kelas-d_da

Upload: vishnuraju

Post on 26-Feb-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    1/18

    NOTA PANDUAN SPIM

    KPP BAHARUKELAS D MANUAL (D) & KELAS D AUTOMATIK (DA)

    KPP 02: AMALI DI LITAR

    KPP 03: AMALI DI JALAN RAYA

    Disediakan oleh:

    DAYANG SALIANA BINTI ABANG ALLI BOLHASSANC.A(M), MBATOT . KPP . QTI . SPIM

    INSTITUT MEMANDU CANGIRAN SDN. BHD.

    YANA AAB1

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    2/18

    UJIAN MEMANDU KPP 02

    BAHAGIAN II (AMALI DI LITAR)

    A. RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK)

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir kursus, pemandu dapat:

    i. Mengelakkan sebarang kerosakan semasa perjalanan.

    ii. Memastikan kenderaan dalam keadaan baik sepanjang perjalanan.

    iii. Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikalkenderaan.

    INFORMASI

    RPK ialan satu amalan yang perlu diterapkan dalam siri setiap pemandu untuk:

    i. Mengelakkan sebarang kerosakan sepanjang perjalanan.

    ii. Memanstikan kenderaan dalam keadaan optimum sepanjang perjalanan.

    iii. Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikalkenderaan. Dengan itu, ia dapat menjamin keselamatan pemandu dan penumpang dalamperjalanan.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon diajar tentang kepentingan amalan rutin pemeriksaan sebelum memandu sertaditunjukkan komponen-komponen yang perlu diperiksa. Pemeriksaan dibuat bermula darihadapan kenderaan kemudian bergerak mengelilingi kenderaan mengikut arah jam (formulaPOWDER)

    Pemeriksaan luaran motokar dibuat untuk memastikan keadaan kenderaan seperti berikutberada dalam keadaan baik iaitu:

    Lampu hadapan, lampu brek belakang, dan lampu isyarat.

    Tekanan angin tayar, bunga tayar, dan bentuk fizikal tayar.

    Badan motokar termasuk nombor plat pendaftaran, bonet & but, cermin pintu kiri/kanan,bumper, cermin sisi kiri/kanan, cermin hadapan/belakang.

    Pemeriksaan dalam but motokar: tayar gantian, peralatan keselamatan, dan perkakasan(tools).

    Pemeriksaan di ruangan enjin: bateri, petunjuk aras pelincir, cecair brek/paras minyaksetereng, tali sawat, hos, paras air pengelap cermin, air radiator dan air tangki simpanan.

    YANA AAB2

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    3/18

    B. RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir kursus, pemandu dapat:

    i. Memeriksa keadaan kenderaan sebagaI satu rutin sebelum memulakan perjalanan.

    ii. Menghargai keselamatan diri.

    INFORMASI

    Amalan yang mesti diterapkan dalam diri setiap pemandu yang bertujuan untuk:

    Mengelakkan sebarang kerosakan semasa perjalanan. Memastikan kenderaan dalam keadaan optimum sepanjang perjalanan. Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikal

    kenderaan. Menjamin keselamatan pemandu dan penumpang dalam perjalanan.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu diperiksa sebelum memulakanperjalanan. Antaranya ialah:

    Calon masuk duduk dalam kenderaan dan memastikan brek tangan ditarik. Tempat duduk dilaraskan. Kedudukan tangan pada stereng iaitu tangan kiri pada pukul 9 dan tangan kanan pada pukul

    3.

    Cermin pandang belakang dan sisi dilaraskan.

    Memastikan semua petunjuk pada panel instrumen berfungsi dengan baik seperti tolok bahanbakar, tolok suhu enjin, lampu amaran brek tangan, lampu amaran tekanan minyak enjin,lampu amaran bateri, dan lampu penunjuk kedudukan gear (motokar auto).

    Memastikan gear dalam keadaan bebas (P). Enjin dihidupkan dengan menekan brek atau cekam. Memastikan peralatan berfungsi dengan baik iaitu lampu isyarat, hon, pengelap cermin,

    lampu hadapan, lampu Hazard, dan takometer/RPM.

    Memastikan tali pinggang keledar dilaraskan.

    YANA AAB3

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    4/18

    C. PERGERAKAN DI SELEKOH S'

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir kursus, pemandu mengawal stereng dengan baik di selekoh dengan perlahan danberterusan.

