kekuatan dan kelemahan model tyler dan modeltaba dalam pengembangan kurikulum

15
TAJUK: KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER DAN MODELTABA DALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM 1.0PENDAHULUANMalaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju seiringdengan negara- negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat itu, negara haru smenyediakan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan itu, pen didikan dijadikan agendautama bagi negara ini malah di mana- mana negara juga. Dunia pendidikan hari ini adalah penentu masa depan negara. Justeru itu, bagi memastikan pendidikan negara mencapaimatlama t, sistem kurikulum haruslah unggul. Ini kerana Kurikulum merupakan instrumen penting dalam mencapai tujuan pendidikan, malah digu nakan sebagai garis panduandalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada semua peringkat danlapangan sekolah. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjanaanjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan pentinguntuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (MasturaBadzis, 2008). Kurikulum tercipta adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Neg ara.Lantaran itu kurikulum juga menjadi cerminan kepada falsafah pandangan hidup suatu bangsa, yang akan menjadi panduan hala tuju dan acuan ke hidupan sesuatu bangsa dimasa hadapan.Seiring dengan kepentingan kurikulum tersebut, Kurikulum yang dibina haruslah dinamis dan terus berkembang untuk disesuaikan dengan pelbagai perkembangan yang terjadi pada masyarakat dunia dan h aruslah ditetapkan hasil yangsesuai dengan matlamat. Pengemban gan kurikulum sebaiknya dilaksanakan secarasistematik berdasarkan prinsip yang bersepadu iaitu memberikan garis panduan bahawakeseluruhan komponen haruslah tepat dan saling berkait antara satu sama lain, tidak berasingan, malah secara menyeluruh. Penyusunan satu ko mponen harus dinilaikeseragamannya dan perkaitannya dengan kom

Upload: lydia-jia

Post on 09-Dec-2015

2.919 views

Category:

Documents


88 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

Page 1: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

TAJUK: KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER DAN MODELTABA DALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM

1.0PENDAHULUANMalaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju seiringdengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat itu, negara harusmenyediakan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan itu, pendidikan dijadikan agendautama bagi negara ini malah di mana-mana negara juga. Dunia pendidikan hari ini adalah penentu masa depan negara. Justeru itu, bagi memastikan pendidikan negara mencapaimatlamat, sistem kurikulum haruslah unggul. Ini kerana Kurikulum merupakan instrumen penting dalam mencapai tujuan pendidikan, malah digunakan sebagai garis panduandalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada semua peringkat danlapangan sekolah. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjanaanjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan pentinguntuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (MasturaBadzis, 2008). Kurikulum tercipta adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.Lantaran itu kurikulum juga menjadi cerminan kepada falsafah pandangan hidup suatu bangsa, yang akan menjadi panduan hala tuju dan acuan kehidupan sesuatu bangsa dimasa hadapan.Seiring dengan kepentingan kurikulum tersebut, Kurikulum yang

dibina

haruslah dinamis dan terus berkembang untuk disesuaikan dengan pelbagai perkembangan yang terjadi pada masyarakat dunia dan haruslah ditetapkan hasil yangsesuai dengan matlamat. Pengembangan kurikulum sebaiknya dilaksanakan secarasistematik berdasarkan prinsip yang bersepadu iaitu memberikan garis panduan bahawakeseluruhan komponen haruslah tepat dan saling berkait antara satu sama lain, tidak berasingan, malah secara menyeluruh. Penyusunan satu komponen harus dinilaikeseragamannya dan perkaitannya dengan komponen-komponen lainnya sehinggakurikulum benar-benar bersepadu dan utuh.

1

Seterusnya bagi menjayakan sesuatu sistem kurikulum tidak dapat tinggalkaniaitu kaedah pendekatan atau penggunaan model yang sesuai dengan pengembangankurikulum. Dengan itu, kurikulum dapat diubah dengan baik dan benar. Sekali gus,tujuan pendidikan itu dapat tercapai dengan apa yang diinginkan oleh negara.Tokoh-tokoh terdahulu telah mencipta banyak model yang digunakan dalam pengembangan kurikulum. Menurut Robert S. Zain dalam bukunya:

Curriculum Principles and Foundation

(Dakir, 2004: 95-99) berbagai model dalam pengembangankurikulum secara kasarnya dinyatakan seperti berikut: Model Administratif (

Page 2: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

 Line Staff 

),Model dari Bawah (

Gross-Roots

), Model Demonstrasi, Model Tyler, Model Taba, ModelBeauchamp, Model Wheeler, Model Nicholls dan Model Dynamic Skilbeck. Akan tetapisebelum diadaptasikan model-model tersebut dalam pengembangan kurikulum, terlebihdahulu model tersebut harus dikaji dan ditelaah sehingga pelaksanaannya dapatterlaksana dengan lancar dan ia benar-benar sesuai dengan tujuan pendidikan. Pemilihansuatu model pengembangan kurikulum bukan saja dinilai pada kelebihan yang ada padamodel tersebut, dan kemungkinan hasil yang bakal dicapai, tetapi juga perlu disesuaikandengan sistem kurikulum dan sistem pendidikan sesebuah negara. Nadler (1988)menjelaskan bahawa model yang baik adalah model yang dapat menolong si penggunauntuk mengerti dan memahami suatu proses secara terperinci dan menyeluruh.Oleh itu, dalam penulisan ini, penulis akan memfokuskan kepada kekuatan dankelemahan dua model yang dianggap sinonim dan relevan dengan pendidikan diMalaysia iaitu Model Tyler dan Model Hilda Taba.2.0DEFINISI2.1KURIKULUMMenurutRalph Tyler (1935), kurikulum adalah seluruh pengalaman belajar yangdirencanakan dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai tujuan pendidikannya.

MenurutHilda Taba (1962) pula, kurikulumialahpernyataan tentang tujuan-tujuan pendidikan yang bersifat umum dan khusus dan materinya dipilih dandiorganisasikan berdasarkan suatu pola tertentu untuk kepentingan belajar dan mengajar.Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia ,kurikulum boleh didefinisikan sebagai,”Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi duaaspek :1.Sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajarandan pembelajaran2.kurikulum merangkumi sukan, persatuan dan unit beruniformMengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan)1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai :“Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yangmencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dankepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal,rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yangdiingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan’Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman.Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004)kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolahyang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telahditetapkan mengikut keupayaan masing-masingPemahaman dalam menginterpretasi makna kurikulum begitu luas. Maka hal itumenjadi sebuah pertanyaan, apakah kurikulum itu ada pengertian yang telah disusunsecara spesifik dan disetujui oleh

Page 3: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

banyak golongan? Ataukah pengertian kurikulum ituharus disesuaikan dengan objek yang dituju? Tapi pada dasarnya dari berbagai definisitentang kurikulum di atas, maksud dan tujuannya sama yaitu tentang pengertiankurikulum pendidikan

3

2.2MODELMenurut Kamus Dewan Edisi ketiga model adalah bermaksud seseorang atausesuatu yang dapat dijadikan contoh. Menurut Good (1972) dan Travers (1973), modeladalah abstrak dari dunia nyata atau persembahan peristiwa kompleks atau sistem, dalam bentuk cerita, matematik, grafik, serta lambang-lambang lainnya, (Sanjaya, 2009). Olehitu, model bukanlah sesuatu yang realiti tetapi merupakan acuan dari sesuatu yangsebenar di alam nyata dijadikan sebagai panduan dalam sesuatu kegiatan.

