borang pencalonan anugerah malaysian …restsa.osdec.gov.my/uploads/mosti-sistem penilaian...

13
LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012) 1. Nama Organisasi: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 2. Nama Projek/Sistem/Inisiatif OSS Yang Dicalonkan: Sistem Penilaian Prestasi Pembekal 3. Tarikh (bulan & tahun) projek/sistem/inisiatif yang dicalonkan mula beroperasi: Jun 2011 4. Maklumat pegawai yang membuat pencalonan: Nama: Muhammad Abkari Omar Jawatan: Setiausaha Bahagian Agensi: Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Alamat: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Aras 1, Blok C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya Telefon: 03-88858061 Faks: 03-88893005 E-mel: [email protected] 5. Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut: Nama: Mohd Firdaus Che Rani Jawatan: Penolong Setiausaha Telefon: 03-88858158 Faks: 03-88893005 E-mel: [email protected]

Upload: dinhkiet

Post on 11-Apr-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

LAMPIRAN A

BORANG PENCALONAN

ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

1. Nama Organisasi:

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

2. Nama Projek/Sistem/Inisiatif OSS Yang Dicalonkan:

Sistem Penilaian Prestasi Pembekal

3. Tarikh (bulan & tahun) projek/sistem/inisiatif yang dicalonkan mula beroperasi:

Jun 2011

4. Maklumat pegawai yang membuat pencalonan:

Nama: Muhammad Abkari Omar

Jawatan: Setiausaha Bahagian

Agensi: Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat

Alamat: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Aras 1, Blok C5, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya

Telefon: 03-88858061

Faks: 03-88893005

E-mel: [email protected]

5. Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut:

Nama: Mohd Firdaus Che Rani

Jawatan: Penolong Setiausaha

Telefon: 03-88858158

Faks: 03-88893005

E-mel: [email protected]

Page 2: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

1. Nama Projek/Sistem/Inisiatif

Sistem Penilaian Prestasi Pembekal

2. Profil Kementerian / Jabatan / Institusi (maksimum 200 patah perkataan)

Pada tahun 2000, pihak pengurusan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) telah menyedari kepentingan teknologi maklumat bagi menyokong pengoperasian pengurusan dana di Bahagian Sains dan Teknologi (S&T). Oleh itu, pada April 2000, Unit Teknologi Maklumat (UiT) telah ditubuhkan di bawah Bahagian S&T ketika itu dengan lapan (8) perjawatan. Fungsi dan tanggungjawab MOSTE telah bertambah pada tahun 2004. Lantaran itu, nama kementerian telah ditukar kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Semasa penstrukturan semula MOSTI pada tahun 2005, UiT telah dinaiktarafkan kepada bahagian. Berkuat kuasa pada 1 September 2005, nama Unit Teknologi Maklumat telah ditukar kepada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) dengan 16 perjawatan. Semasa penstrukturan MOSTI yang kedua pada 16 Disember 2007, terdapat 15 pertambahan perjawatan. Jumlah keseluruhan perjawatan PTM selepas penstrukturan ini ialah 31 perjawatan. Bahagian PTM terdiri daripada dua (2) seksyen utama iaitu Seksyen Sistem Aplikasi dan Seksyen Operasi, Rangkaian dan Keselamatan. Visi BPTM ICT Pemangkin Transformasi MOSTI Yang Cemerlang Dan Inovatif. Misi BPTM

i. Memperkasakan ICT Dalam Memantapkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Menerusi Inovasi Yang Berterusan.

ii. Memantapkan Tadbir Urus Dan Pembudayaan ICT Menerusi Inovasi Dasar-dasar Dan Program-program ICT Yang Berterusan.

Objektif BPTM Memastikan semua perkhidmatan, kemudahan dan keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang merangkumi perkakasan, perisian, rangkaian, keselamatan dan infrastruktur ICT di Ibu Pejabat MOSTI diurus dan ditadbir secara tepat dan selamat mengikut keperluan dan masa yang ditetapkan bagi menyokong sistem aplikasi penyampaian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi lebih efektif dan berkesan.

3. Sinopsis Projek/Sistem/Inisiatif (maksimum 150 patah perkataan)

Bagi projek/sistem/inisiatif: # Ringkasan / Keterangan # Faedah kepada orang awam / Kerajaan # Kelebihan / keistimewaan projek/sistem/inisiatif # Mengapa projek/sistem/inisiatif layak memenangi Anugerah MYGOSS

Ringkasan/Keterangan Sistem Penilaian Prestasi Pembekal ini mula dibangunkan pada Jun 2010 dengan menggunakan perisian sumber terbuka PHP dan MySQL. Sistem ini mula digunakan oleh Bahagian Kewangan, MOSTI pada Jun 2011. Sistem ini berfungsi untuk merekodkan maklumat pembekal, menganalisis dan menilai prestasi pembekal-pembekal yang berurusan dengan MOSTI secara efisien dan pantas.

LAPORAN PENCALONAN

ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE

SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)

Page 3: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

Mengapa sistem layak memenangi Anugerah MyGOSS Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan masa, kos dan tenaga. Dimana, pembangunan aplikasi ini menggunakan perisian sumber terbuka seperti PHP, Apache dan MySQL ternyata telah menjimatkan kos pembangunan dan penyelenggaraan aplikasi. Selain itu juga, sistem ini mempunyai ciri-ciri bantuan pembuat keputusan / decision support system (DSS) dimana, ianya dapat memudahkan Bahagian Kewangan, MOSTI mengenalpasti prestasi syarikat-syarikat yang pernah terlibat dengan perolehan di MOSTI. Sistem berkaitan akan memberikan cadangan senarai syarikat-syarikat yang mempunyai prestasi baik dan cemerlang.

4. Teknologi yang digunakan (maksimum 150 patah perkataan)

Penggunaan development tools, pangkalan data, language, teknologi, platform, dan lain-lain

Development tool yang digunakan dalam pembangunan Sistem Pemantauan Prestasi Pembekal ialah Netbean s di mana ianya merupakan salah satu Integrated Development Environment (IDE) yang mengandungi editor untuk source code, compiler, build automation dan debugger untuk membangunkan pelbagai jenis aplikasi. Bahasa yang digunakan adalah PHP di mana ianya merupakan bahasa skrip yang direka khas untuk digunakan bersama-sama dengan penanda HTML untuk membina laman web. Laman web yang mengandungi skrip PHP diproses oleh enjin skrip PHP dan kod-kod tersebut digantikan dengan apa yang dapat dilihat hasil daripada skrip yang ditulis oleh pengaturcara. Pangkalan data yang digunakan ialah MySQL versi 5 di mana ianya merupakan suatu sistem pengurusan pangkalan data berkeupayaan tinggi yang dapat memaksimumkan kelajuan dan kestabilan disamping mengurangkan kos pangkalan data. Sistem Pemantauan Prestasi Pembekal telah dibangunkan berasaskan teknologi web di mana ianya boleh diakses oleh mana-mana pelayar (browser) menggunakan Internet. Sistem ini boleh diakses oleh mana-mana agensi MOSTI untuk menyimpan maklumat dan prestasi pembekal yang telah menjalankan kerja-kerja di agensi tersebut. Server sistem ini menggunakan sistem pengoperasian (OS) Ubuntu version 11.04. OS Ubuntu dipilih kerana mempunyai kelebihan seperti kebarangkalian yang rendah mengalami ancaman virus, sumber terbuka di mana source code boleh ditukar, mudah untuk dinaiktaraf iaitu melalui package manager dan semua aplikasi dapat diinstali serta dikemaskini dengan mudah.

5. Kelebihan / Keunikan (maksimum 350 patah perkataan)

# Faedah kepada orang awam / Kerajaan # Kelebihan projek/sistem/inisiatif berbanding projek/sistem/inisiatif lain # Kelainan konsep dan idea bagi projek/sistem/inisiatif # Peningkatan keberkesanan (termasuk mengurangkan birokrasi) # Perkongsian maklumat # Lain-lain

Faedah kepada Kerajaan Penggunaan sistem ini telah memberikan faedah kepada Kerajaan terutamanya kepada MOSTI khususnya. Melalui sistem ini, Bahagian Kewangan, MOSTI dapat mengenalpasti syarikat-syarikat yang berprestasi baik dan tidak bermasalah untuk menyertai perolehan di MOSTI. Ianya dapat memudahkan proses dalam memilih syarikat yang dirasakan berkelayakan berdasarkan kerja-kerja yang pernah dilaksanakan di MOSTI. Kelebihan sistem berbanding sistem lain Sistem ini mempunyai kelebihan dalam menyenaraikan syarikat-syarikat berdasarkan markah purata prestasi dari julat lemah, sederhana, baik dan cemerlang. Selain itu juga, sistem ini mempunyai konsep bantuan pembuat keputusan / decision support system (DSS)

Page 4: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

dimana, ianya dapat memudahkan Bahagian Kewangan, MOSTI mengenalpasti prestasi syarikat-syarikat yang pernah terlibat dengan perolehan di MOSTI. Sistem berkaitan akan memberikan cadangan senarai syarikat-syarikat yang mempunyai prestasi baik dan cemerlang. Kelainan konsep dan idea bagi sistem Sistem ini menggunapakai konsep sistem pembuat keputusan / decision support system (DSS) dimana ianya menggunakan formula pengiraan bagi mengkelaskan syarikat-syarikat berdasarkan setiap prestasi kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Penilaian prestasi berdasarkan lima (5) perkara berikut:

i. Menepati kualiti dan kemasan kerja; ii. Menepati kuantiti; iii. Menepati masa; iv. Menepati spesifikasi; dan v. Respons kepada teguran;

Setiap penilaian prestasi mempunyai nilai skala diantara 1 hingga 4. Butiran nilai skala adalah seperti berikut:

Nilai Skala Penerangan

1 Lemah

2 Sederhana

3 Baik

4 Cemerlang

Formula pengiraan adalah seperti seperti berikut:

Purata Prestasi = Jumlah Markah Bilangan perkara

Peningkatan keberkesanan Dari segi peningkatan produktiviti dan keberkesanan, didapati sistem ini banyak memudahkan proses kerja dimana urusan memperolehi maklumat dan butiran berkaitan perolehan dan syarikat dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh sepuluh (10) hingga lima belas (15) minit. Maklumat dan butiran yang diperolehi akan dianalisa secara atas talian. Melalui sistem ini, laporan dapat dijana mengikut keperluan setiap pengguna dan pentadbir dalam tempoh satu (1) minit. Mekanisme ini telah mengurangkan beban kerja pegawai dan kakitangan di Bahagian Kewangan dimana sebelum ini maklumat dan butiran berkaitan diperolehi secara manual. Perkongsian maklumat Maklumat yang terkandung didalam sistem ini adalah sulit dan sehingga kini ianya tidak digunakan untuk tujuan lain dan hanya digunakan di MOSTI sahaja.

6. Inovasi (maksimum 350 patah perkataan)

# Penggunaan teknologi atau metodologi secara inovatif # Keaslian atau penambahbaikan # Keaslian konsep atau pelaksanaan (reka bentuk / pembangunan dan/atau pemasaran) # Ciri-ciri / fungsi yang ketara # Teknik pembangunan, penyelidikan atau pemasaran yang kreatif # Teknologi enabling # Menggunakan pelbagai teknologi untuk menghasilkan inovasi dan penyelesaian yang berkesan

Penggunaan teknologi atau metodologi secara inovatif Sistem ini telah dibangunkan menggunakan metodologi Prototaip Evolusi. Metodologi berkaitan digunapakai bagi membangunkan prototaip yang kukuh dimana asasnya

Page 5: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

dibangunkan dan ditambahbaik dengan keperluan pengguna dari semasa ke semasa. Penggunaan metodologi Prototaip Evolusi telah dapat memastikan sistem ini siap dalam tempoh empat (4) bulan. Pembangunan sistem ini melibatkan proses kawalan kualiti (software quality assurance) dimana mengaplikasikan piawaian ISO 9000 dan Capability Maturity Model Integration (CMMI). Ianya diaplikasikan bagi memastikan sistem yang dibangunkan benar-benar berkualiti tinggi dan kukuh serta mengikut jadual pembangunan yang dirancang. Keaslian atau penambahbaikan Pembangunan sistem ini adalah berdasarkan proses kerja sedia ada di Bahagian Kewangan, MOSTI. Bagi keaslian sistem ini terletak pada penentuan pengkelasan dan pengenalpastian prestasi setiap syarikat berdasarkan kerja yang telah dilaksanakan dengan menggunakan formula pengiraan purata prestasi. Pada masa akan datang, sistem ini akan mengalami penambahbaikan berdasarkan keperluan semasa daripada Bahagian Kewangan, MOSTI. Keaslian konsep atau pelaksanaan (reka bentuk / pembangunan) Sistem ini menggunapakai konsep sistem pembuat keputusan / decision support system (DSS) dimana ianya menggunakan formula pengiraan bagi mengkelaskan syarikat-syarikat berdasarkan setiap prestasi kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

Page 6: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

Ciri-ciri / fungsi yang ketara Laman Utama Sistem Laman ini menyediakan ruangan untuk log masuk dan pautan untuk pengguna baru membuat pendaftaran.

Page 7: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

Laman Utama Pentadbir Sistem Laman ini adalah ruangan Pentadbir Sistem (Seksyen Perolehan, kewangan MOSTI) dan mempunyai menu yang tidak boleh dicapai oleh pengguna biasa. Pengguna biasa hanya mempunyai 2 menu iaitu borang penilaian dan senarai survey.

Page 8: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

Statistik Keseluruhan Perolehan Laman ini memaparkan statistik bilangan perolehan berdasarkan bahagian/agensi/jabatan berdasarkan jenis bekalan aset, bekalan bukan asset, perkhidmatan dan kerja. Perincian untuk setiap perolehan boleh dilihat apabila pautan terperinci dipilih.

Page 9: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

Modul Perbelanjaan Perolehan Laman ini memaparkan kos perbelanjaan bagi setiap bahagian/agensi/ jabatan berdasarkan 6 jenis perolehan yang disenaraikan pada ruangan petunjuk.

Page 10: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

Senarai Survey (Admin) Laman ini menyediakan senarai penilaian yang telah dimasukkan oleh pengguna bagi setiap bahagian/agensi/ jabatan. Purata prestasi syarikat yang dinilai oleh pengguna dipaparkan pada column purata.

Teknik pembangunan, penyelidikan atau pemasaran yang kreatif Sistem ini telah dibangunkan menggunakan metodologi Prototaip Evolusi. Metodologi berkaitan digunapakai bagi membangunkan prototaip yang kukuh dimana asasnya dibangunkan dan ditambahbaik dengan keperluan pengguna dari semasa ke semasa. Teknologi enabling bagi menghasilkan inovasi dan penyelesaian yang berkesan Sistem ini dibangunkan berdasarkan arkitektur teknologi berasaskan web dimana sistem ini dapat diakses dan dicapai oleh semua jenis pelayar (browser) dengan menggunakan rangkaian Internet. Sistem ini dibangunkan menggunakan sumber terbuka, maka ianya juga stabil dan dapat dilarikan (run) pada Sistem Pengoperasian (OS) yang pelbagai (cross platform). Memandangkan teknologi sering berubah dengan pantas, begitu juga dengan teknologi sumber terbuka. Keperluan ke atas bantuan sokongan dan khidmat nasihat daripada pakar sumber terbuka adalah dirasakan perlu. Dengan adanya forum dan sokongan komuniti (community support) dapat membantu MOSTI dalam menambahbaik sistem dari semasa ke semasa.

Page 11: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

7. Kualiti / Pengiktirafan (maksimum 350 patah perkataan)

# Piawaian kebangsaan atau antarabangsa yang digunakan # Metodologi projek/sistem/inisiatif # Keberkesanan kos # Peningkatan produktiviti dan keberkesanan # Kepakaran kakitangan # Keberkesanan projek/sistem/inisiatif # Tahap bantuan dan sokongan projek/sistem/inisiatif # Kejayaan pelaksanaan # Pengikitirafan oleh pelanggan / pengguna # Diakui oleh pakar bidang yang berkaitan projek/sistem/inisiatif # Pengiktirafan komuniti atau media # Pengiktirafan atau pencapaian dalam industri dan Kerajaan # Pencapaian pengiktirafan antarabangsa # Hasil yang boleh diukur – mencapai sasaran # Perkongsian pasaran # Beridentitikan Malaysia

Piawaian kebangsaan atau antarabangsa yang digunakan Pembangunan sistem ini melibatkan proses kawalan kualiti (software quality assurance) dimana mengaplikasikan piawaian ISO 9000 dan Capability Maturity Model Integration (CMMI). Ianya diaplikasikan bagi memastikan sistem yang dibangunkan benar-benar berkualiti tinggi dan kukuh serta mengikut jadual pembangunan yang dirancang. Metodologi sistem Sistem ini telah dibangunkan menggunakan metodologi Prototaip Evolusi. Metodologi berkaitan digunapakai bagi membangunkan prototaip yang kukuh dimana asasnya dibangunkan dan ditambahbaik dengan keperluan pengguna dari semasa ke semasa. Keberkesanan kos Sistem ini dibangunkan secara dalaman dengan menggunakan sumber terbuka. Maka ianya tidak mempunyai kos bagi membangunkan sistem ini dan sekaligus memberikan penjimatan kepada Kerajaan dan MOSTI. Peningkatan produktiviti dan keberkesanan Sistem ini menggunapakai konsep sistem pembuat keputusan / decision support system (DSS) dimana ianya menggunakan formula pengiraan bagi mengkelaskan syarikat-syarikat berdasarkan setiap prestasi kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Selain itu juga, Bahagian Kewangan dapat melihat dan menjana laporan secara automatik berdasarkan nilai purata prestasi setiap syarikat yang baik dan cemerlang. DSS ini memudahkan Bahagian Kewangan dalam membuat keputusan bagi mengenalpasti syarikat yang mempunyai prestasi baik dan cemerlang. Penjanaan laporan menggunakan DSS telah menjimatkan masa pegawai dan kakitangan Bahagian Kewangan, MOSTI. Kepakaran kakitangan Sistem ini dibangunkan menggunakan sumber terbuka secara dalaman oleh BPTM, MOSTI. Pegawai dan kakitangan BPTM, MOSTI mempunyai kepakaran dalam sumber terbuka seperti PHP, MySQL, LINUX dan Apache. Setiap change request yang dipohon oleh Bahagian Kewangan, MOSTI dapat dilaksanakan dengan cepat dan mudah. Keberkesanan sistem dan kejayaan pelaksanaan Keberkesanan sistem ini dapat dilihat sejurus penggunaan sistem ini oleh Bahagian Kewangan, MOSTI dan Jabatan/Agensi/Bahagian MOSTI pada Jun 2011 dimana proses pengenalpastian syarikat-syarikat yang berprestasi baik dan cemerlang dilaksanakan oleh sistem berkaitan menggunakan konsep Decision Support System (DSS). Sistem ini memudahkan proses kerja dimana urusan memperolehi maklumat dan butiran berkaitan perolehan dan syarikat dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh sepuluh (10) hingga lima belas (15) minit. Maklumat dan butiran yang diperolehi akan dianalisa secara atas talian. Melalui sistem ini, laporan dapat dijana mengikut keperluan setiap pengguna dan pentadbir dalam tempoh satu (1) minit.

Page 12: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

Mekanisme ini telah mengurangkan beban kerja pegawai dan kakitangan di Bahagian Kewangan dimana sebelum ini maklumat dan butiran berkaitan diperolehi secara manual. Tahap bantuan dan sokongan sistem Sekiranya pengguna daripada Jabatan/Agensi/Bahagian mempunyai permasalahan, mereka boleh menghubungi pegawai di Bahagian Kewangan melalui telefon, emel dan faks. Manakala bagi permasalahan teknikal, aduan dikemukakan melalui telefon, emel dan faks kepada pegawai di BPTM, MOSTI untuk tindakan selanjutnya. Pengikitirafan oleh pelanggan / pengguna Semenjak penggunaan sistem ini pada Jun 2011, Bahagian Kewangan, MOSTI berpuas hati dengan outcome daripada sistem berkenaan. Malah, Bahagian Kewangan ingin menambahbaik sistem ini dengan keperluan semasa pada masa akan datang. Pengiktirafan atau pencapaian dalam industri dan Kerajaan Semasa sesi penilaian System Star Rating (SSR) 2010/2011, sistem ini telah diiktiraf sebagai ‘Wow Factor’ oleh para penilai daripada MAMPU. Hasil yang boleh diukur – mencapai sasaran Nilai purata prestasi syarikat yang dijana melalui sistem ini dijadikan penanda aras untuk Jawatankuasa Penilaian Harga bagi Tender/Sebutharga/e-Bidding bagi mengenalpasti syarikat-syarikat yang mempunya prestasi yang lemah tidak menyertai perolehan di MOSTI. Perkongsian pasaran Sistem ini dibangunkan berdasarkan arkitektur teknologi berasaskan web dimana sistem ini dapat diakses dan dicapai oleh semua jenis pelayar (browser) dengan menggunakan rangkaian Internet. Sistem ini dibangunkan menggunakan sumber terbuka, maka ianya juga stabil dan dapat dilarikan (run) pada Sistem Pengoperasian (OS) yang pelbagai (cross platform). Adalah dicadangkan sistem ini untuk digunapakai di semua Agensi Kerajaan dimana penilaian prestasi syarikat dapat diukur. Beridentitikan Malaysia Sistem ini mempunyai identity Malaysia dimana sistem ini memerlukan maklumat syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Nilai mata wang pada kos berkaitan setiap perihal perolehan menggunakan simbol Ringgit Malaysia (RM).

8. Potensi (maksimum 350 patah perkataan)

# Potensi projek untuk diekspot, menghasilkan peluang pekerjaan atau meningkatkan ekonomi # Pelaksanaan yang lebih luas # Faedah kepada industri lain pada masa hadapan # Strategi pembangunan dan menerajui persaingan # Bidang-bidang yang dikenalpasti untuk peluasan/penambahbaikan

Potensi projek untuk diekspot, menghasilkan peluang pekerjaan atau meningkatkan ekonomi Sistem ini mempunyai potensi yang tinggi untuk diekspot ke luar negara. Dimana, sistem ini dirasakan amat sesuai untuk digunapakai diluar negara kerana sistem ini bersifat generik tetapi hanya perlu diubahsuai dan dipinda bergantung kepada keperluan semasa pengguna. Peningkatan ekonomi dan penjimatan kepada wang Kerajaan akan wujud dimana pembangunan sistem ini menggunakan sumber terbuka dan fungsi sistem ini yang dapat mengenalpasti syarikat berprestasi baik dan cemerlang akan diberikan keutamaan dalam menyertai perolehan di Agensi Kerajaan. Pelaksanaan yang lebih luas Sehingga kini, sistem ini telah diperluaskan pelaksanaannya di Jabatan/Agensi MOSTI. Penggunaan dan perluasan ini disambut baik oleh Jabatan/Agensi MOSTI. Adalah dicadangkan juga kepada Kementerian Kewangan bagi menggunakan sistem ini bagi memantau prestasi syarikat dari semasa ke semasa. Disamping itu juga dapat meningkatkan integriti perolehan berkaitan.

Page 13: BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN …restsa.osdec.gov.my/uploads/MOSTI-Sistem Penilaian Prestasi...Sistem ini layak memenangi Anugerah MyGOSS kerana sistem ini telah menjimatkan

Faedah kepada industri lain pada masa hadapan Sistem ini boleh diubahsuai berdasarkan keperluan agensi Kerajaan yang lain bagi membolehkan Agensi berkaitan melaksanakan sendiri urusan pengenalpasti prestasi syarikat yang pernah terlibat dalam perolehan di Agensi Kerajaan berkaitan. Selain itu, sektor swasta juga boleh memanfaatkan sistem ini di organisasi masing-masing. Strategi pembangunan dan menerajui persaingan Sistem ini boleh ditambahbaik dari semasa ke semasa bagi memastikan sistem ini dapat berfungsi bergantung kepada kehendak dan keperluan semasa pengguna pada masa tersebut. Bidang-bidang yang dikenalpasti untuk peluasan/penambahbaikan Penjanaan laporan secara grafik dan dinamik adalah dirasakan perlu bagi penambahbaikan dan pemantapan sistem ini pada masa akan datang. Enjin carian dan analisis (searching space) menggunakan algoritma Artificial Intelligence (AI) adalah dicadangkan untuk dilaksanakan bagi mempercepatkan carian secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

9. Kandungan Tempatan (maksimum 350 patah perkataan)

# Dibangunkan sepenuhnya di Malaysia atau # Dibangunkan sebahagian di Malaysia (nyatakan peratusan pembangunan di Malaysia) # Sekiranya pembangunan sebahagian di Malaysia, nyatakan modul yang dibangunkan di Malaysia # Sumbangan dan/atau penyelidikan yang dijalakan di Malaysia # Tambah nilai di Malaysia

Dibangunkan sepenuhnya di Malaysia Sistem ini dibangunkan sepenuhnya 100% di Malaysia dimana ianya dibangunkan secara dalaman oleh kepakaran warga BPTM, MOSTI. Sumbangan dan/atau penyelidikan yang dijalakan di Malaysia Sebelum membangunkan sistem ini, analisis dan arkitektur turut diambilkira. Penyelidikan dijalankan ke atas konsep sistem pembuat keputusan / decision support system (DSS) dimana ianya menggunakan formula pengiraan bagi mengkelaskan syarikat-syarikat berdasarkan setiap prestasi kerja-kerja yang telah dilaksanakan.