bab i pendahuluan - dmeinnovationproject.com 1.1 pengenalan masalah masalah pencemaran sisa makanan...
TRANSCRIPT
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN MASALAH
Masalah pencemaran sisa makanan sudah lama wujud di negara ini, banyak
pendekatan yang digunakan untuk mengatasi masalah ini. Namun usaha ini masih
belum cukup berkesan andai tidak mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.
Sokongan dari pelbagai pihak ini termasuk kerajaan, badan badan NGO, dan juga
masyarakat.
Menurut kajian yang dijalankan oleh jabatan pengurusan sisa pepejal negara
(JPSPN) pada tahun 2012, sisa makanan merupakan sisa yang paling banyak dijana di
malaysia, iaitu sebanyak lebih kurang 31% hingga 45% daripada jumlah keseluruhan
sisa yang dijanakan setiap hari. Daripada jumlah ini, sector isi rumah menjana
sebanyak 44.5% dalam sektor ICI (Industry Commercial Institution) menjana
sebanyak 31.4%.
Dengan membuat kompos sendiri ternyata ia dapat mengurangkan masalah
pembuangan sampah selain dapat menjimatkan kos membeli baja kimia. Di samping
itu, pereputan sisa makanan dipupuskan di tapak perlupusan sisa adalah merupakan
punca utama penghasilan Greenhouse Gas (GHG) dari sektor pengurusan sisa di
Malaysia. Tapak perlupusan sisa merupakan punca terbesar perlepasan gas metana
(47%) yang merupakan gas perosak lapisan ozon yang pertama, iaitu 21 kali ganda
lebih daripada kerosakan yang diakibatkan oleh gas karbon dioksida. Melihat kepada
permasalahan itu kami ingin mengambil kesempatan untuk melakukan sebuah projek
yang mampu mengatasi sedikit sebanyak masalah ini.
2
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Dengan adanya Food Waste Recycle ianya boleh memudahkan pengguna
mengitar semula sisa makanan menjadi baja organik yang sesuai untuk tanaman di
rumah. Di samping itu, permasalahan yang selalu menjadi isu yang sukar ditangani
ialah kekangan masa untuk membuang sampah mengikut jadual Pihak Majlis
Pembandaran(PMP). Pihak Majlis Pembandaran memasuki taman perumahan
sebanyak seminggu dua kali sahaja, yang menyebabkan tong sampah utama penuh
dengan sisa makanan dan menyebabkan pencemaran bau. Secara purata rakyat
Malaysia membuang 0.8kg sehari.
Disebabkan masalah pembuangan sisa makanan yang meningkat saban tahun
kami telah menginovasikan sebuah tong sampah yang sedia ada kepada ‘food waste
recycle’ supaya membolehkan pengguna mengitar semula sisa makanan di rumah
mereka untuk dijadikan baja ataupun boleh dibuang sisa makanan untuk menyahkan
bau.
Selain itu, percemaran bau juga menjadi isu di dalam kalangan masyarakat di
Malaysia, sisa makanan yang dibuang begitu sahaja akan mengeluarkan bau dan air.
Di sebabkan demikian, kami telah membuat dryer di bahagian penutup yang berfungsi
untuk menghidrasi sisa makanan supaya sisa makanan menjadi kering dan ianya juga
menyerap bau kerana terdapat bahagian yang menyimpan bahan (arang) dibahagian
bawah dalam ‘Food Waste recycle’.
3
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Di dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang
ditetapkan untuk dicapai. Antara objektif bagi kajian ini ialah:
i. Merekabentuk satu inovasi untuk menghancurkan sisa makanan dan dan
menyah bau sisa makanan
ii. Mewujudkan persekitaran yang bersih disamping membolehkan sisa makanan
dikitar semula menjadi baja organik
iii. Menggalakkan masyarakat Malaysia untuk mengamalkan kitar semula dengan
mudah dan teratur.
