kelab pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (umno) · pdf filepenubuhan kelab pas uk adalah...

2
Kelab Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) United Kingdom Birmingham & Wolverhampton - Coventry & Warwick - Glasgow Hull - Lancaster & Morecambe - Leeds - Liverpool - London - Newcastle Salford & Manchester - Sheffield - Southampton - Surrey - Wales -Kelab Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) United Kingdom- Pejabat Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom 46 Oliver Street, Foleshill, Coventry, CV6 5FE, United Kingdom www.umno-uk.org Kenyataan Bersama Wakil-Wakil Kelab-Kelab UMNO United Kingdom (05/05/2003) Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera, Adalah kami, wakil-wakil kepada 14 kelab-kelab UMNO United Kingdom, ingin membuat beberapa komen dan pemerhatian tentang beberapa perkembangan terbaru senario politik pelajar Malaysia di United Kingdom.Pertamanya, tentang pengharaman pergerakan pelajar yang dikenali sebagai Al-Hizbul Islami (Hizbi) and keduanya keputusan pucuk pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk mewujudkan cawangan muda parti politik mereka yang dikenali sebagai Kelab PAS United Kingdom dan Eire (sila rujuk kepada kenyataan akhbar PAS, 15/04/2003). Pertamanya, kami ingin menegaskan bahawa adalah menjadi fakta yang diketahui umum di kalangan warga Malaysia di United Kingdom (muslim dan bukan muslim, pelajar dan juga bukan pelajar), bahawa kami di kalangan Kelab-Kelab UMNO sentiasa berpegang dan yakin bahawa Hizbi telah lama menjadi organisasi boneka yang telah ditaja, dilatih serta dibekalkan dengan sokongan moral dan kewangan oleh tuan politik mereka iaitu PAS di Malaysia. Oleh itu, dakwaan-dakwaan pimpinan Hizbi tentang ketiadaan sebarang hubungan politik kepartian sebelum pembubaran mereka yang terpaksa, mengikut pandangan kami telah terbukti amatlah palsu dan tidak benar dengan penubuhan Kelab PAS UK dan Eire. Manakala kami Kelab UMNO tidak pernah menyembunyikan hubungan kami dengan pihak UMNO Malaysia. Hizbi sayangnya telah memilih untuk berdolak-dalih dengan berpandangan bahawa kegiatan mereka tidak sekali-kali mempunyai sebarang kaitan dengan PAS. Barangkali ini terjadi kerana pandangan atau jangkaan silap mereka bahawa aktiviti-aktiviti tidak sihat mereka tidak akan memberi sebarang kesan negatif yang tidak dijangka terhadap nasib politik tuan mereka , PAS di Malaysia. Tidak sepertimana Hizbi, kami dari awal lagi tidak pernah teragak-agak untuk mengisytiharkan hubungan kami dengan UMNO di Malaysia kerana kami tidak pernah bertindak untuk memecahbelahkan masyarakat warga Malaysia di UK ini. Tambahan pula, kami percaya bahawa ikatan dengan UMNO Malaysia sebenarnya menyediakan satu wadah yang bernilai kepada kami untuk menyalurkan pandangan-pandangan serta buah fikiran pelajar-pelajar Malaysia di UK kepada masyarakat di tanahair secara berkesan. Perkara ini adalah seharusnya menjadi kebangaan dan bukannya sesuatu yang perlu dimalukan. Sehubungan dengan itu, kami juga ingin menegaskan bahawa tujuan sebenar penubuhan kelab PAS UK adalah semata-mata kerana pihak-pihak berwajib tertentu telah bertindak nekad untuk berpendirian tegas dalam menangani organisasi-organisasi pelajar yang berterusan menolak dan enggan untuk terlibat dalam perbahasan politik dan polisi

Upload: lenhu

Post on 07-Feb-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kelab Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) United Kingdom Birmingham & Wolverhampton - Coventry & Warwick - Glasgow Hull - Lancaster & Morecambe - Leeds - Liverpool - London - Newcastle Salford & Manchester - Sheffield - Southampton - Surrey - Wales

-Kelab Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) United Kingdom- Pejabat Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom

46 Oliver Street, Foleshill, Coventry, CV6 5FE, United Kingdom www.umno-uk.org

Kenyataan Bersama Wakil-Wakil Kelab-Kelab UMNO United Kingdom (05/05/2003)

