kemahiran asas ragbi sentuh

Upload: lancelot-enchen

Post on 08-Aug-2018

6.771 views

Category:

Documents


138 download

TRANSCRIPT

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    1/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    PENDIDIKAN JASMANI 1

    11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBISENTUHInstitut Pendidikan Guru Kampus Tawau

    LANCELOT DOOM & ARDIZAN

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    2/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    Pembentang:

    - Lancelot Doom- Adizan Jalimin

    Kemahiran Asas:

    - Menghantar bola- Mengelecek dan mengelak- Menghadang dan menyentuh

    Kumpulan Unit:

    PPISMP PJ Semester 3

    Jumlah pelajar: 18 orang

    Peralatan yang digunakan:

    Bilangan. Perkara Jumlah unit

    1. Bola ragbi 10

    2. Kon kecil 16

    3. Gelung 4

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    3/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    Regangan

    Regangan dilakukan bermula dari kepala hingga kaki dengan kiraan 8.

    Pemanasan badan/meningkatkan kadar nadi

    Aktiviti 1: Menghantar bola ragbi ke belakang dalam satu barisan.

    1. Sebelum aktiviti bermula, pelajar akan disuruh duduk dalam satubarisan, kemudian berdiri mengikut abjad tinggi iaitu dari rendah

    ke tinggi setelah menerima arahan.

    2. Kumpulan yang lambat akan dikenakan latihan kecergasan.3. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan hantaran bola iaitu

    hantaran sisi, atas kepala dan bawah kaki.

    4. Sekali lagi, kumpulan yang lambat akan dikenakan latihankecergasan.

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    4/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    Aktiviti 2: Galah panjang

    Pelajar yang terlibat: Semua pelajar1. Dibahagikan kepada 4 kumpulan (4 lawan 5)2. Hanya penjaga dihadapan sahaja yang boleh memotong di garisan

    tengah.

    3. Kumpulan pertama cuba untuk melepasi halangan.4. Kumpulan kedua akan menghalang kumpulan pertama.5. Sesiapa yang kena sentuh, pemain keluar terus dari gelanggang,

    yang tinggal akan teruskan permainan.

    6. Latihan kecergasan akan diberikan kepada pasukan yang kalah.

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    5/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    Kemahiran menghantar bola sisi

    Ansur maju:

    1. Berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu.2. Untuk menghantar bola kesebelah kanan, kaki kiri mestilah

    berada di hadapan dan kaki kanan berada di belakang.

    3. Untuk menghantar bola kesebelah kiri, kaki kanan mestilahberada di hadapan dan kaki kiri berada di belakang.

    4. Badan dihalakan ke arah rakan, tarik tangan ke belakang dantolak bola ke arah rakan.

    5. Untuk hantaran yang lebih jauh, tolak bola kemudian ikut lajak.

    Hantaran bola sisi (statik)

    Aktiviti 1:

    1. Hantaran sisi ini dilakukan secara berpasangan. (9 pasangan)2. Jarak hantaran yang pertama ialah 3 meter seterusnya 5 meter.3. Disamping menghantar bola, mereka juga dapat mempelajari cara

    untuk menangkap bola.

    3M 5M

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    6/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    Hantaran bola sisi (dinamik)

    Ansur maju:

    1. Bawa bola dengan melakukan hantaran kepada rakan dari stesenA ke stesen B.

    2. Orang yang menerima bola mestilah berada di belakang orangyang menghantar bola.

    Aktiviti 2:

    1. Dengan menggunakan tiga orang dalam satu kumpulan, hantaransisi dilakukan secara dinamik dari stesen A ke stesen B, kemudian

    bola diserahkan kepada orang di stesen B.

    2. Stesen B akan melakukan perkara yang sama dan berterusanhingga pelajar mahir.

    STESEN A STESEN B

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    7/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    Hantaran bola sisi (flick)

    Aktiviti 3:

    1. Aktiviti ini hampir sama dengan aktiviti 2, tetapi pelajar akanbergerak mengikut kombinasi yang telah ditetapkan.

    2. Pembawa bola(A) membuat hantaran kepada orang yang ditengah(B), kemudian orang yang di tengah(B) akan lari keluar.Pada masa yang sama, orang yang paling hujung(C) akan

    masuk ke tengah dan menerima bola dari orang yang tengah

    tadi(B).

    3. Setelah menerima bola, orang tengah(C) lari keluar dan orangpertama(A) pula masuk ke dalam dan berterusan.

    4. Orang yang menerima bola mestilah berada di belakang orangyang menghantar bola.

    A

    B

    C

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    8/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    Kemahiran mengelecek dan mengelak

    Kemahiran mengelecek dan mengelak ini bertujuan untuk mengelak

    daripada disentuh bagi melepasi pihak lawan.

    Ansur maju:

    1. Pegang bola menghadap pasangan dan bersedia untuk larian2. Berlari ke satu arah, berhenti dan tukar arah larian dengan serta-

    merta.

    3. Teruskan larian

    Mengelecek dan mengelak

    Aktiviti 4:

    1. Pembawa bola berlari ke arah pihak lawan, kemudian tukar arahsama ada kiri atau kanan dan teruskan larian.

    2. Pihak lawan hanya mendepakan tangan dan berdiri statik dengankaki dibuka seluas bahu.

    3. Tukar posisi setelah selesai melakukan kemahiran ini.4. Orang yang menerima bola mestilah berada di belakang orang

    yang menghantar bola.

    Pembawa bola

    Pihak lawan

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    9/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    Kemahiran menghadang dan menyentuh

    Dalam kemahiran menghadang, pemain perlu menghalang pemain

    lawan daripada melakukan try bagi mendapatkan mata. Untuk

    mematikan pergerakan lawan, pemain menggunakan sentuhan.

    Ansur maju:

    1. Berdiri dengan mendepakan kedua-dua belah tangan2. Hadang pemain lawan dengan menumpukan pandangan kepada

    pergerakkannya.

    3. Bergerak ke kiri dan kanan dengan tangan didepakan. Cubahadang dan sentuh pemain.

    Menghadang dan menyentuh

    Aktiviti 5:

    1. Bahagi dua kumpulan lelaki dan perempuan.(1 lawan 1)2. Penghadang cuba untuk menyentuh pihak lawan.3. Pihak lawan cuba untuk lepaskan diri.

    Pihak lawan

    Penghadang

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    10/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    Permainan kecil

    Dalam permainan kecil ini, semua kemahiran asas akan digunakan.

    Peraturan:

    1. Jika pembawa bola disentuh dua kali, bola akan jadi milik pihaklawan.

    2. Hanya bola sahaja yang boleh disentuh.3. Try hendaklah dibuat dalam gelung yang telah disediakan.

    Padang ragbi sentuh

  • 8/22/2019 Kemahiran Asas Ragbi Sentuh

    11/11

    KEMAHIRAN ASAS RAGBI SENTUH 2011

    Penyejukkan badan

    Bermula dari kaki hingga kepala dengan kiraan 8

    Sesi soal jawab

    1. Nyatakan tiga kemahiran yang dipelajari?2. Dimanakah posisi anda ketika hendak menerima bola?

    Komen pensyarah: