kegagalan membina minisitebisnesdigital.com/hadiah/gagal-minisite.pdf · berkaitan internet. usaha...

13
“CASE STUDY - KEGAGALAN MEMBINA MINISITE!” “Kisah Benar Mengenai Bengkel Membina Minisite Yang Pernah Kami Anjurkan Sebelum Ini…”

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

7 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

“CASE STUDY - KEGAGALAN

MEMBINA MINISITE!”

“Kisah Benar Mengenai Bengkel Membina Minisite

Yang Pernah Kami Anjurkan Sebelum Ini…”

Page 2: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

2Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

DISCLAIMER & LEGAL NOTICE

Laporan percuma ini adalah hak milik sepenuhnya Flarebiz Network. Jadi, semua hak-hak

penerbitan adalah hak milik syarikat kami sepenuhnya. Laporan ini ditulis untuk tujuan

pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami kerugian, kami tidak akan

bertanggungjawab kerana ia adalah kecuaian diri anda sendiri.

Segala screenshot yang telah diambil dalam ebook ini, telah dikreditkan kepada link pemilik

laman web tersebut. Kami bukan pemilik laman-laman web tersebut. Ia adalah merupakan hak

cipta pemilik laman web tersebut.

HAK CIPTA TERPELIHARA: Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana,

ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara pun sama ada

elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan sama ada

dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penerbit Flarebiz Network.

Keluaran Pertama: Jun 2010

Diterbitkan oleh:

Flarebiz Network (KT02336135-D)

www.Flarebiz.com

Page 3: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

3Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

TENTANG KAMI

Flarebiz Network adalah sebuah syarikat dotcom internet Malaysia yang bertapak di Kuala

Lumpur, Malaysia. Ia diasaskan pada awal tahun 2007 oleh 2 orang usahawan internet muda

iaitu Adly Mukhtar (Labanon) dan Mohd Zhafran. Sekarang, Flarebiz Network telah mempunyai

7 orang kakitangan yang berbakat di dalam bidang masing-masing khususnya berkaitan

teknologi maklumat. Mereka semua bersama-sama berusaha keras untuk menjadikan syarikat

ini antara syarikat dotcom internet Malaysia yang dikenali dunia.

Flarebiz Network berkisarkan mengenai internet dan menghasilkan produk dan servis yang

berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para

pelanggan kami yang kebanyakannya dari golongan usahawan dan syarikat. Prinsip kami ialah

memberikan yang terbaik kepada para pelanggan kami agar mereka betul-betul dapat

memanafaatkan kemudahan teknologi maklumat internet dalam memajukan perniagaan

mereka.

________________________________

Laman Web Rasmi: www.Flarebiz.com

Page 4: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

4Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

KEGAGALAN MEMBINA MINISITE

Pada tarikh 4 April 2009 (Sabtu), pihak kami telah membuat keputusan untuk mengadakan

bengkel minisite yang bertempat di JomTraining Sdn Bhd. Buat pengetahuan anda, bengkel ini

diadakan khas untuk para pembaca MajalahIM yang ingin memulakan perniagaan internet

tetapi tidak mempunyai kemahiran asas untuk membina laman web mini atau lebih dikenali

sebagai minisite.

Sebagai tanda terima kasih daripada pihak MajalahIM, bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan

mendapat sambutan yang amat menggalakkan iaitu disertai seramai 21 orang peserta. Kami

juga tidak menjangka bahawa ada peserta yang sanggup datang daripada jauh iaitu Brunei.

Kesemua 21 peserta yang hadir bukan sahaja daripada golongan belia, malah ada juga yang

sudah bergelar warga emas. Ini menunjukkan bahawa sesiapa sahaja mampu untuk memulakan

perniagaan internet dengan syarat anda perlu mempunyai kesungguhan, keyakinan dan usaha

untuk berjaya.

Perjalanan bengkel ini mengambil masa selama 8 jam iaitu bermula pada pukul 8 pagi dan

berakhir pada pukul 6 petang. Buat pengetahuan anda, para peserta telah diajar secara

praktikal dimana di akhir bengkel tersebut, setiap seorang daripada mereka akan mempunyai

sebuah minisite sendiri seterusnya memulakan perniagaan internet dalam jangka masa yang

sama.

Page 5: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

5Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

Bagi anda yang tidak dapat menghadirkan diri ke bengkel tersebut, usah risau kerana kami akan

memberikan anda bonus istimewa yang bernilai lebih RM97 menerusi laporan khas ini. Tetapi

sebelum itu, izin kami kongsikan pengalaman kami menganjurkan bengkel minisite ini bersama

dengan anda agar anda dapat mengetahui sedikit sebanyak cabaran yang telah kami tempuhi

semasa bengkel ini dijalankan.

(Bergambar bersama para peserta selepas bengkel minisite tamat...)