4
1.4 SKOP KAJIAN
Terdapat cara dan had yang perlu dituruti semasa menggunakan ‘Food Waste
Recycle’ ini. Antara skop dalam menggunakan ‘Food Waste Recycle’ ini seperti yang
disenaraikan dibawah.
i. Jenis sisa makanan yang boleh dikitar semula adalah nasi, tulang ikan dan
ayam, kulit pisang dan sisa makanan yang lembut.
ii. Memerlukan sedikit daya iaitu dengan memijak pedal untuk membuka
penutup. Menggunakan kuasa elektrik dan sensor.
iii. ‘Food waste recycle’ ini mempunyai ciri fizikal iaitu ketinggian (35cm) x
panjang (23cm) xlebar (23cm).
iv. Berar ‘Food waste recycle’ yang dihasilkan ini mencapai anggaran di antara 3-
4kg.
v. ‘Food waste recycle’ yang dihasilkan ini menggunakan bahan steel sebagai
bahan utama untuk kerangka kerana lebih ringan malahan kuat serta mudah
untuk dibentuk.
vi. Menggunakan bahan yang mampu menyerap bau (arang) bagi menyerap bau
yang terhasil dari sisa makanan
vii. ‘Food Waste Recycle’hanya sesuai digunakan bagi individu yang berumur tiga
belas tahun dan ke atas. Hal ini kerana, ‘Food Waste Recycle’ mempunyai
bilah mata pisau yang tajam yang boleh mengundang kecederaan.
viii. ‘Food Waste Recycle’ memudahkan masyarakat untuk mengitar semula sisa
makanan ataupun membuang sisa makanan yang telah diproses untuk
menghidrasi bau. Bagi memanjangkan tempoh penggunaan ‘Food Waste
Recycle, pihak pengguna digalakkan untuk membersihkan tong yang
meletakan sisa makanan selepas digunakan
5
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN BAB
Dalam bab ini akan diterangkan dengan lebih lanjut mengenai sumber-sumber
rujukan yang telah diambil dan dilakukan kajian dalam usaha untuk mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Usaha mencari dan meneliti setiap sumber adalah satu faktor
yang penting bagi mendapatkan idea untuk merekabentuk mesin penghancur sisa
makanan ini.
6
2.2 KAJIAN TERDAHULU
2.2.1 DEFINISI KOMPOS
Terdapat pelbagai kaedah pelupusan sisa pepejal yang diamalkan di Malaysia
pada masa kini, antaranya kaedah pelupusan secara kambus tanah, pembakaran serta
kaedah pengkomposan. Proses pengkomposan mempunyai definasi yang luas
antaranya ialah:
i) Pengkomposan adalah proses penguraian bahan-bahan organik secara
biologi disebabkan tindak balas bakteria mesofilik dan ternofilik untuk
menghasilkan produk akhir yang stabil serta boleh disimpan dan memberi
manfaat kepada tanah tanpa merosakkan alam sekitar (Iyenger, 2005).
ii) Pengkomposan adalah satu proses penguraian dan pengstabilan substrat
organik secara biologi yang menyebabkan peningkatan suhu ternofilik akibat
daripada aktiviti atau tindak balas biologi yang menghasilkan haba serta
penghasilan produk akhir yang stabil dan memberi manfaat kepada tanah
selain bebas dari patogen (Bertran, 2004).
iii) Pengkomposan adalah proses penguraian serta penstabilan bahan bahan
organik secara biologi dalam keadaan yang terkawal untuk menghasilkan
produk akhir yang dapat memberi manfaat kepada tanah (Madajon, 2002).
7
2.2.2 BAJA KOMPOS
Baja kompos adalah satu alternatif yang dilakukan untuk menjadikan
‘sampah yang mesra alam’ di rumah sebagai satu bahan yang berguna untuk
tanaman. Menurut Shahruddin Rashid (2011) , dalam konteks pertanian baja
kompos adalah satu teknik penyediaan media tanaman untuk meningkatkan
kualiti serta kesuburan tanaman dan tanah tetapi masih mengekalkan kelestarian
alam semulajadi.
Semua bahan-bahan organik boleh dijadikan baja kompos. Bahan-bahan
yang biasa digunakan untuk menghasilkan baja kompos adalah terdiri daripada
sisa-sisa bahan makanan seperti nasi, sayur, roti, tulang ayam dan hamper setiap
sisa makanan boleh dikitar semula menjadi baja kompos. Baja kompos adalah
murah, selamat dan mudah dilakukan di rumah serta dapat meningkatkan fungsi
biologi tanah.
