kemahiran berfikir ppismp

Upload: naughtygurlz92

Post on 05-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KEMAHIRAN BERFIKIR

TRANSCRIPT

AKTIVITI KELAS (PETA MINDA)

AKTIVITI KELAS (PETA MINDA)

Mata pelajaran: Pendidikan Islam

Tahun: Tingkatan 4

Tajuk: Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Bidang: Sirah

Masa : 30 minit

Hasil Pembelajaran Murid dapat menyatakan tentang riwayat hidup Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Murid dapat menerangkan tentang sumbangan dan peranan Saidina Abu Bakar al-Siddiq.

Aktiviti GuruAktiviti MuridKemahiran MuridSumber

Sebelum sesi:

Guru menyediakan e-bahan dan lembaran kerja berbentuk peta minda yang berkaitan dengan riwayat hidup, peranan dan sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq e- Bahan Pendidikan Islam Tingkatan 4 bertajuk Saidina Abu Bakar al-siddiq

Semasa sesi:

Murid diminta melayari e-Bahan dan mencatat isi-isi penting berkaitan dengan riwayat hidup, peranan dan sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Semasa sesi

Murid melihat e- Bahan dan mencatat isi-isi penting

Murid membentuk kumpulan masing-masing dan mengisi tempat-tempat kosong dalam peta minda yang disediakan Kemahiran mengklasifikasi

Kemahiran menyusun idea.e-Bahan

Audio

sumber internet

Selepas sesi:

Selepas sesi

Murid membentangkan dapatan masing-masing di hadapan kelas Kemahiran berkomunikasi

Lampiran

AKTIVITI PASCA ( MARI BERCERITA)

Mata pelajaran: Pendidikan Islam

Tahun: Tingkatan 4

Tajuk: Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Bidang: Sirah

Masa : 1 hari

Hasil Pembelajaran Murid dapat menerangkan cara perlantikan Saidina

Abu Bakar al-Siddiq

Aktiviti GuruAktiviti MuridKemahiran MuridSumber

Sebelum sesi:

Guru menyediakan e-bahan yang bertajuk Saidina Abu Bakar al-Siddiq

e- Bahan Pendidikan Islam Tingkatan 4 bertajuk Saidina Abu Bakar al-siddiq

Semasa sesi:

Murid diminta melayari e-Bahan dan mencatat isi-isi penting berkaitan cara perlantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Guru meminta murid membentuk beberapa kumpulan

Semasa sesi

Murid melihat e- Bahan dan mencatat isi-isi penting

Murid membentuk kumpulan masing-masing dan menyusun fakta untuk dijadikan cerita .

Murid menyediakan prop yang bersesuaian.

Setiap kumpulan dikehendaki menceritakan kembali kisah perlantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Kemahiran mengklasifikasi

Kemahiran menyusun idea.

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran bersosial.e- Bahan

Audio

Sumber internet

Selepas sesi:

Selepas sesi

Mencatat semula isi-isi penting di dalam nota masing-masingKemahiran mengumpul maklumat

Kemahiran mencatat nota

Lampiran BilTajuk / URL/ TujuanCetak Skrin

1.

Tajuk: Perlantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Tujuan :

rujukan guru

dilayari oleh murid

2. Tajuk: Perlantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Tujuan :

rujukan guru

dilayari oleh murid

AKTIVITI PROJEK

Mata pelajaran: Pendidikan Islam

Tahun: Tingkatan 4

Tajuk: Saidina Abu Bakar al-Siddiq

Bidang: Sirah

Masa : 1 bulan

Hasil Pembelajaran Murid dapat menyediakan folio berkaitan tokoh-tokoh maal hijrah di Malaysia

Aktiviti GuruAktiviti MuridKemahiran MuridSumber

Sebelum sesi:

Guru menyediakan kad tugasan untuk setiap kumpulan

Semasa sesi:

Murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta membuat rujukan di pusat sumber, temu bual dan rujukan internet untuk mendapatkan bahan tentang tokoh-tokoh maal hijrah yang terdapat di Malaysia

Semasa sesi:

Murid membuat rujukan di pusat sumber, bertemu bual dan membuat rujukan di pusat akses untuk mendapatkan bahan tentang tokoh-tokoh maal hijrah yang terdapat di Malaysia

Kemahiran mengklasifikasi

Kemahiran menyusun idea.

Kemahiran berfikir

Kemahiran untuk membuat keputusan

Kemahiran bersosial e- Bahan,

Audio

Sumber

internet

Selepas sesi:

Bahan yang telah disemak boleh diletakkan di pusat sumber untuk rujukan murid-murid lain.Selepas sesi

Pelajar yang dapat menyiapkan folio yang terbaik diberikan pujian dan ganjaran Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran mengumpul maklumat

Lampiran

http://www.kedah.gov.my/warta/Anugerah.html

ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH 1423 (2002) Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

