kebolehan pelajar tingkatan dua terhadap … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah...

22
KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PENGAJARAN PENYELENGGARAAN ALATAN TANGAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KULIM / BANDAR BARU, KEDAH DARUL AMAN AHMAD HAWARI B. ABDUL RAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongthuy

Post on 29-Jun-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PENGAJARAN

PENYELENGGARAAN ALATAN TANGAN DI BENGKEL KEMAHIRAN

HIDUP DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KULIM /

BANDAR BARU, KEDAH DARUL AMAN

AHMAD HAWARI B. ABDUL RAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah
Page 3: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

i

KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PENGAJARAN

PENYELENGGARAAN ALATAN TANGAN DI BENGKEL KEMAHIRAN

HIDUP DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KULIM /

BANDAR BARU, KEDAH DARUL AMAN.

AHMAD HAWARI B. ABD. RAHIM

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

ii

Page 5: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

iii

Page 6: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

iv

Segala puji bagi Allah S.W.T

Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dengan Kurnia dan Nikmatnya

TERISTIMEWA DITUJUKAN BUAT :

Ibu yang dikasihi Zahariah bt. Othman, mertua yang disayangi Ahmad b. Bakar

dan Laini bt. Ahmad serta isteri tercinta Asni bt. Ahmad

yang telah banyak memberi dorongan dan nasihat disepanjang pembelajaran saya

disamping iringan doa dan pengorbanan yang tiada putusnya. Semoga kejayaan

akan diberkati di dunia dan akhirat.

Tak lupa buat anak-anak Ainul Mursyida dan Ainul Safiah Qistina serta adik-

adik tersayang Fairuz, Faiz, Falha, Fadhilah, Atiqah, Rabiatul Adawiah,

Asnaliza, Aslinda dan Aszahari. Semoga semuanya akan terus berjaya.

Serta sekalian pendidik yang mencurahkan bakti dan rakan seperjuangan.

Pengorbanan dan galakkan kalian amat bermakna sebagai perangsang untuk saya

lebih maju. Semoga kita semua akan diberkatiNya.

Sekalung terima kasih diucapkan.

Page 7: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

v

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin kurniaNya yang

memberikan kesihatan tubuh badan dalam menjalani kehidupan seharian dan juga

setinggi penghargaan saya tujukan khas kepada Encik Mohd Mohsin b. Uzir kerana

telah memberikan saya segala nasihat dan tunjuk ajar bagi memudahkan saya

menyiapkan projek sarjana muda ini.

Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia, khususnya Fakulti Pendidikan

kerana telah memberikan segala kemudahan kepada saya menggunakan pusat sumber

untuk mencari maklumat projek sarjana muda ini.

Tidak lupa juga penghargaan ditujukan kepada guru-guru sekolah menengah

sekitar Daerah Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan dan Daerah Kulim / Bandar

Baru, Kedah Darul Aman serta para pelajar yang telah memberi kerjasama dalam

menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan tanpa sebarang masalah yang

boleh mengganggu perjalanan kajian ini.

Akhir sekali kepada semua yang terlibat dalam membantu menyiapkan projek

ini secara langsung atau secara tidak langsung.

Page 8: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kebolehan pelajar Tingkatan Dua

terhadap penyelenggaraan alatan tangan di bengkel Kemahiran Hidup di sekolah

menengah di Daerah Kulim / Bandar Baru, Kedah Darul Aman. Dua buah sekolah

telah dipilih untuk kajian ini yang melibatkan para pelajar Kemahiran Hidup sahaja.

Responden kajian terdiri daripada 144 orang pelajar Kemahiran Hidup yang dipilih

secara rawak. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang

mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah

berkaitan dengan latarbelakang responden manakala bahagian B berdasarkan objektif

kajian. Segala data yang diperolehi diproses menggunakan perisian SPSS versi 11.5

(Statistical Package For Science Social) berdasarkan frekuensi, peratus dan min.

Keseluruhan hasil dapatan kajian ini menunjukkan kebolehan pelajar Tingkatan Dua

terhadap penyelenggaraan alatan tangan di bengkel Kemahiran Hidup berada pada

tahap tinggi (min 3.97). Di akhir kajian ini, penyelidik telah mengemukakan

beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk kebaikan bersama.

