kemahiran berfikir

21
BAGAIMANA KEMAHIRAN BERFIKIR DAPAT DICAPAI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Kemahiran berfikir dapat dilaksanakan melalui kaedah berikut : Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam sesuatu kumpulan kecil dengan mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa dari segi kebaikannya dan kelemahannya. Menggunakan teknik menyelesaikan masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu aternatif, kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat sesuatu rumusan. Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan atau semasa membuat keputusan. Membimbing pelajar meneliti segala akibat (berikut sesuatu tindakan) yang mungkin berlaku dalam masa jangka pendek serta masa jangka panjang. Membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan orang lain. Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat. Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut: menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah

Upload: muhammad-najmi

Post on 13-Jul-2016

30 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

alat berfikir

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran berfikir

BAGAIMANA KEMAHIRAN BERFIKIR DAPAT DICAPAI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.

Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun

maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan

yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Kemahiran berfikir dapat dilaksanakan melalui kaedah berikut :

Mengadakan perbincangan di antara pelajar dalam sesuatu kumpulan kecil dengan

mempertimbangkan sesuatu idea atau isu semasa dari segi kebaikannya dan

kelemahannya.

Menggunakan teknik menyelesaikan masalah yang sesuai untuk mencari sesuatu

aternatif, kemungkinan atau pilihan untuk membuktikan hipotesis atau mendapat

sesuatu rumusan.

Membimbing pelajar supaya mempertimbangkan semua faktor dalam proses pilihan

atau semasa membuat keputusan.

Membimbing pelajar meneliti segala akibat (berikut sesuatu tindakan) yang mungkin

berlaku dalam masa jangka pendek serta masa jangka panjang.

Membimbing pelajar meninjau sesuatu idea atau pendapat dari sudut pandangan

orang lain.

Membimbing pelajar supaya memahami dan menentukan tujuan dan objektif tentang

sesuatu perkara dalam kajian dengan cara yang tepat.

Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut:

menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah

membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana guru perlu

memutuskan satu tindakan wajar

membuat hubung kait antara konsep-konsep yang berbeza

meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana guru dapat

membayangkan apa yang akan berlaku dalam sesuatu situasi yang bermasalah.

membuat hipotesis iaitu membuat pernyataa masalah yang boleh diuji kesahannya.

mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta yang berasingan

untuk menghasilkan satu gambaran yang menyeluruh.

mengitlak iaitu membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat pernyataan-

pernyataan umum

Page 2: kemahiran berfikir

menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan antara

konsep-konsep yang berlainan

membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu yang

abstrak di dalam pemikirannya.

merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang boleh

digunakan dalam proses pengakaran dan pembelajaran.

Page 3: kemahiran berfikir

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Pelajar perlu menguasai teknik belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenalpasti

kelemahan dan kekuatan diri mereka dalam proses pembelajaran sama ada di dalam kelas

mahupun luar kelas. Hal ini mampu mendorong pelajar tersebut berusaha untuk mencari

jalan dalam mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan dan kekuatan yang ada

untuk memaksimumkan tahap pencapaian dalam pelajaran.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap

pelajar.Kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang mampu

melipatgandakan keberkesanan belajar. Kemahiran Belajar juga ditafsirkan sebagai kaedah

sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat.

Terdapat banyak konsep kemahiran belajar secara berkesan, antaranya ialah belajar

merupakan salah satu kegiatan yang melibatkan penghafalan. Pelajar tersebut akan

menggunakan kaedah penghafalan dalam teknik pembelajarannya. Selain itu, belajar juga

memerlukan pelaksanaan latih tubi yang berterusan. Hal ini dapat membantu ingatan

seseorang agar tidak mudah lupa maklumat-maklumat penting dalam pembelajaran. Belajar

juga merupakan hasil pengumpulan maklumat dan membuat rujukan kerana dengan

melaksanakan proses pembelajarn banyak input dan fakta baru serta maklumat yang boleh

diperoleh.