Page 6: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

6Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

Pengalaman #1 – Kesukaran untuk memahami asas HTML dan CSS

Sepertimana yang telah kami terangkan sebelum ini, bilangan peserta yang menghadiri bengkel

ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuklah warga emas. Ini menyebabkan kadar

pemahaman yang berbeza antara mereka.

Pemahaman yang dimaksudkan ini ialah asas untuk membina laman web iaitu:

HTML (Hypertext Markup Language)

CSS (Cascading Style Sheet)

Bagi peserta yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas mengenai dua perkara yang

disebutkan di atas, kami terpaksa meluangkan masa yang agak lama untuk mengerangkan

kepada mereka dari mula sehingga mereka betul-betul faham. Perkara ini telah menyebabkan

perjalanan modul yang dirancang sedikit terbantut.

Page 7: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

7Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

Pengalaman #2 – Penyediaan borang tempahan produk

Borang tempahan merupakan aspek penting bagi melancarkan proses pembelian sesuatu

produk atau perkhidmatan yang disediakan melalui minisite. Tanpa borang tempahan, ia akan

menyukarkan pelanggan anda untuk melakukan transaksi. Seterusnya membuatkan mereka

beredar dari laman web tersebut.

Dalam bengkel minisite yang kami anjurkan, kebanyakkan peserta menghadapi kesukaran untuk

membina borang tempahan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kemahiran teknikal seperti

sedikit pemahaman mengenai pengubahsuaian kod HTML dan sebagainya.

Proses menyiapkan borang tempahan ini merupakan salah satu perkara yang kritikal kerana

kami perlu memastikan borang tersebut berfungsi dengan baik agar pelanggan dan pemilik

tidak mempunyai sebarang masalah atau perselisihan faham sewaktu laman web ini sudah

dibangunkan.

Page 8: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

8Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

Pengalaman #3 – Proses memasukkan imej ke dalam minisite

Bagi memastikan sebuah minisite itu berjaya menarik perhatian pelawat, perletakkan imej

adalah satu perkara yang tidak seharusnya dilepas pandang. Para peserta bengkel kami sering

diingatkan agar memastikan imej tersebut memenuhi ciri-ciri seperti berikut:

Berkualiti

Profesional

Berkait dengan produk / perkhidmatan

Jelas

Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui cara bagi meletakkan imej dalam

minisite mereka. Meletakkan imej ke dalam minisite anda juga memerlukan sedikit pemahaman

mengenai asas HTML seperti <img src=”pautan imej anda”> dan banyak lagi.

Page 9: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

9Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

Berdasarkan pengalaman kami dalam menjalankan bengkel ini, kami dapati bahawa majoriti

peserta tidak begitu memahami asas HTML dan CSS. Ini bermakna ia telah menyebabkan

mereka sukar untuk memahami modul-modul yang kami sediakan.

Pengalaman #4 – Selepas rehat, segelintir peserta menghadapi kekeliruan

Selepas para peserta diberikan rehat untuk menunaikan solat Zohor serta makan tengah hari,

perjalanan bengkel menjadi semakin sukar bagi mereka kerana majoriti peserta masih tidak lagi

memahami keseluruhan modul yang disampaikan pada tahap awal meskipun pihak kami telah

berusaha sebaik yang mungkin.

Situasi ini telah memberikan kesukaran kepada para peserta bengkel minisite untuk

meneruskan pembelajaran mereka mengenai perkara teknikal bagi modul-modul yang

seterusnya.

Page 10: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

10Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

Pengalaman #5 – Pemberian modul minisite kepada para peserta

Setelah kesemua modul berjaya dibentangkan kepada

peserta bengkel, maka berakhirlah bengkel minisite

kami pada pukul 7 malam. Namun begitu, hanya

beberapa orang peserta sahaja yang berjaya

menghasilkan minisite 100% berpandukan modul yang

telah kami sediakan.

Oleh yang demikian, pihak kami menyediakan alternatif

dengan memberikan mereka modul agar mereka boleh

gunakan sebagai rujukan andaikata mereka terlepas

beberapa perkara penting untuk menghasilkan minisite

yang berkualiti.

Selepas 2-3 minggu berlalu, kami dapat makluman

bahawa modul lengkap ini pun hanya mampu di ikuti oleh segelintir peserta sahaja iaitu peserta

golongan remaja. Peserta yang sudah agak dewasa, mereka tidak dapat mengikuti modul ini

walaupun dah lengkap.

Tak percaya modul ini lengkap? Baca modul ini dalam bentuk PDF yang telah kami sertakan

kepada anda.

Keputusan – Hanya 30 % berjaya menghasilkan minisite yang berkualiti!

Pihak kami telah melakukan sedikit pemantauan dan dapati bahawa daripada 21 peserta yang

hadir, hanya 30% sahaja yang betul-betul memahami isi kandungan modul serta berjaya

menghasilkan minisite seperti yang mereka inginkan.

Ini bermakna matlamat kami untuk berjaya membimbing sekurang-kurangnya 90% daripada

jumlah peserta menghasilkan minisite pertama melalui bengkel ini tidak berjaya dicapai.

Page 11: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

11Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

Jadi, pihak kami berusaha untuk mencari punca-punca yang menyebabkan situasi ini berlaku.

Antara faktor-faktor yang berjaya dikenalpasti ialah:

Kebanyakkan peserta tidak mempunyai pengalaman dan ilmu pengetahuan mengenai

asas pembinaan laman web.

Masa yang diperuntukkan tidak mencukupi kerana bengkel ini bergantung 100% pada

bahagian teknikal, bukan teori semata-mata.

Perbezaan kategori umur menyebabkan pemahaman yang berbeza.

Majoriti yang hadir tidak bersedia dengan isi kandungan modul yang bakal disampaikan

kerana matlamat mereka adalah untuk memulakan perniagaan internet, bukan

membina laman web.

Jalan penyelesaian seterusnya - Bina sistem untuk selesaikan

Usaha kami untuk membantu mereka yang ingin menggiatkan diri dalam perniagaan internet

melalui bengkel minisite yang dianjurkan tidak berjaya mencapai keputusan yang kami sasarkan

kerana terdapat beberapa orang peserta sahaja yang betul-betul memahami keseluruhan

modul yang disampaikan.

Namun begitu, sebagai seorang usahawan kami memandang masalah tersebut sebagai satu lagi

peluang yang boleh diwujudkan untuk membantu orang lain di masa akan datang. Ini bermakna

Page 12: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

12Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

kami bukan sahaja ingin mencipta satu jalan penyelesaian yang mampu untuk menyelesaikan

masalah mereka yang tidak mempunyai sebarang pengalaman mengenai pembinaan minisite,

tetapi menyediakan sistem yang dapat memudahkan usahawan internet untuk membina

minisite dengan hanya beberapa klik sahaja.

Alhamdulillah, usaha kami telah membuahkan hasil dengan terciptanya sebuah CMS (Content

Management System) minisite pertama di Malaysia yang diberi nama MiniNiaga. Untuk

maklumat lanjut mengenai sistem ini, anda boleh layari www.MiniNiaga.com.

Akhir kata daripada kami

Walaubagaimanapun, kami sedar bahawa keperluan setiap usahawan internet berbeza-beza.

Jadi, sebagai tanda terima kasih kami kepada anda yang sentiasa menyokong kami dari saat

bermulanya Flarebiz Network sehingga pencapaian yang telah kami kecapi pada hari ini, kami

ingin menghadiahkan modul bengkel minisite yang bernilai RM97 kepada anda secara

PERCUMA.

Modul tersebut telah disertakan sekali dengan laporan khas ini. Jadi, anda boleh terus

membaca dan mengimplementasikan ilmu yang ada dalam modul tersebut.

Buat pengetahuan anda, modul yang kami berikan ini adalah 100% maklumat daripada bengkel

minisite yang telah kami anjurkan. Jika anda masih tidak memahami langkah-langkah untuk

membina minisite yang profesional serta mampu menarik perhatian pelawat, maka kami amat

sarankan agar anda dapat meluangkan masa anda untuk mendalami ilmu yang kami sampaikan

melalui modul tersebut.

Dengan ini, kami doakan kejayaan anda dalam perniagaan internet dari semasa ke semasa.

Terima kasih kerana terus menyokong Flarebiz Network sehingga hari ini. Semoga kami dapat

terus berkhidmat untuk membantu anda mencapai kejayaan demi kejayaan di masa akan

datang.

TAMAT DAN TERIMA KASIH

Page 13: Kegagalan Membina Minisitebisnesdigital.com/hadiah/Gagal-Minisite.pdf · berkaitan internet. Usaha kami lebih dalam memperkenalkan media baru kepada para pelanggan kami yang kebanyakannya

____________________________________________________________________________Laporan Percuma Ini Diedarkan Oleh Zamri Nanyan (www. BisnesDigital.com/MiniNiaga)

13Laporan Percuma – Kegagalan Membina Minisite? | www. BisnesDigital.com/MiniNiaga

Lupakan SegalaKesusahan Mengenai KodHTMLSelama-lamanya! Kini Anda Boleh

Membina Web Jualan Anda SendiriKurangDaripada 24 JamTanpa Menghadapi

Sebarang Masalah Besar!

Saya dah try sistem ini, memang superb! - Syed Akmal

Saya suka dengan sistem ni yang sangat friendly user. - Hafizizain

Mudah untuk saya membina sebuah web jualan! – Ejam Othman

LAYARI SEKARANG: http://www.MiniNiaga.com