Page 9: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

vii

ABSTRACT

The purpose of study is to observe the ability of living skill students towards

the tool maintenance in the school workshop. The area of study is in district of Kulim

/ Bandar Baru, Kedah Darul Aman, which involves two secondary schools. The

respondent consists of 144 students of living skills subject and the respondent were

randomly selected. Questionaires are being used in the study. It is divided into two

part A and B. Part A is for the background of respondent and the content of part B

are based on research objectives for the respondents to answer. Data obtained from

study were analysed using SPSS version 11.5 (Statistical Package For Science

Social) based on frequency, percentage and mean. Conclusion of this study shows

that the ability of living skill students towards the tool maintenance in the school

workshop are at the highest level (mean 3.97). At the end of study a few suggestion

have been made by the researcher for the benefit of all.

Page 10: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

PERAKUAN PENSYARAH iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACTS vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Guru 8

1.6.3 Sekolah, Masyarakat dan Negara 8

1.7 Batasan Kajian 9

Page 11: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

ix

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Kebolehan 9

1.8.2 Alatan Tangan 9

1.8.3 Bengkel 10

1.8.4 Kemahiran Hidup 10

1.8.5 Kemahiran Manipulatif 10

1.8.6 Penyelenggaraan 10

1.8.7 Kemahiran 11

1.8.8 Kesedaran 11

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 12

2.2 Program Penyelenggaraan 13

2.3 Aspek Kemahiran 14

2.4 Aspek Pengetahuan 15

2.5 Aspek Kesedaran 16

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 18

3.2 Reka Bentuk Kajian 18

3.3 Tempat dan Sampel Kajian 19

3.4 Instrumen Kajian 19

3.5 Kajian Rintis 22

3.6 Prosedur Kajian 23

3.7 Analisis Data 23

Page 12: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

x

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 25

4.2 Analisis Profil Responden 26

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 26

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Keturunan 26

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan

Pengkhususan 27

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan

Ibubapa / Penjaga 28

4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 28

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 29

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 31

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 34

4.3.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 38

4.4 Penutup 39

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 40

5.2 Perbincangan Persoalan Kajian 41

5.2.1 Persoalan Kajian Pertama 41

5.2.2 Persoalan Kajian Kedua 42

5.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 45

5.3 Rumusan 46

5.3.1 Profil Responden 46

5.3.2 Persoalan Kajian Pertama 47

5.3.3 Persoalan Kajian Kedua 48

5.3.4 Persoalan Kajian Ketiga 49

5.4 Cadangan 50

5.4.1 Guru 50

Page 13: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

xi

5.4.2 Pihak Sekolah 50

5.4.3 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri 50

5.4.4 Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia 51

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 51

5.6 Penutup 52

RUJUKAN 53

LAMPIRAN

A - E

Page 14: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Taburan Sampel Dari Dua Buah Sekolah

Yang Dipilih 19

3.2 Jadual Menunjukkan Item-Item Yang Diberikan

Kepada Responden 20

3.3 Jadual Menunjukkan Taburan Skor Mengikut

Pemeringkatan Skala Likert 21

3.4 Jadual Hubungan Persoalan Kajian Dengan

Bilangan Item Di Dalam Soal Selidik 21

3.5 Jadual Pengkelasan Skala Likert 23

3.6 Jadual Markat Skala Likert Penyelidik 24

3.7 Jadual Perubahan Markat Skala Likert 24

4.1 Jadual Taburan Responden Mengikut Jantina 27

4.2 Jadual Taburan Responden Mengikut Keturunan 28

4.3 Jadual Taburan Responden Mengikut Bidang

Pengkhususan 28

4.4 Jadual Taburan Responden Mengikut Pekerjaan

Ibubapa /Penjaga 29

4.5 Jadual Analisis Persoalan Kajian 1 31

4.6 Jadual Analisis Persoalan Kajian 2 33

4.7 Jadual Analisis Persoalan Kajian 3 36

4.8 Jadual Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 39

Page 15: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia

B Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Kedah Darul Aman

C Borang Soal Selidik

D Dapatan Alpha Cronbach Kajian Rintis

E Dapatan Kajian Sebenar SPSS

Page 16: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

BAB I

PENDAHULUAN

1 .1 Pengenalan

Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang

berasaskan perindustrian dan berupaya untuk bersaing dengan negara maju yang

lain. Bagi mencapai matlamat ini, sumber tenaga manusia perlu dibangunkan dan

disediakan terlebih dahulu. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bagi

mencapai hasrat tersebut untuk perkembangan sumber manusia. Program tersebut

telah disalurkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah

memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup di dalam kurikulum di sekolah-

sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara. Mata pelajaran tersebut telah

dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 1991.

( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991 ).

Sebagaimana yang diketahui mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan

salah satu mata pelajaran Pra-Vokasional yang diajar di peringkat menengah rendah

yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas kepada dunia teknologi. Mata

pelajaran ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan ke arah untuk

mempertingkatkan lagi kemahiran praktis dan menyematkan semangat

keusahawanan dan daya mereka cipta di kalangan para pelajar. Mata pelajaran ini

juga dapat membekalkan para pelajar dengan kemahiran asas yang berfungsi bagi

membolehkan mereka bertindak dan mengendalikan hidup secara produktif dalam

dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah.

( Kementerian Pendidikan Malaysia , 1992 ).

Page 17: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

2

Menurut Yahya Emat (1993), beliau menyatakan pengalaman yang

diperolehi semasa proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup akan

memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dengan

menggunakan pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran ini dalam proses

kemahiran belajar untuk meningkatkan daya pemikiran serta kebolehan

menguruskan pembelajaran kendiri. Kesepaduan antara kumpulan iaitu kemahiran

manipulatif, perdagangan dan keusahawanan, kekeluargaan dan bahagian elektif

amat penting untuk membolehkan pelajar menguruskan diri, tempat kediaman dan

komuniti secara berkesan dan produktif.

Kenyataan di atas juga turut disokong dalam Rancangan mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu yang mempunyai matlamat dan objektif yang

tersendiri. Matlamat mata pelajaran KHB adalah untuk melahirkan insan yang

berdikari, memahami teknologi, memahami ekonomi, dan mempunyai sifat serta

sikap yakin diri, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik. Terdapat 10

objektif yang terkandung di dalam mata pelajaran ini, antaranya yang boleh

diambilkira dari aspek ini ialah :-

1. Memperoleh pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran asas yang

berteraskan mengenali dan memahami teknologi untuk berfungsi secara

berkesan dalam urusan di rumah dan tempat tinggal.

2. Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan baik pulih mudah dan

menyedari potensi ke arah menjadi usahawan.

3. Memupuk sikap kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, kerjasama dan

mengamalkan kerja yang sistematik, tabiat kerja yang selamat, sihat dan

bertanggungjawab.

( Buku Perancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 1992 ).

Page 18: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

3

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dirancang sedemikian rupa

adalah untuk menyumbang ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Negara

iaitu pembinaan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani.

Sepertimana yang diketahui di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu banyak peralatan tangan dan mesin yang digunakan. Di antara tajuk-

tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas,

Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian. Oleh

itu, penyelenggaraan alatan tangan di bengkel adalah penting demi memastikan

peralatan tangan yang digunakan oleh para pelajar sentiasa berada dalam keadaan

yang sempurna dan baik. Menurut Yahya (1989), peralatan, mesin dan bangunan

akan menjadi cepat rosak jika penyelenggaraan tidak dibuat dengan sempurna. Di

samping itu, alatan yang rosak akan membahayakan pengguna, khususnya kepada

para pelajar yang menggunakannya.

Di dalam menangani masalah keselamatan dari segi penyelenggaraan alatan

tangan, sistem pendidikan memainkan suatu peranan yang amat penting untuk

membentuk individu dalam ke arah mengamalkan keselamatan dan ini termasuklah

penyelenggaraan alatan tangan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sebagaimana yang diketahui bengkel-bengkel di sekolah menengah telah

diperuntukkan mutu fizikalnya dan sekolah-sekolah yang dibina dalam Rancangan

Malaysia ke-6 dan Rancangan Malaysia ke-7 telah disediakan dengan bilik-bilik

darjah dan bengkel mengikut keperluan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kerajaan

telah membelanjakan sebanyak RM 60.3 juta untuk menyediakan bengkel

Kemahiran Hidup tersebut di setiap sekolah.

( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991 ).