    INFORMASI

    Memandu di selekoh dalam litar adalah bagi memastikan pemandu boleh membuatpermerhatian dengan menjangka ketajaman selekoh dan kenderaan yang datang dari arahhadapan kemudian membuat kawalan stereng untuk memilih posisi selamat yang membolehkanpemandu dapat pandangan yang lebih luas untuk menjangka selekoh dan kenderaan darihadapan kemudian mengawal pemecut bagi mendapatkan kelajuan stabil dengan pemilihan

    gear yang betul sebelum memasuki selekoh supaya kenderaan dapat melepasi selekoh denganstabil, selesa dan selamat.

    Calon diterangkan tentang:

    Pemerhatian yang baik di selekoh. Posisi di selekoh yang baik. Kawalan stereng secara tarik dan tolak. Kawalan kelajuan yang stabil apabila memasuki selekoh. Kenderaan yang stabil, selesa dan selamat di selekoh.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon perlu melakukan rutin sebelum memandu sebelum mula perjalanan.

    Calon perlu melakukan rutin selamat memandu (CITO) sebelum bergerak iaitu: C - periksa cermin pandang belakang dan sisi untuk dapatkan maklumat di belakang dan

    sisi kenderaan.

    I - beri syarat untuk bergerak.

    T - periksa titik buta dengan menoleh kepala hingga ke paras bahu bagi memastikanhazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin.

    O - bergerak pada olah gerak yang betul dari segi posisi dan kelajuan yang sesuai.

    Calon perlu gunakan gear yang sesuai bagi memulakan pergerakan supaya kelajuankenderaan dapat dikawal.

    Pergerakan kenderaan mestilah lancar, tidak telalu laju, dan tidak tersekat-sekat.

    Calon perlu memandu dengan mengawal stereng mengikut kaedah pull and push supayapergerakan kenderaan mudah dikawal.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Melanggar atau menyentuh benteng dan garisan semasa melakukan pergerakan. Melakukan pergerakan melalui selekoh S dalam masa yang ditetapkan (3 minit).

    Terlibat dalam kemalangan.

    YANA AAB4

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    5/18

    D. PERGERAKAN DI SELEKOH Z

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir kursus, pemandu dapat mengawal serta mengendalikan kenderaan di laluan sempitsecara berterusan.

    INFORMASI

    Memandu di selekoh dalam litar adalah bagi memastikan pemandu boleh membuatpermerhatian dengan menjangka ketajaman selekoh dan kenderaan yang datang dari arahhadapan kemudian membuat kawalan stereng untuk memilih posisi selamat yang membolehkanpemandu dapat pandangan yang lebih luas untuk menjangka selekoh dan kenderaan darihadapan kemudian mengawal pemecut bagi mendapatkan kelajuan stabil dengan pemilihan

    gear yang betul sebelum memasuki selekoh supaya kenderaan dapat melepasi selekoh denganstabil, selesa dan selamat.

    Calon diterangkan tentang:

    Pemerhatian yang baik di selekoh. Posisi di selekoh yang baik. Kawalan stereng secara tarik dan tolak. Kawalan kelajuan yang stabil apabila memasuki selekoh. Kenderaan yang stabil, selesa dan selamat di selekoh.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon perlu melakukan rutin sebelum memandu sebelum mula perjalanan.

    Calon perlu melakukan rutin selamat memandu (CITO) sebelum bergerak iaitu: C - periksa cermin pandang belakang dan sisi untuk dapatkan maklumat di belakang dan

    sisi kenderaan.

    I - beri syarat untuk bergerak.

    T - periksa titik buta dengan menoleh kepala hingga ke paras bahu bagi memastikanhazard yang tidak dapat dilihat melalui cermin.

    O - bergerak pada olah gerak yang betul dari segi posisi dan kelajuan yang sesuai.

    Calon perlu gunakan gear yang sesuai bagi memulakan pergerakan supaya kelajuankenderaan dapat dikawal.

    Pergerakan kenderaan mestilah lancar, tidak telalu laju, dan tidak tersekat-sekat.

