kelakuan devian

Upload: juznurul

Post on 03-Apr-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kelakuan devian

    1/2

    Kelakuan devian adalah satu elemen asing dalam sesebuah masyarakat. Definisi devian

    bergantung kepada bagaimana masyarakat mentakrifkan devian, siapa yang dikatakan

    sebagai devian dan apa yang masyarakat lakukan apabila ia menjadi isu dalam organisasisosial.

    Masyarakat memahami kelakuan manusia sebagai satu luahan daripada naluri biologi.Oleh itu, pada tahun 1876, Caesare Lombroso mencadangkan bahawa jenayah dibina

    secara fizikal. Beliau menjalankan kajian ke atas banduan-banduan di penjara. Hasilnya,

    ciri-ciri fizikal penjenayah dikenalpasti iaitu dahi yang rendah, rahang dan tulang pipiyang menonjol, telinga besar, berbulu lebat dan tangan yang luar biasa panjang. William

    Sheldon juga menggunakan konteks biologi untuk mengukur kalakuan devian seseorang.

    Beliau mengatakan bahawa jenayah banyak dilakuakan oleh orang yang berbadan

    berbadan sasa seperti ahli sukan (Mohd Reduan Aslie, 1990). Bagaimanapun, dapatankajian-kajian ini tidak relevan kerana ciri-ciri ini juga ada pada individu bukan

    penjenayah.

    Penjelasan psikologi pula memfokuskan kepada abnormaliti seseorang. Sesetengah tretpersonaliti adalah diwarisi. Bagaimanapun kebanyakannya dibentuk melalui pengalaman

    sosial. Oleh itu, devian dilihat sebagai satu bentuk produk sosialisasi yang tidakberjaya. Kelakuan yang tidak normal ini dikatakan berkait rapat dengan jenayah serius.

    Penjelasan ini juga tidak boleh diterima secara mutlak kerana orang yang normal juga

    terlibat dengan jenayah berat (Macionis J.J, 2001:193).

    Lazimnya, secara moralnya, kelakuan seseorang itu ditakrifkan sebagai baik dan buruk.

    Melalui medikalisasi devian, baik dan buruk itu didiagnosis sebagai sihat dan sakit.

    (Guenther A.L; 1976 ,Lillyquist M.J; 1980). Contohnya penagihan dadah dikatakan satupenyakit. Oleh itu, orang yang menagih dadah adalah seorang yang sakit dan dia

    memerlukan rawatan dan bantuan yang sewajarnya berbanding dengan hukuman.

    Di dalam pendekatan sosiologi, ahli-ahli sosiologi mengatakan bahawa seseorang itu

    tidak semestinya mempunyai sifat devian di dalam diri jika melakukan jenayah. Kelakuan

    devian muncul akibat daripada persekitaran manusia iaitu tingkah laku devian tidakdilihat melalui manifestasi manusia yang cacat, tetapi sebagai petunjuk persekitaran

    sosial yang cacat. Sifat devian mereka harus dijelaskan pada asasnya sebagai akibat

    daripada keadaan persekitaran mereka yang kurang sesuai dan kurang sihat (Box. S,

    1987: 6). Dari sudut pandangan sosiologi, devians;

    ...can be defined as conduct which is generally thought to require the attention of

    social control agencies- that is, conduct about which something should be done(Guenther A.L, 1976: 58-59)

    Devians melibatkan penyimpangan norma sesebuah kumpulan yang tidak diinstitusikanoleh undang-undang secara formal. Ia merupakan konsep yang komprehensif yang

    melibatkan kelakuan jenayah dan kelakuan-kelakuan lain yang tidak di bawah

    pendakwaan. Devian merupakan subjek yang didefinisikan oleh masyarakat tertentu pada

    waktu-waktu tertentu. Oleh itu, apa yang dikatakan devian itu sering berubah dari satu

  • 7/28/2019 Kelakuan devian

    2/2

    era sosial kepada era sosial yang lain (Shchaefer T.R, 2005: 176). Penyimpangan

    daripada norma ini melibatkan moral. Oleh yang demikian, semua jenayah adalah devian

    tetapi tidak semua devian itu jenayah. Bagi sesetengah kesalahan seperti kesalahan trafiktidak dianggap sebagai jenayah, tetapi sebagai satu kesalahan.

    Jenayah adalah tindakan atau perlakuan yang menyalahi undang-undang jenayah. Iamewakili satu penyimpangan daripada morma sosial yang ditadbir oleh pihak kerajaan

    (Shchaefer T.R, 2005: 188). Definisi jenayah bergantung kepada dua set norma yang

    berkaitan iaitu perundangan dan kod moral yang wujud dalam sesuatu budaya. Jenayahdan moral juga sering bertindih dalam ruang yang sama. Banyak kelakuan jahat manusia

    boleh dikategorikan sebgai perbuatan yang tidak bermoral (Mohd Reduan Aslie, 1990:

    1). Jenayah mengakibatkan banyak kerugian kepada masyarakat dan negara. Selain kos

    yang terpaksa ditanggung oleh mangsa, pihak kerajaan juga terpaksa menanggung kospenguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan proses pengadilan, pencegahan,

    pemenjaraan dan pemulihan. Secara amnya, Sesuatu kelakuan itu dikatakan sebagai

    jenayah jika ia melanggar undang-undang formal iaitu undang-undang yang telah

    diaktakan.