2.2.3 KITAR SEMULA DI MALAYSIA
Masalah sampah menjadi satu masalah yang besar dan serius apabila masyarakat
dunia mula menjalankan proses pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai bidang.
Pelbagai jenis sisa makanan dihasilkan di samping jumlah penduduk dunia yang
semakin bertambah juga menyumbang kepada jumlah sisa makanan yang
bertambah. Situasi ini juga dikaitkan dengan kuasa membeli rakyat Malaysia yang
semakin bertambah dan seterusnya menyumbang kepada pertambahan dalam jumlah
sampah yang dihasilkan. Bagi mengatasi masalah ini, salah satu langkah yang diambil
adalah program kitar semula yang sering dipromosikan.
Kadar kitar semula di Malaysia masih lagi rendah iaitu berada pada tahap lima
peratus. Tahap ini agak rendah dan jauh ketinggalan berbanding negara jiran seperti
8
Singapura yang kadar kitar semulanya sebanyak 56 peratus, Filipina pada kadar 12
peratus dan Thailand sekurang-kurangnya 50 peratus pada tahun 2008.
Walaubagaimanapun, terdapat juga negara yang mempunyai kadar ekonomi
yang rendah seperti India yang tahap kitar semulanya adalah sebanyak 15 peratus.
Kebanyakan negara membangun mengitar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada
hasil bahan buangan pejalnya. Menurut Zaini Ujang (2009), program kitar semula di
Malaysia tidak menunjukkan hasil yang diharapkan. Beliau berpendapat kegagalan
ini berpunca daripada tiga faktor iaitu dasar yang tidak proaktif untuk menjadikan kitar
semula sebagai alternatif, kemudahan yang tidak mencukupi dan kesedaran orang awam
yang rendah.
Sehingga kini, proses kitar semula hanya banyak dijalankan oleh pihak swasta
dengan harga yang amat murah. Keadaan ini tidak banyak membantu dalam
menggalakkan kitar semula di kalangan masyarakat. Situasi sebaliknya berlaku di
kebanyakan negara maju yang akan menimbang jumlah sampah yang dihasilkan di
sesebuah premis. Sebagai contohnya, sampah akan ditimbang di setiap premis dan
jika melebihi had yang maksimum, bil akan diberikan. Misalnya, setiap premis hanya
dibenarkan membuang sampah maksimum sebanyak dua plastik hitam dalam masa
dua hari, tetapi sekiranya premis tersebut membuang sampah sebanyak empat plastik
hitam, bil akan dikenakan ke atas dua plastik hitam yang lain.
9
Jadual 2.1 : Jumlah sisa buangan pepejal dalam peratus yang dihasilkan oleh
masyarakat Malaysia pada tahun 2002. [6]
Komposisi sampah Jumlah sampah (%)
Sisa makanan 54
Surat khabar 4
Kepingan plastic 12
Kaca 2
Kertas 9
Bahan bukan organic 6
Bahan boleh bakar 4
Bahan tidak boleh bakar 6
Besi 3
Jumlah 100
10
2.3 Kepentingan Kitar Semula
Kitar semula penting kepada banyak perkara yang boleh menyebabkan
perubahan atau kesan kepada alam, manusia mahupun haiwan. Kepentingan kitar
semula ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
2.3.1 Kepentingan Kitar Semula Terhadap Manusia
Salah satu kepentingan kitar semula kepada manusia adalah penjimatan dari segi
kos perbelanjaan. Situasi ini, merujuk kepada kos yang diperlukan bagi menghasilkan
produk yang sama daripada sumber asli adalah lebih tinggi berbanding dengan bahan
yang dikitar semula. Bagi melakukan penilaian dari segi ekonomi, beberapa bahagian
perlu dikaji. Antaranya adalah kos mengumpul, memproses dan harga pasaran
barangan kitar semula. Sebagai contohnya, tenaga yang kurang diperlukan bagi
menghasilkan kertas daripada bahan kitar semula berbanding menggunakan bahan asal
sebanyak 70 peratus.
Selain itu, kitar semula juga membolehkan tempat pengumpulan sampah secara
kambusan atau ‘landfilling’ dapat digunakan lebih lama. Seterusnya, kebanyakan
kawasan di dalam negara Malaysia tidak sesuai untuk cara pelupusan sampah kambus
kerana sebahagian besar kawasan merupakan kawasan tadahan air. Kitar semula juga
dapat memelihara alam semula jadi untuk generasi yang akan datang. Keadaan ini
hanya dapat berlaku sekiranya lebih banyak bahan dikitar semula berbanding
dilupuskan di kawasan pelupusan dan memproses bahan asli untuk dijadikan produk
baru.
11
2.3.2 Terhadap Alam Sekitar
Penggunaan semula bahan terbuang untuk menghasilkan bahan keperluan lain
secara tidak langsung akan mengurangkan penggunaan bahan asalnya. Situasi ini
merujuk kepada penggunaan sumber yang boleh dioptimumkan seperti botol, logam
dan kertas. Sebagai contohnya adalah industri pemprosesan kertas. Melalui kitar
semula, bahan-bahan yang terdiri daripada kertas akan diproses untuk menghasilkan
bahan-bahan yang berasaskan kertas dan juga menjadi bahan mentah untuk penghasilan
bahan yang lain.
Keadaan ini seterusnya akan mengurangkan jumlah pokok yang dikorbankan
untuk menghasilkan kertas. Banyak kawasan hutan dimusnahkan untuk mendapatkan
bahan mentah. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan suhu bumi
meningkat. Sekiranya kertas dapat dikitar semula secara maksimum, kita dapat
mengurangkan 4 360 tan sampah sehari yang juga bersamaan 78 000 batang pokok.
Selain itu, penghasilan gas metana dan air larut resap semasa proses pereputan sampah
yang ditinggalkan khususnya di semasa proses penguraian akan menyebabkan sistem
takungan air bawah tanah atau akuifer akan tercemar.
12
2.4 KESIMPULAN
Akhir bab ini, kita akan dapat mengetahui serba sedikit mengenai konsep kitar
semula yang sering dikatakan oleh segelintir masyarat yang mengambil berat tentang
isu yang menjadi bualan hangat pada masa kini. Di samping itu, kita juga dapat
mengetahui tentang tidakan yang akan dikenakan jika melanggar arahan atau undang-
undang dapat kita dapat mengetahui denda ataupun Akta jika didenda.
13
BAB III
METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum
memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dipilih
perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana ianya satu projek akhir sepanjang
pengajian dalam kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) ini.
Selain itu, pemilihan projek yang bersesuaian membantu daya pemikiran yang
kreatif dan inovatif di samping ia melambangkan taraf pemikiran seseorang individu
dan setinggi mana taraf pengetahuan individu tersebut dalam aspek-aspek melibatkan
mekanikal am.
Seterusnya, rangka kerja atau carta alir diperlukan bagi perlaksanaan kerja lebih
teratur dan sistematik. Ini dapat membantu dalam penghasilan kerja tanpa sebarang
masalah dan dapat menjimatkan kos perbelanjaan serta masa.
14
3.2 CARTA ALIR
Penyataan Masalah
Mula
Objektif Kajian
Skop Kajian
Proses Reka Bentuk Carta
Aliran
Keperluan Reka Bentuk
Pernyataan Masalah
Pemilihan Konsep
Kajian Literatur
Reka Bentuk Konsep
Pemilihan Bahan
Proses Penilaian
Tamat
Lukisan Terperinci
dan Kos
Analisis Reka Bentuk
Gagal
Lulus
Rajah 3.2 Merupakan carta alir projek.
15
3.3 KONSEP KERJA PRIME
Reka bentuk konsep ini dilakukan dengan sekadar lakaran yang menggunakan
pensil. Tujuan rekabentuk konsep ini adalah untuk mendapatkan gambaran terhadap
projek yang dibuat. Ia juga bertujuan untuk menambah baik lakaran yang sedia ada.
