kelema han

2

Click here to load reader

Upload: praba-rajamanickam

Post on 21-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BNNNNN

TRANSCRIPT

Page 1: Kelema Han

3.2 Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

· Membebankan guru

Setiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan kelemahan. Hal yang sama juga berlaku dalam pentaksiran berasaskan sekolah. Pertama sekali kelemahan pentaksiran berasaskan sekolah ialah membebankan guru-guru disekolah. Hal ini demikian kerana terdapat kelemahan dalam sistem yang ditubuhkan. Antara kelemahannya ialah guru perlu mengekod band murid-murid. Jika setiap guru mengajar dalam 120 orang murid dalam satu sekolah, maka hal ini akan membebankan. Kenapa saya menyatakan begitu kerana guru bukan sahaja memfokuskan untuk menyiapkan kerja ini sahaja malah tanggungjawab lain yang ditanggung lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan juga amat terhad. Selain itu, hal ini juga pernah dinyatakan dalam dada-dada akhar tentang perungutan guru-guru tentang beban ini. Disamping itu juga, sekiranya pentaksiran ini tidak dapat disiapkan di sekolah, guru akan membawa pulang kerja ini kerumah dan ini akan mengganggu masa guru tersebut bersama keluarga. Maka, jelaslah bahawa pentaksiran berasaskan sekolah ini amat membebankan guru-guru.

· Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS

Pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua guru perlu ada jalur lebar atau dalam kata lain “broadband” untuk menyiapkan program ini. Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan pentaksiran berasaskan sekolah berlaku apabila jika seseorang guru melakukan aktiviti mengekod band-band murid kedalam data, dan berhenti seketika untuk melakukan tugas lain. Kemudian guru tersebut ingin menyambung kembali tugas itu, beliau perlu bermula dari awal dan menekan butang “next” sehinggalah sampai rekod yang terakhir. Hal ini amat menyukarkan guru dan telah mengambil masa yang lama, tambahan lagi jika jalur lebar yang ada adalah lembab. Masalah ini juga pernah dinyatakan oleh guru dalam blog dan akhbar-akhbar yang lepas dan mengharapkan pihak berkenaan ubah proses ini kearah yang lebih cepat dan maju.

· Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anak

Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah band iaitu dari band 1 hingga band 6. Berbeza dengan sebelum ini yang menggunkan gred iaitu gred A, B, C dan seterusnya. Pengggunaan band ini tidak disukai oleh para ibu bapa kerana mereka tidak dapat mengetahui lebih terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak. Sesetengah ibu bapa yang kurang pandai pula tidak tahu apa itu band?, anak-anak lemah dimana? Dan sebagainya persoalan yang timbul dalam fikiran ibu bapa. Selain itu, melalui penggunaan pentaksiran berasaskan sekolah ini juga menyebabkan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Hal ini berlaku kerana takut anak-anak akan gagal pada masa peperiksaan sebenar. Disamping itu juga, ibu bapa tidak dapat tahu terperinci tentang tahap kecerdasan

Page 2: Kelema Han

anak-anak kerana guru sahaja yang menyimpan maklumat murid-murid yang sebenar dan ibu bapa hanya dapat maklumat yang umum sahaja. Tuntasnya, kelemahan ini amat dikesali oleh ibu bapa kerana mereka menginginkan yang terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku iaitu ibu bapa tidak dapat mengukur tahap kecerdasan anak-anak mereka.