kejohanan sukan asasi (tag 18) universiti awam … · dahulu tercatat dalam jadual pertandingan...

36
KEJOHANAN SUKAN ASASI(TAG 18) UNIVERSITI AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 1 PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN ASASI – (TAG ) 1.0 PENGELOLAAN 1.1 Seluruh pengelolaan adalah keloloan bersama Pusat Asasi diserahkan kepada Mesyuarat Council Asasi yang boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta jenis pertandingan kepada universiti yang dilantik. 1.2 Pengajur Kejohanan dan AJK Pengelola akan menentukan jenis-jenis permainan yang dipertandingkan. 1.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak ahli Jawatankuasa Pengelola memberitahu secara lengkap dan jenis Peraturan Kejohanan Sukan Asasi kepada badan sukan dan orang perseorangan yang terlibat dalam pengelolaan Kejohanan Sukan Asasi. 2.0 NAMA Kejohanan ini hendaklah dinamakan KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG) 3.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang- undang rasmi kejohanan melainkan sekiranya ada undang-undang khas menguasai pertandingan permainan KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG). 4.0 KELAYAKAN 4.1 UNIVERSITI Semua Pusat Asasi, Universiti Awam dan Jemputan SAHAJA layak menyertai di dalam pertandingan KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG). 4.2 PEMAIN Semua mahasiswa/i yang menghadiri kursus sepenuh masa layak menyertai kejohanan ini DAN semua pelajar yang berdaftar pada semester berlangsungnya KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG). Semua pelajar yang berdaftar di Universiti seperti yang termaktub dalam peruntukan “Pelajar Berdaftar” di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti di bawah Seksyen 48 Sub Seksyen 14.

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

1

PERATURAN AM

KEJOHANAN SUKAN ASASI – (TAG )

1.0 PENGELOLAAN

1.1 Seluruh pengelolaan adalah keloloan bersama Pusat Asasi diserahkan kepada

Mesyuarat Council Asasi yang boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta jenis

pertandingan kepada universiti yang dilantik.

1.2 Pengajur Kejohanan dan AJK Pengelola akan menentukan jenis-jenis permainan yang

dipertandingkan.

1.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak ahli Jawatankuasa Pengelola memberitahu

secara lengkap dan jenis Peraturan Kejohanan Sukan Asasi kepada badan sukan dan

orang perseorangan yang terlibat dalam pengelolaan Kejohanan Sukan Asasi.

2.0 NAMA

Kejohanan ini hendaklah dinamakan KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG)

3.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-

undang rasmi kejohanan melainkan sekiranya ada undang-undang khas menguasai

pertandingan permainan KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG).

4.0 KELAYAKAN

4.1 UNIVERSITI

Semua Pusat Asasi, Universiti Awam dan Jemputan SAHAJA layak menyertai di dalam

pertandingan KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG).

4.2 PEMAIN

Semua mahasiswa/i yang menghadiri kursus sepenuh masa layak menyertai kejohanan

ini DAN semua pelajar yang berdaftar pada semester berlangsungnya KEJOHANAN

SUKAN ASASI-(TAG). Semua pelajar yang berdaftar di Universiti seperti yang termaktub

dalam peruntukan “Pelajar Berdaftar” di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti di

bawah Seksyen 48 Sub Seksyen 14.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

2

4.3 KAD MATRIK

Semua peserta diwajibkan membawa kad matrik/pelajar semasa atau sepanjang

tempoh KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG).

5.0 PENDAFTARAN BILANGAN PEGAWAI DAN PESERTA

5.1 Tiap-tiap Universiti/Kampus dibenarkan mendaftar bilangan pegawai dan peserta

seperti di bawah :

5.2

BERPASUKAN

BIL PERMAINAN BILANGAN PEMAIN BILANGAN

PEGAWAI CATATAN

LELAKI WANITA

1 Bola Sepak 15 org - 2 org 9 sepasukan

2 Bola Jaring - 10 org 2 org

3 Futsal 10 org 10 org 4 org

4 Bola Keranjang Lelaki 4 org 4 org 2 org 3 0n 3

5 Ragbi 10 org - 2 org 7 Sepasukan

6 Catur 4 org 4 org 2 org

7 Scrabble 4 org 4 org 2 org

8 e-sports

9 - DOTA Terbuka Terbuka 1 org 5 sepasukan (Lap Top Sendiri)

10 - CS GO Terbuka Terbuka 1 org 5 sepasukan (Lap Top Sendiri)

11 Fun Run Terbuka Terbuka 2 org

6.0 REFRI KEHORMAT / PENGADIL

6.1 Refri Kehormat / Pengadil bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola

bagi tiap-tiap permainan yang dipertimbangkan.

6.2 Pengurusan Pertandingan perlu dijelaskan diperingkat mana Pengadil Kehormat /

Pengadil diperlukan semasa kejohanan berjalan.

6.3 Seorang Pengadil Kehormat yang berkelayakan mestilah dilantik oleh Jawatankuasa

Pengelola bagi permainan tertentu sahaja.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

3

6.4 Pengadil Bertauliah hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi setiap

permainan yang disediakan kecuali bagi Permainan e-sport dimana Penganjur hanya

menyediakan lantikan penyelaras permainan sahaja.

6.5 Sepanjang Kejohanan Sukan ini, Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Pengadil

Kehormat disepanjang tempoh permainan.

7.0 PAKAIAN

7.1 Mengikut kesesuaian jenis sukan selain daripada yang telah ditetapkan.

7.2 Setiap pasukan wajib menyediakan 2 set jersi yang bernombor.

7.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang dinamakan

dahulu tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar jersi yang lain warnanya.

Walau bagaimanapun bagi tujuan menjimatkan masa, pihak pengelola boleh

membincangkan bagi menentukan warna jersi semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

8.0 PERALATAN

8.1 Semua peralatan dan kemudahan akan disediakan dan ditetapkan oleh Jawatankuasa

Pengelola.

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sesuatu pertandingan hanya akan dapat dijalankan apabila terdapat sekurang-kurangnya

EMPAT (4) pasukan mengambil bahagian. Tiga (3) bentuk sistem pertandingan akan digunakan

berdasarkan jumlah pasukan yang mengambil bahagian iaitu secara liga, kalah mati serta

kombinasi liga dan kalah mati.

9.1 Cara Satu Kumpulan

9.1.1 Sekiranya LIMA (5) dan tidak kurang dari EMPAT (4) pasukan mengambil

bahagian, pertandingan akan dijalankan secara LIGA SATU KUMPULAN

9.1.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak dan kedua terbanyak akan bertanding

diperingkat akhir.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

4

9.2 Cara Dua Kumpulan Dengan 6 Hingga 8 Pasukan

9.2.1 Pusingan Awal

9.2.1.1 Sekiranya ENAM (6) hingga LAPAN (8) pasukan mengambil bahagian, pasukan

akan dibahagikan kepada DUA (2) kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B

dan pertandingan akan dijalankan secara LIGA DUA KUMPULAN.

9.2.1.2 Johan dan Naib Johan dalam pertandingan tahun lalu akan ditetapkan dalam

kumpulan yang berasingan secara undian yang telah ditetapkan di kedudukan

A1 dan B1. Penetapan kumpulan bagi pasukan yang lain akan dibuat melalui

undian.

9.2.1.3 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana-mana kumpulan dengan hanya

DUA (2) pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam kumpulan berkenaan,

maka pertandingan akan diadakan secara liga atau pasukan terakhir dalam

kumpulan tersebut secara sendirinya dipindahkan ke dalam kumpulan yang

berkenaan.

9.2.2 Pusingan Separuh Akhir

9.2.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan dalam

Kumpulan X dan Kumpulan Y seperti berikut :-

KUMPULAN X KUMPULAN Y

Johan Kumpulan A Johan Kumpulan B

Naib Johan Kumpulan b Naib Johan Kumpulan A

9.2.2.2 Pertandingan dijalankan secara KALAH KELUAR.

9.2.3 Pusingan Akhir

9.2.3.1 Pemenang Kumpulan X akan melawan pemenang Kumpulan Y untuk

menentukan Johan dan Naib Johan pertandingan.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

5

9.3 Cara Tiga Kumpulan Dengan 9 Pasukan

9.3.1 Pusingan Awal

9.3.1.1 Sekiranya penyertaan terdiri dari SEMBILAN (9) pasukan, pertandingan

akan dijalankan secara LIGA TIGA KUMPULAN A, B, dan C.

9.3.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan

ditetapkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang telah

ditetapkan di kedudukan A1, B1 dan C1. Undian akan dibuat untuk

menentukan kumpulan bagi pasukan lain.

9.3.2 Pusingan Suku Akhir

9.3.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan adalah layak untuk memasuki

Pusingan Suku Akhir.

9.3.2.2 DUA (2) pasukan lagi (dikenali sebagai Pasukan Pertama dan Pasukan

Kedua) dipilih berdasarkan seperti berikut :

i. Pasukan tempat ke TIGA (3) yang mendapat jumlah mata

terbanyak.

ii. Jika didapati masih sama, maka dikira pasukan yang

mempunyai perbezaan jaringan .

iii. Sekiranya terdapat perbezaan jaringan yang sama, maka akan

dikira pasukan yang mempunyai jaringan terbanyak.

iv. Sekiranya terdapat jaringan yang sama, maka pasukan yang

bolos sedikit diambilkira.

v. Jika masih didapati sama juga, maka keputusan akan

ditentukan dengan cara undian/penalti.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

6

9.3.2.3 Susunan Perlawanan

Suku Akhir Separuh Akhir Akhir

A

B

C

D

E

F

G

H

a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E

dengan mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah

berada di bahagian yang berasingan sekiranya masih lagi menjadi

Johan Kumpulan.

b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan

mengambil kira Johan dan Naib Johan dari kumpulan yang sama berada di

bahagian yang berasingan.

c. Pasukan Pilihan (Pertama dan Kedua) diundi untuk menduduki tempat B

dan F.

d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir

dijalankan secara KALAH KELUAR.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

7

9.4 Cara TIGA (3) Kumpulan Dengan 10 Pasukan

9.4.1 Pusingan Awal

9.4.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada TIGA (3) kumpulan A, B dan C.

9.4.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan

ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang

telah ditetapkan dikedudukan A1, B1 dan C1. Undian akan dibuat

untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.

9.4.1.3 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) pasukan

dan salah satu dari kumpulan C akan mengandungi 4 pasukan yang

akan ditentukan melalui undian.

9.4.1.4 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 menarik diri maka pasukan

yang terakhir dalam kumpulan 4 pasukan secara sendiri mengambil

tempat pasukan yang menarik diri tadi.