3.0MODEL RALPH TYLER 

Buku

 Basic Principles of Curriculum and Instruction

merupakan buku klasik

 

yangditulis oleh Tyler (1949), menjelaskan bagaimana merancang suatu kurikulum, sesuaidengan tujuan dan matlamat suatu sistem pendidikan. Dengan demikian model ini tidak menguraikan pengembangan kurikulum dalam bentuk langkah-langkah konkrit atausecara rinci. Tyler hanya memberikan dasar-dasar pengembangannya saja.Gambar rajah 1: Model Tyler ( di petik darihttp://willzen.blogspot.com/2012/01/model-model-pengembangan- kurikulum_15.html )

4

Menurut Tyler (1949), ada empat komponen yang dianggap asas bagimengembangkan kurikulum.1.Menentukan tujuan pendidikan.Dalam penyusunan sesuatu sistem kurikulum, langkah yang paling penting dan yang pertama yang perlu dilakukan adalah menentukan tujuan. Fungsi tujuan pendidikanadalah memberikan arah kepada segenap kegiatan pendidikan dan merupakan sesuatuyang ingin dicapai oleh segenap kegiatan pendidikan. Menurut Ahmad D. Marimba,fungsi tujuan iaitu: 1) Mengakhiri usaha. 2) Mengarahkan usaha. 3) Titik tolak untk mencapai tujuan-tujuan lain. 4) Memberi nilai pada usaha-usaha tersebut. Oleh itu, tujuan pendidikan ini harus menggambarkan hasil yang dicapai oleh pelajar setelah mengikutisesuatu program pendidikan. Menurut Tyler, persoalan yang perlu ditanya ialah hendak dibawa ke mana pelajar-pelajar ? kemampuan apa yang harus dimiliki oleh

Page 4: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

pelajar setelahmengikuti program pendidikan? Lalu sebenarnya dari mana dan bagaimana kitamenentukan tujuan pendidikan ?Tyler menjelaskan bahawa sumber perumusan tujuan dapat berasal dari pelajar, pembelajaran kehidupan masa kini, disiplin ilmu, falsafah, dan psikologi belajar.Merumuskan tujuan kurikulum, sebenarnya sangat tergantung dari teori dan falsafah pendidikan serta model kurikulum apa yang digunakan. Terdapat pelbagai tujuankurikulum, antaranya: Tujuan kurikulum bersifat "

discipline oriented 

" merupakan penguasaan terhadap pelbagai konsep atau teori seperti yang ditetapkan dalam disiplinilmu. Tujuan kurikulum bersifat "

child centered 

" adalah kurikulum yang lebih berpusatkepada pengembangan peribadi pelajar. Maka Pelajar adalah sumber utama, sama ada berhubungan dengan bakat, minat, mahupun keinginan untuk menghadapi kehidupannyata. Tujuan kurikulum bersifat "

 society centered 

" ini pula, lebih memfokuskan kepadakurikulum sekolah sebagai alat untuk memperbaiki kehidupan masyarakat. Tujuandirumuskan secara umum sehingga ke rumusan khusus bagi mempermudah pencapaiantujuan tersebut. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa menurut Tyler ada tiga aspek yangharus dipertimbangkan sebagai sumber dalam penentuan tujuan pendidikan menurut

5

Tyler iaitu: 1) keinginan pelajar sebagai individu, 2) masyarakat dan 3) berpusat pada bahan pelajaran

(subject-matter).

Ketiga-tiga aspek tersebut harus dipertimbangkan dandijadikan sebagai rujukan dalam penentuan tujuan pendidikan umum. Selanjutnya dalam penentuan tujuan khusus maka falsafah pendidikan dan psikologi belajar merupakanlandasan yang dijadikan dasar dalam penentuan tujuan khusus. Ada lima faktor yangdijadikan arah dalam penentuan tujuan pendidikan, di antaranya; pengembangankemampuan berfikir, membantu memperoleh informasi, pengembangan sikapmasyarakat, pengembangan minat peserta didik, dan pengembangan sikap sosial.2.Menentukan Proses PembelajaranDalam proses pembelajaran pandangan dan latar belakang pelajar harus diambilkira. Pengetahuan sedia ada yang miliki perlu dijadikan pertimbangan dalam menentukan proses pembelajaran selanjutnya. Dalam proses pembelajaran akan melibatkan