Page 19: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

4

Walau bagaimanapun menurut kajian Amir (1999), menyatakan masih lagi

terdapat kekurangan bengkel di mana ada sekolah yang menggunakan kelas dan

bangunan sambungan sementara dari bangunan induk dijadikan sebagai bengkel. Ini

juga dapat dilihat dari segi situasi bengkel yang sempit dan kekurangan alat-alat

tangan yang masih lagi ketara di kebanyakan bengkel. Ini adalah tidak selari atau

seiring dengan apa yang dinyatakan seperti dalam Sukatan Pelajaran yang

memerlukan lebih banyak lagi peralatan mengikut jumlah bilangan pelajar yang

terlibat dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Manakala melalui kajian yang telah dijalankan oleh Bidang Penyelidikan dan

Penilaian Pusat Perkembangan Kurikulum (1993), ia telah merumuskan bahawa

keperihatinan guru-guru Kemahiran Hidup tentang aspek keselamatan semasa proses

Pengajaran dan Pembelajaran adalah masih di tahap yang rendah. Ianya

menunjukkan hampir separuh daripada guru-guru yang dipraktikkan tidak

menyediakan peraturan keselamatan atau menegaskan tentang alat perlindungan

keselamatan. Sesetengah guru hanya membenarkan pelajar menggunakan peralatan

elektrik tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Jika ini terjadi ketka di mana

alatan tangan tersebut tidak diselenggara dengan sempurna maka akan berlakulah

kejadian yang tidak diingini kepada pelajar mahupun alatan tangan itu sendiri.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Mohd Razak Ahmad (1999), kajian

dilakukan ke atas seramai 66 orang guru di sekolah menengah di daerah Johor

Bahru. Di dalam kajiannya yang berkaitan pendapat dan sikap guru Kemahiran

Hidup terhadap tugas penyelenggaraan alat tangan kerja kayu, di mana kajiannya

meliputi masa untuk menyelenggara alat tangan kerja kayu, ilmu untuk

menyelenggara alat-alat tangan kerja kayu dan sikap guru Kemahiran Hidup

terhadap tugas penyelenggaraan alat-alat tangan kerja kayu serta kelengkapan

peralatan untuk menyelenggara alat-alat tangan kerja kayu.

Hasil kajian tersebut mendapati semua guru Kemahiran Hidup mempunyai

sikap positif terhadap tugas penyelenggaraan alatan tangan kerja kayu tetapi faktor

kekangan masa yang terhad menyebabkan guru Kemahiran Hidup tidak dapat

menyelesaikan tugas penyelenggaraan alatan tangan yang ada dengan baik. Ini

adalah kerana kebanyakan guru Kemahiran Hidup tidak mempunyai pengetahuan

Page 20: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

5

dan kemahiran yang cukup untuk menjalankan tugas penyelenggaraan alatan tangan

kerja kayu. Pihak sekolah yang tidak dapat menyediakan kelengkapan peralatan

untuk menyelenggara alatan tangan kerja kayu yang lengkap juga menjadi faktor

menyebabkan sebahagian kecil tugas penyelenggaraan alat-alat tangan bagi kerja

kayu tidak dapat dijalankan dengan baik.

Dengan ini merujuk kembali kepada hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd

Razak Ahmad (1999), menunjukkan bahawa penyelenggaraan alatan tangan bagi

kerja kayu adalah pada tahap yang sederhana. Oleh itu, beliau telah mengemukakan

beberapa cadangan kepada individu atau pengkaji, pihak sekolah dan Kementerian

Pendidikan Malaysia supaya dapat menyelesaikan seterusnya memperbaiki masalah

yang timbul terhadap tugas penyelenggaraan alat-alat tangan bagi kerja kayu di

Kemahiran Hidup Bersepadu. Di sini sebenarnya kedua-dua pihak terdiri daripada

guru dan pelajar seharusnya menanamkan sikap bekerjasama dalam tugas

menyelenggara alatan tangan agar ianya menjadi bertambah baik demi bengkel yang

digunapakai secara bersama.

Jika dilihat melalui kajian Rosnani (2000), menyatakan dari aspek kesedaran

atau tanggungjawab terhadap peralatan masih kurang di kalangan pelajar, di mana

mereka masih kurang mengetahui tahap kesedaran atau tanggungjawab tentang

penyelenggaraan keselamatan peralatan ketika melakukan kerja amali. Ini adalah

kerana mereka tidak melakukan penyelenggaraan alat tangan seperti membersihkan

peralatan yang mudah berkarat dengan tidak menyapukan minyak selepas kerja

amali yang mana lama-kelamaan alatan tangan tersebut akan menjadi cepat rosak

dan ini akan membahayakan serta menyebabkan kemalangan di bengkel.

