kekuatan standard sekolah rendah
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Kekuatan Standard Sekolah Rendah
1/5
KEKUATAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BERBANDING
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan
tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai
matlamat yang dihajati. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum
sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai
kesemua mata pelajaran di sekolah. Di sini kita dapat melihat daripada segi makna dan
istilah kurikulum daripada pendapat yang berbeza namun membawa satu penyampaian
maklumat yang sama iaitu kurikulum ialah ilmu pengetahuan dalam satu isi kandungan
bagi membantu guru mengajar kumpulan murid tertentu untuk mencapai satu garisan
objektif yang jelas. Melihat kepada Akta pendidikan 1996 menyatakan kurikulummerupakan satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya daripada segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menyampaikan pengetahuan.
Oleh sebab itu, transformasi kurikulum berlaku sehingga pada hari ini kurikulum
standard sekolah rendah yang diperkenalkan merupakan yang terkini di dalam negarakita Malaysia. Transformasi yang berlaku berikutan perkembangan arus pemodenan
dan globalisasi sentiasa bergerak dengan itu kurikukulum perlu diubah suai selari
dengan pengetahuan semasa. KSSR yang diperkenalkan kini sudah mula dilaksanakan
di semua sekolah rendah melibatkan murid Tahun Satu pada awal sesi persekolahan
2011. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan
serta semestinya mempunyai kekuatan yang tersendiri berbanding kurikulum yang
diwujudkan sebelum ini iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu bentuk perubahan holistik iaitu
perubahan kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,
organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan
pengurusan kurikulum di sekolah.
-
7/31/2019 Kekuatan Standard Sekolah Rendah
2/5
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berteraskan enam elemen iaitu komunikasi,
kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan
teknologi serta keterampilan diri. Keseluruhan tunjang yang digarap di dalam KSSR
begitu holistic dan sempurna dalam menyemai semangat menguasai ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi menerap nilai. Elemen yang di nyatakan di dalam KSSR
lebih menyeluruh jika di bandingkan dengan KBSR. Kekuatan KSSR dilihat melebihi
KBSR yang merupakan satu reka bentuk kurikulum yang berasaskan hanya tiga bidang
iaitu komunikasi, manusia dan alam sekelilingnya dan perkembangan diri individu.
Kekuatan yang lain merupakan KSSR menitik beratkan kemahiran 4M iaitu
menulis, mengira, membaca dan menaakul. Kemahiran penaakulan ditambah dalam
kurikulum baru berbanding KBSR kerana kemahiran penaakulan ini penting pada hari
ini yang serba moden dan canggih ini. Kemahiran ini bagi membantu pelajar membuat
pertimbangan dan juga mengembangkan kapasiti pemikiran mereka.Penaakulan ialahmengembangkan fikiran, membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan
akal yang logik. Sebagai contoh, penaakulan dalam mata pelajaran sains bukan hanya
memerlukan pelajar menguasai konsep sains semata mata, tetapi mereka perlu berfikir
secara mendalam iaitu kreatif dan kritis terhadap sesuatu konsep tersebut. Ini
merupakan satu perubahan yang berlaku dalam struktur KSSR yang penekanannya
lebih luas berbanding pendekatan di dalam KBSR.Daripada segi pentaksiran pula, KSSR melakukan transforamasi drastik kepada
pentaksiran formatif. Pentaksiran formatif berasakan sekolah dijalankan secara
berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran. Terdapat tiga jenis pentaksiran iaitu pentaksiran kendiri, rakan sebaya
dan kumpulan. Berbanding KBSR dahulunya menggunakan pentaksiran sumatif.
Dalam KSSR, pentaksiran formatif yang berasaskan sekolah dijalankan secara
berterusan. Hal ini untuk memantau perkembangan dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka
termasuk ujian dan peperiksaan disimpan di dalam portfolio pelajar. Dokumen ini
-
7/31/2019 Kekuatan Standard Sekolah Rendah
3/5
merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk
rujukan guru dan ibu bapa. Dengan ini, ia membolehkan semua pihak termasuk ibu
bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, selain mengesan
kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan
minat murid. Di sinilah terletaknya salah satu kekuatan KSSR di mana penilaian secara
berterusan ke atas pelajar dilaksanakan dan ia membolehkan guru menilai murid
dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap
penguasaan mereka pada peringkat-peringkat tertentu di dalam pembelajaran.
Kurikulum baru ini turut memperkenalkan mata pelajaran baru yang bermanfaat
kepada murid-murid. Antara elemen baru yang dimasukkan dalam KSSR ialah
Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial dalam subjek Pendidikan Kesihatan.
Melalui subjek ini, murid-murid akan diberi pendedahan awal mengenai perkembangan
manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan
dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Dalam pendidikan kesihatan
diterapkan elemen perkembangan manusia yang bermaksud pendedahan mengenai
pengetahuan sistem reproduktif manusia manakala perhubungan iaitu social yang
mendedahkan sifat kasih sayang dan persahabatan. Pendedahan awal seperti ini perlu
bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka membesar dengan pengetahuanpenting yang diperlukan dan seterusnya mampu menghindari mereka daripada gejala
social. Selain itu, mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid ialah
mata pelajaran sejarah. Subjek sejarah dapat mendidik jiwa murid-murid dengan
semangat patriotik dan kenegaraan. Secara tidak langsung akan melahirkan insan yang
sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Murid-murid turut diberi pendedahan awal
tentang sejarah yang berlaku di negara kita dengan harapan semangat kekitaan dan
semangat patriotik dapat disemai dalam diri murid-murid.. Murid-murid akan menjadi
individu yang lebih menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air
dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan mempertahankan keharmonian dan
kesejahteraan negara ini.
-
7/31/2019 Kekuatan Standard Sekolah Rendah
4/5
Kekuatan yang terakhir yang telah saya dapati ialah melalui aspek pembelajaran
yang digunakan iaitu menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul.
Penggunaan modul yang telah di sediakan adalah bersifat dinamik. Hal ini membawa
maksud ianya fleksibel dan boleh dilakukan pertambahan dan pengurangan kandungan
tanpa menjejaskan keseluruhan modul. Secara tidak langsung, pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran akan lebih fleksibel. Hal ini kerana, setiap guru
mempunyai pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah
pengajaran mereka yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid.
Dengan pengguanan modul ini, ianya dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian aktiviti yang mampu merangsang
pemikiran kreatif dan kritis dalapt dilaksanakan bukan hanya tertumpu kepada
perkembangan kognitif semata-mata. Murid juga mudah untuk mempelajari dan
memahami sesuatu konsep pembelajaran sekiranya proses pembelajaran dan
pengajaran mereka disertakan dengan aktiviti yang berbentuk praktikal atau amali.
Dengan itu dapat menarik minat murid untuk terus meminati pembelajaran di sekolah.
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kekuatan yang dibawa oleh
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebenarnya mendukung Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan
murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi dan
pengetahuan berasaskan teknologi pada abad ke 21 ini. Oleh itu, pelaksanaanya
memerlukan komitmen daripada semua pihak supaya kurikulum baru ini membawa
impak positif kepada sistem pendidikan di Malaysia dan generasi akan datang. Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia pula akan bertindak secara berterusan bagi
menyemak kurikulum daripada semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan
kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Di harapkan dengan
pelaksanaan KSSR ini dapat melahirkan contoh modal insan terbaik dalam kalangan
masyarakat.
-
7/31/2019 Kekuatan Standard Sekolah Rendah
5/5