Page 5: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

interaksiantara pelajar dengan persekitaran atau sumber belajar yang bertujuan untuk membentuk sikap, pengetahuan dan keterampilan sehingga membentuk tingkah laku yang baik. Olehsebab itu, proses pembelajaran perlu diorganisasikan secara berkesan agar dapatmemberikan gambaran terhadap pelaksanaan kegiatan belajar. Pembelajaran yang berkesan terletak pada proses pembelajaran yang dijalankan. Tidak dapat tidak gurumemainkan peranan dalam menjayakan proses pembelajaran itu. Guru perlumembimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar selaras dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar. Penentuan aktiviti pembelajaran dikembangkan berdasarkan pada tujuan yang lebih umum ke khusus berdasarkan tujuan yang telahditetapkan. Menurut Tyler lagi ada beberapa prinsip dalam menentukan pengalaman belajar pelajar. Pertama, pengalaman pelajar harus sesuai dengan tujuan yang ingindicapai. Setiap tujuan akan menentukan pengalaman pembelajaran. Kedua, setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar. Ketiga, setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar. Keempat, mungkin dalam satu pengalaman belajar dapat mencapai tujuan yang berbeza.

3.Menentukan Organisasi Isi atau Bahan PelajaranSetelah proses pembelajaran ditentukan, seterusnya menentukan isi kandungan atau bahan bagi mencapai tujuan kurikulum serta berdasarkan pengalaman-pengalaman yangtelah dimiliki oleh pelajar. Bahan yang dipelajari pelajar disusun pada unit-unit yangdapat menggambarkan suatu urutan pengalaman serta dapat memudahkan dalamimplementasi dan memberikan gambaran terhadap penilaian pembelajaran. Penyusunan pengalaman belajar dapat dilakukan dengan berbagai cara, salah satunya adalah dengan pengembangan bentuk vertikal dan horizontal serta kesinambungan. Pengorganisasiansecara vertikal : iaitu menghubungkan pengalaman belajar dalam satu kajian yang samadalam aras yang berbeza. Contohnya, pengorganisasian pengalaman belajar yangmenghubungkan antara bidang matematik di tingkatan empat dan tingkatan lima.Pengorganisasian secara horizontal : iaitu menghubungkan pengalaman belajar dalam bidang matematik dan sains dalam tingkat yang sama.4.Menentukan penilaian pembelajaranPenilaian boleh didefinisikan sebagai satu kaedah untuk mengumpul, merekod,menganalisis serta menggunakannya untuk membantu proses pembelajaran (Harlen et al.1992). Menentukan penilaian pembelajaran merupakan langkah yang terakhir dalammodel Tyler dan juga merupakan langkat terpenting. Ini kerana langkah penilaian inimenentukan sama ada tujuan yang ditentukan pada awal pembinaan kurikulum tercapaiataupun tidak. Penilaian harus menilai apakah telah terjadi perubahan tingkah laku pelajar sesuai dengan tujuan pendidikan yang telah dirumuskan. Penilaian sebaiknyamenggunakan lebih dari satu alat penilaian dalam suatu waktu tertentu seperti penilaiansumatif dan penilaian formatif. Penilaian sumatif digunakan untuk memperoleh datatentang pencapaian akhir pelajar. Manakala Penilaian formatif adalah untuk melihatkeberkesanan proses pembelajaran, apakah program yang disusun telah dianggapsempurna atau sebaliknya.

