keindahan bahasa.docx

10
Keindahan Bahasa/Unsur Gaya Bahasa dalam Genre Sastera 1. Personifikasi Gaya bahasa 'perorangan' iaitu pemberian sifat manusia kepada objek, benda atau konsep tertentu untuk menggambarkan kedaan tertentu Contoh : sawah telah uzur - maksud: keadaan sawah padi yang terbiar tidak diusahakan daun kelapa melambai-lambai - maksud: daun pokok kelapa bergoyang- goyang ditiup angin kata-katanya telah menikam-nikam hatiku - maksud: kata-kata nya telah menyebabkan hatiku berasa sedih kedinginan memeluk tubuhku - maksud: badan/tubuhku berasa sangat dingin/ sangat sejuk matahari tersenyum - maksud: cuaca cerah/panas

Upload: azira-amaira-mokhtar

Post on 14-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Keindahan Bahasa/Unsur Gaya Bahasa dalam Genre Sastera

1. Personifikasi Gaya bahasa 'perorangan' iaitu pemberian sifat manusia kepada objek, benda ataukonsep tertentu untuk menggambarkan kedaan tertentu

Contoh : sawahtelahuzur - maksud: keadaan sawah padi yang terbiar tidak diusahakan

daun kelapa melambai-lambai - maksud: daun pokok kelapa bergoyang- goyang ditiup angin

kata-katanya telah menikam-nikam hatiku - maksud: kata-kata nya telah menyebabkan hatiku berasa sedih

kedinginan memeluk tubuhku - maksud: badan/tubuhku berasa sangat dingin/sangat sejuk

matahari tersenyum - maksud: cuaca cerah/panas

1. Metafora: Perbandingan terus atau secara langsung yang menggabungkan satu perkataan konkrit dengan perkataan abstrak.

Contoh -lautan fikiran - berfikir secara terbuka - rimba kehidupan - kehidupan yang penuh cabaran - api kemarahan - berasa sangat marah

2. Simile : Perbandingan secara tidak langsung antara satu benda yang sama dengan menggunakan kata bandingan ' 'seperti, bagai, umpama, bak' contoh: - suara yangbagaikanhalilintar. - wajahnya manisumpama bulan purnama - kasihku kepadanyabaklautan tak bertepi - hatinya bancur bakkaca terhempas ke batu

3. Hiperbola: Perbandingan yang dibuat untuk sesuatu sesuatu keadaan/peristiwa yang keterlaluan atau melampau. ( menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan) Contoh: - Cita-citanyamenggunung tinggi. - keyakinankumenggegardunia - hatikudilambung gembira

4. Perlambangan/ Simbolik: Kata-kata yang membawa maksud tersirat bukan yang tersurat untuk digunakan untuk menerangkansesuatubenda,keadaan atau peristiwa.

Contoh - ibu/bonda - tanah air/negara - merpati putih - kedamaian/keamanan/kemerdekaan - piala - kejayaan - fajar - harapan baru

5. Pengulangan: Unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, barisan atau rangkap. Terdapat 4 jenis gaya bahasa pengulangan:

a) .Anafora: Pengulangan kata pada awal baris pantun/sajak. Contoh: - Kawanketawa ramai selalu, Kawanmenangis seorang diri.

b) Epifora : Pengulangan perkataan ataufrasa di akhir baris pantun/ sajak.

Contoh: Dewa berjalan dihampirinya, Naga yang besar didekatinya, Setelah naga mencium baunya, Kepala diangkat ternganga mulutnya.

c) Repitasi : Pengulangan kata dalam baris/ ayat tertentu. Contoh: - Mukamesti manis, mulutmesti ramah, hatimesti baik.

d) Responsi : Pengulangan kata di tengah baris. Contoh: Hariini menugal jagung, Hari esok menugal jelai; Hariini kita berkampung, Hariesok kita bercerai.

6. Sinkof / Sinkope : Singkatan perkataan. Contoh: - Eiii,! Kenapa matakau tu? ( kau engkau, tu itu ) (sinkof yang lain ialah - tak (tidak), nak (hendak), ni (ini)

7. Hybrid : Penggabungan kata.( daripada dua perkataan menjadi satu perkataan )

Contoh: Takkanawak tak boleh jawab soalan ini? kata cikgu kepada Ramli. takkan daripada perkataan tidak akan

8. Inversi: Pembalikan susunan perkataan dalam ayat. Contoh: -Terdiam Zulkiflimemikirlan jawapan. ( sepatutnya Zulkifli terdiam memikirkan jawapan.)

- hujan pagi ini - (sepatutnya 'pagi ini hujan)

- sihat badanwajah berseri - (sepatutnya ' badan sihat wajah berseri)

9. Jeda: Hentian sejenak pada tengah baris semasa mendeklamasikan sajak. Tanda (/) membawa tanda jeda/pemenggalan.

10. Pardoks : bahasa yang menunjukkan unsur yang bertentangan dalam sebaris ayat.

Contoh: - akusenyumdalamtangisan - dalamkesepiandi tengahkeriuhan - kayaharta namunmiskinbudi pekerti

11. Imejan : Perkataan yang membawa imej sesuatu benda: Contoh: imej alam - bulan, bintang, sungai, air, embun)

12. Diksi : Penggunaan kata yang mengikut jenis-jenis tertentu a) penggunaan kata ganda - Contoh: marah-marah, bintang- bintang b) kata pinjaman bahasa arab - Contoh : solat, subuh, berkat, fajar c) kata pinjaman bahasa Inggeris - Contoh : suspen, artis,ego d) kata pinjaman bahasa Istana - Contoh: baginda, titah, santap e) kata pinjaman bahasa klasik - Contoh: arakian, lasykar f) kata pinjaman bahasa jawa - Contoh : manira, pakanira g) kata Dialek - Contoh seligi, penggodam h) peribahasa/simpulan bahasa/kiasan - Contoh : masa itu emas hati batu, anak emas

Unsur Bunyi 13. Rima Akhir: Pengulangan bunyi yang sama atau keselarasan bunyi pada kata/suku terakhirsesuatu ayat/baris puisi. Contoh rima akhir ialah abab,aaaa abcdabcd dan sebagainya.

14. Asonansi: Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam puisi. Huruf vokal ialah a,e,i,o, dan u. Contoh: - Pandai melompat pandai berlari ( pengulangan vokal a)

15. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris pantun/sajak.

Contoh- Kalau ada silap dan salah( pengulangan konsonan l)

16. Onomatope: Mengekalkan bunyi asal sesuatu benda.

Angin yang menderu-deru .

JENIS-JENIS GAYA BAHASA

1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan.

2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itumelambai-lambaike arahnya.

3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).

4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucatumpamamayat.

5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api.

6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.

7. Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segarangin laut (pengulangan vokal a).

8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar anginlaut. (pengulangan konsonan n)

9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama. Contoh:tenagapemudatenagabeerti.

10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan sihat wajah berseri)

11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya:biladiikat dia jalan,biladibuka ia berhenti.

12. Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. Contohnya: mencipta rumahtempatberlindung, membina biliktempatberteduh.

13. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi

14. Simbol/ perlambangan. Contoh: Ombak melambangkan cabaran dalam kehidupan.

15. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).

16. Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.

17. Imej Alam. Contoh: padi, bulan, rumput.