copy of devian 2011
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
1/27
SOSIOLOGI DARI PERSPEKTIF
PENGAJIAN SOSIAL
-PSS 3102-
NAMA NO. I/C
Muhammad Nazmeer b Nazari 911127-10-5887
Muhammad Ash Syahid b Haji Ismail
Mohamad Naqiuddin b Mohamad
KELAS : PISMP KAJIAN SOSIAL KOHOT 6
AMBILAN JANUARI 2011
NAMA PENSYARAH: PN. NORAINI BINTI TAHIR
TARIKH HANTAR: 29 MAC 2011
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
2/27
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji-pujian saya ucapkan kepada Allah SWT kerana telahmemberi peluang kepada kami dari PISMP Kajian Sosial Tahun Satu Ambilan
Januari 2011 menyiapkan laporan kajian mengenai masalah pembuangan bayi di
kawasan tempat tinggal kami. Kesyukuran yang tidak terhingga saya panjatkan
kepada Ilahi diatas nikmat dan kesenangan yang dilalui sepanjang bekerja bersama-
sama untuk menghasilkan sebuah laporan kajian yang terbaik buat tatapan
pensyarah pebimbing yang saya dan rakan-rakan sayangi, tidak lain dan tidak
bukan,Puan Noraini binti Tahir.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah
pembimbing iaitu Puan Noraini Tahir yang telah memberikan sepenuh komitmen
beliau bagi membantu saya dalam menyiapkan laporan kajian ini. Tanpa nasihat dan
pandangan dari beliau, pasti laporan kajian yang dihasilkan kurang menarik dan
tidak mampu mencapai objektif yang ditetapkan.
Seterusnya, sekalung ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah sanggup
menyumbangkan maklumat dan pengetahuan bagi memberikan saya peluang untuk
menghasilkan sebuah laporan kajian berkenaan isu pembuangan bayi. Ucapan
terima kasih juga saya ucapkan kepada masayarakat setempat yang telah
memberikan maklumat yang bernas. Di samping itu, tidak dilupakan kepada pihak
Perpustakaan Negara yang memberikan maklumat yang terperinci. Segala tunjuk
ajar dan pengetahuan yang disumbangkan sangat dihargai.
Saya juga terhutang budi kepada orang tua kami `yang telah memberikan nasihat
yang cukup berharga tentang bagaimana saya harus menangani isu pembuangan
bayi yang cukup sensitif di kawasan saya ini.
Diharap semua yang membaca laporan kajian ini dapat mengambil iktibar akan isu
devian yang cuba diketengahkan oleh saya dan mendapat manfaat daripadanya.
Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.
Sekian, Wassalam.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
3/27
ISI KANDUNGAN
1.1 Tajuk Kajian
1.2 Objektif Kajian
1.3 Kumpulan Sasaran (sampel kajian)
1.4 Kaedah Kajian
1.5 Statistik
1.6 Dapatan Kajian
1.7 Rumusan
1.8 Rujukan
1.9 Lampiran
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
4/27
1.1 TAJUK KAJIAN
Tajuk bagi laporan kajian ini adalah Masalah Pembuangan Bayi. Laporan kajian ini
dijalankan di kawasan tempat tinggal saya di Kampung Ismail, Seremban, Negeri
Sembilan. Nama dan tempat tinggal mereka yang terlibat dengan pembuangan bayi
dirahsiakan bagi menjaga kehormatan dan maruah mereka.
Bagi menghasilkan sebuah laporan kajian memerlukan penelitian yang sewajarnya
dan harus mementingkan semua aspek yang perlu diambil berat. Saya telah meilih
taju kajian ini kerana saya merasakan bahawa gejala pembuangan bayi adalah satu
jenis devian atau lencungan yang sangat serius dlam masyarakat kita pada hari ini.
Perbuatan membuang bayi adalah satu perbuatan devian yang sering berlaku di
negara kita. Oleh yang demikian, adalah sangat wajar untuk lebih memahami dan
menyelami akan masalah pembuangan bayi yang semakin mencengkam negara kita
dewasa ini.