9.4.2 Pusingan Suku Akhir

9.4.2.1 LAPAN (8) pasukan seperti berikut akan dipilih untuk bertanding dalam

pusingan suku akhir.

9.4.2.2 TIGA (3) pasukan yang terdiri dari Johan, Naib Johan dan tempat ke 3

dari kumpulan C.

9.4.2.3 DUA (2) pasukan terdiri dari Johan dan Naib Johan dari setiap

kumpulan 3 pasukan.

9.4.2.4 SATU (1) pasukan (dikenali sebagai Pasukan Pilihan) dipilih dari DUA (2)

pasukan yang kalah dari kumpulan A dan B berdasarkan syarat 9.3.2.2

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

8

9.4.2.5 Susunan Perlawanan

Suku Akhir Separuh Akhir Akhir

A

B

C

D

E

F

G

H

a. Johan Kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E dengan

mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di

bahagian yang berasingan sekiranya masih lagi menjadi Johan Kumpulan.

b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan

mengambil kira johan dan naib johan dari kumpulan yang sama berada di

bahagian yang berasingan.

c. Pasukan tempat ke 3 dari kumpulan C dan pasukan pilihan diundi untuk

menduduki tempat B dan F.

d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir

dijalankan secara KALAH KELUAR.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

9

9.5 Cara Tiga (3) Kumpulan Dengan 11 Pasukan

9.5.1 Pusingan Awal

9.5.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada TIGA (3) kumpulan A,B dan C.

9.5.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan Tuan Rumah akan

ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang

telah ditetapkan di kedudukan A1, B1, dan C1. Undian akan dibuat

untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.

9.5.1.3 Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan dan 2

kumpulan akan mengandungi 4 pasukan yang akan ditentukan melalui

undian.

9.5.1.4 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 pasukan menarik diri maka

pasukan yang terakhir dalam kumpulan 4 pasukan secara sendiri

mengambil tempat pasukan yang menarik diri berkenaan.

9.5.2 Pusingan Suku Akhir

9.5.2.1 LAPAN (8) pasukan seperti berikut akan dipilih untuk bertanding dalam

Pusingan Suku Akhir.

9.5.2.2 TIGA (3) pasukan yang terdiri dari Johan, Naib Johan dan tempat ke 3

dari kumpulan B dan C.

9.5.2.3 DUA (2) pasukan yang terdiri dari Johan dan Naib Johan dari kumpulan

A.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

10

9.5.2.4 Susunan Perlawanan

Suku Akhir Separuh Akhir Akhir

A

B

C

D

E

F

G

H

a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C dan E dengan

mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di bahagian

yang berasingan sekiranya masih lagi menjadi Johan Kumpulan.

b. Naib Johan kumpulan akan diundi untuk tempat D, G dan H dengan mengambil

kira johan dan naib johan dari kumpulan yang sama berada di bahagian yang

berasingan.

c. Pasukan tempat ke 3 dari kumpulan B dan C diundi untuk menduduki tempat B

dan F.

d. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan

secara KALAH KELUAR.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

11

9.6 Cara EMPAT (4) Kumpulan Dengan 12 Pasukan hingga 16 Pasukan.

9.6.1 Pusingan Awal

9.6.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada EMPAT (4) kumpulan A, B, C dan D.

9.6.1.2 Johan dan Naib Johan tahun lalu dan pasukan tempat 3 dan 4 akan

ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian yang

telah ditetapkan di kedudukan A1, B1, C1 dan D1. Undian akan dibuat

untuk menentukan kumpulan bagi pasukan lain.

9.6.1.3 Jika salah satu pasukan dalam kumpulan 3 pasukan menarik diri maka 2

pasukan yang terakhir akan diundikan untuk masuk ke kumpulan lain.

9.6.2 Pusingan Suku Akhir

9.6.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak untuk ke peringkat Suku

AkhiR

9.6.2.2 Susunan Perlawanan

Suku Akhir Separuh Akhir Akhir

A

B

C

D

E

F

G

H

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

12

a. Johan kumpulan akan diundi untuk menduduki tempat A, C, E dan G dengan

mengambil kira Johan dan Naib Johan tahun lepas mestilah berada di bahagian

yang berasingan sekiranya masih lagi menjadi Johan Kumpulan.

b. Naib Johan Kumpulan mestilah diundi untuk tempat B, D, F dan H dengan

mengambil kira Johan dan Naib Johan dari kumpulan yang sama berada di

bahagian yang berasingan.

c. Semua pertandingan peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dijalankan

secara KALAH KELUAR.

9.7 Format Penentuan Kumpulan

9.7.1 Format bagi sistem liga adalah seperti berikut :-

JUMLAH PASUKAN

JUMLAH PASUKAN DALAM

KUMPULAN

5 LIGA

6 3,3

7 3,4

8 4,4

9 3,3,3

10 3,3,4

11 3,4,4

12 3,3,3,3

13 3,3,3,4

14 3,3,4,4

15 3,4,4,4

16 4,4,4,4

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

13

10.0 UNDIAN

10.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengelola

akan menetapkan tarikh untuk diadakan undian.

10.2 Undian hanya akan dijalankan apabila dihadiri oleh :

Ketua Jawatankuasa Teknikal atau wakilnya.

Pengerusi Khas Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan atau Wakilnya.

Wakil dari pasukan yang bertanding.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.