Rekabentuk konsep dilakukan sebanyak yang boleh bagi mengeluarkan kesemua idea
dan inovasi. Dalam pemilihan reka bentuk, lakaran dibuat bagi membezakan kelebihan
yang ada pada setiap lakaran projek. Dalam pemerhatian yang telah dilakukan tiada lagi
tong sampah yang mampu menghasilkan sisa makanan tersebut dalam kapasiti yang
lebih kecil.
16
3.3.1 Pernyataan Masalah
Masalah pembuangan sisa makanan bukanlah satu isu baru yang hendak
diperkenalkan kepada rakyat di negara ini. Isu ini turut berlaku secara global dalam
dunia serba canggih pada masa kini. Hasil kajian yang dilakukan oleh Jabatan
Pengurusan Sisa Negara (JPSPN) terdapat 15 juta kilogram sampah sehari yang
dihasilkan di dalam negara ini. Hal ini bermakna dalam tempoh sembilan hari sahaja,
sampah yang dihasilkan boleh memenuhi satu ruang tempat pembuangan sampah yang
sedia ada.
Pada masa kini, negara Malaysia mempunyai 289 tapak perlupusan sampah dan
setiap satunya merangkumi keluasan antara 20 hingga 150 hektar. Keadaan ini pastinya
tidak dapat menampung jumlah sisa makanan yang dihasilkan ini mempunyai kadar
kitaran tarikh luput untuk digunakan. Dengan jumlah sampah yang dihasilkan setiap hari
adalah tidak menentu, adalah sukar untuk menjangkakan sejauh manakah keberkesanan
tapak perlupusan ini boleh digunakan kerana jumlah sampah yang dihasilkan semakin
bertambah.
Rekaan food waste recycle yang kumpulan kami bina dapat mengatasi masalah
seperti berikut:
1. Jadual kutipan sampah yang terhad 2 kali seminggu (selang 3 hari)
2. Mengundang haiwan yang tidak diingini seperti anjing dan tikus yang
menyebabkan punca penyakit
3. Tong sampah yang berbau, berair dan berulat
17
3.3.2 Lakaran Awal
i. Lakaran Rekabentuk (A)
Alatan Fungsi Kelebihan Kekurangan
Mata pisau
(stainless
steel)
Untuk menghancurkan sisa
makanan
Menghancurkan
sisa makanan
dengan lebih cepat
Kos yang agak
tinggi
Jaring
(plastik)
Untuk menapis sisa
makanan yang telah
dihancurkan
Tidak mudah
berkarat dan kos
yang rendah
Tidak tahan lama
Paip (pvc) Untuk membuang air
lebihan sisa makanan dan
membuang gas yang
terhasil semasa proses
penghancuran sisa makanan
Tahan karat dan
jangka hayat yang
tinggi
Paip mudah patah
apabila dikenakan
beban yang tinggi
Kerangka
utama
Untuk menyimpan sisa
makanan
Tidak mudah
berkarat
Berat dan kos
yang tinggi
Rajah 3.3.2(i) Konsep A
Jadual 3.3.2(i) Konsep A
18
ii. Lakaran Rekabentuk (B)
Alatan Fungsi Kelebihan Kekurangan
Mata pisau
(stainless
steel)
Untuk menghancurkan sisa
makanan
Menghancurkan
sisa makanan
dengan lebih cepat
Kos yang agak
tinggi
Jaring
(dawai)
Untuk menapis sisa
makanan yang telah
dihancurkan
Tahan lama Mudah berkarat
dan kos yang
rendah
Paip
(polymer)
Untuk membuang air
lebihan sisa makanan dan
membuang gas yang terhasil
semasa proses
penghancuran sisa makanan
Tahan karat dan
jangka hayat yang
tinggi
Paip mudah
patah apabila
dikenakan beban
yang tinggi
Body (high
carbon
steel)
Untuk menyimpan sisa
makanan
Sangat kuat Mudah berkarat
Rajah 3.3.2(ii) Konsep B
Jadual 3.3.2(ii) Konsep B
19
iii. Lakaran Rekabentuk (C)
Alatan Fungsi Kelebihan Kekurangan
Mata pisau
gergaji
Untuk menghancurkan sisa
makanan
Menghancurkan sisa
makanan dengan
lebih cepat
Kos yang agak
tinggi
Jaring
(plastik)
Untuk menapis sisa
makanan yang telah
dihancurkan
Tahan lama dan
penapis boleh dicuci
berulang kali
Kadar
penyerapan
kotoran yamg
lebih tinggi
menyebabkan
penapis mudah
kotor.
