kemahiran berfikir

31

Upload: dedek-zulzaimi

Post on 10-Jun-2015

5.672 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran berfikir
Page 2: kemahiran berfikir

MAKSUD KEMAHIRAN BERFIKIR

• Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal

menjalankan proses pemikiran.

Page 3: kemahiran berfikir

• Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Page 4: kemahiran berfikir

KONSEP BERFIKIR

Page 5: kemahiran berfikir

• Edward de Bono ( 1976 )- Kemahiran berfikir ini

membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk

menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

Page 6: kemahiran berfikir

• Dewey ( 1910 ) menegaskan :- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan

atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal

dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan

masalah dalam situasi yang dihadapi.

Page 7: kemahiran berfikir

• Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya

otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi

melalui tafakur.

Page 8: kemahiran berfikir

• Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

Page 9: kemahiran berfikir

TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

Page 10: kemahiran berfikir

Robert Sperry.

- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang

menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian

kanannya pula berfikir secara kreatif

Page 11: kemahiran berfikir

• . Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai

kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik

dan ingatan

Page 12: kemahiran berfikir

• . Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif,

sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama,

muzik dan imaginasi.

Page 13: kemahiran berfikir

• Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan

dan kiri hendaklah dikembangkan.

Page 14: kemahiran berfikir

v Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner.

• - Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang

berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai

tujuh kecerdasan iaitu;

Page 15: kemahiran berfikir

•Kecerdasan muzik•Kecerdasan tubuh

kinestetik•Kecerdasan interpersonal•Kecerdasan intrapersonal

Page 16: kemahiran berfikir

• Kecerdasan linguistik• Kecerdasan logical-matematik• Kecerdasan visual-Spatial

Page 17: kemahiran berfikir

Epistemologi : Imam Al-Ghazali.

• Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).

Page 18: kemahiran berfikir

• Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan

asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.

Page 19: kemahiran berfikir

• Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan

penaakulan sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu

menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh

difikirkan.

Page 20: kemahiran berfikir

v Teori Konstruktivisme

• Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan

Page 21: kemahiran berfikir

• Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu

pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan

menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan

pengalaman sedia ada.

Page 22: kemahiran berfikir

• Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan

operasi mengarah dan mengawal proses kognitif

tersebut.

Page 23: kemahiran berfikir

ALAT BERFIKIR• Penguasaan murid terutama dalam

kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan•

Page 24: kemahiran berfikir

• . Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu

mengabungkan maklumat-maklumat baru.

Page 25: kemahiran berfikir

JENIS-JENIS PEMIKIRAN• Pemikiran Konvergen

Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim

Page 26: kemahiran berfikir

• . Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada..

Page 27: kemahiran berfikir

• Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu

jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau

pemikiran berpandu

Page 28: kemahiran berfikir

• Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran

kritis.Proses pemikiran yang terlibat

dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan,

menyatakan, membanding dan membeza.

Page 29: kemahiran berfikir
Page 30: kemahiran berfikir
Page 31: kemahiran berfikir