10.3 Semua Penyelaras Permainan Jawatankuasa dikehendaki berada di tempat

pengundian sewaktu Undian Pusingan Kedua dijalankan.

11.0 JADUAL PERTANDINGAN

Susunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

12.0 KELEWATAN

12.1 Kelewatan yang disebabkan oleh bencana alam dan perkara-perkara luar jangkaan dan

sebagainya, maka wakil pasukan hendaklah MELAPORKAN KEPADA URUSETIA

DENGAN SEGERA dan keputusan mengenai perlawanan yang terlibat diputuskan oleh

Jawatankuasa Pengelola.

12.2 Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada urusetia bertugas 15 minit

sebelum masa perlawanan bermula.

12.3 Masa menunggu hanya 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan

selepas itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma.

13.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

13.1 Sekiranya sebuah pasukan menarik diri atau memberi kemenangan percuma dengan

sengaja maka semua keputusan yang melibatkan pasukan tersebut akan dibatalkan dan

keputusan perlawanan itu tidak diambilkira oleh Jawatankuasa Teknikal &

Pertandingan untuk keputusan seterusnya, pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan

perlawanan seterusnya.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

14

14.0 BANTAHAN

14.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan disahkan oleh

Ketua Kontinjen Atau Wakilnya hendaklah diserahkan kepada Sekretariat @

Penyelaras Permainan tidak lewat dari satu jam selepas tamat perlawanan dengan

bayaran sebanyak RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati

bantahan itu tidak diterima.

14.2 Sekiranya bantahan diterima, wang sebanyak RM200.00 akan dikembalikan dan

RM100.00 akan dijadikan bayaran perkhidmatan.

14.3 Semua bantahan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

15.0 JURI RAYUAN

15.1 Pengelola hendaklah menubuhkan juri rayuan yang terdiri daripada LIMA (5) orang

minimum dan TUJUH (7) orang maksimum daripada sekurang-kurangnya TIGA (3) buah

Universiti. Ahli-ahli juri hendaklah terdiri daripada :

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.

Ketua Jawatankuasa Teknikal atau wakilnya.

EMPAT (4) orang Pengurus Pasukan daripada universiti berasingan atau

wakilnya.

Penyelaras Permainan atau wakilnya.

15.2 Semua rayuan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

15.3 Semua keputusan adalah MUKTAMAD.

16.0 LEMBAGA TATATERTIB

Semua perkara tatatertib akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib yang terdiri daripada

sekurang-kurangnya LIMA (5) orang Ahli Jawatankuasa KEJOHANAN SUKAN ASASI-(TAG).

Lembaga ini akan dipengerusikan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pengelola.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

15

17.0 TINDAKAN TATATERTIB

Seseorang pemain yang digantung oleh badan-badan tersebut dibawah tidak dibenarkan

menyertai sebarang pertandingan dalam tempoh penggantungannya.

Universiti / Institut Pengajian Tinggi Malaysia

Majlis Sukan Universiti Malaysia

Persatuan Permainan Malaysia

Persatuan Permainan Kebangsaan

18.0 HADIAH

18.1 Hadiah untuk pemenang Kejohanan Sukan Asasi-TAG akan disediakan oleh

Jawatankuasa Pengelola untuk pemenang-pemenang Pertama, Kedua dan D ua (2)

hadiah tempatKetiga termasuk hadiah untuk Pengurus Pasukan dan Jurulatih bagi

semua acara berpasukan yang dipertandingkan dan bagi acara individu.

19.0 PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN

Johan Keseluruhan TAG adalah berdasarkan jumlah pungutan pingat yang diambilkira jumlah

pungutan pingat EMAS TERLEBIH DAHULU. Seterusnya PERBEZAAN JUMLAH pungutan pingat

PERAK dan PERBEZAAN JUMLAH pungutan pingat GANGSA.

Contoh :-

BIl Pasukan EMAS PERAK GANGSA Jumlah pungutan Kedudukan

1 A 5 3 1 9 Juara

2 B 4 4 5 13 Naib Juara

3 C 4 3 6 14 Ke-3

20.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

20.1 Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan ada dinyatakan berlainan

dalam peraturan permainan tertentu.

20.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh

Jawatankuasa KEJOHANAN SUKAN ASASI-TAG yang berkenaan dan keputusannya

adalah MUKTAMAD.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

16

BOLA SEPAK

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

(FIFA) dan Peraturan AM Kejohanan Sukan Asasi-TAG.

2.0 JENIS PERTANDINGAN

2.1 Liga berpasukan

2.2 9 Sepasukan dengan 15 pendaftaran.

3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 15 orang pemain.

3.2 Pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur sewaktu

mesyuarat pengurus pasukan .

3.3 Senarai nama pemain dalam borang pendaftaran perlawanan hendaklah diserahkan

kepada urusetia bertugas 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

3.4 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain

dalam pertandingan ini.

4.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

4.1 Sekiranya kurang dari 7 pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila

pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu dijadualkan, maka

pasukan yang mempunyai 7 orang atau lebih di padang, diberi kemenangan percuma

dengan jaringan gol dua kosong (3-0).

4.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 7 orang pemain-pemain atau lebih

apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang

dijadualkan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada

Jawatankuasa Pengelola yang akan mengambil tindakan selanjutnya.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk perkara 9.0 Peraturan Am.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

17

6.0 PENARIKAN DIRI

Sila rujuk perkara 13.0 Peraturan Am

7.0 MASA BERMAIN

7.1 Masa bermain ialah 7 minit bagi tiap-tiap separuh masa, rehat tidak kurang dari 1 minit

dan tidak melebihi 2 minit.