Manakala melalui kajian Megat Hashim (1997), menyatakan alat

kelengkapan tidak diselenggarakan dengan baik kerana tiadanya pengetahuan

pengurusan dan penyelenggaraan alatan tersebut. Oleh itu, bagi mengekalkan jangka

hayat sesuatu peralatan atau mesin dengan lebih lama, maka pengurusan dan

penyelenggaraan kelengkapan perlu diberi keutamaan dari segi penggunaan, baik

pulih, penyimpanan dan sebagainya dan ini termasuklah penyelenggaraan alatan

tangan tersebut.

Page 21: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

6

Manakala melalui dapatan kajian Md. Zawawi (1998), menyatakan dari

aspek kemahiran guru adalah lemah ( 45.5%) terhadap pengurusan penyelenggaraan

bengkel dan kemahiran penyelenggaraan. Ini termasuklah dari segi penyelenggaraan

alatan tangan dan mesin yang mana apabila seseorang guru tersebut kurang

kemahiran penyelenggaraan , maka ini akan memberi kesan terhadap pelajar di mana

mereka kurangnya ilmu kemahiran penyelenggaraan dan apabila ini berlaku

terjadilah kerosakan terhadap alatan tangan di bengkel sekolah.

Ini turut disokong Ng Beng Goh (1997), melalui dapatan kajiannya juga

menyatakan pengetahuan guru dalam penyelenggaraan alat tangan dan mesin juga

adalah masih cetek dan ini akan memberi implikasi terhadap Pengajaran dan

Pembelajaran terutama kepada pelajar. Jika pengetahuan dari aspek

penyelenggaraan masih lemah, maka ini juga akan menjadikan alatan tangan mudah

rosak dan proses Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan kurang berkesan.

Ini sebagaimana melalui dapatan kajian oleh Mohd Nuzi (2000), menyatakan

dengan adanya pengetahuan dan kemahiran tentang pengendalian alatan tangan dan

mesin, maka kerja amali bagi projek yang dijalankan akan dapat disiapkan mengikut

tempoh yang diperuntukkan. Berdasarkan kajian tersebut, pengetahuan dan

kemahiran yang dimaksudkan adalah dari segi penyelenggaraan alatan tangan

perlulah dilakukan untuk menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan

dengan lancar dan berkesan.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kenyataan melalui latar belakang tersebut, maka pengkaji ingin

menjalankan kajian tentang kebolehan pelajar terhadap penyelenggaraan alatan

tangan di bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu dan masalah yang ingin dikaji adalah

dari aspek pengetahuan, kemahiran asas dan kesedaran tentang betapa pentingnya

penyelenggaraan alatan tangan ini dilakukan kerana ini akan turut sama membantu

guru-guru Kemahiran Hidup tersebut dalam tugasan penyelenggaraan alatan tangan

di bengkel Kemahiran Hidup supaya pembelajaran amali akan menjadi lebih

Page 22: KEBOLEHAN PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP … · tajuk yang banyak menggunakan alatan tangan ialah Kerja Kayu, Kerja Paip Asas, Elektrik, Elektronik, Lukisan Teknik, Ekonomi Rumah

7

sempurna di samping alatan tangan sentiasa dalam berkeadaan baik serta boleh

digunapakai secara bersama.

1.4 Objektif Kajian :

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap

penyelenggaraan alatan tangan di kalangan pelajar menengah rendah iaitu pelajar

tingkatan dua di dua buah sekolah menengah di Daerah Kulim / Bandar Baru,

Kedah Darul Aman.

1.4.1 Mengenal pasti kebolehan pelajar dari aspek pengetahuan asas

tentang penyelenggaraan alatan tangan yang betul.

1.4.2 Mengenal pasti kebolehan pelajar dari aspek kemahiran asas tentang

penyelenggaraan alatan tangan yang digunakan.

1.4.3 Mengenal pasti kebolehan pelajar dari aspek kesedaran kepentingan

tentang perlunya penyelenggaraan alatan tangan dilakukan.

1.5 Persoalan Kajian :

1.5.1 Adakah pelajar mempunyai kebolehan pengetahuan asas tentang

penyelenggaraan alatan tangan sebelum ini ?

1.5.2 Adakah pelajar mempunyai kebolehan kemahiran asas dalam

penyelenggaraan alatan tangan di bengkel KH ?

1.5.3 Adakah pelajar mempunyai kebolehan terhadap kesedaran

kepentingan penyelenggaraan alatan tangan ?