kemahiran berfikir

36
ISI KANDUNGAN BI L TAJUK M/S 01 PENGHARGAAN 2 02 PENGAKUAN 3 03 ARAHAN SOALAN 4-8 04 SOALAN BERKUMPULAN 9-14 05 SOALAN INDIVIDU 15-26 06 REFLEKSI DIRI 27-29 07 RUJUKAN 30 08 LAMPIRAN 31- 1

Upload: mohd-syamsul-mohd-syamsul

Post on 22-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

asas dalam kemahiran berfikir

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

BILTAJUK

M/S

01PENGHARGAAN

2

02PENGAKUAN

3

03ARAHAN SOALAN

4-8

04SOALAN BERKUMPULAN

9-14

05SOALAN INDIVIDU

15-26

06REFLEKSI DIRI27-29

07RUJUKAN

30

08LAMPIRAN

31-

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, dapat juga saya lengkapkan kerja kursus kemahiran berfikir ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Ruslin Bin Ekon kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan serta nasihat sepanjang proses kerja kursus ini disempurnakan.Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang memberikan semangat serta dorongan untuk menyempurnakan tugasan ini. Kepada rakan-rakan juga diucapkan ribuan terima kasih atas bantuan berupa idea serta tunjuk ajar bagi menyempurnakan kerja kursus ini mengikut arahan yang ditetapkan. Mereka dengan ikhlas berkongsi pengetahuan dengan saya.Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada individu-individu lain yang telah membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung sehingga terhasil dengan sempurnanya kerja kursus ini.

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya

(AG MOHD SYAMSUL BIN ROSLI)PPISMP PENDIDIKAN ISLAM21 MAC 2013.

ARAHAN SOALAN

TUGASAN KUMPULAN

1

MEWUJUDKAN PELBAGAI SUMBER TENAGA YANG DIGUNAKAN UNTUK NEGARA PADA MASA AKAN DATANG

Mempunyai banyak sungai dan air terjunmempunyai iklam yang seimbangSumber bahan api berkuranganPelupusan sampah semakin terukmelibatkan kawasan yang luasmenyebabkan pencemaranmenyebabkan penyakitHIDROELEKTRIKSungaiAir terjunBIOJISIMSisa aktiviti pertanian & ternakanSampah SURIACahaya matahariPulau habaTerkumpulnya toksin dalam tanahKetidakseimbangan rantaian makanan hidupan flora dan faunaPemanasan bumiMasalah ekosistembanyak hutan hujan tropikaKawasan khatulistiwahujan dan panas sepanjang tahun

MANFAAT Roda air, stesen kuasa hidroelektrik, bendungan pasang surut dan mesin gelombang tidak memerlukan sebarang bahan api untuk menggerakannya.

Tidak menghasilkan sebarang pencemaran.

Kos pengendaliannya rendah.

Boleh diharapkan untuk menyumbang pendapatan negara seperti Empangan Bakun.

Empangan dan bendungan pasang surut juga boleh digunakan sebagai jambatan untuk menyeberangi sungai dan teluk.

MASALAH Empangan banyak membanjiri kawasan darat dan menjejaskan hidupan liar setempat serta merosakan kediaman.

Kebanyakan tempat yang sesuai untuk membinanya terletak jauh dari Bandar. Oleh itu banyak kabel diperlukan untuk membekalkan elektrik.

Pokok yang dilanda banjir menghasilkan metana apabila reput dan keadaan ini meningkatkan pemanasan global.

Lumpur bertimbunan di belakang empangan menyebabkannya kurang berguna.

Ladang di hilir sesebuah empangan kurang mendapat mineral untuk menanam tanaman.MANFAAT Menggunakan tenaga haba dan cahaya daripada matahari dan menyebabkan tidak berlaku sebarang pencemaran.

Tenaga suria ialah sumber yang boleh diperbaharui. Oleh itu sumber ini tidak akan habis.

Tenaga matahari adalah percuma dan dapat digunakan di mana-mana sahaja selagi matahari menyinar, dari taman di belakang rumah anda sehingga jauh ke angkasa.

