kelengkapan perkhemahan

3
Kelengkapan perkhemahan. Barang – barang yang dibawa biasanya disimpan di dalam beg galas. Anggota KRS perlu membeli beg galas yang bersesuaian dengan aktiviti yang lasak dan memerlukan beg yang kuat dan kukuh. Di samping itu, terdapat berbagai – bagai peralatan yang penting perlu dibawa bersama semasa perkhemahan. Kraf perkhemahan. Kraf tangan yang biasa disediakan semasa perkhemahan KRS adalah membina gajet. Gajet dibina dan direka bertujuan bagi memudahkan kerja – kerja serta penghidupan selama berada di kawasan perkhemahan. Walau bagaimanapun, gajat yang direka hendaklah menepati keperluan perkhemahan dan tidak membebankan ahli perkhemahan. Memasak. Dalam setiap aktiviti KRS, memasak adalah salah satu agenda yang perlu dilakukan. Setiap anggota KRS perlu makan dan minum.

Upload: yamunah-subramaniam

Post on 12-Dec-2015

289 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dd

TRANSCRIPT

Page 1: Kelengkapan perkhemahan

Kelengkapan perkhemahan.

Barang – barang yang dibawa biasanya disimpan di dalam beg galas. Anggota KRS

perlu membeli beg galas yang bersesuaian dengan aktiviti yang lasak dan memerlukan

beg yang kuat dan kukuh. Di samping itu, terdapat berbagai – bagai peralatan yang

penting perlu dibawa bersama semasa perkhemahan.

Kraf perkhemahan.

Kraf tangan yang biasa disediakan semasa perkhemahan KRS adalah membina gajet.

Gajet dibina dan direka bertujuan bagi memudahkan kerja – kerja serta penghidupan

selama berada di kawasan perkhemahan. Walau bagaimanapun, gajat yang direka

hendaklah menepati keperluan perkhemahan dan tidak membebankan ahli

perkhemahan.

Memasak.

Dalam setiap aktiviti KRS, memasak adalah salah satu agenda yang perlu dilakukan.

Setiap anggota KRS perlu makan dan minum. Makanan dan minuman perlu disediakan

secara individu ataupun secara bergilir – gilir sebelum sesuatu aktiviti dimulakan.

Sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan, setiap ahli perlulah menentukan system

masakan yang dilaksanakan di dalam perkhemahan itu. Persediaan itu termasuklah

persiapan kelengkapan yang hendak dibawa seperti periuk, kuali, cerek pinggan

mangkuk dan sebagainya.

Page 2: Kelengkapan perkhemahan

Beberapa kaedah penyediaan makanan:

Memasak secara berpusat

- Dilakukan dalam sesuatu perkhemahan yang besar. Memasak secara ini

perlulah menyediakan kelengkapan bersaiz besar seperti kuali, periuk, tungku

dan sebagainya. Kebiasaanya pemimpin membantu menyediakan makanan

secara berpusat ini.

Memasak secara kumpulan.

- Ini adalah kaedah yang biasa dilakukan. Tugas memasak dilakukan sendiri

oleh ahli setiap kumpulan itu. Memasak dengan cara ini adalah lebih cepat,

mudah diuruskan dan member prngalaman kepada sumua ahli.

Memasak secara individu

- Kaedah ini dilakukan apabila aktiviti perkhemahan dilakukan dalam bilangan

yang kecil. Ini lebih mencabar dan kurang memerlukan peralatan yang besar.

Biasanya penyediaan makanan adalah sangat ringkas.

Waktu memasak dan makan

Dalam setiap perkhemahan jadual masak ditentukan oleh pemimpin. Pemimpin perlu

menentukan waktu memasak supaya tidak mengganggu perjalanan aktiviti yang telah

dirancang. Kebiasaannya, waktu memasak dan makan dilakukan pada pukul:

1) 6.30 pagi – 7.30 pagi

2) 12.00 tengahari – 2.00 petang.

3) 6.30 petang – 7.30 petang.

Setiap ahli KRS juga perlu tahu cara memasang dapur dan menyalakan api. Pemimpin

hendaklah menerangkan cara – cara menggunakan dan menjaga keselamatan

barangan tersebut.