    Calon perlu memandu dengan mengawal stereng mengikut kaedah pull and push supayapergerakan kenderaan mudah dikawal.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Melanggar atau menyentuh benteng dan garisan semasa melakukan pergerakan. Melakukan pergerakan melalui selekoh Z dalam masa yang ditetapkan (3 minit).

    Terlibat dalam kemalangan.

    YANA AAB5

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    6/18

    E. UJIAN MENDAKI DAN MENURUNI BUKIT

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pemandu dapat berhenti dengan selamat di kawasan tidak rata atau berbukit.

    i. Mengagak kecuraman bukit bagi memastikan penggunaan pilihan gear yang betul.

    ii. Kenderaan digerakkan ke hadapan dengan menggunakan gear.

    iii. Kawal kelajuan kenderaan supaya dapat memberhentikan kenderaan pada kecerunan bukitdalam masa 3 minit (dalam ujian sahaja).

    iv. Berhenti sepenuhnya dengan memastikan roda hadapan berada di atas garisan kuningmelebihi 50% serta memastikan enjin kenderaan tidak mati.

    v. Menarik brek tangan dan mengangkat tangan setelah berpuas hati (dalam ujian sahaja), kakimasih di posisi brek dan cekam.

    vi. Bersedia untuk menerima arahan untuk bergerak ke hadapan.

    INFORMASI

    Amalan yang mesti diterapkan dalam diri pemandu. Ia bertujuan untuk:

    Mengelakkan sebarang kerosakan semasa perjalanan. Memastikan kenderaan dalam keadaan optimum sepanjang perjalanan. Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikal

    kenderaan.

    Menjamin keselamatan pemandu dan penumpang dalam perjalanan.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon perlu melakukan rutin sebelum memandu sebelum mula perjalanan. Calon perlu melakukan rutin selamat memandu (CITO) sebelum bergerak iaitu: Calon perlu gunakan gear yang sesuai bagi memulakan pergerakan mendaki supaya kelajuan

    kenderaan dapat dikawal.

    Calon perlu mahir mengawal pedal pemecut/cekam semasa mendaki dan menuruni bukit. Calon perlu mengangkat tangan atau bunyikan hona setelah berpuas hati meletakkan kedua-

    dua roda hadapan di atas garisan kuning.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Gagal berhenti dan meletakkan kedua-dua roda hadapan melebihi 50% di atas garisan

    kuning. Melanggar atau menyentuh garisan, benteng atau tiang penanda semasa mendaki dan

    menuruni bukit.

    Kedua-dua roda hadapan berundur melebihi 50% dari garisan kuning. Melakukan pergerakan mendaki melebihi 3 minit. Terlibat dalam kemalangan.

    YANA AAB6

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    7/18

    F. MEMAKIR SISI

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir kursus, pemandu dapat:

    i. Memakir secara masuk belok di dalam petak pakir dengan betul.

    ii. Menjangka hazard supaya olah gerak kereta dapat dilakukan dengan selamat.

    iii. Mempamerkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain.

    iv. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya.

    INFORMASI

    Ianya bertujuan untuk memastikan pemandu dapat meletak dan keluar dari tempat meletakkenderaan dengan selamat.

    Calon diterangkan:

    Penggunaan cermin sisi. Penggunaan stereng dan kenderaan. Mengimbangi brek dan pemecut.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon mestilah mengamalkan rutin sebelum memandu. Calon mestilah mengamalkan rutin selamat memandu (CITO) sebelum bergerak. Pergerakan

    mestilah lancar dan menggunakan gear yang betul.

    Calon hendaklah memastikan roda selari dengan badan motokar semasa dalam petak.

    Calon menggunakan teknik putar stereng pull and push semasa mengawal pergerakankenderaan.

    Calon perlu mengangkat tangan atau bunyikan hon jika sudah berpuas hati dengankedudukan kenderaan dalam petak.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Melanggar atau menyentuh benteng/garisan semasa melakukan pergerakan. Keseluruhan badan motokar tidak berada dalam petak. Badan motokar menjulur keluar semasa masuk atau keluar petak. Pergerakan masuk dan keluar petak melebihi 5 minit.

    Terlibat dalam kemalangan.

    YANA AAB7

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    8/18

    G. PERGERAKAN TIGA PENJURU

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir kursus, pemandu dapat:

    i. Memiliki keupayaan untuk meletakkan kenderaan di tempat meletak kenderaan berbentuk Lsama ada di kawasan dalam bangunan atau di pusat membeli belah.

    ii. Menjangka hazard supaya olah gerak kereta dapat dilakukan dengan selamat.

    iii. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya.

    INFORMASI

    Memastikan pemandu mengamalkan CITO sepanjang proses pemanduan dengan mendapatmaklumat dan mengenalpasti hazard di sekeliling sebelum melakukan sebarang olah gerak

    untuk meletak kenderaan berbentuk L sama ada di kawasan bangunan atau pusat membelibelah.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon mestilah mengamalkan RSM. Calon mengamalkan rutin selamat memandu (CITO). Calon boleh mengaplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng. Calon boleh menggunakan gear yang sesuai bagi memulakan pergerakan.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Gagal memasuki lorong yang betul.

    Calon melanggar atau menyentuh benteng atau garisan semasa melakukan pergerakan. Olah gerak melebihi 3 pergerakan. Badan menjulur keluar semasa masuk atau keluar petak. Calon melakukan pergerakan masuk dan keluar petak melebihi masa 3 minit. Calon terlibat dalam kemalangan.

    YANA AAB8

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    9/18

    H. TANJAKAN (RAMP) UNTUK MOTOKAR TRANSMISI AUTOMATIK

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir kursus, pemandu dapat:

    i. Memiliki keupayaan untuk menggerakkan kenderaan ke hadapan, ke atas tanjakan (ramp)dan memberhentikan kenderaan atas tanjakan dan menggerakkan kenderaan ke belakangmelepasi tanjakan.

    ii. Menggerakkan kenderaan ke hadapan di atas tanjakan memberhentikan kenderaan di atastanjakan bergerak ke hadapan melepasi tanjakan.

    iii. Menggerakkan kenderaan ke belakang ke atas tanjakan, memberhentikan kenderaan di atastanjakan dan bergerak ke hadapan melepasi tanjakan.

    INFORMASI

    Mendekati tanjakan dan mendaki tanjakan.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    1. Calon mestilah mendekati dan mendaki ke hadapan menaiki tanjakan.

    Calon mestilah melakukan RSM. Calon mestilah melakukan rutin selamat memandu CITO. Calon hendaklah berhenti di hujung tanjakan dengan kedua-dua roda hadapan menyentuh

    hujung tanjakan.

    Calon dikehendaki menarik brek tangan.

    Calon dikehendaki meletakkan gear pada kedudukan P. Calon dikehendaki mengangkat tangan atau bunyikan hon setelah kedua-dua roda hadapan

    di atas tanjakan.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Mendaki secara berterusan dengan kedua-dua roda hadapan berada di atas tanjakan. Badan kereta melebihi garisan atau melanggar tiang penanda.

    2. Calon mestilah berhenti dengan keempat-empat roda di atas tanjakan.

    Calon mestilah tarik brek tangan. Calon mestilah letakkan gear pada kedudukan N.

    Calon mestilah angkat tangan atu bunyikan hon setelah keempat-empat roda di atas tanjakan.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Gagal meletakkan keempat-empat roda di atas tanjakan.

    3. Semasa menuruni tanjakan, calon hendaklah bergerak ke hadapan dengan penggunaan geardan brek yang sesuai untuk menuruni tanjakan.

    Calon mestilah tarik brek tangan.

    Calon perlu letakkan gear pada kedudukan P.

    YANA AAB9

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    10/18

    4. Semasa mendekati dan mendaki mengundur menaiki tanjakan, calon mestilah melakukanrutin selamat memandu CITO.

    Calon perlu berhenti di hujung tanjakan dengan kedua-dua roda belakang menyentuh hujungtanjakan.

    Calon perlu tarik brek tangan.

    Calon perlu letakkan gear pada kedudukan N. Calon perlu angkat tangan atau bunyikan hon setelah kedua-dua roda belakang di atas

    tanjakan.

    Calon perlu bergerak ke hadapan dengan penggunaan gear dan brek yang sesuai turun daritanjakan.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Calon gagal melakukan pendakian tanjakan dengan kedua-dua roda belakang berada di atastanjakan.

    Badan motokar melebihi garisan atau melanggar tiang penanda.

    Calon gagal melaksanakan kesemu pergerakan secara berterusan melebihi 5 minit. Calon terlibat dalam kemalangan.