7.2 Mana-mana 5 orang pemain termasuk penjaga gol boleh diganti/ditukarkan dalam

masa sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan. Mana-mana pemain yang diganti

ini tidak boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil bahagian

tendangan penalti.

8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

8.1 Secara Liga

8.1.1 Cara memberi mata :

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

8.1.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain pada sesuatu perlawanan,

pasukan hendaklah diberi 3 mata dengan jaringan dua kosong (3-0). Jika

terdapat mana-mana pasukan digantungkan atau menarik diri dari

pertandingan atas apa jua sebab, mata dan jaringan gol yang masuk atau bolos

tidaklah diambil kira.

8.1.3 Jika dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang

akan ditentukan seperti berikut:-

8.1.3.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang.

8.1.3.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira menang.

8.1.3.3 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya diambil

kira.

8.1.3.4 Jika masih seri, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan

pemenang. Tendangan penalti dijalankan mengikut Undang-Undang

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

18

8.2 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika seri pemenang akan ditentukan secara berikut:-

8.2.1 5 sepakan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang.

8.3 Sistem Sepakan Penalti

8.3.1 Tiap-tiap pasukan akan mengambil 5 sepakan tanda penalti dengan cara

sepakan berselang seli.

8.3.2 Jika masih seri selepas 5 sepakan, maka sepakan penalti akan diteruskan oleh

pemain yang berlainan secara berselang seli dengan sistem ‘Sudden Death’.

8.3.3 Pengadil akan memutuskan gol sepakan penalty.

8.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan

membuat sepakan penalti dahulu.

8.3.5 Hanya pemain yang berada di dalam padang permainan di akhir masa

perlawanan dibenarkan membuat sepakan penalti tersebut.

8.3.6 Semua pemain hendaklah berada di kawasan bulatan tengah semasa sepakan

penalti dijalankan kecuali pemain yang akan mengambil sepakan penalti dan

penjaga gol pasukan lawan.

8.3.7 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja semasa sepakan penalti

itu dijalankan oleh pemain-pemain yang sedia ada di padang permainan.

8.3.8 Penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera semasa

sepakan penalti dengan syarat pasukannya menggunakan bilangan maksimum

penggantian yang dibenarkan.

9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan

oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat

dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan

kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan

oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

19

10.0 KELEWATAN

Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas itu lawannya akan

diberi kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan gol 3 kosong (3-0).

11.0 PAKAIAN

11.1 Pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan bernombor.

11.2 Stokin Panjang dan Shin pad diwajibkan pakai semasa permainan.

12.0 BANTAHAN

Sila rujuk perkara 14.0 Peraturan Am.

13.0 JURI RAYUAN

Sila rujuk perkara 15.0 Peraturan Am.

14.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa

Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Asasi (TAG) yang berkenaan dan keputusannya

adalah MUKTAMAD.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

20

BOLA JARING

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan/Persekutuan Bola Jaring

Wanita Antarabangsa dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Asasi (TAG).

2.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.

3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain.

4.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk perkara 9.0 Peraturan Am.

5.0 PENARIKAN DIRI

Sila rujuk Perkara 13.0 Peraturan Am.

6.0 PASUKAN DAN MASA BERMAIN

6.1 Pasukan

Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain sebelum

satu-satu pertandingan dimulakan. Jika kurang dari itu pasukan tersebut dikira kalah.

6.2 Masa Bermain

Masa bermain ialah 15 minit/5 minit/15 minit. Pasukan hendaklah bertukar gol selepas

separuh masa perlawanan.

7.0 PENUKARAN PEMAIN

7.1 Kecederaan & Kesakitan

Bila seorang pemain mendapat kecederaan atau sakit dan tidak dapat menyambung

permainannya, pemain bolehlah diberhentikan selama 2 minit untuk menentukan

samada pemain boleh menyambung permainannya.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

21

7.2 Pemain Simpanan

Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas diganti

didalam permainan yang sama.

7.3 Pemain yang lewat sampai tidak boleh memasuki permainan yang sedang dijalankan,

melainkan setelah memberitahu pengadil dan ketua pasukan lawan. Pemain akan

dibenarkan masuk bermain seperti berikut:-

7.3.1 Selepas gol dijaringkan. Dalam hal ini pemain mestilah mengambil kedudukan

yang dikosongkan oleh pasukannya.

7.3.2 Selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan.

7.3.3 Selepas rehat separuh masa.

8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

8.1 Secara Liga

8.1.1 Cara memberi mata :

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

8.1.2 Jika dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang

akan ditentukan seperti berikut :-

8.1.2.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang.

8.1.2.2 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira

menang.

8.1.2.3 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya

diambil kira.

8.1.2.4 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan

8.2 Separuh Akhir ( Sistem Kalah keluar )

Jika keputusan pertandingan berakhir dengan seri, keputusan dibuat dengan cara

tertentu seperti berikut:-

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

22

Pertandingan disambung semula setelah berehat selama 3 minit. Kedua-dua pasukan

mengundi semula untuk memilih Hantaran Tengah atau Gol. Permainan akan

diteruskan dengan 3 Hantaran Tengah dibuat secara bergilir. Keputusan muktamad

ditentukan selepas Hantaran Tengah yang ketiga diakhiri dengan jaringan gol.

9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan

oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat

dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal di luar kawalan

kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan

oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

10.0 KELEWATAN

10.1 Kelewatan

Hanya 15 minit sahaja akan diberi kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak

lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan jaringan gol 14 kosong

(14-0).

10.2 Sengaja

Jika sesuatu pasukan itu memberi kemenangan percuma dan Jawatankuasa Pengelola

berpendapat yang kemenangan percuma ini sengaja diberikan, semua perlawanan

pasukan ini samada perlawanan yang telah dilangsungkan atau belum, tidak diambil

kira (Null and Void).

Pasukan yang terlibat ini mungkin bergantung daripada mengambil bahagian dalam

tahun yang berikutnya. Jika keadaan demikian disebabkan tindakan pegawai, maka

pegawai tersebut bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pusat.

11.0 PAKAIAN/PERALATAN

11.1 Huruf-huruf di bawah hendaklah disematkan di bahagian hadapan dan belakang baju

pemain :-

GS - penjaring gol (goal shooter)

GA - penyerang gol (goal attack)

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

23

WA - penyerang sayap (wing attack)

C - pemain tengah (centre)

WD - penangkis sayap (wing defence)

GD - penahan gol (goal defence)

GK - penjaga gol (goal keeper)

11.2 Sekiranya berlaku persamaan warna bibs, pasukan yang namanya mula-mula tercatat

di dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar kepada bibs yang lain warnanya.

Ini bermakna setiap pasukan mesti membawa 2 set bibs yang berlainan warna.

11.3 Tiap-tiap pasukan hendaklah membawa sekurang-kurangnya sebiji bola perlawanan.

12.0 BANTAHAN

Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am.

13.0 JURI RAYUAN

Sila rujuk Perkara 15.0 Peraturan Am.

14.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa

Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Asasi (TAG) yang berkenaan dan keputusannya

adalah MUKTAMAD.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

24

RAGBI 7 SEPASUKAN

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Ragbi Malaysia ( KRM ) dan

Peraturan-Peraturan Am Kejohanan Sukan Asasi (TAG ).

2.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.

3.0 KELAYAKAN PASUKAN

Penyertaan pasukan yang mendaftar sahaja dibenarkan bermain . Pihak Jawatankuasa

Pengelola dan Teknikal berhak menentukan kelayakkan pasukan serta pemainnya.

4.0 KELAYAKAN PEMAIN

4.0 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain dan 7

pemain sahaja dibenarkan bermain dalam satu permainan.

4.1 Hanya pemain yang sedang menuntut di universiti/kolej berkaitan layak untuk

menyertai pasukan universiti/kolej.Kad pelajar/kad pengenalan akan digunakan

sebagai rujukan bagi pengesahan.

4.2 Setiap pemain yang menyertai pasukan hendaklah didaftarkan sebelum mewakili

mana-mana pasukan.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk perkara 9.0 peraturan Am.

6.0 PERALATAN / BOLA RASMI

6.1 Peralatan atau persiapan padang disediakan oleh jawatankuasa pengelola.

7.0 PERATURAN PERMAINAN

7.0 Semua perlawanan dalam pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang

terbaru yang dibuat oleh IRB dan diterima pakai oleh KRM.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

25

7.1 3 pemain gantian dibenarkan bermain dalam setiap perlawanan dan pemain yang

keluar tidak dibenarkan bermain semula kecuali atas alasan

“ Blood-Bin” yang mana ianya tidak termasuk dalam jumlah pemain gantian.

7.2 Mata perlawanan :

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

7.3 kedudukan ranking pasukan/pasukan yang layak kepusingan seterusnya akan dibuat

berdasarkan kepada:

i. Jumlah mata tertinggi

ii. Jumlah perbezaan skor

iii. Jumlah purata skor

iv. Keputusan perlawanan diantara keduanya

v. Pasukan yang mempunyai jumlah skor tertinggi

vi. Pasukan yang mempunyai jumlah bolos terendah

vii. Undian lambungan siling akan dijalankan oleh J/kuasa pengelola

bersama pengurus pasukan yang terlibat.

7.4 Pasukan yang gagal hadir ke padang pada masa yang dijadualkan, akan dikira terkeluar

dari kejohanan dan keputusan perlawanan sebelumnya tidak akan diambil kira.

Keputusan J/kuasa pengelola mengenai kedudukan mereka adalah muktamad.

7.5 Masa Permainan:

7.5.1 Dalam pusingan awal dan pusingan seterusnya masa penuh permainan adalah

selama 10 - 2 – 10 minit. Jika permainan telah dijalankan selama lebih 15 minit

dan terpaksa dihentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan keadaan

cuaca dan sebagainya, maka keputusan permainan adalah dianggap

sah.Pengadil bertanggungjawab menentukan masa permainan.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

26

7.5.2 Permainan akan dimulakan tidak lewat dari 15 minit dari masa yang telah

dinyatakan dalam jadual dengan tidak kurang dari 5 orang pemain setiap

pasukan berada dalam padang semasa perlawanan dimulakan.Jika gagal maka

pasukan berkenaan dikira memberi‘walkover’dan jika kedua-dua pasukan gagal

mengadakan pemain dengan jumlah yang minima maka pengelola kejohanan

akan menjadualkan semula perlawanan berkenaan.

8.0 PENGADIL PERLAWANAN

8.0 Semua pengadil perlawanan adalah dibawah pengelolaan penyelaras pengadil

KRM/KRS dan keputusan pengadil adalah muktamad.