Paip besi Untuk membuang air
lebihan sisa makanan dan
membuang gas yang
terhasil semasa proses
penghancuran sisa
makanan
Jangka hayat yang
tinggi
Kos yang tinggi
dan mudah
tersumbat
Rajah 3.3.2(iii) Konsep C
20
Kerangka
utama
(titanium)
Untuk menyimpan sisa
makanan
Tahan karat Tidak tahan suhu
yang tinggi
iv. Lakaran Rekabentuk (D)
Alatan Fungsi Kelebihan Kekurangan
Mata pisau
stainless steel
Untuk
menghancurkan sisa
makanan
Menghancurkan sisa
makanan dengan
lebih cepat
Kos yang agak
tinggi
Jaring
(plastik)
Untuk menapis sisa
makanan yang telah
dihancurkan
Tidak berkarat Tidak tahan
lama
Paip (pvc) Untuk membuang air
lebihan sisa makanan
dan membuang gas
yang terhasil semasa
proses penghancuran
sisa makanan
Tahan karat dan
jangka hayat yang
tinggi
Paip mudah
patah apabila
dikenakan
beban yang
tinggi
Body (high
carbon steel)
Untuk menyimpan
sisa makanan
Sangat kuat Mudah
berkarat
Rajah 3.3.2(iv) Konsep D
Jadual 3.3.2(iii) Konsep C
Jadual 3.3.2(iv) Konsep D
21
V. Lakaran Rekabentuk (E)
Alatan Fungsi Kelebihan Kekurangan
Mata pisau
(stainless steel)
Untuk
menghancurkan sisa
makanan
Menghancurkan sisa
makanan dengan
lebih cepat
Kos yang agak
tinggi
Kerangka utama Untuk menyimpan
sisa makanan
Tidak mudah
berkarat
Berat dan kos
yang tinggi
Pemampat Untuk memampat
sisa makanan yang
telah dihancurkan
Sisa makanan yang
dimampatkan lebih
menjimatkan ruang
Kos yang agak
tinggi
Paip (pvc) Untuk membuang
air lebihan sisa
makanan dan
membuang gas yang
terhasil semasa
proses
penghancuran sisa
makanan
Tahan karat dan
jangka hayat yang
tinggi
Paip mudah patah
apabila dikenakan
beban yang tinggi
Rajah 3.3.2(v) Konsep E
Jadual 3.3.2(v) Konsep E
22
3.4 Pemilihan Idea
Penilaian dan pemilihan di analisis dengan membandingkan konsep dengan
konsep. Ini dilakukan dengan memberikan mata kepada nilai setiap konsep untuk
menentukan konsep yang terbaik. Kaedah ini dipanggil Kaedah Penilaian Bermatrik
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.4.1. Hasilnya, telah dipilih dalam bentuk
kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, sebarang kekurangan ditentukan dalam konsep
reka bentuk yang dipilih boleh diperbaiki lagi dari semasa ke semasa.
3.4.1 JADUAL PENILAIAN BERMETRIK
.
REKABENTUK
/ KRITERIA
REKA
BENTUK A
REKA
BENTUK B
REKA
BENTUK C
REKA
BENTUK D
REKA
BENTUK E
Kos 2 2 3 2 3
Ketahanan 2 2 2 3 3
Bahan 2 2 3 2 2
Keselamatan 2 2 2 4 1
Kestabilan 2 2 1 4 1
Jumlah 10 10 11 15 11
Jadual 3.4.1 markah yang diberikan pada setiap rekabentuk
23
3.4.2 Lukisan Berbantu Komputer
Rajah 3.4.2 Lukisan isometrik projek
24
3.5 PERALATAN, BAHAN DAN KOS
3.5.1 PERALATAN
Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga
semasa proses untuk membina projek yang dilakukan. Tanpa alat bantuan kerja ini,
projek yang dilakukan tidak akan dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan
sempurna. Antara alatan yang digunakan untuk membina food waste recycle adalah
seperti berikut.