MASALAH Anda tidak boleh menggunakan tenaga matahari pada waktu malam dan terdapat sedikit sahaja tenaga ini pada waktu mendung.

Bateri yang mahal diperlukan untuk menyimpan elektrik yang dihaslikan pada waktu siang supaya dapat dilepaskan pada waktu malam.

Sesetengah alat yang lebih besar yang menggunakan tenaga Matahari memerlukan perbelanjaan yang besar untuk dibina. Sel suria juga adalah mahal dan selalunya hanya dpat menukarkan 15 peratus sahaja tenaga cahaya yang terpancar keatasnya untuk menjadi tenaga elektrik.

MANFAAT Bahan api biojisim ialah sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Oleh itu bahan ini tidak akan habis.

Apabila terbakar,kayu membebaskan karbon dioksida. Walaubagaimanapun, bahan api biojisim tidak meningkatkan pemanasan global. Pokok memindahkan karbon dioksida daripada atmosfera semasa membesar. Oleh itu, pembakaran kayu akan mengembalikan karbon dioksida yang telah diambil oleh pokok yang sedang membesar.

Menghasilakan tenaga biogas,bioetanol dan biodiesel.

MASALAH Kayu sangat besar dan mengeluarkan banyak asap dan abu semasa terbakar.

Kayu lebih sukar dinyalakan berbanding dengan gas asli dan bahan api daripada minyak mentah.

Hutan akan musnah jika pokok baru tidak ditanam semula untuk menggantikan pokokyang telah ditebang.

Etanol dan biodiesel yang dihasilkan daripada tanaman yang sangat banyak dan mengambil ruang tanah yang sepatutnya digunakan untuk memberikan makanan kepada penduduk dan bukannya untuk digunakan sebagai bahan api kenderaan.KESIMPULANNYA.

Kumpulan kami memilih

BIOJISIM

SEBAB Boleh diperbaharui lagi dengan mengaplikasi proses biojisim dengan menanamnya kedalam lubang hasil petroleum Menyelesaikan masalah pelupusan sampah Mengurangkan pencemaran Sesuai untuk keadaan geografi dan bentuk muka bumi Malaysia Mengurangkan kada penyebaran penyakit akibat haiwan perosak

TUGASAN INDIVIDU

PENGENALAN ALAT CORT 1 (KELUASAN PERSEPSI)

Alat CoRT ialah instrument dalam membentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi (Som dan Mohd Dahlan ,1998).Istilah CoRT ini adalah singkatan daripada perkataan cognitive research trust. Singkatan ini dicipta oleh Edward De Bono semasa beliau mencubakan alat ini di sekolah-sekolah kajiannya di barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar. Oleh sebab dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan yang tinggi maka, Edward de Bono mengamanahkan alat kognitif ini kepada guru-guru supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

TUJUAN CoRT 1CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan (Widad dan Kandar,2006)

Secara individu jawab lima soalan di bawah:-

A) Seorang ibu berpendapat anak-anaknya terlalu banyak menonton sehingga beliau meletakkan tabung syiling di atas televisyen dan sesiapa yang ingin menonton mesti membayar mengikut jam.Apakah PMI ke atas idea ini?Menerusi PMI ( Plus,Minus,Interesting-Baik,Buruk ,Menarik) pelajar diminta memikirkan dan menyenaraikan semua kebaikan,keburukan dan yang menarik pada sesuatu idea yang diutarakan.Alat ini dapat meluaskan pemikiran seseorang apabila menghadapi sesuatu situasi.Selain itu ia dapat mengelakkan kecenderungan seseorang bertindak emosional dalam menghadapi sesuatu idea. Aplikasi penggunaan alat berfikir PMI dalam penyelesaian masalah yang telah berlaku :

B) Aplikasikan CAF ke atas cadangan berkongsi kereta ke tempat kerja.