Setiap perbuatan devian harus dikupas dengan lebih mendalam dan wajar diberi
pertimbangan yang sewajarnya sebelum sebarang tindakan berebntuk hukuman
diambil. Tajuk kajian saya ini juga pasti akan membuka persoalan di dalam minda
para pembaca mengenai hukuman yang setimpal bagi setiap individu yang telah
terlibat dengan masalah pembuangan bayi.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
5/27
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Laporan kajian ini adalah bagi mengingatkan kita semua bahawa tindakan
membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya
disisi agama Islam.Firman Allah SWT didalam surah an-nisa' ayat 93:
"Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,maka balasannya
ialah neraka jahanam,kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan
melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".
Allah SWT juga mengingatkan kita dalam firmannya dalam surah Al-Isra ayat 17:
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh
Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh
secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa
menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas
bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan
(menurut hukum Syarak) [Al-Israa' 17: 33]
Kedua-dua ayat di atas menjelaskan betapa besarnya hukuman ke atas perbuatan
membunuh. Betapa mulianya nyawa manusia di sisi Allah. Betapa berbahayanya
kehidupan manusia apabila pembunuhan mengalami proses normalisasi.
Menerusi laporan kajian ini juga kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam akan
faktor berlakunya masalah pembuangan bayi, golongan manakah yang sering
terjebak dalam masalah ini, dan apakah usaha terbaik yang dapat diambil untuk
mengatasi gejala devian yang semakin menggila di tanah air kita yang tercinta ini.
Laporan kajian ini juga diharap dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam
kepada kita semua mengenai masalah pembuangan bayi disamping dapat dijadikan
rujukan kepada semua pihak sama ada pihak yang terjebak dengan pembuangan
bayi, pihak kerajaan, malah masyarakat kita di Malaysia sendiri agar lebih
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
6/27
bertanggungjawab dan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam
berhadapan sebarang masalah berkaitan pembuangan bayi.
1.3 KUMPULAN SASARAN (SAMPEL KAJIAN)
Kumpulan sasaran bagi laporan kajian ini adalah inidividu-individu yang pernah
terlibat dalam masalah pembuangan bayi. Nama mereka dirahsiakan agar tidak
mengaibkan maruah diri dan keluarga mereka sendiri. Golongan remaja dan pelajar
institut pendidikan awam atau swasta adalah kumpulan yang disasarkan sebagai
kajian dalam laporan ini.
Secara umumnya golongan yang disasarkan ini boleh dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu pertama ialah mereka yang tiada langsung asas, pendidikan dan
perasaan terhadap agama. Kedua pula ialah golongan yang mempunyai pendidikan
agama, mengetahui hukum-hakam agama, tetapi kerana sesuatu yang
mengecewakan, maka mereka akan memilih jalan yang menyeleweng.
Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama, tetapi masih memilih jalan
yang tersasar. Kumpulan ketiga ini walaupun mempunyai agama tetapi kurang
meresap dalam diri.
Oleh itu, mereka memilih untuk melakukan perkara yang menyeronokkan tanpa
mengira larangan agama. Selain itu, remaja tersebut apabila mengetahui dirinya
mengandung, sifat benci pada anak, pada lelaki yang tidak bertanggungjawab begitu
meluap-luap sehingga tidak ada perasaan keibuan pada anak. Rasa kebencian dan
kesan dari segi psikologi mengenai penolakan ini amat kuat pada bayi yang
dikandung hingga sedikit pun mereka tidak mempunyai perasaan kasih walaupun
bayi itu dilahirkan dengan selamat.
Kesimpulannya dalam sejarah ada dua macam pembuangan bayi iaitu yang pertama
pada zaman Firaun dimana bayi lelaki dibunuh dan kedua pada zaman jahiliah,
anakanak yang dibuang adalah perempuan. Tetapi pada zaman sekarang, manusia
mutakhir sanggup membuang anak tidak kira lelaki dan perempuan.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
7/27
CONTOH KES PEMBUANGAN BAYI
Kes pertama :
SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang
berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini sedang menangisi
nasibnya yang pernah membuang bayi hampir setahun yang lalu.
Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal
dikawal, beliau menanggung sengsara akibat perbuatannya membuang bayi. Teman
lelakinya pula kini masih menuntut di sebuah universiti awam di semenanjung
Malaysia, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Biarpun bergelar
pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia
bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah. Segala-galanya
bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20
tahun. Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah
di selatan
Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke
kampong setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama.
Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman
lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu
Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa.