    YANA AAB10

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    11/18

    UJIAN MEMANDU

    BAHAGIAN III (AMALI DI JALAN RAYA)

    A. RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir kursus, pemandu dapat:

    i. Memeriksa keadaan kenderaan sebagaI satu rutin sebelum memulakan perjalanan.

    ii. Menghargai keselamatan diri.

    INFORMASI

    Amalan yang mesti diterapkan dalam diri setiap pemandu yang bertujuan untuk:

    Mengelakkan sebarang kerosakan semasa perjalanan. Memastikan kenderaan dalam keadaan optimum sepanjang perjalanan. Mengurangkan risiko kemalangan berpunca daripada kerosakan atau masalah teknikal

    kenderaan.

    Menjamin keselamatan pemandu dan penumpang dalam perjalanan.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu diperiksa sebelum memulakanperjalanan. Antaranya ialah:

    Calon masuk duduk dalam kenderaan dan memastikan brek tangan ditarik. Tempat duduk dilaraskan. Kedudukan tangan pada stereng iaitu tangan kiri pada pukul 9 dan tangan kanan pada pukul

    3.

    Cermin pandang belakang dan sisi dilaraskan. Memastikan semua petunjuk pada panel instrumen berfungsi dengan baik seperti tolok bahan

    bakar, tolok suhu enjin, lampu amaran brek tangan, lampu amaran tekanan minyak enjin,lampu amaran bateri, dan lampu penunjuk kedudukan gear (motokar auto).

    Memastikan gear dalam keadaan bebas (P). Enjin dihidupkan dengan menekan brek atau cekam.

    Memastikan peralatan berfungsi dengan baik iaitu lampu isyarat, hon, pengelap cermin,lampu hadapan, lampu Hazard, dan takometer/RPM.

    Memastikan tali pinggang keledar dilaraskan.

    YANA AAB11

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    12/18

    B. MEMULAKAN PERJALANAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pemandu boleh membiasakan diri untuk imbangan pemecut supaya kenderaan bergerak kehadapan dengan lancar, selesa, dan selamat.

    INFORMASI

    Satu rutin yang perlu diamalkan sebelum mulakan perjalanan. Mengamalkan CITO.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon perlu kesan Hazard menggunakan cermin sisi dan pandang belakang dengan betul. Calon perlu beri isyarat dengan betul dalam tempoh yang mencukupi. Calon perlu gunakan gear yang betul bagi memulakan perjalanan. Calon perlu toleh ke kanan untuk memeriksa kawasan titik buta. Calon perlu lepaskan brek tangan sebelum bergerak. Calon perlu aplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng yang betul (pull and push).

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Calon gagal kawal motokar dengan selamat semasa mulakan perjalanan. Calon gagal beri isyarat. Calon gagal beri keutamaan kepada kenderaan atau pengguna jalan raya yang lain.

    YANA AAB12

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    13/18

    C. MEMANDU DI JALAN LURUS

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pemandu boleh memandu dengan kelajuan yang sesuai mengikut had laju yang ditetapkan.

    Pemandu mengamalkan jarak mengekor dengan selamat. Pemandu memandu di lorong yang betul dengan selamat. Pemandu boleh menukar lorong dengan selamat. Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain.

    INFORMASI

    Satu rutin yang perlu diamalkan sebelum mulakan perjalanan.

    Mengamalkan CITO.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon perlu aplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng yang betul (pull & push). Penggunaan gear yang sesuai mengikut kelajuan kenderaan. Memandu pada kelajuan yang sesuai. Memandu di posisi yang betul. Mengamalkan peraturan jarak mengekori yang selamat. Mematuhi peraturan memotong dan dipotong. Mengesan hazard menggunakan cermin yang betul. Memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olah gerak.

    Memastikan lampu isyarat dimatikan selepas digunakan. Menoleh untuk memeriksa titik buta. Melepaskan kaki dari cekam atau brek semasa memandu. Menggunakan brek dengan baik dan lancar.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Calon tidak mematuhi had laju yang ditetapkan. Calon tidak beri isyarat sebelum melakukan olah gerak. Calon gagal kawal stereng dengan baik. Calon memasuki lorong pemandu lain kecuali memotong.

    Tidak mengamalkan peraturan memotong. Tidak mematuhi garis terus, garisan berkembar, atau garisan chevron.

    YANA AAB13

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    14/18

    D. MEMANDU DI PERSIMPANGAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pemandu boleh memandu di persimpangan dengan selamat.

    Pemandu mengurangkan kelajuan dan tahu arah. Pemandu memandu di lorong yang betul dengan selamat. Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain.

    INFORMASI

    Memberi perhatian yang lebih apabila menghampiri persimpangan. Pemandu mengamalkan CITO.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon perlu kesan hazard menggunakan cermin dengan betul. Calon perlu beri isyarat secukupnya sebelum melakukan olah gerak. Calon perlu kurangkan kelajuan secara efektif. Calon perlu gunakan gear yang sesuai. Calon perlu berhentikan motokar pada jarak yang selamat iaitu 2 meter dengan cara efektif. Calon perlu gunakan brek tangan dengan betul. Calon perlu pastikan gear dalam keadaan bebas. Calon perlu pijak pedak brek semasa berhenti. Calon perlu pilih gear yang sesuai bagi meneruskan perjalanan.

    Calon perlu gunakan pemecut dengan efektif bagi menjauhi hazard. Calon perlu toleh ke kanan untuk perksa titik buta. Calon perlu mematikan isyarat selepas digunakan. Calon perlu aplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng dengan betul (pull & push).

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Calon tidak berhenti di persimpangan. Calon tidak berhenti di garisan berhenti. Calon tidak memberi isyarat sebelum melakukan olah gerak. Calon tidak mengambil lorong yang betul semasa membelok.

    Calon tidak mematuhi isyarat. Calon tidak berhenti di posisi atau lorong yang betul dan selamat.

    Calon tidak melakukan olah gerak dengan betul dan selamat.

    YANA AAB14

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    15/18

    E. MEMBELOK KE KIRI DAN KE KANAN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pemandu boleh memandu di persimpangan dengan selamat.

    Pemandu mengurangkan kelajuan dan tahu arah. Pemandu memandu di lorong yang betul dengan selamat. Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain.

    INFORMASI

    Memberi perhatian yang lebih apabila menghampiri persimpangan kerana terdapat banyakhazard yang tidak dijangka.

    Pemandu mengamalkan CITO.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon perlu kesan hazard menggunakan cermin dengan betul. Calon perlu memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olah gerak. Calon perlu kurangkan kelajuan secara efektif. Calon perlu gunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan. Calon perlu aplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng dengan betul (pull & push). Calon perlu mahir menukar lorong dengan lancar.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Calon tidak beri isyarat sebelum melakukan olahgerak. Calon tidak melakukan olahgerak dengan betul dan selamat. Calon tidak berhenti di belakang/sebelum garisan berhenti. Calon tidak mematuhi arahan lampu isyarat. Calon tidak memandu di posisi atau lorong yang betul dan selamat. Calon tidak memandu atau membelok ke kiri atau ke kanan dengan berwaspada.

    YANA AAB15

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    16/18

    F. MEMANDU DI SELEKOH

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pemandu boleh memandu di selekoh dengan selamat.

    Pemandu mengurangkan kelajuan dan menggunakan gear yang sesuai. Pemandu memandu di lorong yang dipilih dengan betul dan selamat. Pemandu mengamalkan rutin pemanduan yang berhemah yang selamat apabila berada di

    jalan raya.

    Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain.

    INFORMASI

    Memandu di selekoh memerlukan pemandu yang dapat mengendalikan kenderaan denganbaik dari segi kawalan setereng, di posisi yang betul dengan kelajuan dan kawalan gear yangbetul untuk melepasi selekoh tersebut dengan lancar dan selamat.

    Pemandu mengamalkan CITO.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon perlu kesan hazard menggunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang denganbetul.

    Calon perlu kurangkan kelajuan secara efektif apabila memasuki selekoh. Calon perlu gunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan. Calon perlu aplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng dengan betul (pull & push).

    Calon perlu mahir mengawal brek dan menukar gear di selekoh. Calon perlu gunakan pemecut dengan efektif bagi melepasi dan menjauhi selekoh. Calon perlu amalkan peraturan jarak mengekori dengan selamat.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Calon tidak mengawal setereng dengan baik di selekoh. Calon memasuki lorong pemandu lain semasa di dalam selekoh. Calon memotong semasa di kawasan selekoh.