Menerusi CAF(Consider All Factors - Ambil kira semua faktor) pelajar diminta meneroka terlebih dahulu kesemua aspek dengan terperinci dan menyeluruh sebelum member idea.Tujuannya untuk mengelakkan tertinggalnya faktor yang utama dan penting.Faktor-faktor yang ingin disenaraikan boleh dikelaskan kepada beberapa bahagian. Seperti dalam membuat keputusan mengenai cadangan berkongsi ke tempat kerja ini, faktor dari segi sosial, alam sekitar, kewangan, keselesaan serta sebagainya boleh dipertimbangkan. Antara faktornya adalah sebagaimana dalam jadual berikut:

FAKTOR SOSIAL

BAIKBURUK

Merapatkan hubungan silaturahim antara rakan sekerja. Wujudnya masyarakat hipokrit sama ada ikhlas atau tidak untuk berkongsi kereta.

Mewujudkan integriti kaum memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk. Menimbulkan rasa curiga antara penumpang dengan penumpang dan mungkin juga melibatkan pemandu.

Tidak ada privasi untuk melakukan sesuatu.

FAKTOR ALAM SEKITAR

Mengurangkan kadar pencemaran udara dan bunyi akibat kurangnya jumlah kenderaan.

Mengurangkan kesesakan di jalan raya terutamanya ketika waktu puncak.

FAKTOR KESESAKKAN DAN KESELESAAN

Mengurangkan kenderaan di jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Mengelakkan kemalangan jalan raya dari berlaku.

Keadaan di dalam kenderaan menjadi padat dan tidak selesa .

FAKTOR KEWANGAN

Kos petrol menjadi rendah kerana berkongsi bayaran

Kenderaan awam semakin kurang mendapat sambutan.

E)Pada masa akan datang manusia mungkin bekerja tiga jam sehari sahaja disebabkan peningkatan dalam penggunaan robot. Buat satu C & S untuk jangka masa panjang mengenai isu ini.Menerusi C&S (Consequence and Sequel - Kesan dan akibatnya) pelajar diminta untuk memikirkan apa yang dijangka akan berlaku selepas sesuatu keputusan diambil. Dengan itu pelajar akan dapat meramal kesan dan akibat bagi keputusan yang telah dilakukan.TEMPOH MASAKESAN

POSITIF AKIBAT/NEGATIF

1-5 tahun Memudahkan kerja manusia. Pengambilan pekerja berkurangan.

5-10 tahun Proses menghasilkan produk cepat. Kurangnya kemahiran menghasilkan produk.

15-20 tahun Ekonomi Negara semakin maju. Negara menanggung kos pembaikan robot yang tinggi.

20 tahun-keatas Eksport dan import Negara meningkat. Lambakan pengganguran.

20 tahun-keatas Tidak berlaku sebarang kecederaan mahupun kemalangan yang melibatkan manusia.

Penyakit strok disebabkan kurang pergerakan.

E)Jika ibu bapa boleh memilih sifat-sifat guru untuk memilih sifat-sifat guru untuk anak-anak mereka.Apakah lima sifat yang paling penting yang perlu dipertimbangkan? Aplikasikan FIP untuk soalan ini. Beri huraian untuk jawapan anda.Menerusi alat FIP (First Important Priorites -Utama,Penting,Prioriti) Guru memberi focus kepada apa yang penting.Ia digunakan setelah pelajar menggunakan alat-alat lain.Tujuan pengenalan alat ini adalah untuk menentukan priority dan mengelakkan perkara yang tidak patut diutamakan.Dalam hal ini, terdapat banyak sifat-sifat guru yang penting. Namun, ada antara sifatnya yang menjadi keutamaan serta prioriti. Kita boleh menyenaraikannya seperti di bawah:

PRIORITI UTAMA SIFAT-SIFAT GURU

Mementingkan kerjayaRasional: Menjamin bahawa guru tersebut melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi, bersemangat serta tidak menyeleweng serta mendahulukan kerja berbanding masalah lain.