7

Page 6: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

3.1KEGUNAAN MODEL TYLER Pada asasnya Model Tyler digunakan oleh para guru, pembangun kurikulumdan penilai profesional. Selain daripada untuk membuat pengubahsuaiankurikulum dan klasifikasi objektif, Model Tyler juga berguna dalam situasi bilik darjah dan terserahlah kepada kebijaksanaan guru menggunakan kaedah ini secara positif.Keputusan untuk memperbaiki mutu pendidikan mesti menjadi tujuan utama pendidikan walau pun darjah “kecacatan” begitu besar. Berguna untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran pelajar. Ia boleh menyokong diagnosis (learningdifficulty) dan melaksanakan langkah pemulihan dalam proses pembelajaran samaada secara individu atau berkelompok. Membolehkan guru mengubahsuai objektif pembelajaran supaya selari dengan situasi pembelajaran dan keperluan pelajar.Membuat kurikulum pada umumnya realistik.3.2 KEKUATAN DAN KELEBIHAN MODEL TYLER Setiap model yang tercipta mempunyai tujuan yang tersendiri. Model-modelitu semestinya unik bermaksud mempunyai kelebihan tersendiri yang mana akandijadikan panduan kepada pengguna untuk memilih model tersebut bersesuaiandengan tujuan kegunaan. Kelebihan Model Tyler adalah model ini tidak tertumpu pada pelajar (pencapaian). Semata-mata malah juga menekankan kepada aspek-aspek lain selain pencapaian pelajar termasuklah:a.Pengetahuan tentang maksud falsafah program (knowledge about programmed intention). b.Matlamat dan objektif tingkah laku. Matlamat dan objektif program perluditakrifkan dengan jelas.c.Tatacara untuk memastikan kejayaan pelaksanaan program.

Selain itu, kelebihan model ini juga ialah penentuan objektif sebagai rujukanyang kukuh terdapat arahan, bimbingan dan panduan. Mengandungi kriteriauntuk menilai kejayaan program. Malah kaedah yang praktikal iaitu bolehmenggunakan kaedah ini secara berterusan. Kaedah “

management by objective

”(MOB) oleh model ini boleh memantau sesuatu program atau institusi dengancara tidak formal. Malah model ini juga sistematik kerana adanya kompenan danlangkah. Malah model ini juga mempunyai kekuatan dengan objektif yang hendak dicapai digariskan dengan jelas. Selain itu, model ini sangat sesuai keranamemberi penekanan kepada penglibatan pelajar oleh itu akan melahirkan pelajar yang berautonomi dan berdikari. Secara ringkasnya model ini mempunyaikekuatan tersendiri iaitu model ini mudah, senang difahami, senang diikuti dandiimplementasikan dan menghasilkan maklumat relevan yang diterima pihak tertinggi program.3.3KELEMAHAN MODEL TYLER Tiada yang sempurna, jika ada kelebihan pasti ada kelemahan. Lantaran itu,model Tyler juga tidak terlepas mempunyai kelemahan. Terdapat beberapakelemahan dalam model Tyler seperti dibuktikan oleh Pophams (1969, 1973);Sulivan (1965) dan MacDonald Ross (1973) dipetik dari Sani (1992);Sharifuddin

Page 7: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

(1996) dan Habibah (1996). Antara kelemahan-kelemahan tersebutadalah masalah teknikal yang mana untuk memperoleh satu set objektif yang“

operational 

”, penilai dikehendaki memilih dan memurnikan objektif-objektif yang sesuai. Justeru itu, Tyler mencadangkan proses tapisan awal dilakukan berpandukan pada falsafah dan psikologi sesuatu program. Walau bagaimanapun beliau tidak menyatakan rupa bentuk proses yang perlu dilakukan. Adakahmemadai dengan memfokuskan ke atas aspek isi kandungan dan pembelajaransahaja dan aspek-aspek ini dinyatakan dalam bentuk tingkah laku? Akibatnya,objektif penting terutamanya yang berkaitan dengan aspek kurang konkrit

9

program seperti sikap dan emosi telah diabaikan. Pendapat ini selari dengan pendapat Stake, (1970) dan Dressel, (1960) iaitu kelemahan Model Tyler ialahtiada pendapat yang konsisten mengenai siapa yang patut memilih objektif atauobjektif yang mana patut dipilih.Selain itu, Model ini menekankan proses penilaian akhir iaitumelihat padahasil (product) sahaja. Tyler mengaitkan hasil dengan objektif. Oleh itu, beliau perlu memerlukan maklumat tentang sesuatu program selepas satu programlengkap berlangsung dan memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya.Pendapat ini di sokong oleh McDonald Ross, (1973) iaitu menurut beliausungguhpun objektif dapat didefinisikan dari segi pelaksanaan, masalah untuk mendapatkan hasil pengukuran adalah jauh dari yang dapat dikesan.Kelemahan seterusnya ialah bukan semua penggubal kurikulum bersetujutentang perlunya menetapkan objektif terlebih dahulu (Atkin, 1963; Eisner,1967, 1969 dan Stenhouse, 1971). Model ini juga dikatakan terlalu rigid apabilaterikat dengan objektif yang telah ditetapkan dan menjejaskan elemen kreativiti.Biasanya pembinaan objektif lebih berfokus kepada tingkah laku yang mudahdiukur. Sebaliknya aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sikap seperti menghargaidan menghakimi yang sukar diukur jarang dimasukkan sebagai objektif khususdalam penilaian kurikulum.

4.0MODEL HILDA TABA

Model Taba berbeza dengan model yang dikembangkan Tyler. Model Taba lebihmenitik beratkan kepada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai suatu proses perbaikan dan penyempurnaan. Oleh karena itu dalam model ini dikembangkan sesuatutahap yang harus dilakukan oleh para pengembang kurikulum. Pengembangan kurikulumsecara tradisional biasanya dilakukan secara deduktif yang dimulai dari langkah penentuan prinsip-prinsip dan dasar, merumuskan reka bentuk kurikulum secaramenyeluruh, menyusun unit-unit kurikulum selari dengan reka bentuk kurikulum danmelaksanakan kurikulum di dalam kelas. Namun, Hilda Taba berpendapat model itu tidak

Page 8: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

sesuai kerana merangsang inovasi dan kreativiti. Alasannya lagi, pengembangankurikulum secara deduktif juga tidak dapat menciptakan pemahaman kurikulum, olehkarena itu menurut Hilda Taba, sebaiknya kurikulum dikembangkan secara terbalik iaitudengan pendekatan

induktif 

. Model Taba dengan Pendekatan Induktif bermaksudmenekankan cara-cara untuk mengukuhkan operasi mental dan proses berfikir denganmenganalisis informasi dan membina konsep. Model Taba juga lebih menitikberatkan pada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai suatu proses perbaikan dan penyempurnaan kurikulum. Hilda Taba juga percaya bahawa guru-guru yang mengajar atau melaksanakan kurikulum harus mengambil bahagian dalam membangunkan ia.Pendapat beliau biasanya dipanggil "

 grassroots approach

" di mana guru-guruseharusnya mempunyai input utama.Ada lima langkah pengembangan kurikulum model terbalik dari Taba ini.1.Menghasilkan unit kecil ( pilot unit ) melalui langkah-langkah:

i)Mendiagnosis keperluan pelajar dan harapan masyarakatLangkah pertama ini merupakan langkah yang penting bagi Taba. Langkah ini menitik beratkan keperluan pelajar sebagai permulaan dalam mengembangkan kurikulum.Pada langkah ini permasalahan pelajar di rungkai melaluimenganalisis tentang “jurang ( gaps), berbagai kekurangan(deficiencies), dan perbezaan latar belakang siswa. Malahtentang apa yang pelajar inginkan dan perlu untuk belajar juga perlu diberi perhatian.

ii)Pembentukan objektif pembelajaranTaba berpendapat bahawa hakikat tujuan akan menentukan jenis pelajaran yang perlu untuk diikuti. Oleh itu pembentukan objektif perlulah jelas dan komprehensif.