Pandangan seseorang terhadap konsep belajar ini boleh mempengaruhi melalui tingkah

lakunya. Contohnya, bagi seseorang yang mempunyai pengertian bahawa belajar itu adalah

menghafal semata-mata maka tingkah lakunya di dalam belajar banyak ke arah menghafal

sesuatu. Kebanyakan pelajar tidak memahami sesuatu pembelajaran tersebut. Maka,

mereka akan menghafal fakta penting bagi menduduki peperiksaan. Manakala, jika

pandangan belajarnya ke arah latih tubi pula maka tindakannya banyak ke arah membuat

latihan, membuat ulangkaji dan seumpamanya.

Page 4: kemahiran berfikir

Penguasaan kemahiran Belajar Cara Belajar amat penting bagi pelajar lantaran terhadnya

masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas. Hal ini menyebabkan pelajar juga

mendapat ilmu pengetahuan yang terhad. Oleh yang demikian, pelajar perlulah menguasai

dan memahami teknik belajar cara belajar agar dapat memperoleh maklumat tambahan dan

menigkatkan prestasi mereka daln sesuatu pembelajaran. Dalam erti kata lain, BCB

membantu pelajar agar mampu melaksanakan kemahiran belajar mereka secara berkesan

tanpa kehadiran seorang guru. Oleh itu, pelajar mampu menilai tahap pembelajaran mereka

sendiri dan seterusnya dapat memikirkan cara dalam meningkatkan prestasi mereka sendri.

Pembelajaran turut melibatkan usaha dalam menguasai kemahiran dan pengetahuan di

samping membentuk sikap pelajar itu sendiri. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan

menunjukkan individu mempunyai kemahiran belajar yang berbeza ketika memproses

sesuatu maklumat. Kaedah tersendiri yang digunakan oleh setiap individu ketika mencari,

menyimpan dan mengeluarkan semua maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran .Oleh

itu untuk berjaya, setiap pelajar perlu memiliki sikap ingin belajar dan mampu menguasai

kaedah belajar agar pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi.

Kemahiran Belajar adalah satu proses tindakan seseorang untuk mendapatkan perubahan

tingkah laku yang baru secara keseluruhan. Tambahan pula, Kemahiran Belajar juga

dikenali sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam melaksanakan interaksinya

dengan persekitaran. Selain itu. Kemahiran belajar merupakan satu proses yang digunakan

oleh seseorang untuk memproses maklumat yang diperoleh dan membawa kepada

perubahan atau peningkatan tingkah laku. Dalam kemahiran belajar ini, hanya beberapa

maklumat penting sahaja yang masuk ke dalam minda dan disimpan dalam memori. Hal ini

dapat mengelakkan daripada seseorang itu terlupa akan maklumat yang penting.

Page 5: kemahiran berfikir

KEMAHIRAN BERFIKIR

George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan pelakuan semula

jadi yang kompleks. Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran

lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir

untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Meyer (1977) pula

melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku

dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Chaffee (1988)

pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah. .Fraenkel (1980) pula berpendapat bahawa pemikiran merupakan proses

menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat

pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan masalah.

Rumusan daripada definisi di atas ialah:

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.

Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun

maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan

yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR

-Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk

menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul.

Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk

digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

-Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak

manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan

penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan

menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang

logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

Page 6: kemahiran berfikir

PROSES BERFIKIR

 Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi

terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

i. OperasiKognitif

- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas,

membanding, membuat urutan dan lain-lain.

ii. OperasiMetakognitif

- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu

memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-

komponen berfikir.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran

berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.

Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap

kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.

Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik,

kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah

hasil yang diharapkan.

Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu

berfikir.

Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih

baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau

melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di

akhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang

lain.

Page 7: kemahiran berfikir

ALAT BERFIKIR

1.Cognitive Research Trust 1(CoRT 1)

Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita

gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keptusan atau

untuk menyelesaikan masalah. Alat-alat tersebut ialah:

1. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Intereting (PMI)]

B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.

