laporan projek inovasi perkeso pulau pinang...

19
PERINTIS Perkeso Innovation Through Information Sectors 1 LAPORAN PROJEK INOVASI PERKESO PULAU PINANG TAHUN 2014 PERKESO PENCETUS TRANSFORMASI KEPADA PEWARIS

Upload: duongnguyet

Post on 22-Jul-2019

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors 1

LAPORAN PROJEK INOVASI PERKESO PULAU PINANG

TAHUN 2014

PERKESO PENCETUS

TRANSFORMASI KEPADA

PEWARIS

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors 2

KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

PENGENALAN 3

TUJUAN 4

PROSES PERLAKSANAAN 4 – 5

CARTA ALIRAN PROJEK INOVASI 6

ELEMEN INOVATIF / KREATIVITI 7

ELEMEN KEBERKESANAN 7

ELEMEN SIGNIFIKAN 8

ELEMEN RELEVAN 9

LAMPIRAN 10

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors 3

PENGENALAN

Latar belakang Pejabat PERKESO Pulau Pinang

Pejabat PERKESO Pulau Pinang merupakan salah satu daripada Pejabat PERKESO di

Malaysia yang bertanggungjawab secara langsung bagi menguatkuasakan Akta

Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) 1971 yang beroperasi di

alamat seperti berikut :

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

WISMA PERKESO,

NO. 269 JALAN BURMA,

10538 PULAU PINANG

Pejabat PERKESO Pulau Pinang mempunyai 4 Cawangan Penguatkuasaan, Faedah,

Pentadbiran dan Akaun, Perubatan dan Pemulihan. Pejabat ini diketuai oleh Pengurus

Pejabat PERKESO. Sehingga kini pejabat ini mempunyai seramai 39 orang anggota.

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors 4

TUJUAN PROJEK INOVASI

a) Untuk memendekkan tempoh siasatan tanpa menunggu permohonan dari waris atau

majikan.

b) Untuk membantu waris menerima faedah tuntutan dengan lebih cepat.

c) Untuk mempromosikan PERKESO kepada orang awam berkaitan Skim Perlindungan

PERKESO terutama yang melibatkan kemalangan maut / kematian.

d) Mendapat maklumat yang segera dari pihak media, Polis, Bomba, NGO, St. John

Ambulance dan majikan berkaitan kes kemalangan maut pencarum PERKESO.

e) Untuk menepati konsep ”Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”.

f) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara PERKESO dengan pelbagai pihak.

PROSES PERLAKSANAAN PROJEK INOVASI

Perbicangan ahli kumpulan untuk menentukan nama kumpulan dan tajuk projek yang

telah diadakan pada 18/02/2014 dengan keputusan perbincangan seperti berikut :-

(a) Nama Kumpulan Inovasi

- PERINTIS (Perkeso Innovation Through Information Sectors)

- AHLI KUMPULAN

o Cik Suria Binti Yusoff

o Cik Noor Faizah Binti Mohamed

o Puan Hayatul Islamiah Binti Mohamad Noor

o Encik Mohd Hafiz Bin Kamarudin

o Puan Hamizah Binti Azami

o Puan Nik Norishah Binti Nik Murat

o Puan Nur Farhana Binti Abdul Raffar

(b) Tajuk Projek Inovasi

- Perkeso Pencetus Transformasi Kepada Pewaris

Pemilihan senarai majikan untuk projek ini sebanyak 50 majikan dan pengedaran surat

makluman berkaitan tujuan projek berserta Borang Makluman awal telah dilaksanakan

pada 19/02/2014.

Perbincangan dengan pihak media (out house) telah diadakan pada 06/03/2014 jam

11.00 pagi di pejabat media Harian Metro & Berita Harian, No. 33, Jalan Sultan Ahmad

Shah. 10300 Georgetown, Pulau Pinang. Wakil media yang hadir pada sesi

perbincangan tersebut adalah :-

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors 5

(a) En. Rudy Syareme Sheriffudin wakil dari HARIAN METRO

(b) En. Noor Adzman Baharuddin, Ketua Biro NSTP

(c) Cik Fatimah wakil dari BERITA HARIAN

Perbincangan kali kedua (in-house) juga telah diadakan dengan pihak media yang

selain dari yang hadir semasa perbincangan pertama dan disertai pihak Polis, Bomba,

NGO, St John Ambulance pada 15/05/2014 di Pejabat Perkeso Pulau Pinang.

Proses sebelum dan selepas Inovasi :-

SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI

Kes kemalangan maut diterima dari

bahagian korporat melalui email MAKLUMAT DIPEROLEHI DARI MEDIA,

MAJIKAN, POLIS, BOMBA & NGO MELALUI

EMAIL,SMS,FAKS,WHATSAPP, WECHAT &

TELEFON

Kes kemalangan maut diterima dari

keratan akhbar

Kes kemalangan maut diterima dari

kaunter PERKESO ( permohonan dari

majikan)

Projek Inovasi ini tidak melibatkan sebarang penurunan kuasa terhadap

perlaksanannya.

Pihak-pihak yang terlibat didalam perlaksanaan Projek Inovasi ini adalah :

a) PERKESO

b) MEDIA

c) MAJIKAN

d) POLIS

e) BOMBA

f) NGO

g) ST. JOHN AMBULANCE

h) WARIS PENCARUM PERKESO

Kumpulan sasar bagi Projek Inovasi adalah waris yang layak untuk menerima faedah

bagi Orang Berinsurans yang mengalami kemalangan maut. Projek ini bertujuan untuk

memberi impak yang maksimum kepada pewaris yang layak bagi mendapatkan

bayaran faedah dengan kadar yang segera. Keberkesanan projek ini dapat

memperlihatkan PERKESO sebagai satu organisasi yang membela kebajikan waris

pencarum yang layak.

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors 6

CARTA ALIRAN PROJEK INOVASI

PERKESO PENCETUS TRANSFORMASI KEPADA PEWARIS

PROSES AKTIVITI KAITAN

Kemalangan berlaku / kematian

Pencarum

PERKESO

Informasi dari Media / Majikan / Polis /

Bomba & NGO kepada PERKESO

MEDIA/MAJIKAN/

POLIS/BOMBA/

NGO

Semakan / siasatan Pegawai

PERKESO

Hebahan pihak Media didalam surat

khabar

Pegawai Siasat

PERKESO

MEDIA

Sekiranya layak ;

Bayaran

Maklum kepada pihak Media

untuk majlis penyampaian

cek

PERKESO

MEDIA

WARIS

Proses selesai

Sekiranya tidak layak ;

Makluman kepada waris &

Media

PERKESO

WARIS

Proses selesai

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors 7

1. ELEMEN INOVATIF / KREATIF

1.1 Perlaksanaan Projek Inovasi ini adalah untuk membuat penambahbaikan terhadap

pembayaran faedah kepada waris yang layak dengan kadar yang segera setelah

berlakunya suatu kemalangan maut kepada Orang Berinsurans.

1.2 Konsep atau elemen utama projek adalah untuk mendapat maklumat asas yang

segera dari pihak yang terawal mengetahui hal kemalangan maut Orang Berinsurans

seperti nama, Nombor Kad Pengenalan dan tarikh kemalangan maut/kematian

samada melalui SMS, telefon, faks, email, whatsapp atau wechat. Penyaluran maklumat

yang segera ini adalah satu langkah penyelesaian masalah seperti tuntutan lewat

dihantar oleh majikan atau pihak waris.

1.3 Semakan kelayakan akan dilakukan setelah maklumat asas Orang Berinsurans yang

mengalami kemalangan maut/kematian diterima dan penyiasatan yang segera

terhadap majikan yang berkaitan juga dapat dilaksanakan. Tindakan segera yang

diambil ini adalah salah satu inisiatif untuk membantu meringankan beban waris

secepat mungkin.

2. ELEMEN KEBERKESANAN

2.1 Projek Inovasi yang dilaksanakan ini akan memberi kesan yang positif terhadap

organisasi kerana ianya amat menepati seruan kerajaan yang mengutamakan

kebajikan rakyat dengan membantu waris yang layak menerima faedah dengan kadar

segera.

2.2 Perlaksanaan Projek ini adalah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik bagi

memenuhi kepuasan pelanggan dalam menerima faedah yang diberikan.

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors 8

3. ELEMEN SIGNIFIKAN

3.1 Kepelbagaian kaedah saluran maklumat berkaitan hal kemalangan maut/kematian

Orang Berinsurans seperti SMS, faks, email, telefon, whatsapp & wechat yang digunakan

didalam perlaksanaan Projek ini adalah salah satu cara yang amat mesra pelanggan

kerana tidak terikat dengan sesuatu format tertentu.

3.2 Projek Inovasi ini tidak melibatkan kos yang tinggi kerana hanya maklumat asas Orang

Berinsurans seperti nama, Nombor Kad Pengenalan dan tarikh kemalangan

maut/kematian yang diperlukan dari pihak yang terawal mengetahui hal tersebut untuk

disalurkan kepada pihak PERKESO dan pemilihan kaedah saluran maklumat adalah

dalam pelbagai bentuk dan pilihan.

3.3 Inisiatif yang diambil didalam Projek Inovasi ini untuk mendapat maklumat awal hal

kemalangan maut/kematian Orang Berinsurans adalah salah satu kaedah untuk

menjimatkan masa bagi mempercepatkan proses bayaran kepada waris dengan

segera tanpa perlu menunggu borang tuntutan dihantar dari pihak majikan atau waris,

ini adalah kerana tindakan segera pegawai PERKESO yang akan membuat siasatan

terhadap majikan untuk mendapatkan segala dokumen yang diperlukan.

3.4 Perlaksanaan Projek di dalam penyiasatan berkaitan hal kemalangan maut/kematian

Orang Berinsurans hanya melibatkan Pegawai Penyiasat dan tidak menggunakan

sumber tenaga pihak luar.

3.5 Elemen utama perjalanan projek adalah untuk mengambil inisiatif lain yang boleh

memenuhi objektif PERKESO khususnya Projek Inovasi Perkeso Pulau Pinang sendiri iaitu

dapat membuat bayaran faedah kepada waris yang layak dengan kadar segera dan

untuk menepati konsep “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”.

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors 9

4. ELEMEN RELEVAN

4.1 Tujuan utama perlaksanaan Projek ini adalah untuk membantu waris menerima faedah

yang layak dengan segera dan dapat meringankan beban waris setelah kehilangan

keluarga terutama yang melibatkan kehilangan punca pendapatan.

4.2 Penerimaan terhadap perlaksanaan Projek Inovasi ini adalah positif kerana semua pihak

memberi kerjasama yang baik dalam membantu pihak PERKESO mendapatkan

maklumat Orang Berinsurans yang terlibat dalam kemalangan maut/kematian dengan

kadar segera dan ini dapat merealisasikan objektif projek secara keseluruhannya.

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors 10

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors

BIL MAKLUMAT OB (NAMA & KPPN)

TARIKH

KEMALANGAN

MAUT/KEMATIAN

TARIKH TERIMA

TUNTUTAN DARI

MAJIKAN/WARIS

BIL.

HARI

PIHAK YANG

MELAPORKANMAKLUMAT OB (NAMA & KPPN)

TARIKH

KEMALANGAN

MAUT/KEMATIAN

TARIKH TERIMA

TUNTUTAN DARI

MAJIKAN/WARIS

BIL.

HARI

PIHAK YANG

MELAPORKAN

NAMA OB : HAMIRUN BIN HAMID NAMA OB : CHOONG KIM YU

NO. KPPN : 761113075567 NO.KPPN : 741107075343

NAMA OB : SYAHIDI ASYRAF BIN ZAINOL ABIDIN NAMA OB : BAHARUDDIN BIN ISMAIL

NO. KPPN : 860306025447 NO. KPPN : 851117075643

NAMA OB : ROSLI BIN DARUS NAMA OB : TAI JIN YEAN

NO. KPPN : 641203025663 NO.KPPN : 770309076208

NAMA OB : TAN SWEE HAN NAMA OB : MOHAMAD AFENDI BIN AHMAD 1

NO. KPPN : 880614075188 NO.KPPN : 821230025245

NAMA OB : KALAISELVAN A/L DEVASAHAYAM NAMA OB : MOHD SULAIMAN MAT JAAFAR

NO. KPPN : 690419075521 NO.KPPN : 920210075767

NAMA OB : KUPPUSAMY A/L CHELLAMUTHU NAMA OB : KEK LEAN HUAT

NO. KPPN : 461210075337 NO. KPPN : 631202075547

NAMA OB : ALEX CHEONG CHUIN TUCK NAMA OB : THE CHIM HOCK

NO. KPPN : 820601075539 NO. KPPN : 700726075157

1

3

4 MAJIKAN

20.12.20132

06.06.2014

09.09.2014

29.05.2014

7

01.12.20125

6

29.05.2014

19.02.2014

25.02.2014

25.03.2014

29.05.2014

MAJIKAN

MAJIKAN

POLIS

15.02.2013 28

03.02.2014

MAJIKAN

MAJIKAN

MAJIKAN

BOMBA

28.06.2013

18.01.2013

19.01.2013

02.12.2013

17.12.2013

MAJIKAN26.02.2013

1

1

2

2

75

167

40

MAJIKAN

MAJIKAN

29.05.2014

06.06.2014

09.09.2014

MAJIKAN

MAJIKAN

SELEPAS INOVASI

RINGKASAN PERBANDINGAN SEBELUM DAN SELEPAS PROJEK INOVASI

1

1

06.07.2013 52

SEBELUM INOVASI

14.02.2013

12.12.2013

KOPORAT

PERKESO

19.02.2014

26.02.2014

26.03.2014

27.08.2013

3

64

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors

SESI PERBINCANGAN DENGAN PIHAK MEDIA BERSAMA HARIAN METRO, BERITA HARIAN & NEWS

STRAITS TIMES PADA 6/3/2014 DI PEJABAT NSTP PULAU PINANG

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors

SESI PERBINCANGAN DENGAN PIHAK POLIS, BOMBA, NGO & ST JOHN AMBULANCE NEGERI PULAU

PINANG PADA 15/5/2014 DI PEJABAT PERKESO PULAU PINANG

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors

KERATAN AKHBAR

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors

PENGHANTARAN SURAT KEPADA MAJIKAN

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors

CONTOH BORANG MAKLUMBALAS

POLIS – MELALUI SMS BOMBA – MELALUI FAKS

PERINTIS – Perkeso Innovation Through Information Sectors

MAJIKAN – MELALUI FAKS DAN EMAIL