Menepati masaRasional: Menjadikan guru tersebut seorang yang prihatin dan sering amanah terhadapt tugasnya bagi mengelakkan dirinya ponteng dari menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Rajin Rasional: Menjadikan guru tersebut rajin untuk bertanyakan pelbagai masalah kepada pelajarnya samada masalah peribadi ataupun pelajaran.

BerdisiplinRasional: Seorang guru haruslah mempunyai disiplin diri yang baik.Hal ini amat penting kerana seseorang murid akan hormat dan taat kepada gurunya yang mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Berpendidikan tinggiRasional : Guru mesti mempunyai pendidikan yang tinggi agar mempunyai ilmu yang luas bagi memberi penerangan yang terbaik dan berkesan kepada pelajar.

G)Terdapat kesesakan lalu lintas udara dan lapangan terbang.Kelewatan sering berlaku dan terdapat juga risiko kemalangan antara pesawat.Anda dijemput untuk menyertai pasukan khas untuk menyelesaikan masalah ini.Apakah AGO pasukan khas ini?Bahagikan masalah utama kepada tiga masalah kecilApakah AGO pasukan khas untuk setiap masalah kecil ini?Menerusi alat AGO (Aims, Goals and Objectives tujuan,matlamat,objektif) guru diminta memberi kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan matlamat.Pelajar perlu member perhatian kepada tujuan asal agar matlamat yang dibina akan tercapai.Sebagaimana untuk menyelesaikan masalah masalah kesesakan lalu lintas udara dan di lapangan terbang ini, pastinya beberapa program di atur untuk mencegahnya. Program tersebut haruslah berlandaskan AGO yang jelas seperti :TUJUAN:

MATLAMAT:

OBJEKTIF:

MASALAH: KESESAKAN LALU LINTAS UDARA DAN LAPANGAN TERBANG

REFLEKSI

Pada Semester ini, kami diarahkan untuk melaksanakan satu projek kemahiran berfikir bagi memenuhi kelengkapan pemarkahan pada semester ini.Objektif utama kerja kursus ini dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana kami dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam pelbagai situasi.Selain itu juga,modus operandi kerja kursus ini juga adalah untuk melihat sejauh mana penguasaan kami dalam menggunakan pelbagai jenis alat berfikir CoRT 1 dalam situasi yang berlainan.Pada permulaan proses menjalankan kerja kursus Kemahiran Berfikir kami sedikit sebanyak telah didedahkan dengan pengetahuan serta ilmu yang berkait rapat dengan tugasan kami.Menerusi penerangan yang efisien dan jelas oleh penyelaras subjek Kemahiran Berfikir iaitu En. Ruslin Bin Enkon.Penjelasan ini bagi saya amat bermakna untuk memastikan kerja kursus ini dilakukan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dari dalam mahupun luar.Pada permulaan projek ini,memang terasa bahawa diri ini tidak mampu untuk mengalas beban untuk menyiapkan kerja ini dalam tempoh masa 4 minggu.Namun berkat keazaman dan kemahuan diri sendiri untuk menyiapkan kerja ini, akhirnya projek ini berjalan mengikut kronologinya.Pada permulaanya,saya telah menjalankan proses mencari maklumat di Pusat Sumber IPG Kampus Keningau.Maklumat yang ingin dicari ialah mengenai kemahiran berfikir.Setelah mencari,akhirnya saya menemui 4 buah buku yang saya fikirkan amat berkait rapat dengan kehendak soalan yang telah diberikan.Setelah mendapatkan sumber maklumat,saya terus membaca buku tersebut bagi mengetahui selok-belok intisari tentang elemen kemahiran berfikir yang merangkumi alat berfikir,cara aplikasi alat berfikir serta teknik kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam buku tersebut..Namun proses pembacaan tersebut tidak berjalan dengan lancar ekoran ketidakfahaman terhadap maklumat yang telah dijelaskan.Akhirnya,dengan pengalaman yang sedia ada cikgu menerangkan secara ringkas dan lanjut tentang peranan alat berfikir dalam menyelesaikan masalah.Walaupun maklumat yang diberikan kurang jelas dan terperinci akhirnya saya menguatkan diri untuk membacanya berulang kali,akhirnya saya dapat juga memahami buku tersebut berdasarkan keperluan soalan serta memperoleh sedikit ilmu dari hasil tulisan yang telah dibaca. Setelah mencari maklumat dan menyelesaikan masalah yang telah saya hadapi.Akhirnya, dengan semangat yang berkobar-kobar saya memulakan tugasan tersebut.Dalam kompenan tugasan ini, terdapat dua kategori iaitu secara individu dan berkumpulan.Kompenan individu mengarahkan kami untuk mengaplikasikan kesesuaian alat-alat berfikir mengikut kesesuaian alat berfikir.Kami diarahkan untuk menjawap lima solan daripada tujuh soalan yang telah dikemukakan.Dalam soalan tersebut kami diarahkan untuk menghuraikan serba sedikit mengenai alat-alat berfikir dan mengaplikasikannya dalam pelbagai situasi yang telah diberikan.Setelah selesai melaksanakan kerja secara individu,saya dengan tekad beralih untuk melaksanakan kerja secara berkumpulan.Kumpulan saya disertai oleh Aziemah dan Zakiah.Dalam tugasan ini kami telah diarahkan untuk menyediakan satu kertas cadangan pelbagai sumber tenaga yang digunakan Negara pada masa akan datang.Melalui tugasan ini, kami disarankan untuk menggunakan pengurusan grafik yang sesuai.Akhirnya, kami memilih tiga sumber utama iaitu hidroelektrik,biojisim dan suria kerana menganggap tenaga tersebut amat penting untuk menggantikan sumber utama Negara iaitu petroleum yang semakin berkurangan.Kami berharap dengan idea-idea yang dicurahkan melalui kerja ini,serba sedikit kami dapat mengapliaksikan elemen-elemen kemahiran berfikir bagi keperluan Negara pada masa hadapan.Saya merasakan kerja kursus ini memang sukar pada awalnya,namun akhirnya kerja ini dapat disiapakan pada ketetapan tempoh yang telah ditetapkan.Hasil daripada pembelajaran kursus yang telah kami lakukan, saya serba sedikit dapat menjelaskan tujuan penggunaan alat-alat berfikir dan mengaplikasikannya semasa membuat keputusan Saya berharapa agar pengajaran menyelesaikan masalah dalam situasi semasa ini akan saya adaptasikan kedalam masalah seharian kelak.Semasa membuat kerja kursus ini, saya mendapat satu pengalaman yang amat berguna sebelum saya melangkah ke alam profesion perguruan dan persekitaran sekolah iaitu tidak ada benda yang tidak mempunyai jalan penyelesaian,jika seseorang berusaha untuk menyelesaikannya maka dia akan Berjaya.Tetapi jika dia malas dan memberi pelbagai alasan maka dia tidak akan menemui jalan penyelesaian.Ingatlah pepatah Melayu ada mengatakan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.Sebelum saya mengakhiri penulisan refleksi ini, saya berharap pensyarah yang mengajar pengajaran ini berpuas hati dengan kerja yang saya lakukan secara individu dan berkumpulan.Sekian terima kasih.

RUJUKAN

1. Andrew Solway, (2010).Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui. Cetakan Legasi Press Sdn. Bhd;Kuala Lumpur.2. Nigel.S & Steven.C, (2011). Tenaga Yang Boleh Diperbaharui. Cetakan IIUM Printing Sdn. Bhd;Selangor.3. Allan.C, (1997). Tenaga Diperbaharui. Cetakan Wing King Tong Co.Ltd;Hong Kong.4. Mohd Nashuha Jamidin dan rakan-rakan, (1997). Kemahiran Berfikir Dan Belajar.Cetakan Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd;Selangor.5. Dr. Mohd Nasrudin Basar & Siti Halimah Md. Yassin, (2012). Kemahiran Berfikir. Cetakan My Bookpal Sdn. Bhd;Selangor.6. Poh Swee Hiang, (1997). Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif. Cetakan Syarikat Inkon Sdn. Bhd;Selangor.

LAMPIRAN