    YANA AAB16

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    17/18

    G. MEMANDU DI BULATAN/LALUAN SUSUR

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pemandu boleh memandu di bulatan/laluan susur dengan selamat.

    Pemandu mengurangkan kelajuan dan menggunakan gear yang sesuai. Pemandu memandu di lorong yang dipilih dengan betul dan selamat. Pemandu mengamalkan rutin pemanduan yang berhemah yang selamat apabila berada di

    jalan raya.

    Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain.

    INFORMASI

    Memandu di bulatan memerlukan pemandu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asasmemandu dan membelok di persimpangan kerana di kawasan bulatan hazard akanbertambah seperti:

    Fizikal: Jalan mempunyai banyak cabang keluar dan masuk, dan semualorong bertemu di bahagian bulatan.

    Pengguna jalan raya: Bulatan akan menjadi tumpuan pengguna lain yang akan bergerakdengan pilihan untuk mengubah arah pemanduan.

    Permukaan jalan: Bulatan sebagai tumpuan kenderaan. Ini menyebabkanpermukaan jalan terhakis berpunca daripada geseran tayar.Selalunya akan terdapat banyak pasir dan jalan akan berlopakatau bekas lopak yang diturap semula. Oleh itu, bulatan selalunyatidak dapat memberikan satu cengkaman yang baik kepada tayarkenderaan.

    Pemandu mengamalkan CITO.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon perlu kesan hazard menggunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang denganbetul.

    Calon memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olahgerak. Calon perlu menoleh untuk periksa kawasan titik buta.

    Calon perlu kurangkan kelajuan secara efektif. Calon perlu gunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan.

    Calon perlu mengamalkan peraturan jarak mengekori yang betul dengan selamat. Calon perlu kawal stereng dengan betul sewaktu membelok. Calon perlu tahu mengaplikasikan teknik pegangan dan pusingan stereng iaitu tarik dan tolak

    (pull & push).

    Calon perlu tahu kawal pemecut dan cekam dengan efektif.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Calon tidak melakukan olahgerak yang betul dan selamat. Calon tidak memandu di posisi atau lorong yang betul dan selamat.

    Calon tidak memberi isyarat sebelum melakukan olahgerak

    Calon tidak memberi laluan kepada kenderaan dari arah kanan sebelum mamsuki bulatan.

    YANA AAB17

  • 7/25/2019 KELAS-D_DA

    18/18

    H. MEMANDU DI KAWASAN SELEKOH/PERUMAHAN DAN LAIN-

    LAIN

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pemandu boleh memandu di kawasan sekolah dengan selamat. Pemandu mengurangkan kelajuan dan mematuhi had laju. Pemandu mengamalkan jarak yang selamat. Pemandu mengamalkan rutin pemanduan yang berhemah yang selamat apabila berada di

    jalan raya.

    Mempamirkan rasa tanggungjawab kepada pengguna jalan raya yang lain. Menghargai keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya yang lain.

    INFORMASI

    Pemandu perlu memahami hazard yang terdapat di kawasan sekolah dan kawasanperumahan serta tanda-tanda yang berkaitan agar dapat bergerak dengan selamat danlancar.

    Pemandu memandu dengan berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan persekitarandan aktiviti-aktiviti harian untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diduga.

    Pemandu mengamalkan CITO.

    ARAHAN/TAKLIMAT

    Calon perlu kesan hazard menggunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang denganbetul.

    Calon memberi isyarat yang secukupnya sebelum melakukan olahgerak. Calon perlu beri reaksi yang sesuai kepada hazard sama ada isyarat lampu atau bunyikan

    hon.

    Calon perlu kurangkan kelajuan berdasarkan had laju yang sesuai. Calon perlu gunakan gear yang sesuai mengikut kelajuan. Calon perlu mengamalkan peraturan jarak mengekori yang betul dengan selamat.

    Calon akan digagalkan serta merta jika:

    Calon tidak melakukan olahgerak yang betul dan selamat.

    Calon memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

    Calon tidak memberi keutamaan laluan kepada pengguna jalan raya yang lain. Calon tidak memandu di posisi atau lorong yang betul.

    YANA AAB18