Hendak dijadikan alasan atau itu sememangnya satu perancangan, mereka tiba
lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, teman lelakinya
mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa sebuah
hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang.
Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat
perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan
khidmat teksi, ke mana saja destinasi.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
8/27
Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara
dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka
masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan.Ini bukan soal ganjaran, soal
hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja.
Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima.
Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara.Walaupun agak pelik kerana sudah
beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan
kelima.Saya berusaha mencari jalan termasuk melalui internet bagi mencari cara
untuk menggugurkan bayi yang sedang dikandung oleh diri Sara itu.Namun semua
rancangan menemui jalan buntu kerana bayi dalam perut Sara sudah terlalu besar
untuk digugurkan.
Akhirnya saya membuat keputusan untuk membuang bayi tersebut di sebuah tempat
pelupusan sampah . Kini saya berasa sangat menyesal dengan perbuatan keji saya
itu. Saya berazam untuk menenangkan diri dan cuba untuk mencari kekuatan bagi
meneruskan pengajian selepas ini, katanya dengan air mata bergenang.
Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka
sebenarnya bercuti daripada pengajian akibat trauma dengan perbuatannya
membuang bayi.
Kes kedua :
INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama
dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester. Gadis yang berasal dari
Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas
ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu,
usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu telah bergelaribu ketika usianya memasuki 19 tahun.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
9/27
Berbeza dengan Sara yang melakukan hubungan seks secara sukarela, beliau
mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka
mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di
rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya.
Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian
seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan
berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan.
Memang keluarga mengamuk dan ibu sangat kecewa dengan apa yang telah
berlaku . Mereka bimbang masa depan saya dan anak yang sedang dikandung,
katanya.
Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya,
bapa anak itu adalah teman lelakinya. Dia tidak sampai hati untuk mengheret teman
lelakinya itu ke dalam penjara. Ina telah dipinggirkan oleh keluarga semenjak
peristiwa pahit itu berlaku. Teman lelakinya telah mendesak Ina untuk membunuh
bayinya sebaik sahaja dilahirkan, namun Ina tidak sampai hati untuk melakukan
perbuatan yang terkutuk itu. Ina telah membuang bayinya di sebuah surau di pinggir
ibu kota. Sehingga hari ini dia masih tidak mengetahui akan nasib yang menimpa
anak yang dibuangnya itu.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
10/27
1.4 KAEDAH KAJIAN
Terdapat dua jenis pendekatan iaitu berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif. Kajian
kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap
sesuatu perkara yang ingin dikaji. Ahli sosiologi sering kali bergantung
kepada kaedah kuantitatif untuk menghurai corak hubungan sosial, dan untuk
membina model model yang boleh membantu dalam meramal perubahan sosial dan
kesannya kepada manusia.
Sesetengah ahli sosiologi pula berpendapat kaedah kuantitatif (seperti wawancara
terarah, diskusi berkumpulan, dan kaedah etnografi) mampu memberi pemahaman
yang lebih mendalam terhadap proses sosial. Cara yang terbaik ialah menggunakan
kedua dua kaedah secara serentak. Keputusan daripada kedua dua kaedah ini
boleh digunakan untuk menguatkan hujah antara satu sama lain. Contohnya,
kaedah kuantitatif boleh menghurai corak am sosial, manakala kaedah kualitatif pula
boleh membantu dalam memahami bagaimana seseorang individu bergerak balas
terhadap perubahan sosial.
Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah kualitatif bagi menghasilkan laporan
kajian ini. Saya berpendapat bahawa kaedah yang digunakan sangat sesuai dandapat menghasilkan laporan kajian yang bagus berkaitan dengan masalah
pembuangan bayi ini.
Beberapa individu yang terlibat dengan pembuangan bayi telah bersetuju untuk
bekerjasama dan sanggup menceritakan pengalaman sebenar mereka.
Sesungguhnya pengalaman yang diceritakan sangat berharga dan tidak ternilai
untuk digambarkan.
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kaedah_kuantitatif&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kaedah_kuantitatif&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kaedah_kuantitatif&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kaedah_kuantitatif&action=edit&redlink=1 -
7/31/2019 Copy of Devian 2011
11/27
1.4 STATISTIK
Saya ingin menarik perhatian kepada statistik pembuangan bayi antara tahun 2000
sehingga 2006 yang melaporkan sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoriti
(532 92%) adalah bayi baru lahir, sementara 48 (8%) adalah janin ( Sumber
PDRM). Sementara menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia pula, terdapat peningkatan ketara dalam kes pembuangan
bayi yang dilaporkan (Rujuk Jadual 1).