TUAN Syeikh Abu Bakar Kassim yang dilahirkan pada 1 Januari 1931 di Kampung Yan Kechil, Kedah baru-baru ini dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Lelaki Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 1423 Hijrah yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS), Kompleks City Plaza, Alor Setar, Kedah. Beliau berkahwin dengan Puan Hajah Sofiah Mohd Shariff pada 16 Ogos 1957 dan dikurniakan seramai tujuh orang anak, empat lelaki dan tiga perempuan. Anak pertama beliau, Muhammad, kini bertugas sebagai Pengurus Besar Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perlis. Manakala anak keduanya, Alauddin kini bertugas sebagai Pegawai Agama Daerah Langkawi. Anak ketiga, Munir, bertugas di Petronas Terengganu; Keempat Sofinaz, bertugas sebagai guru agama (Bahasa Arab) di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur; Kelima Khadijah yang kini bertugas sebagai R & B Arkitek Kuala Lumpur; Keenam Aishah, bertugas di Jabatan Perdana Menteri di Putra Jaya dan anak ketujuh beliau, Mahmud, kini bertugas di DAMP, Putra Jaya.Tuan Syeikh Abu Bakar Kassim mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gurun, Kedah (1939 1942) dan seterusnya di Sekolah Menengah Al Maarif Al Islamiah Yan Kechil (1943 1946). Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Al Khairiah Al Islamiah, Pokok Sena, Seberang Perai dari tahun 1947 hingga 1952. Seterusnya ke Madrasah Al Masyhor Al Islamiah, Pulau Pinang (1953 1954) dan melanjutkan pelajaran ke Maahad Ilmi As Saudi, Mekah atas biasiswa Kerajaan Arab Saudi pada bulan April 1954. Memasuki Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Kuliyyah Syariah dari tahun 1959 hingga 1963.Beliau memulakan khidmat sebagai Guru Besar At Tarbiah Al Islamiah dan Guru Penolong di Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1964. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengetua Maktab Mahmud pada tahun 1969 dan dilantik menjadi Pengetua merangkap Setiausaha Lembaga Maktab Mahmud. Beliau bersara dari Maktab Mahmud pada tahun 1986. Selepas itu, beliau menjadi pensyarah sambilan di Institut Teknologi MARA, Perlis dan menjadi Setiausaha Pusat Dakwah Islam Kedah pada tahun 1987. Beliau turut menjadi Pengerusi PERKIM Cawangan Alor Setar dari tahun 1992 hingga sekarang.Antara jawatan beliau dalam badan sukarela ialah bekas Presiden Badminton Melayu Kedah (1993 1998), Presiden Ping Pong Melayu Kedah (1995 2002), Timbalan Pengerusi Tetap PERKIM (1996 2004), Pengerusi Tetap PERKIM Negeri Kedah (1995 2002), Pengerusi PERKIM Cawangan Alor Setar (1990 2004), Pengerusi Pasar Minggu Yan Kechil (1980 2003), Pengerusi Lembaga Al Maahad Ad Dini (1999 2002) dan Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Kedah dan Audit Dalaman Rumah Budi Yan (1985 2002).Tuan Sheikh Abu Bakar Kassim pernah mendapat anugerah bintang dan pingat dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah iaitu Pingat Cemerlang Kedah (PCK), Bintang Cemerlang Kedah (BCK) dan Ahli Mahkota Kedah (AMK). Beliau juga pernah menerima Anugerah Tokoh Pendidik Jaya Negeri Kedah Darul Aman pada tahun 1989 dan Anugerah Keluarga Bahagia Daerah Kota Setar pada tahun 1999.Manakala Datin Hajah Daharah Ismail dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Wanita Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 1423 Hijrah. Datin Hajah Daharah dilahirkan pada 26 April 1938 di Bakar Bata, Alor Setar. Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kampung Baru, Alor Setar dan mendirikan rumah tangga dengan Dato Haji Hashim bin Haji Abdullah (Allahyarham) pada bulan Disember 1951.Beliau dikurniakan seramai lapan orang anak serta 36 orang cucu. Lima daripada anak beliau adalah lepasan ijazah. Separuh daripada kehidupannya ialah dengan menabur jasa dan bakti kepada masyarakat terutama sekali kepada kaum wanita. Di antara penglibatan beliau di dalam pertubuhan ialah menjadi Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Kedah, HAWA dan Lembaga Koperasi Wanita Negeri Kedah. Di atas khidmat baktinya, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM), Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Jaksa Pendamai (JP) dan Tokoh Wanita Negeri Kedah pada tahun 1985.Masjid Muhibbuddin Sungai Pasir, Sungai Petani diumumkan sebagai johan masjid terbaik bagi kategori masjid luar bandar manakala masjid Al-Ala Pekan Jitra, Daerah Kubang Pasu diumumkan sebagai johan masjid terbaik bagi kategori masjid bandar. Kedua-dua masjid ini dipilih sebagai masjid terbaik sempena Sambutan Maal Hijrah 1423 berdasarkan kepada empat kreteria iaitu kebersihan dan keceriaan, pengimarahan yang berterusan, pengurusan yang berkesan dan sering memberi kerjasama yang baik kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Daerah dalam semua program yang dianjurkan di masjid. Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Tuan Syeikh Abu Bakar Kassim dan Datin Hajah Daharah Ismail bergambar bersama hadiah yang dimenangi selepas diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Lelaki dan Wanita 1423 Hijrah peringkat negeri Kedah Darul Aman.

SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Riwayat hidup

Sumbangan

Peranan

Riwayat hidup

Riwayat hidup

Riwayat hidup

Riwayat hidup

Sumbangan

Sumbangan

Sumbangan

Sumbangan

Sumbangan

Sumbangan

Peranan

Peranan

Peranan

Riwayat hidup

PAGE 9Program Intervensi i-Learn Bahagian Teknologi Pendidikan