kegagalan sistem pakatan

1
Kegagalan Sistem Pakatan : o Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara-negara Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) yang diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria. Manakala Triple Entente (Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang turut disertai oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia, Romania dan Greece. o Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi lebih kuat daripada lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya menghalang meletusnya peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah sehingga tahun 1900. o Sistem pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke-20 disebabkan oleh wujudnya persaingan negara-negara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau Balkan setelah runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, tindakan Jerman membesarkan tentera lautnya yang menimbulkan kebimbangan Britian dan tibdakan Perancis menggunakan bantuan Rusia dengan cara peperangan untuk mendapatkan semula Alsace-Lorraine.

Upload: nurulafizah-harun

Post on 25-Nov-2015

115 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sistem

TRANSCRIPT

Kegagalan Sistem Pakatan : Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara-negara Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) yang diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria. Manakala Triple Entente (Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang turut disertai oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia, Romania dan Greece. Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi lebih kuat daripada lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya menghalang meletusnya peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah sehingga tahun 1900. Sistem pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke-20 disebabkan oleh wujudnya persaingan negara-negara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau Balkan setelah runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, tindakan Jerman membesarkan tentera lautnya yang menimbulkan kebimbangan Britian dan tibdakan Perancis menggunakan bantuan Rusia dengan cara peperangan untuk mendapatkan semula Alsace-Lorraine.