iii)Pemilihan isi kandungan pembelajaran

Secara umumnya pemilihan isi kurikulum adalah berdasarkan kepada tujuan yang harus dicapai yang telahditetapkan pada langkah kedua. Walau bagaimanapun ada beberapa aspek lain yang perlu dipertimbangkan sepertikesahan dan kesesuaian kepada pelajar.

iv)Penyusunan isi kandungan pembelajaranPenyusunan isi kandungan adalah dengan menyusundengan urutan yang betul sehingga jelas melihatkan arahtujuan sesuatu kurikulum itu dirancangv)Pemilihan pengalaman pembelajaranPada tahap ini ditentukan pengalaman-pengalaman belajar yang harus dimiliki pelajar untuk mencapai tujuankurikulumvi)Penyusunan pengalaman belajar Langkah seterusnya ialah guru menentukan bagaimanamenyesuaikan pengalaman-pengalaman belajar yang telahditentukan itu ke dalam aktiviti belajar. Dalam proses itu,guru seharusnya melibatkan pelajar dalam aktiviti bagi pengalaman yang

Page 9: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

bermakna kepada pelajar.vii)Penentuan apa yang dinilai dan cara melakukannyaPada peringkat terakhir, pengujian ini perlu dilakukanuntuk melihat kesesuaian antara isi, pengalaman belajar dancara belajar. Guru perlu lebih kreatif dalam membentuk alat pengujian dalam menilai hasil aktiviti yang dijalankan.Taba tidak menentukan jenis penilaian ia bergantung padakebijaksanaan guru.

3.Mencuba unit yang dihasilkanUnit yang sudah dihasilkan pada langkah yang pertama harus diuji pada pelbagai situasi dan keadaan belajar. Pengujian perlu bagimemperoleh data dalam rangka menemukan kesahan dankebolehpercayaan penggunaannya.4.Menyemak semula pelajaran dan membuat penambahbaikan.Setelah langkah pengujian, maka langkah selanjutnya melakukan penyemakan semula pelajaran dan membuat penambahbaikan.Langkah ini penting bagi melihat kekuatan dan kelemahan sesuatuaktiviti yang dijalankan seterusnya akan dipertingkatkan mutu pada masa akan datang.5.Menilai skop dan urutan programApabila siap melakukan penyemakan dan penambahbaikan seterusnya perlu menilai skop dan urutan program .Ada beberapa pertanyaan yangharus dijawab dalam langkah ini.-a.Apakah kandungan isi telah memadai b.Apakah isi telah tersusun secara logik c.Apakah pembelajaran telah memberikan peluang terhadap pengembangan intelektual, keterampilan dan sikapd.Dan apakah konsep dasar telah disesuaikanPerkembangan kegiatan yang berdasarkan pada pertanyaan- pertanyaan di atas telah mewujudkan keseimbangan dan membantu dalammenilai skop sesuatu program. Lantas dapat terjawab persoalan pakah pengalaman pelajar dalam program mewujudkan pelajar yang berintelektual dan emosional. Pengembangan ini dilakukan oleh ahlikurikulum dan para professional kurikulum lainnya. Hasil dari langkah-

langkah ini akan didokumenkan sebagai kurikulum rasmi yang siap untuk dilaksanakan dan disebarkan.6.Mengguna dan menyebar hasil pelajaranKurikulum yang siap didokumenkan akan di terap dan sebarkan keseluruh daerah dan sekolah. Permasalahan yang timbul akandirekodkan. Oleh itu, proses di lapangan nyata perlu diambil kiraseperti aspek-aspek penerapan kurikulum. Pengembangankurikulum realiti dengan pelaksanaannya, iaitu mengadakan pengujian terlebih dahulu oleh orang profesional. Dengan itu,model ini akan benar-benar berfungsi secara teori dan juga praktikal.

4.1KEKUATAN DAN KELEBIHAN MODEL HILDA TABA

Model Hilda Taba juga mempunyai keunikan tersendiri. Kekuatan Modelini jelas menunjukkan bahawa kurikulum dan pengajaran adalah saling berkaitandan tidak

Page 10: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

wujud secara berasingan. Selain itu model ini Memberi guru perananyang lebih besar dengan tidak hanya membuat mereka pelaksana kurikulumsemata-mata tetapi juga pemaju dalam menjaya matlamat kurikulum. Model iniunik apabila menggunakan kaedah induktif. Kaedah induktif mewujudkansuasana lebih fleksibel apabila tidak terikat dengan pihak atasan. Model inimemberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru apabilan menggunakan gurusebagai pendekatan bagi mencapai matlamat kurikulum. Guru merupakan tunjangkepada sistem pendidkan. Hilda Taba juga menekankan guru merupakan orangyang paling dekat dengan pelajar, ibubapa dan masyarakat. Oleh itu guru lebihmemahami keperluan bagi memenuhi kurikulum dalam sistem pendidikan.Kekuatan Model ini juga dapat dilihat secara lebih halus tentang produk yang dihasilkan iaitu pelajar. Model ini mampu meningkatkan pemikiran secara produktif dan kreatif , apabila pelajar meneroka di sebalik data yang diberikan.

Model ini juga memerlukan pelajar berkerja dalam kumpulan secara koperatif danaktif. Selain itu, pelajar yang dapat menaakul konsep, ia dapat menjana maklumatdalam pelbagai situasi.Kekuatan model ini apabila melihat kurikulum sebagai "rancangan untuk pembelajaran". Akhir sekali, model ini memberi kepentingan kepada objektif dalam usaha untuk mewujudkan tujuan untuk memutuskan apa yang perlutermasuk, terkecuali dan penekanan dalam kurikulum

4.2KELEMAHAN MODEL HILDA TABAModel Taba juga mempunyai kelemahan iaitu ia Proses pelaksaannyamemakan masa yang panjang. Selain itu, proses mengumpul dan memilihmaklumat harus dilakukan terus menerus sebelum dapat membina idea(terutama kategori) dan membina konsep. Sukar menentukan tujuan kerana perlu menilai latar belakang pelajar yang berbeza-beza. Model ini lebihmembebankan guru selaku pendidik dan guru perlu lebih bekerja keras dalam proses pelaksanaan model ini.

5.0KESIMPULAN

Kesimpulannya pelbagai model yang telah dicipta bagi mengembangkan lagikurikulum yang tinggal hanya pengguna perlu memilih model mana yang sesuai dengan program yang ingin dilaksanakan. Model Tyler di lihat banyak kelebihan walaupunmodel ini juga mempunyai kelemahan namun ia masih lagi model yang terkenal dan popular digunakan di Malaysia. Model Tyler lebih jelas arah tuju dengan pembinaanobjektif yang jelas dengan matlamat pengajaran. Sementara itu, Model hilda taba juga pada asasnya sama dengan Model Tyler iaitu menekakan pembinaan objektif namun

prosesnya sahaja yang terbalik. Model tyler bersifat deduktif iaiatu arahan atau formatkurikulum diturunkan dari pihak atasan dan ia dikatakan terlalu rigid kerana guru perlumengikut skema yang diberikan. Berbeza dengan Model hilda taba objektif kurikulum bermula dari bawah iaitu guru, pelajar dan masyarakat. Walaubagaimanapun model tabadikatakan

Page 11: Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Modeltaba Dalam Pengembangan Kurikulum

memakan masa yang lama bagi melihat keberkesana model tersebut. Oleh itu,dengan adanya penulisan tentang Model Tyler dan Taba semoga pembaca dapat membuat penilaian berlandaskan kelemahan dan kekuatan model-model tersebut dan diacukandengan tujuan program masing-masing.

https://www.academia.edu/4903392/TAJUK_KEKUATAN_DAN_KELEMAHAN_MODEL_TYLER_DAN_MODEL_TABA