PERALATAN KEGUNAAN
Vernier Caliper
Digunakan untuk mengukur
ketebalan bahan kerja dan juga
digunakan untuk mengukur diameter
lubang pada bahan kerja
Mata Gerudi
Digunakan untuk menebuk lubang
pada bahan kerja. Saiz mata gerudi
juga berbeza mengikut saiz lubang
yang hendak dibuat
Grinder
Digunakan untuk mengikir bahan
kerja . Kikir digunakan bagi tujuan
mengikir tempat yang mempunyai
lebihan besi selepas dipotong. Kerja
ini dilakukan bagi tujuan kekemasan
projek.
25
Pita Pengukur
Alat ini digunakan untuk mengukur
sesuatu yang panjang.
TIG gas
Berfungsi sebagai penyimpang gas
pelindung yang digunakan untuk
proses pengelasan GTAW. Pada
pengelasan TIG ini digunakan gas
pelindung Argon, Helium atau
Argon mix dengan Helium. Saat
proses pengelasan tabung gas dibuka
beserta regulatornya kemudian gas
akan disalurkan melalui selang ke
welding torch.
cermin mata
Alat ini digunakan untuk melindungi
mata daripada terkena serpihan yang
terpercik semasa melakukan kerja.
Mesin Gerudi
Digunakan untuk menebuk lubang
pada bahan kerja.
26
Set TIG
Digunakan untuk mengelas bahan
eksotik seperti keluli tahan karat, aloi
nikel, tembaga, titanium dan kimpal
kritikal yang mesti sempurna seperti
bahagian enjin pesawat.
3.5.2 SENARAI BARANG DAN KOMPONEN PROJEK
Antara komponen yang digunakan dalam penghasilan food waste recycle:
Aluminium composite panel
Dryer Element
Motor
Jadual 3.5.1: Peralatan dan Kegunaan
27
3.5.3 ALUMINIUM COMPOSITE PANEL
Aluminium composite panel (ACP) adalah bahan yang melindungi jenis perabot
dan hiasan bahan-bahan yang ringan dengan kekuatan yang tinggi, kalis air, tidak
berubah bentuk apabila terkena haba. Bahan ini terdiri daripada aluminium.
3.5.4 DRYER ELEMENT
Pengering elektrik berfungsi dengan meniup udara suhu bilik melalui lubang-
lubang. Udara kemudian melepasi gegelung wayar nichrome yang memanaskannya,
sehingga dapat mengering sisa makanan dengan udara panas
Rajah 2.5.2
Rajah 3.5.3 Aluminium Composite Panel
Rajah 3.5.4 dryer
28
3.5.5 MOTOR
Kawat coil koper dikendalikan secara menegak ke bawah dengan penyaduran
logam. Apabila elektrik digunakan, penyaduran logam bertindak sebagai elektromagnet
untuk mendapatkan poros berputar elektromagnet mesti tertakluk kepada persekitaran
dengan magnetik magnetik dan selatan. selongsong motor dipasang di sekitar
selongsong shaft. Motor mengandungi dua solenoids dan disebabkan oleh arah elektrik
yang digunakan, solenoids membuat bumi magnetik utara dan selatan. Ini pula
menyebabkan hujung utara elektromagnet bergerak dari titik utara alam yang di cipta
oleh solenoid.