Jadual 1
Tahun 2006 2007 20082009 (sehingga
Mei)
Jumlah
Kes53 76 102 33
Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, dilaporkan menurut satukajian di Lembah Klang, seorang bayi dibuang setiap sepuluh hari. Apa yang lebih
membimbangkan, fenomena ini tidak lagi hanya berlaku di bandar-bandar besar,
malahan semakin kerap dilaporkan di kawasan desa dan luar bandar. Bayi-bayi juga
pernah dilaporkan dibuang di dalam tandas sekolah dan premis menara gading
institusi pengajian tinggi.
Namun, secara umumnya, masyarakat Malaysia seolah-olah hanya mampu
menyatakan rasa kesal, mengecam tindakan zalim tersebut, menuding jari
menyalahkan remaja belia yang dikatakan semakin sumbang perlakuan mereka.
Adakah kerana bayi-bayi malang tersebut dianggap hasil perzinaan, dikandung
tanpa dirancang dan dikehendaki (unplanned and unwanted) oleh ibu mereka, tanpa
bapa yang sanggup melindungi lalu kemudiannya dibiarkan atau dibuang untuk
menutup aib dan malu , maka kematian mereka tidak harus dibela?
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
12/27
1.5 DAPATAN KAJIAN
PENGENALAN
Sedekad kebelakangan ini, kita sama-sama menyaksikan peningkatan kes
pembuangan bayi di negara kita ini. Setiap tahun terdapat begitu banyak kes
berkaitan pembuangan bayi diaporkan di media massa di Malaysia. Kebanyakan kes
bayi-bayi yang dibuang ini meninggal akibat kesejukan atau dibaham binatang.
Sesungguhnya kita semua amat kesal peningkatan fenomena yang menyayat hati
ini. Fenomena ini tidak serasi dengan negara kita sebagai negara timur yang
mementingkan semangat kekeluargaan.
Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini.
Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka
terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Sebenarnya,
masalah pembuangan bayi ini bukanlah suatu gejala baru dalam sejarah
kemanusiaan manusia. Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan
oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Bagi kebanyakan kes,
perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan
tersebut.
Isu pembuangan bayi ini merupakan isu sejagat. Tidak sekadar berlaku di Malaysia
malah di merata tempat. Di Brunei, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat
tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam
karung sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Di Indonesia,
seorang penduduk melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di
tepi sungai. Di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun
ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri
kerana sakit perut. Manakala di Amerika Syarikat pula, seorang remaja perempuan
yang baru menganjak sahaja usia 19 tahun, Krystal Johnson telah dituduh
membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan yang kotor dan mengakibatkan
kematian.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
13/27
Di Malaysia, gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik.
Umpamanya pada tahun 1999, sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun
2001, ia meningkat kepada 97 kes. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan
langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut.
Menurut statistik daripada pihak berkuasa, didapati jenayah membuang bayi terus
meningkat dari tahun ke tahun. Saya ingin menegaskan bahawa setiap bayi berhak
disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan yang terlatih di premis kesihatan
yang serba lengkap untuk mengendalikan sebarang kecemasan. Setiap ibu yang
hamil, berhak mendapatkan jagaan kehamilan yang sempurna untuk memastikan
kesihatannya terjaga sepanjang masa. Setiap bayi baru lahir yang ditemui mati
terdampar, dikira satu kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu)
yang secara tidak langsung menandakan jagaan kesihatan yang tidak sempurna dan
tahap kesihatan yang rendah. Awal Julai lepas, dilaporkan penemuan mayat reput
seorang wanita muda di bilik asrama salah sebuah IPT di selatan tanahair, bersama
bayi yang dilahirkannya sendirian. Kematian ibu yang melahirkan bayi tanpa bantuan
perubatan ini perlu dilihat sebagai satu kematian ibu (maternal mortality) yang
sepatutnya boleh dielakkan (avoidable) sekiranya jagaan kesihatan dan perubatan
dapat diberikan sebagaimana lazimnya.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
14/27
FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH PEMBUANGAN BAYI
Dewasa ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan
sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini.
Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang,
dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Pembuangan bayi sebenarnya melibatkan banyak faktor. Kita tidak boleh membuat
tuduhan atau menuding jari kepada satu-satu pihak kerana menyebabkan kehamilan
luar nikah yang bertambah, sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai
aspek. Kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari
Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail melalui Kajian Profil RemajaPerempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau
bermasalah memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga
yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan
personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja. Konflik dalam
keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh
membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi
keperluan kewangan, hiburan dan perkembangan emosi mereka. Tanpa
pengawasan, anak-anak menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencana
kehidupan mengikut kehendak hati.
Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di
kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran
agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak
menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan
muda terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada
mendalami agama.
Selain itu, punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah
kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta
itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani
kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan
dicaci oleh masyarakat setempat.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
15/27
Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Pembuangan bayi adalah
satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih
awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah terhadap bahan-
bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali
diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang
berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.
Di samping itu sikap masyarakat. Masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk
tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka
bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golonganremaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi
kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang
masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat,
kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu
kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan
sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya.
Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka
lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu
bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga
masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang
mampu dilaksanakan oleh pesalah.
Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan
bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan
perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu
amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu
ghairah, tidak dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan
menghasilkan anak luar nikah.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
16/27
Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah
terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah
satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku
dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini
dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Ibu
bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus
memperuntukkan waktu bersama anak- anak.
Dalam memperkatakan tentang tindakan membuang bayi itu, kita mungkin terlupa
malah mengenepikan sama sekali salah satu punca utama bencana musibah
kehamilan luar nikah itu. Tumpuan lebih kepada bayi malang yang mati dibuang dan
dosa kesilapan yang dilakukan oleh gadis yang terlanjur. Kita alpa kepada lelaki
durjana yang bertanggungjawab di atasbencana keterlanjuran seksual itu. Mereka
perlu diburu, dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah dan sedang berlaku.
Tidak adil dengan hanya menyalahkan gadis perempuan yang menanggung beban
penderitaan keterlajuran seksual ini. Lelaki itu wajar diheret ke muka pengadilan di
atas perbuatan salahlaku seksual mereka. Gadis-gadis malang itu ditinggalkan
menanggungtrauma mengandung luar nikah dengan sokongan sosial yang lebih
banyakmencemuh, mencerca daripada membantu.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
17/27
CARA MENGATASI MASALAH PEMBUANGAN BAYI
ISU pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun
kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana. Maka itu saya
berasa terpanggil untuk bersama-sama terlibat dalam usaha menyumbangkan idea
untuk menyifarkan kes pembuangan bayi di negara kita. Perbuatan sedemikian
bukan sahaja dianggap kejam dan tidak bertanggungjawab, malah boleh juga
diklasifikasikan "Kelahiran semula generasi jahiliah" atau "Jahiliah alaf baru".
Masyarakat setempat adalah golongan utama bertindak bagi mengatasi masalah
pembuangan bayi dalam kawasan tempat tinggal mereka. Antara langkah yang perlu
yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat setempat ialah menyediakan satu tempatperlindungan kepada pelajar institusi pendidikan yang bermasalah seperti ini.
Rumah perlindungan ini memberi bantuan kaunseling dan penjagaan kepada pelajar
IPT yang bermasalah dan sedang mengandung anak luar nikah perlu dilakukan
sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil. Kewujudan rumah
perlindungan ini memberi ruang kepada remaja untuk berfikir secara rasional
menyelesaikan masalah mereka. Sesungguhnya isu pembuangan bayi dapat
dikurangkan.
Semua pihak perlu memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab dalam usaha
mencegah gejala sosial yang sedang berleluasa dan semakin parah hari ini. Ianya
mesti bermula pada tahap individu yang harus diperkayakan dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran membuat keputusan yang bijak, bertanggungjawab
berkaitan aspek seksualitinya. Setiap individu tanpa mengira gender, usia, pangkat
dan kedudukan mesti mempunyai daya tahan, disiplin serta integriti yang tinggi.