B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.

M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi

menarik tentang sesuatu idea.

Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita

berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus

menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

2. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)]

Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan,

keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir CAF

boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan

masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyebaraikan semua faktor

yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan

penting sahaja.

3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)]

Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta,

mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam

mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari

semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia

sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan. Kita

juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada orang

lain, masyarakat dan juga alam sekitar.

Page 8: kemahiran berfikir

4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]

Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi

kita atau kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian

dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun

untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya

matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya.

5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]

Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul masalah

untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita

senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk tujuan pemilihan

ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana

tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.

6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices (APD)]

Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun membuat

sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan

kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat

melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut

dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada banyak pilihan

dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk menggunakan alat FIP yang

telah dibincangkan sebelum ini.

7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]

Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan

orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan

orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua

peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang

yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalam sesuatu hal yang kita

putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak.

Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain, cuma

pendapatnya kadang kala berbeza.

Page 9: kemahiran berfikir

2. PENGURUSAN GRAFIK

Pengurusan grafik merupakan salah satu bentuk lakaran ata ilustrasi yang dapat membantu

mengurus cara berfikir seseorang ke rah yang lebih tersusun dan mantap.Pengurusan grafik

ialah satu pendekatan yang memuatkan keseluruhan ruang maklumat dalam satu lembaran

kertas.Pengurusan grafik menyediakan visual, gambar yang holistik mengenai fakta dan

konsep serta perkaitan keduanya.Ia juga dkenali dengan peta kognitif.

Contoh-contoh pengurusan grafik ialah :

-Gambar Rajah Venn

-Carta

Page 10: kemahiran berfikir

-Graf

-Peta minda

Page 11: kemahiran berfikir

-Jadual Matrik Grid Gaya Pengurusan

-Rajah Lingkaran

Page 12: kemahiran berfikir

Tujuan Penggunaan Pengurusan Grafik ialah :

-pengurusan grafik dapat membantu pengajaran dan pembelajaran kepada kaedah yang

lebih berkesan.

-dapat membantu merancang dan menyusun idea pelajar yang ingin membuat

persembahan sesuatu projek secara berkumpulan.

-dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang. Penggunaan pengurusan grafik

secara terancang dan bertepatan dengan objektifpengajaran dapat memaksimumkan

kemahiran komunikasi guru dan pelajar.

-dapat mengenal pasti proses pemikiran kendiri seseorang.

Page 13: kemahiran berfikir

4.I-Think

Thinking Maps merupakan alat berfikir  yang dipersembahkan dalam 8 bentuk petapemikiran secara

visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Iaboleh digunakan oleh kanak-kanak

seawal usia 4 tahun. Berikut adalah ilustrasi thinkingmaps tersebut:

 

Thinking process: Defining in Context 

 Proses pemikiran :Mendefinisikan mengikut konteks

1.Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkanpengetahuan sedia berkaitan

sesuatu tajuk dengan memberikanmaklumat mengikut konteks.

 

Thinking process: Describing using adjectives

(Proses pemikiran: Menerangkan atau memperihalkanmenggunakan adjektif) 

2. Bubble Map ialah alat yang digunakan untuk memperkayakebolehan pelajar bagi mengenalpasti atau

menunjukkan kualiti. Iabiasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

Page 14: kemahiran berfikir

Thinking process: Compare and Contrast(Proses pemikiran: Banding beza)

3. Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.

 

Thinking process: Classification

(Proses Pemikiran: Membuat pengelasan)

4. Tree Map digunakan untuk mengklasifikasi bahan atau idea.Sebagai contoh; ambil sebahagian

daripada sesuatu tajuk ataucerita dan kelaskan sebab utama sesuatu keadaan atau situasi

Page 15: kemahiran berfikir

5. Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama

atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

Page 16: kemahiran berfikir

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan

akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah

kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah

akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan

proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Page 17: kemahiran berfikir