Rajah 3.5.5 Motor
29
3.5.6 KOS MEMBELI BARANGAN
BAHAN HARGA
PASARAN
KEGUNAAN KOS
KEGUNAAN
Bakul besi 1bakul= RM9.00 1 unit RM9.00
Batang besi 2 kaki = RM15 1.5 kaki RM12.50
Mata Pisau 1 unit = RM4.00 2 unit RM8.00
Tong sampah 1 unit = RM40.00 1 unit RM40.00
Dryer 1 unit = RM59.90 1 unit RM59.90
Suis 1 unit=RM2.00 1 unit RM2.00
Cable 1 unit=RM0.80 2 unit RM1.60
Motor 1 unit=RM60.00 1 unit RM60.00
Bush 1 kaki =RM28.00 2 inch RM6.00
Filter 1 meter = RM6.00 7x7 inch RM2.00
Skru 20 unit = RM4.00 20 unit RM4.00
Dawai 1 gulung=RM12 3 meter RM3.00
Total
RM 207.10
Jadual 3.5.6 Kos yang diperlukan
30
3.6 PROSES MEMBINA “FOOD WASTE RECYCLE”
Proses pertama untuk memulakan kerja atau membina projek ialah dengan
membuat lakaran bagi tujuan untuk memudahkan proses atau perlaksanaan seterusnya
dan secara tidak langsung dapat mempermudahkan pelaksanaan kerja dalam membina
projek kami ini. Dengan terdapatnya lakaran atau lukisan ini perbincangan dapat dibuat
dengan lebih jelas dan perlaksanaan kerja lebih teratur dan lebih lancar. Dimensi projek
boleh dibuat dan juga dihasilkan.
3.6.1 MEREKABENTUK MATA PISAU
Proses merekabentukmata pisau “food waste recycle” menggunakan proses
cantuman kimpalan tig, proses ini untuk mecantumkan mata pisau. Proses kimpalan ini
digunakan adalah kerana bahagian yang dicantumkan adalah daripada stainless steel.
Bahagian tengahmata pisau dikimpal menggunakan kaedah kimpalan tig untuk
mendapatkan hasil cantuman lebih kemas dan kuat dari jenis cantuman yang lain. Jenis
cantuman ini lebih bersesuaian digunakan ke atas projek kami.
3.6.1(i) Proses mengukur mata pisau
31
3.6.1(ii) Proses mengasah mata pisau
3.6.1(iii) Mata pisau yang siap di asah
32
3.6.2 PROSES MEMBUAT LUBANG SALIRAN AIR
Proses pemasangan lubang saliran air ini berfungsi untuk membuang lebihan air
yang terhasil daripada proses mengisar sisa makanan. Ia terdapat pada bahagian dasar
tong.
3.6.2(i) Proses menebuk lubang
3.6.2(ii) Lubang disambung dengan hos
33
3.6.3 PROSES MEMBINA PENAPIS
Proses membuat penapis bertujuan untuk mengasingkan sisa makanan dan air.
Penapis ini diperbuat daripada plastik untuk mengelakkan daripada pengaratan.
3.6.3(i) Proses memotong jaring
3.6.3(ii) Jaring dicantumkan
34
3.6.4 MEREKABENTUK PENGERING
Pengering ini menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya di mana pengering
elektrik berfungsi dengan meniup udara suhu bilik melalui lubang-lubang. Udara
kemudian melepasi gegelung wayar nichrome yang memanaskannya, sehingga dapat
mengering sisa makanan dengan udara panas. Pengering ini diletakan di bahagian
penutup supaya dapat mengeringkan sisa makanan dengan mudah
3.6.4(i) Proses menebuk dibahagian
atas penutup untuk memasukan
dryer
35
3.7 Carta Gantt
BULAN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER
MINGGU
AKTIVITI
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16
Pemilihan tajuk
Lakaran awal
Membuat proposal
Pembentangan
proposal
Mengenalpasti
barangan
Membeli barangan
Projek
Membuat mata
pisau
Membuat bush
Membuat Dryer
Mencantum
bahagian
Pengujian projek
Kekemasan projek
Projek siap
Petunjuk
Anggaran
Tepat
Jadual 3.7 Carta gantt
36
3.8 KESIMPULAN
Dengan akhirnya bab ini maka kita akan lebih mengetahui rekabentuk atau
lakaran terdahulu sebelum terhasilnya rekaan yang sebenar. Selain itu, kita juga dapat
menganggarkan kos projek ‘food waste recycle. Kami berharap dengan wujudnya
kemudahan ini, produk ini dapat meningkatkan kadar peratus pengasingan sampah di
Malaysia. Disamping itu, kami juga berharap produk ini dapat memudahkan serta
menjimatkan masa bagi melakukan pengasingan sampah.