8.1 Dalam apa juga situasi semasa perlawanan berlansung pengadil adalah pegawai yang

bertanggungjawab untuk membuat keputusan dan pegawai kejohanan akan

bekerjasama memberikan nasihat kepada pengadil berdasarkan kepada aspek

keselamatan.

9.0 UNDIAN

Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan dengan kerjasama jawatankuasa pengelola

menetapkan tarikh untuk diadakan undian.

10.0 JADUAL PERTANDINGAN

Susunan jadual adalah mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

11.0 KELEWATAN

11.0 Kelewatan yang disebabkan oleh bencana alam atau perkara-perkara luar jangkaan

dan sebagainya maka wakil pasukan hendaklah melaporkan kepada urusetia dengan

segera dan keputusan mengenai perlawanan yang terlibat diputuskan oleh Urusetia

Pengelola.

11.1 Senarai nama pemain-pemain hendaklah diserahkan kepada pengadil kehormat

bertugas 15 minit sebelum masa perlawanan bermula.Hanya 15 minit akan diberikan

kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberi kemenangan

percuma.( 2 try – 10-0 )

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

27

12.0 PAKAIAN

Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya pasukan yang namanya dahulu

tercatat dalam jadual pertandingan mestilah menukar jersi yang lain warnanya.

13.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa

Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Asasi (TAG) yang berkenaan dan keputusannya

adalah MUKTAMAD.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

28

BOLA KERANJANG

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Persekutuan Bola Keranjang

Amatur Antarabangsa (FIBA) dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Asasi (TAG)

2.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.

3.0 PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Perkara 5.0. di dalam Perarturan Am Kejohanan Sukan Asasi (TAG) adalah di rujuk.

3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 4 orang pemain .

3.3 Pemain yang tidak disenaraikan namanya di dalam Borang Pendaftaran tidak

dibenarkan mengambil bahagian.

3.4 Borang Pendaftaran Perlawanan yang mengandungi senarai nama pemain dan pemain

simpanan hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan sebelum permainan

bermula.

4.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk perkara 9.0 peraturan Am.

5.0 PERTUKARAN

Mana-mana 3 orang pemain boleh diganti/ditukarkan dalam masa sesuatu perlawanan

termasuk masa tambahan.

6.0 PAKAIAN/ALAT

6.1 Sekiranya terdapat persamaan warna jersi antara dua pasukan yang akan bertanding,

pasukan yang nama dicatat dahulu dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar

jersi yang lain.

6.2 Bola perlawanan akan disediakan oleh pihak penganjur.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

29

7.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

7.1 Secara liga :

7.1.1 Cara memberi mata :

Menang - 2 mata

Kalah - 1 mata

Walk Over - 0 mata

7.1.2 Mengikut Undang-Undang Antarabangsa (Procedure Before The Games)

7.2 Secara Kalah Mati

7.1.1 Mengikut Undang-Undang Antarabangsa (Procedure Before The Games)

8.0 KELEWATAN

Masa selama 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu pihak

lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 2 mata kemenangan dan bilangan 20 -

0.

9.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai untuk permainan disebabkan

oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat

dimainkan atau sekiranya perlawanan diberhentikan akibat hal-hal yang di luar kawalan kedua-

dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Pengelola.

10.0 BANTAHAN / TATATERTIB

Sila rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 di dalam Undang-Undang dan Peraturan Am TAG.

11.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa

Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Asasi (TAG) yang berkenaan dan keputusannya

adalah MUKTAMAD.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

30

FUTSAL

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

(FIFA) dan Peraturan AM Kejohanan Sukan Asasi (TAG).

2.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.

3.0 PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain.

3.2 Borang Pendaftaran pemain hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola

semasa mesyuarat pengurus pasukan.

3.3 Senarai nama pemain dalam borang pendaftaran perlawanan hendaklah diserahkan

kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.

3.4 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain

dalam pertandingan ini.

4.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

4.1 Sekiranya kurang dari 4 pemain dari salah satu pasukan turun ke gelanggang

permainan apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada

waktu dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai 4 orang atau lebih di gelanggang

permainan hendaklah diberi kemenangan percuma dengan jaringan gol dua kosong (2-

0).

4.2 Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 4 orang pemain atau lebih apabila

pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang dijadualkan,

maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa

Pengelola yang akan mengambil tindakan selanjutnya.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

31

5.0 PAKAIAN DAN WARNA PASUKAN

5.1 Setiap pasukan diminta menyediakan dua (2) set pakaian pasukan yang berlainan

warna. Pakaian ini hendaklah meliputi seperti berikut :

5.1.1 Baju

5.1.2 Seluar

5.1.3 Stoking

5.1.4 Shinpad diwajibkan pakai.

5.2 Sekiranya pengadil mendapati kedua-dua pasukan dalam sesuatu perlawanan memakai

jersi yang mengelirukan, pasukan yang dinamakan dahulu wajib menukar warna jersi

mereka.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk perkara 9.0 Peraturan Am.

7.0 PENGADIL

Pengadil yang bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bermula daripada

pusingan awal hingga ke perlawanan akhir.

8.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Tempat pertandingan (venue) akan disediakan dan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

9.1 Secara Liga

9.1.1 Cara memberi mata :

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

9.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang

akan ditentukan seperti berikut :

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

32

9.1.2.1 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira pemenang.

