membuatkan anda dengan letih dengan cepat. Kesannya, pendakian anda akan menjadi

semakin perlahan. Jangan leka dengan keadaan sekitar. Berpegang kepada jalan yang anda

difikirkan. Bergerak dengan lancar dan anda tidak akan mempunyai masalah keseimbangan.

Pastikan anda sedar tentang pergerakan anda.

Fokus dan Relaksasi

Ambil satu langkah pada satu masa. Jangan hanya memikirkan langkah seterusnya atau lebih.

Walaupun anad sedang memanjat, focus dan gunakan langkah-langkah yang perlu. Ini akan

menjimatkan tenaga. Seterusnya nanti, anda akan belajar untuk menjadi tenang dan sedar

akan peningkatan kemahiran anda.

Rehat atau Relaksasi Tempat

Jika memanjat dinding yang tinggi, cuba cari beberapa kawasan rehat (lebih mudah berpaut,

kawasan selamat dan tidak bahaya). Berehat setiap tiga meter anda mendaki. Walaupun anda

berasa kuat, tenaga perlu disimpan kerana badan anda akan memerlukannya kemudian.

Latihan otot

Beri tumpuan kepada otot pada tangan, kaki dan dada. Terdapat banyak program latihan otot

dan berat badan anda boleh ikuti. Ini perlu disokong oleh satu pelan pemakanan yang

seimbang. Jika anda lebih atau kurang berat, anda mungkin akan mudah letih.

Tips Jatuh

Apabila jatuh anda perlu menolak diri dari dinding. Jangan sekali-kali membiarkan belitan tali ke

atas peralatan atau badan anda. Cuba belajar untuk menjaga kaki anda ke bawah. Jangan

biarkan diri anda akan mengalami kemalangan sekiranya anda jatuh. Apa yang penting adalah

belajar bagaimana untuk mengatasinya(jatuh).

http://asaskembaranasriniza.blogspot.com/20 13/04/wall-climbing.html

Page 17: Kemahiran Memanjat Tempat Tinggi