kekurangan karnival permainan tradisional

2
KEKURANGAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL Karnival permainan tradisional yang telah dianjurkan dan dilaksanakan oleh guru pelatih semester 5 telah merangkumi unit Sains, Matematik dan Pendidikan Jasmani. Terdapat beberapa kekurangan yang harus ditambahbaik agar program-program yang akan dating dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sistematik. Antaranya ialah pengurusan masa yang kurang memuaskan kerana guru pelatih telah mengambil masa yang lebih lama untuk menyediakan stesen masing-masing. Ini kerana kurangnya kerjasama antara ahli kumpulan masing-masing. Terdapat beberapa orang sahaja yang berulang alik ke stor Pendidikan Jasmani untuk mengambil barang-barang yang diperlukan. Keadaan ini telah menyebabkan carnival bermula agak lewat. Seterusnya ialah kurangnya persediaan awal yang melibatkan beberapa kumpulan. Ini dapat dilihat dimana ahli kumpulan masih berbincang dengan ahlinya masing-masing tentang peraturan dan cara permainan mereka dimainkan semasa penerangan diberikan kepada para pemain. Hal ini juga mengakibatkan suatu permainan itu dimulakan lewat sedikit. Selain itu, ketiga-tiga unit iaitu Sains, Matematik dan Pendidikan Jasmani telah dibahagikan tempat pelaksanaan permainan masing-masing. Dalam pada ini, unit Sains dan Pendidikan Jasmani mendapat tempat yang dapat dilihat iaitu gelanggang tenis dan unit Matematik di belakang stor pendidikan Jasmani. Ini telah menyebabkan pergerakan dan permainan yang dilaksanakan oleh unit Matematik tidak dapat dilihat. Masa yang diambil oleh kumpulan Matematik juga agak

Upload: yunohu

Post on 29-Sep-2015

238 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

KEKURANGAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Karnival permainan tradisional yang telah dianjurkan dan dilaksanakan oleh guru pelatih semester 5 telah merangkumi unit Sains, Matematik dan Pendidikan Jasmani. Terdapat beberapa kekurangan yang harus ditambahbaik agar program-program yang akan dating dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sistematik. Antaranya ialah pengurusan masa yang kurang memuaskan kerana guru pelatih telah mengambil masa yang lebih lama untuk menyediakan stesen masing-masing. Ini kerana kurangnya kerjasama antara ahli kumpulan masing-masing. Terdapat beberapa orang sahaja yang berulang alik ke stor Pendidikan Jasmani untuk mengambil barang-barang yang diperlukan. Keadaan ini telah menyebabkan carnival bermula agak lewat. Seterusnya ialah kurangnya persediaan awal yang melibatkan beberapa kumpulan. Ini dapat dilihat dimana ahli kumpulan masih berbincang dengan ahlinya masing-masing tentang peraturan dan cara permainan mereka dimainkan semasa penerangan diberikan kepada para pemain. Hal ini juga mengakibatkan suatu permainan itu dimulakan lewat sedikit. Selain itu, ketiga-tiga unit iaitu Sains, Matematik dan Pendidikan Jasmani telah dibahagikan tempat pelaksanaan permainan masing-masing. Dalam pada ini, unit Sains dan Pendidikan Jasmani mendapat tempat yang dapat dilihat iaitu gelanggang tenis dan unit Matematik di belakang stor pendidikan Jasmani. Ini telah menyebabkan pergerakan dan permainan yang dilaksanakan oleh unit Matematik tidak dapat dilihat. Masa yang diambil oleh kumpulan Matematik juga agak lambat untuk selesai kerana mereka berada tempat yang agak jauh daripada kumpulan-kumpulan yang lain. Justeru, terdapat juga kekurangan dalam pengagihan kumpulan dimana unit Sains terdiri daripada 3 kumpulan, unit Matematik dan Pendidikan jasmani terdiri daripada lebih dari 3 kumpulan. Ini telah menyebabkan kumpulan unit Sains telah menyelesaikan kesemua tiga permainan lebih awal daripada kumpulan-kumpulan yang lain. Mereka juga kelihatan menunggu lama untuk kumpulan yang lain menyelesaikan permainan kumpulan masing-masing. Pada masa yang sama, kumpulan Sians yang telah seesai lebih awal tidak mempunyai perasaan ingin tahu tentang permainan yang dimainkan oleh kumpulan lain sehingga mereka hanya duduk di tempat yang sama sahaja. Mereka tidak begitu aktif dan sporting untuk mengunjung stesen-stesen yang lain. Kekurangan-kekurangan yang telah dihujahkan diatas sangat ketara kelihatan semasa pengurusan dan pengelolaan karnival permainan tradisional pada hari tersebut. Oleh itu, kesemua kekurangan harus ditambahbaik untuk kebaikan dan kelancaran program-program yang akan berlangsung kelak nanti. Pada masa yang sama, penambahbaikan yang dibuat akan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran pengelolaan dan pengurusan sesuatu program.