kemahiran berfikir merentas kurikulum bahasa melayu

5
KEMAHIRAN BERFIKIR MERENTAS KURIKULUM BAHASA MELAYU Saya merupakan seorang yang berpengalaman dalam mengajar selama tujuh di sekolah rendah dan sepuluh tahun di sekolah menengah telah menggunakan Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis setiap hari dalam topik-topik yang diajar seperti karangan, tatabahasa dalam pengajaran di bilik darjah. Dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas, saya telah menerapkan di dalam diri saya untuk tidak terikat dengan teknik pembelajaran yang hanya terikat kepada menghafal sahaja. Dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan memastikan segala aktiviti pembelajaran yang saya lakukan dalam melaksanakan kurikulum Bahasa Melayu adalah mencetus minda murid-murid saya untuk menakul dan berfikir secara kreatif. Pada pendapat saya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sepatutnya memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan bahasa secara meluas supaya kecekapan berbahasa dapat ditingkatkan dalam kemahiran berfikir, penguasaan ilmu, nilai dan sahsiah diri murid. Ini termasuklah: 1. Mengadakan aktiviti berasaskan kerjasama bagi menggalakkan bahasa Melayu di kalangan murid seperti aktiviti berkumpulan, simulasi, main peranan dan sebagainya.

Upload: aniese-san

Post on 06-Sep-2015

9 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kemahiran berfikir

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN BERFIKIR MERENTAS KURIKULUM BAHASA MELAYU

Saya merupakan seorang yang berpengalaman dalam mengajar selama tujuh di sekolah rendah dan sepuluh tahun di sekolah menengah telah menggunakan Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis setiap hari dalam topik-topik yang diajar seperti karangan, tatabahasa dalam pengajaran di bilik darjah.

Dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas, saya telah menerapkan di dalam diri saya untuk tidak terikat dengan teknik pembelajaran yang hanya terikat kepada menghafal sahaja. Dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan memastikan segala aktiviti pembelajaran yang saya lakukan dalam melaksanakan kurikulum Bahasa Melayu adalah mencetus minda murid-murid saya untuk menakul dan berfikir secara kreatif.

Pada pendapat saya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sepatutnya memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan bahasa secara meluas supaya kecekapan berbahasa dapat ditingkatkan dalam kemahiran berfikir, penguasaan ilmu, nilai dan sahsiah diri murid. Ini termasuklah:

1. Mengadakan aktiviti berasaskan kerjasama bagi menggalakkan bahasa Melayu di kalangan murid seperti aktiviti berkumpulan, simulasi, main peranan dan sebagainya.

2. Menggalakkan murid menggunakan bahasa Melayu dengan mengamalkan kemahiran belajar dan berfikir untuk mendapatkan maklumat.

3. Mengembangkan sesuatu daripada pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid melalui aktiviti yang dilakukan sebelum dan selepas pelajaran sebagai aktiviti pengukuhan dan lanjutan.

4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa supaya murid berminat dan berani mengemukakan soalan serta menjawab penuh yakin menggunakan bahasa Melayu.

5. Menggalakkan murid menggunakan bahan sumber seperti indeks, glosari, kamus, akhbar, majalah dan lain-lain.

Dengan terbentuknya suasana pembelajaran yang mendorong penggunaan bahasa secara meluas, secara tidak langsung murid-murid akan berpeluang memperbaiki dan meningkatkan kecekapan berbahasa . Pada masa yang sama, guru perlu membuat penilain terhadap kerja murid, meneliti aspek berbahasa murid dan memperbaikinya secara berperingkat.

Dalam meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid saya di dalam kelas, saya telah menggunakan beberapa teknik pembelajaran bagi meransang daya pemikiran murid-murid saya seterusnya meningkatkan kemahiran-kemahiran yang lain dalam diri mereka. Antara teknik yang saya gunakan dalam proses pembelajran adalah teknik perbincangan di dalam kelas. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan murid dibawah penyeliaan dan kawalan saya ketika di dalam kelas. Teknik perbincangan ini merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu/masalah yang diberikan oleh saya ketika berada di dalam kelas.

Teknik perbincangan ini melibatkan aktiviti perbincangan antara murid di dalam kumpulan secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi sebelum dibentangkan dihadapan kelas. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar meningkatkan kemahiran mereka berfikir, malah dapat mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

Selain itu, dalam meningkatkan kemahiran berfikir merentas kurikulum Bahasa Melayu murid-murid saya di dalam kelas, saya juga meggunakan teknik drama dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Melalui teknik ini, ia bukan sahaja dapat membantu saya mencapai objektif pembelajaran dengan meningkatkan kemahiran bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis murid malahan juga meningkatkan kemahiran mereka berfikir. Hal ini kerana, murid menggunakan kemahiran membaca seperti membaca dialog ,kemahiran mendengar iaitu murid perlu mendengar apa yang di ucapkan oleh rakan mereka dalam menjalankan aktiviti drama dan kemahiran menulis iaitu dalam aktiviti drama murid perlu membina perkataan dan juga ayat dengan menggunakan idea mereka dalam menjalankan aktiviti drama.

Selain itu, antara objektif yang dapat dicapai melalui teknik drama ini ialah membina kepekaan melalui aktiviti mendengar, memahami dan menghayati dalam semua keadaan, dapat meningkatkan kemahiran bertutur dan berdialog dengan bahasa yang baik, indah dan bertatasusila. Meningkatkan daya pemikiran murid supaya murid kreatif dan inovatif, meningkatkan disiplin dan keyakinan diri murid melalui arahan dan panduan yag ditetapkan. Seterusnya menyuburkan daya penghayatan terhadap kehidupan dan alam sekiling serta mencungkil dan mengembangkan bakat dan kebolehan semula jadi murid dalam bidang lakonan.

Aktiviti menggunakan teknik drama ini dapat membantu murid dari segi rangsangan iaitu aktiviti ini dijalankan untuk menarik minat dan tumpuan murid terhadap murid dan dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu sebagai pengukuhan dan pengayaan iaitu drama dalam pengajaran bahasa dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan terhadap pembelajaran yang telah berlaku. Contohnya setelah mengajar makna perumpamaan, murid diminta melakonkan satu peristiwa untuk menerangkan maksud perumpamaan itu.

Saya juga menggunakan teknik bercerita bagi membantu murid dalam meningkatkan kemahiran berfikir merentas kurikulum Bahasa Melayu. Melalui teknik ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid, malah ia dapat meningkatkan kemahiran mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertutur murid-murid iaitu semasa guru bercerita murid perlu memberi perhatian mendengar dengan teliti apa yang diceritakan oleh guru dan guru akan bersoal jawab dengan murid yang melibatkan kemahiran berfikir dan bertutur. setelah guru bercerita guru akan meminta murid membuat ulasan terhadap tajuk yang diceritakan oleh guru dan ini melibatkan kemahiran menulis dan membaca.

Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.