9.1.2.2 Jika masih sama, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira

pemenang.

9.1.2.3 Jika masih sama, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya

dalam perlawanan awal akan dikira pemenang.

9.1.2.4 Jika masih seri, maka sepakan penalti secara ‘sudden death’ akan

digunapakai.

1.1 Pusingan Kedua, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir

1.1.1 Perlawanan akan dijalankan secara kalah Keluar.

1.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka pemenang

akan ditentukan seperti berikut :

1.1.2.1 Sepakan penalti sebanyak 5 kali secara berselang seli akan dijalankan.

1.1.2.2 Jika masih seri, maka sepakan penalti secara ‘sudden death’ akan

digunakan.

2.0 MASA PERMAINAN

Masa permainan adalah LIMA (5) minit bagi setiap separuh masa dan masa rehat adalah

selama 1 minit.

3.0 KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN

3.1 Hanya 15 minit sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu, pihak

lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan skor 3-0.

3.2 Sekiranya sesuatu pasukan enggan bermain (tidak hadir) pada sesuatu perlawanan,

semua perlawanan melibatkan pasukan tersebut TERBATAL.

4.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN

Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh

keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat

dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-

dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditetapkan oleh

Jawatankuasa Teknikal / Pengelola.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

33

5.0 PENGGANTUNGAN SEMENTARA DAN TINDAKAN DISIPLIN

5.1 Pemain yang diberikan KAD MERAH (perintah keluar) tidak boleh bermain di dalam

permainan yang sama dan digantung SATU perlawanan berikutnya secara automatik.

5.2 Pemain yang diperintah keluar kerana MEMUKUL pemain lawan atau BERKELAKUAN

BIADAP terhadap pegawai perlawanan tidak dibenarkan bermain untuk keseluruhan

dalam pertandingan ini. Tindakan disiplin lanjut akan dilaksanakan.

5.3 Pemain yang menerima 2 kad kuning digantung 1 perlawanan berikutnya secara

automatik.

5.4 Penerima Kad Amaran tidak akan diambilkira untuk pusingan KALAH KELUAR . Namun

bagi penerima 2 kad kuning(perkara 5.3 di rujuk) dan kad merah (perkara 5.1 & 5.2 di

rujuk) di peringkat kumpulan masih diambilkira.

6.0 BANTAHAN

Sila rujuk perkara 14.0 Peraturan Am.

7.0 JURI RAYUAN

Sila rujuk perkara 15.0 Peraturan Am.

8.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa

Teknikal & Pertandingan Kejohanan Sukan Asasi (TAG) yang berkenaan dan keputusannya

adalah MUKTAMAD.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

34

CATUR

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang–Undang Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE)

dan Kejohanan Sukan Asasi (TAG).

2.0 PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKAN PASUKAN 2.1 Tiap- tiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 4 orang pemain. Susunan

pemain adalah tetap dan tidak boleh dipinda.

2.2 Pendaftaran pemain ini hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum

tarikh undian.

2.3 Hanya pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahaja dibenarkan bermain

dalam pertandingan ini.

3.0 SISTEM PERTANDINGAN

3.1 Jenis pertandingan. Pertandingan adalah dijalankan mengikut sistem Swiss.

3.2 Pendaftaran Pemain. Untuk setiap permainan, setiap pasukan hendaklah mendaftar dan menyerahkan senarai

pemain yang akan bermain 10 minit sebelum permainan dimulakan. Susunan pemain

adalah tetap dan tidak boleh dipinda.

3.3 Tempoh permainan. Masa permainan adalah 25 minit untuk setiap pemain. Jumlah jam maksima adalah 50

minit.

3.4 Kawalan Masa. Kawalan masa untuk setiap permainan dibuat dengan menggunakan jam catur.

3.5 Merekod Permainan. Setiap pemain dikehendaki merekod setiap pergerakan yang dilakukan. Pemain yang

mempunyai baki masa 5 minit atau kurang dikecualikan dari rekod.

4.0 PAKAIAN

Pemain hendaklah berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. (Selipar

tidak dibenarkan)

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

35

5.0 KEPUTUSAN

5.1 Setiap pemain akan diberi mata seperti berikut :- Menang 1 mata

Seri ½ mata

Kalah 0 mata

5.2 Jumlah mata yang dikumpul oleh pemain setiap pasukan akan menjadi pemutus kepada kedudukan pasukan berkenaan bagi setiap permainan. Cara memberi mata adalah seperti berikut :-

Menang 1 mata

Seri ½ mata

Kalah 0 mata

5.3 Pengiraan pemenang berdasarkan :- 5.3.1 Game point 5.3.2 Match point 5.3.3 PE( Personal Encounter) 5.3.4 Board Down

6.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.

7.0 KELEWATAN

Pemain yang datang selepas 5 minit permainan dimulakan dikira kalah.Pemain pasukan lawan

diberi mata 1 (satu). Jika kesemua anggota pemain satu pasukan tidak hadir selepas 10 minit,

maka pasukan lawandikira menang dan diberi mata 1, sementara setiap pemainnya akan juga

diberi mata 1 (satu).

8.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.

KEJOHANAN SUKAN ASASI–(TAG 18)

UNIVERSITI AWAM

PERINGKAT KEBANGSAAN

2018

36

1. Syarat bagi permainan Scrabble dan Fun Run akan diberikan semasa mesyuarat

pengurus pasukan.