Usaha mesti dipertingkatkan agar institusi keluarga dan masyarakat kembali
membangunkan sistem nilai dan disiplin hidup yang mampu mengawal tingkahlaku
ahli-ahlinya, selari dengan bertambahnya cabaran yang menghakis nilai murni dalam
komuniti. Pihak berwajib mestilah mengekang sebarang aktiviti dan kegiatan yang
membuka peluang luas yang membawa kepada berlakunya perzinaan seperti
pergaulan bebas, hiburan tanpa batas dan gaya hidup hedonistik yang
menggalakkan penagihan dadah, alkohol dan seks. Strategi mendidik dan menyeru
masyarakat untuk kembali mengamalkan ajaran agama yang menekankan gaya
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
18/27
hidup yang murni mesti dilipatgandakan dan menjadi keutamaan di setiap peringkat,
dari yang paling atas iaitu pucuk pimpinan negara sehinggalah kepada rakyat jelata .
Seterusnya, dalam mencari jalan mengatasi masalah pembuangan bayi ini, langkah
praktikal mesti segera diambil untuk mengelakkan ibu yang hamil akibat perzinaan
dalam masyarakat hari ini tidak berfikiran panjang lalu mengambil keputusan melulu
membuang dan membunuh bayi yang baru lahir. Setiap wanita yang hamil, sama
ada yang sudah sah berkahwin ataupun belum, mesti mendapatkan jagaan
antenatal di pusat kesihatan yang berhampiran secara berkala untuk memastikan
kesejahteraannya dan janin dalam kandungan terpelihara. Wanita yangmenyembunyikan kehamilannya (concealed pregnancy) seringkali berhadapan
dengan risiko komplikasi seperti cubaan menggugurkan kehamilan, kepucatan,
preeklampsia, kelahiran pramatang atau kematian semasa melahirkan. Mereka
mesti bertanggungjawab terhadap kesihatan diri mereka sendiri dan tidak
seharusnya mempertaruhkan nyawa mereka melalui kehamilan dan kelahiran
sendirian.
Pasangan lelaki yang terbabit dalam perzinaan sehingga menyebabkan kehamilan
mesti dipertanggungjawabkan. Perkembangan kajian saintifik yang membabitkan
DNA dan genetik hari ini membolehkan pembuktian terhadap asal usul keturunan
manusia dibuat. Satu mekanisme perundangan perlu diusahakan agar pasangan
lelaki dalam perzinaan tidak boleh secara sewenang-wenangnya berlepas tangan
dari memikul tanggungjawab yang sepatutnya.
Saya mendesak agar langkah-langkah yang disarankan segera diambil tindakan
bagi menangani isu pembuangan bayi hingga ke akar umbi. Jangan biarkan
Malaysia menjadi sebuah masyarakat jahiliyyah moden yang tiada peri kemanusiaan
lagi!
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
19/27
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
20/27
1.7 RUMUSAN
Kesimpulannya, masalah kes pembuangan bayi ini perlu dikaji secara telus. Semua
pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya. Semua pihak memikul kesan
yang timbul kerana kitalah yang menyebabkan dan mampu menghalang masalah ini
daripada berterusan.
Masyarakat harus menerima masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya
secepat mungkin. Setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu
padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial
ini tidak menular dengan lebih serius.
Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajaan juga perlu lebih peka dan
menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka
mendapat lebih informasi tenteng gejala ini dan sedar akan kesan daripada
perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama
dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada
terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa patut
menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakanahli masyarakat.
Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. Pendidikan
yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak
kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat.
Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli
masyarakat tetapi peningkatan kes buang bayi dari setahun ke setahun
menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman sedia ada ini?
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
21/27
1.8 RUJUKAN
1. Buku Ilmiah
Ulwan, D. A. (2009). Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam.
Yamani Angle Sdn Bhd.
2. Surat Khabar
Afzan, S. N. (2010). Zaman Buang Anak?Kosmo.
3. Internet
Bernama. (2010). Rosmah Mahukan Kerjasama Bagi Bendung Gejala
Pembuangan Bayi. Bernama.
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
22/27
1.9 LAMPIRAN
CONTOH PEMBUANGAN BAYI
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
23/27
CONTOH PEMBUANGAN BAYI
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
24/27
CONTOH PEMBUANGAN BAYI
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
25/27
CONTOH PEMBUANGAN BAYI
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
26/27
CONTOH PEMBUANGAN BAYI
-
7/31/2019 Copy of Devian 2011
27/27
CONTOH RUJUKAN