kelemahan serta langkah mengatasi

2
1. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada pengajaran saya ini. Pertamanya adalah padang atau tempat yang saya gunakan sedikit basah dan licin. Penggunaan tempat yang basah dan licin ini adalah kerana kebetulan pada masa saya hendak menjalankan amali ini hujan berterusan selama 2 minggu jadi saya terpaksa menjalankan juga aktiviti amali ini. Tetapi Alhamdulillah kerana tiada perkara yang buruk terjadi. Penggunaan padang yang basah n licin ini adalah sangat berbahaya terutama apabila menjalankan aktiviti pendidikan jasmani. Ini kerana pelajar mudah untuk jatuh atau pun tersalah urat jika guru mengarahkan pelajar melalukan aktiviti. Jadi dimasa hadapan saya sepatutnya menggunakan dewan terbuka menjalankan aktiviti ini bagi mengelakkan dari sebarang kecederaan. Penggunaan dailek tempatan digunakan semasa pengajaran. Ini adalah sangat tidak sesuai kerana jika terdapat pelajar yang bukan orang tempatan mereka akan menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang diajar oleh saya semasa ujian amali tersebut. Selain itu pelajar juga boleh tersalah taksir apa yang hendak disampaikan oleh guru kepada mereka. Oleh itu penggunaan bahasa standart adalah paling sesuai digunakan semasa pengajaran dijalankan.

Upload: muhamad-hafiza

Post on 21-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pjk

TRANSCRIPT

1. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI

Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada pengajaran saya ini.

Pertamanya adalah padang atau tempat yang saya gunakan sedikit basah dan licin. Penggunaan

tempat yang basah dan licin ini adalah kerana kebetulan pada masa saya hendak menjalankan

amali ini hujan berterusan selama 2 minggu jadi saya terpaksa menjalankan juga aktiviti amali

ini. Tetapi Alhamdulillah kerana tiada perkara yang buruk terjadi. Penggunaan padang yang

basah n licin ini adalah sangat berbahaya terutama apabila menjalankan aktiviti pendidikan

jasmani. Ini kerana pelajar mudah untuk jatuh atau pun tersalah urat jika guru mengarahkan

pelajar melalukan aktiviti. Jadi dimasa hadapan saya sepatutnya menggunakan dewan terbuka

menjalankan aktiviti ini bagi mengelakkan dari sebarang kecederaan.

Penggunaan dailek tempatan digunakan semasa pengajaran. Ini adalah sangat tidak sesuai kerana

jika terdapat pelajar yang bukan orang tempatan mereka akan menghadapi kesukaran untuk

memahami apa yang diajar oleh saya semasa ujian amali tersebut. Selain itu pelajar juga boleh

tersalah taksir apa yang hendak disampaikan oleh guru kepada mereka. Oleh itu penggunaan

bahasa standart adalah paling sesuai digunakan semasa pengajaran dijalankan.

Selain itu apabila dinilai semula pangajaran saya, saya lihat pengajaran saya banyak kepada

pengajaran satu hala. Ini kerana hanya saya yang banyak mengarah apa yng perlu dibuat tanpa

ditanya atau disoal oleh pelajar. Hal ini akan menyebabkan pelajar menjadi cepat bosan dan

banyak melakukan aktiviti lain dari yang sepatutnya. Saya sepatutnya bersama-sama dengan

pelajar bermain diakhir pengajaran bagi membangkitkan rasa minat dikalangan pelajar. selain itu

saya dapat memberi contoh atau demo kepada pelajar tentang teknik dan kemahiran yang saya

ajar sebelum itu.

Sekian terima kasih.