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera, Adalah kami, wakil-wakil kepada 14 kelab-kelab UMNO United Kingdom, ingin membuat beberapa komen dan pemerhatian tentang beberapa perkembangan terbaru senario politik pelajar Malaysia di United Kingdom.Pertamanya, tentang pengharaman pergerakan pelajar yang dikenali sebagai Al-Hizbul Islami (Hizbi) and keduanya keputusan pucuk pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk mewujudkan cawangan muda parti politik mereka yang dikenali sebagai Kelab PAS United Kingdom dan Eire (sila rujuk kepada kenyataan akhbar PAS, 15/04/2003). Pertamanya, kami ingin menegaskan bahawa adalah menjadi fakta yang diketahui umum di kalangan warga Malaysia di United Kingdom (muslim dan bukan muslim, pelajar dan juga bukan pelajar), bahawa kami di kalangan Kelab-Kelab UMNO sentiasa berpegang dan yakin bahawa Hizbi telah lama menjadi organisasi boneka yang telah ditaja, dilatih serta dibekalkan dengan sokongan moral dan kewangan oleh tuan politik mereka iaitu PAS di Malaysia. Oleh itu, dakwaan-dakwaan pimpinan Hizbi tentang ketiadaan sebarang hubungan politik kepartian sebelum pembubaran mereka yang terpaksa, mengikut pandangan kami telah terbukti amatlah palsu dan tidak benar dengan penubuhan Kelab PAS UK dan Eire. Manakala kami Kelab UMNO tidak pernah menyembunyikan hubungan kami dengan pihak UMNO Malaysia. Hizbi sayangnya telah memilih untuk berdolak-dalih dengan berpandangan bahawa kegiatan mereka tidak sekali-kali mempunyai sebarang kaitan dengan PAS. Barangkali ini terjadi kerana pandangan atau jangkaan silap mereka bahawa aktiviti-aktiviti tidak sihat mereka tidak akan memberi sebarang kesan negatif yang tidak dijangka terhadap nasib politik tuan mereka , PAS di Malaysia. Tidak sepertimana Hizbi, kami dari awal lagi tidak pernah teragak-agak untuk mengisytiharkan hubungan kami dengan UMNO di Malaysia kerana kami tidak pernah bertindak untuk memecahbelahkan masyarakat warga Malaysia di UK ini. Tambahan pula, kami percaya bahawa ikatan dengan UMNO Malaysia sebenarnya menyediakan satu wadah yang bernilai kepada kami untuk menyalurkan pandangan-pandangan serta buah fikiran pelajar-pelajar Malaysia di UK kepada masyarakat di tanahair secara berkesan. Perkara ini adalah seharusnya menjadi kebangaan dan bukannya sesuatu yang perlu dimalukan.

Sehubungan dengan itu, kami juga ingin menegaskan bahawa tujuan sebenar penubuhan kelab PAS UK adalah semata-mata kerana pihak-pihak berwajib tertentu telah bertindak nekad untuk berpendirian tegas dalam menangani organisasi-organisasi pelajar yang berterusan menolak dan enggan untuk terlibat dalam perbahasan politik dan polisi

Kelab Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) United Kingdom Birmingham & Wolverhampton - Coventry & Warwick - Glasgow Hull - Lancaster & Morecambe - Leeds - Liverpool - London - Newcastle Salford & Manchester - Sheffield - Southampton - Surrey - Wales

-Kelab Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) United Kingdom- Pejabat Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom

46 Oliver Street, Foleshill, Coventry, CV6 5FE, United Kingdom www.umno-uk.org

secara konstruktif dan tersusun; sebagaimana yang telah dibuat oleh pihak Hizbi. Ini adalah hujah penting kerana ianya mematahkan dakwaan bahawa Hizbi telah dibubarkan atas tekanan pihak-pihak tertentu, (sila rujuk laporan akhbar Hizbi,18/03/2003), yang bertindak sebagai pelapor yang menghasut pihak-pihak berwajib untuk menekan atau membubarkan pertubuhan mereka.

Kami mengalu-alukan keputusan pihak Jabatan Penuntut Malaysia (MSD UK) yang menghendaki semua pertubuhan-pertubuhan pelajar Malaysia di UK berdaftar dengan mereka kerana kami percaya ini adalah satu langkah yang produktif dan konstruktif dari pihak mereka dalam menjamin akauntibiliti dan ketelusan dipraktikkan dalam sesuatu organisasi yang menbabitkan pelajar Malaysia. Di samping itu, kami juga yakin bahawa syarat baru ini tepat dengan masanya kerana ia melahirkan rasa kepercayaan dan tanggungjawab bagi pertubuhan-pertubuhan pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang kondusif dan bukannya destruktif terhadap keperibadian dan pembangunan insan dan negara. Akhirnya, kami mengambil kesempatan ini untuk mengalu-galukan penubuhan ,Kelab PAS UK kerana kami percaya ianya menunjukkan satu tahap keikhlasan dari pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong pro-PAS di kalangan para pelajar di UK untuk bergiat secara telus dan bersifat terbuka dengan pertubuhan-pertubuhan pelajar lain seperti kami. Kami mengakhiri kenyataan ini dengan harapan bahawa kedua-dua Kelab-Kelab UMNO dan Kelab PAS di UK akan mula berterusan terlibat dalam perbahasan yang membina dan produktif demi kemajuan Islam dan demokrasi untuk faedah seluruh rakyat Malaysia.

Wassalam

Yang Benar,

Jawatankuasa Eksekutif-Bersama Komunikasi

Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom