alatan tangan dlm kerja kayu

69
Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu ABDUL SUKUR KAMSIR INSTITUT PERGURUAN TU HUSSEIN ONN, BATU PAHAT

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 30-May-2015

39.683 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alatan tangan dlm kerja kayu

Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu

ABDUL SUKUR KAMSIRINSTITUT PERGURUAN TU HUSSEIN ONN, BATU

PAHAT

Page 2: Alatan tangan dlm kerja kayu

Isi Kandungan

1. Penghargaan 3

2. Pengenalan 5

3. Alatan Menanda dan merancang tanda 6

4. Alat mengapit dan menyangga 19

5. Alat memotong dan menajam 26

6. Alat menukul dan memutar 61

7. Kesimpulan 68

8. Lampiran 69

9. Rujukan 71

Page 3: Alatan tangan dlm kerja kayu

ALATAN TANGAN DALAM

KERJA KAYU

Page 4: Alatan tangan dlm kerja kayu

1. PENGENALAN

Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dikelompokan kepada :-

1.1. Alat Menanda dan Merancang Tanda

1.2. Alat mengapit dan Menyangga

1.3. Alat Memotong

1.4. Alat Memukul dan Memutar

1.5. Alat Menajam

Page 5: Alatan tangan dlm kerja kayu

ALAT MENANDA

DAN

MERANCANG TANDA

Page 6: Alatan tangan dlm kerja kayu

1.1. Alat Menanda dan Merancang

1.Pembaris Keluli

Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan milimeter (mm).Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan 1000 mm.Lihat rajah 1 di sebelah :

Rajah 1 : Pembaris keluli

Page 7: Alatan tangan dlm kerja kayu

a)Kegunaan alat ini ialah :--mengukur dan memindahkan -membina garisan lurus pada

permukaan -menguji kerataan permukaan

b) Cara menggunakan pengukur Keluli adalah seperti yang berikut.Lihat.Rajah !(a),(b) ( c) di sebelah.

Rajah 1(a) : Mengukur panjang

Rajah 1(b) : Menguji Kerataan

Rajah 1( c ) :Membina Garisan Lurus

Page 8: Alatan tangan dlm kerja kayu

3.Pita Pengukur

Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pita

pengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0

meter.Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur jarak yang

pendek serta panjang.Pita pengukur juga boleh digunakan

untuk memindahkan ukuran. Lihat Rajah 3 di bawah.

Rajah 3 : Pita Pengukur

Page 9: Alatan tangan dlm kerja kayu

4.Pisau Penanda

Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli

khas.Pisau penanda digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong

dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.Lihat rajah 4 di bawah.

5.Pensil Tukang

Mata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal. Permukaannya berbentuk

segiempat tepat.Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan

merancang tanda.

Rajah 4 : Pisau Penanda

Page 10: Alatan tangan dlm kerja kayu

6. Pembaris Lipat

• Pembaris lipat dibuat daripada kayu keras yang boleh dilipat.Rajah 5 di sebelah.

• Hujung pembaris ini diperkuatkan dengan loyang supaya tahan lasak.

• Saiznya berbeza-beza daripada 90 sm hingga 480 sm

• Pembaris lipat berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang dibuat.

Rajah 5 : Pembaris Lipat

Page 11: Alatan tangan dlm kerja kayu

7.Aras Spirit.

Aras spirit ialah sejenis alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.Ia

dperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan rata pada kedua-dua

mukanya.Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spirit

atau air untuk mendapatkan aras atau kepugakan.Panjang Aras Spirit biasanya

diantara 300 milimeter (mm) hingga 1.5 meter (m).Lihat rajah 6 di bawah.

Rajah 6 : Aras Spirit

Page 12: Alatan tangan dlm kerja kayu

8.Sesiku Serong Boleh Laras.

Bentuk badannya serupa dengan sesiku ‘L’ melainkan matanya tidak dipasang tetap.Ia digunakan untuk menadakan atau menguji sesuatu garisan yang sudutnya lain daripada 45° darjah dan 90° darjah.Lihat rajah 7.

9.Sesiku Bergabung

Badan dan mata diperbuat daripada keluli.Manakala matanya boleh dilaraskan atau diubahsuaikan kedudukan pada badannya.Badannya mempunyai satu muka yang bersudut 90°dan mukanya yang lain bersudut 45°dengan matanya.Lihat rajah 8.

Rajah 7 : Sesiku Serong Boleh Laras

Rajah 8 : Sesiku Bergabung

Page 13: Alatan tangan dlm kerja kayu

10.Tolok Penanda

Tolok penanda diperbuat daripada kayu.Tolok penanda mempunyai badan dan pelaras.Mata terdapat pada kayu pelaras.Terdapat dua jenis tolok penanda iaitu Tolok Penanda satu paku(mata) dan Tolok Penanda Tanggam Puting(dua mata). Lihat rajah 9 di bawah.

Rajah 9 : Tolok Penanda

Page 14: Alatan tangan dlm kerja kayu

a)Kegunaan Tolok Penanda.-Tolok penanda digunakan untuk

menandai ukuran tebal atau lebar kayu.

-Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai

dengan garisan selari dengan

iras kayu yang dibuat pada sisi atau

permukaan kayu.

-Garisan ini menunjukkan tebal atau

lebar kayu dalam ukuran yang

seragam.Cara menanda tebal kayu,garisan

selari dibuat pada sisi kayu Lebar

kayu,garisan selari dibuat pada permukaan

kayu

Rajah 9(a) : Tanda Tebal kayu

Rajah 9(b) : Tanda Lebar kayu

Page 15: Alatan tangan dlm kerja kayu

b) Cara-cara menggunakan Tolok Penanda.1.Longgarkan skru tangan,Laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang dikehendaki.Kemudian, ketatkan skru tangan itu semula.Lihat rajah 10 bawah.2.Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak rapat ke sisi atau permukaan kayu.3.Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya mudah ditolak. Pastikan bahawa mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk membentuk garisan kerja

Rajah 10 : Cara menanda

Page 16: Alatan tangan dlm kerja kayu

11. Tolok Bersengat.

Tolok bersengat ialah sepasang jangka yang diperbuat daripada keluli dan

kedua-dua kakinya adalah tajam seperti paku.Tolok bersengat digunkan untuk

membuat bulatan pada kayu atau membuat tanda melengkung.

Rajah 11 : Tolok Bersengat

Page 17: Alatan tangan dlm kerja kayu

ALAT MENGAPIT

DAN

MENYANGGA

Page 18: Alatan tangan dlm kerja kayu

1.2.Alat Mengapit dan Menyangga

Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam atau kerja kayu, alat-alat khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.

Peralatan ini direkebentukkan khas untuk jenis pemasangan yang tertentu.Antara peralatan untuk kerja mengapit dan menyangga ialah ragum meja, apit G, Apit F, Apit panjang,Apit Rencong,Kakaktua dan lain-lain lagi.

Page 19: Alatan tangan dlm kerja kayu

a. Ragum Meja

1.Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam(Lihat Rajah 12 di bawah).

2.Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.

3.Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium)

untuk menjaga permukaan kerja.

4.Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.

5.Perhatian- Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.

Rajah 12 : Ragum Meja

Page 20: Alatan tangan dlm kerja kayu

b. Apit G dan Apit F1.Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli.

2.Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.

3.Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk :

-mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.

-memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.

4.Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.Lihat rajah 13 di bawah.

Rajah 12 : Apit G dan Apit F

Page 21: Alatan tangan dlm kerja kayu

d. Apit Panjang

Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjangnya ialah 0.6 meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter, dan 1.8 meter.Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan. Sila lihat rajah 14 di bawah.

Rajah 13 : Apit Panjang

Page 22: Alatan tangan dlm kerja kayu

e. Apit Rencong

Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan.Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar. Lihat rajah 15 di bawah.

Rajah 14 : Api Rencong

Page 23: Alatan tangan dlm kerja kayu

f. Kakak Tua

Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku,

memotong dawai, dan sebagainya.Kakak tua biasanya

bersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiri

daripada lengan, rivet,rahang, dan kuku.

Gambarajah 15 : Kakak tua

Page 24: Alatan tangan dlm kerja kayu

ALAT MEMOTONG

DAN

MENAJAM

Page 25: Alatan tangan dlm kerja kayu

1.3 : Alat Memotong dan Menajam

Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki.Alat memotong ialah seperti gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan gergaji lengkung halus.Manakala bagi menajamkan alat-alat ini pula ia adalah seperti ketam pelicin, ketam kasar,ketam tetingkat, ketam pangkas, ketam lurah, dan ketam golek.

Page 26: Alatan tangan dlm kerja kayu

a. Jenis-jenis Ketam

Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang ada di dalam bengkel.Ketam yamg sentiasa digunakan dalam proses membuat kerja kayu dan perabut ialah:

1.ketam kasar

2.ketam pelicin

3.ketam golek

4.ketam lurah

5.ketam pangkas

6.ketam tetingkat

7.ketam pancaguna

8.ketam kasar sepanjang 500-750 mm.

Page 27: Alatan tangan dlm kerja kayu

1.Ketam Kasar

a-Ketam Kasar

-Terdiri daripada jenis kayu atau logam

-Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang diperlukan dengan cepat

-Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat.

-Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm

Page 28: Alatan tangan dlm kerja kayu

2.Ketam Pelicin-Sebagaimana juga ketam kasar, badan ketam pelicin juga ada yang diperbuat daripada logam dan kayu.-Badannya terdapat yang berukuran 203- 228 mm.-mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37 mm hingga 62 mm.-Kegunaannya ialah untuk mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat.

Page 29: Alatan tangan dlm kerja kayu

3. Ketam Tetingkat Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada

tepi atau hujung kepingan kayu. Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti

ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.

Page 30: Alatan tangan dlm kerja kayu

4.Ketam Pangkas Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu

secara melintang ira. Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay

kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong.

Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm.

Page 31: Alatan tangan dlm kerja kayu

5.Ketam Lurah Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi

membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu.

Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.

Page 32: Alatan tangan dlm kerja kayu

6. Ketam Golek

Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang cembong.

Ketam ini diperbuat daripada logam. Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan

Page 33: Alatan tangan dlm kerja kayu

7. Ketam Pancaguna

Ketam ini besar dan berat. Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah Ketam ini diperbuat daripada logam Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.

Page 34: Alatan tangan dlm kerja kayu

Jenis-jenis ketam

Page 35: Alatan tangan dlm kerja kayu

b.Jenis-jenis Gergaji

Proses kerja-kerja di bengkel kerja kayu memerlukan gergaji

untuk memotong atau membelah kayu.Terdapat pelbagai jenis gergaji.Proses memotong kayu mengikut urat selari memerlukan gaji belah.Memotong kayu melintang urat kayu memerlukan gergaji kerat. Perbezaan utama antara kedua –dua gergaji ini ialah pada bentuk giginya.saiz mata gergaji tangan ditentukan oleh panjang mata gergaji dari hujung ke tumit dan bilangan giginya dalam 25 mm.Terdapat beberapa jenis gergaji yang selalu digunakan, antaranya ialah:

1. Gergaji Kerat2. Gergaji Belah3. Gergaji Puting4. Gergaji Lengkung Halus5. Gergaji Bajang6. Gergaji Tebok7. Gergaji Ekor Tikus

Page 36: Alatan tangan dlm kerja kayu

1. Gergaji Kerat

Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu.

Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau di hujungnya dan tepi hadapannya bersudut antara 70 darjah-80 darjah kepada garisan giginya.

Gergaji kerat mempunyai bilanagn gigi nya antara 5 hingga 9 batang bagi setiap 25 mm.

Gergaji kerat biasanya panjang antara 550 mm – 700 mm.

Lihat rajah di bawah yang menunjukan saiz dan bilangan gigi

.

Rajah : Gergaji Kerat

Page 37: Alatan tangan dlm kerja kayu

2. Gergaji Belah

Gergaji belah digunakan khas untuk membelah kayu yang telah digergajikan mengikut atau selari dengan ira kayu.

Gergaji belah mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata pahat dan tepi hadapannya bersudut tepat denagn garis giginya.

Gergaji belah mempunyai bilangan gigi antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25 mm.

Gergaji ini mempunyai tiga jenis iaitu jenis kecil, jenis sederhan, dan jenis besar

Penggunaan gergaji ini bergantung kepada ketebalan kayu yang hendak dibelah.

Panjang gergaji kerat ini ialah antara 600 mm hingga 700 mm.

Rajah : Gergaji Belah

Page 38: Alatan tangan dlm kerja kayu

Cara-cara menggunakan gergaji tangan

1. Condongkan gergaji 45°daripada benda kerja apabila mengergaji belah.

2. Condongkan gergaji 60° daripada benda kerja apabila mengergaji kerat.

Page 39: Alatan tangan dlm kerja kayu

3. Gergaji Puting Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh

jalur logam ( patil keluli) di belakang matanya. Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai

untuk memotong kayu-kayu yang kecil. Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan

gergaji puting. Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil

anta 12 hingga 14 bilah bagi setiap 25 mm. Kegunaannya adalah untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam

seperti membuat puting dan lain-lain.

Rajah : Gergaji Putting

Page 40: Alatan tangan dlm kerja kayu

4.Gergaji Lengkung halus

Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang tegak.

Panjang matanya ialah 150 mm.

Gergaji lengkug halus ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.

Page 41: Alatan tangan dlm kerja kayu

5. Gergaji Bajang

Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi lebih kecil.

Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci. Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang

pemasangannya lebih ketat dan tepat

Rajah : Gergaji Bajang

Page 42: Alatan tangan dlm kerja kayu

6. Gergaji Tebok

Gergaji tebok bermata halus dan berbentuk tirus. Panjangnya 300mm hingga 450 mm. Gergaji tebok digunakan untuk memotong benda

kerja yang lurus dan melengkung di bahagian dalam.

Page 43: Alatan tangan dlm kerja kayu

7. Gergaji Ekor Tikus

Mata gergaji ekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok. Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar. Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek daripada gergaji tebok iaiti 200

mm hingga 400 mm. Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerat benda kerja yang

lurus atau melengkung di bahagian dalam yang lebih sempait.

Page 44: Alatan tangan dlm kerja kayu

c. Jenis-Jenis Pahat

Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahat-

pahat ini mempunyai fungsi yang berlainan dalam membuat

sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada

keluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat

daripada kayu atau plasti yang tahan diketuk

Pahat-pahat tersebut ialah :• Pahat Pelubang (Kerja Kasar)• Pahat Parut (Kerja halus)• Pahat Kuku Jenis Peraut-Serong Dalam• Pahat Kuku Jenis Pengukir-Serong Luar

Page 45: Alatan tangan dlm kerja kayu

i. Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan gandin semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar.

ii. Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30° hingga 35°.

iii. Semasa mencanai matanya mestilah bersudut 20° hingga 25°.Lihat rajah di sebelah

1. Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh

Page 46: Alatan tangan dlm kerja kayu

i. Pahat peraut pada kebiasaannya, mata pahat ini adalah serong pada bahagian tepinya serta serongan itu adalah lebih panjang dan nipis.Matanya tebal dibahagian tengah dan nipis pada bahagian tepi.Ini menyebabkan ianya tidak sekuat pahat pelubang.

ii. Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm

iii. Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25°.Manakala untuk menajamkan menggunakan mesin pencanai pula ialah 20°.

iv. Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai.

v. Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat ini.

2. Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong

Page 47: Alatan tangan dlm kerja kayu

i. Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkung

ii. Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm hingga 40 mm

3. Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Dalam

3. Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Luar

i. Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk membuat lurah tepat.

ii. Ia sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-mengukir.

iii. Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.

Page 48: Alatan tangan dlm kerja kayu

Gambar rajah : Jenis-jenis pahat

Page 49: Alatan tangan dlm kerja kayu

Gambarajah : Cara mengasah pahat

Page 50: Alatan tangan dlm kerja kayu

ALAT MENUKUL

DAN

MEMUTAR

Page 51: Alatan tangan dlm kerja kayu

1.4. Alatan Menukul Dan MemutarProses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenis Alatan.Peralatan-peralatan tersebut boleh di kelaskan kepada dua Bahagian iaitu Peralatan Menukul dan Peralatan Memutar.A. Alat Menukul :i. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)ii. Tukul Besi Warringtoniii. Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulativ. Gandinv. Pembenam Paku

B. Alatan Memutar :vi. Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philipvii. Gerudi tanganviii. Gerudi Giarsala

Page 52: Alatan tangan dlm kerja kayu

A. Alatan Menukuli. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)

-Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi

dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah

-Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg.

-Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg

-Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.

Page 53: Alatan tangan dlm kerja kayu

ii. Tukul Besi Warrington. Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang. Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang

di celah jari. Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.Saiznya

ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am.

Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit

Page 54: Alatan tangan dlm kerja kayu

iii.Gandin

Gandin kayu digunakn untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.

Kepala gandin berbentuk selinder atau segi empat .

Gandin diperbuat daripada kayu keras.

Page 55: Alatan tangan dlm kerja kayu

B.Alat Memutar

Alat memutar adalah alat yang digunakan untuk memasang antaradua kayu dengan cara pusingan sama ada mengikut arah jam atau lawan jam dengan menggunakan skru.

1.Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip-Terdiri daripada dua jenis iaitu jenis biasa atau pub bergear.-Matanya dibuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung samada kepala atau Philips.-Panjang matanya antara 75mm hingga 300mm.-Pemegangnya dibuat daipada kayu atau plastik.-Kegunaan alat ini aialah untuk memasang atau menaggalkan skru.

Page 56: Alatan tangan dlm kerja kayu

2.Gerudi

Gerudi terdiri daripada dua jenis :

-Gerudi bergear lebih ringan

-Gerudi jenis gear sal(engkol)

Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja

melubang

Terdapat beberapa jenis mata antaranya

-Mata tengah

-Mata terlaras

-Mata paku

-Mata pulas

-Mata Froster

-Mata Pelubang benam

Page 57: Alatan tangan dlm kerja kayu

a. Gerudi tangan

• Gerudi tangan digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter tidak melebihi 8 mm.

• Bahagian utama gerudi ialah hulu, pemegang tepi, tangkai engkol, piring gear, pinion, bindu, dan rahang.

• Gerudi tangan digunakan bersama mata gerudi pintal.

• Saiz mata gerudi pintal ialah 0.4mm hingga 12.5mm.

• Ia boleh membiuat lubang pada kayu dan logam.

• Semasa mengerudi logam, mata gerudi hendaklah dibubuh minyak untuk mengelak mata panas dan terbakar.

Page 58: Alatan tangan dlm kerja kayu

b. Gerudi Engkol

• Gerudi engkol digunakan untuk menebuk lubang pada kayu.

• Saiznya ditentukan pada hayunan pemegangnya.

• Bahagian utamanya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol, gear sehala, bindu, dan rahang.

• Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit.

• Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan mata gerudi pintal.

• Ia tidak boleh membuat lubang pada logam.

Page 59: Alatan tangan dlm kerja kayu

3. Senggerek

• Senggerek digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu.

• Untuk membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke kiri sambil menekan.

Page 60: Alatan tangan dlm kerja kayu

1.5 Alat Menajam

1.5.1 Kikir MenajamSejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli

bermutu tinggi.Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipis, dan melicinkan permukaan sesuatu komponen kerja.

Bagi menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan tepat.Pelbagai jenis kikir yang terdapat di dalam bengkel kerja kayu. Antaranya ialah :

a. Kikir Pipih Tirusb. Kikr Pipih Kasarc. Kikir Belah Rotand. Kikir Bulate. Kikir Segi Empat samaf. Kikir Segi Tigag. Kikir Pipih Nipish. Kikir Bentuk Pisau

Page 61: Alatan tangan dlm kerja kayu

a. Kikir Pipih Tirus

Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan.

Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat halus.

Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk selari dan satu pertiga panjang hujungnya berbentuk tirus.

b. Kikir Pipih Kasar

Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan.Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat.Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam.

Page 62: Alatan tangan dlm kerja kayu

c. Kikir Belah Rotan

Kikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telah siap.Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik.Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang.

d. Kikir Bulat

Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus.Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus.Bentuk giginya lurus dan bersilang.Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang melengkung.

Page 63: Alatan tangan dlm kerja kayu

Gred kikir ini daripada yang sangat kasar dan sangat halus.Kegunaan kikir ini ialah untuk mengikirkan atau membesarkan lubang yang berbentuk segi empat secara kasar.Kegunaan lain ialah untuk mengikir lurah atau alur yang berbentuk segi

empat.

e. Kikir Segi Empat Sama

f. Kikir Segi Tiga

Kikir ini ialah kikir untuk kerja menajamkan gergaji belah dan kerat.Mata gigi kikir ini bersilang.Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.Kikir jenis ini juga digunakan untuk membersihkan pepenjuru yang

bersudut.Kikir ini juga boleh mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.

Page 64: Alatan tangan dlm kerja kayu

Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.

Gigi kikir ini berbentuk silang.

Kegunaan utama ialah untuk mengikir celah-celah yang nipis.

Bentuk kikir ini tirus pada hujungnya tetapi tebal sama pada

keseluruhan panjang.

Saiz kikir ini ialah 100mm, 150mm dan 200mm.

g. Kikir Pipih Nipis

h. Kikir Pipih Nipis

Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.Kegunaan utama ialah untuk menajamkan mata yang terdapat pada

mata gergaji.Digunakan juga untuk menajamkan alat-alat pemotong.

Page 65: Alatan tangan dlm kerja kayu

Rajah : Kikir

Page 66: Alatan tangan dlm kerja kayu

Kesimpulan.

Penulisan tugasan ini amat berharga kerana memberi pendedahan cara penggunaan alatan tangan yang betul. Pengalaman ini akan kami gunakan nanti apabila bertugas di sekolah nanti. Penulisan ini memberi penjelasan dan pemahaman yang mantap tentang fungsi sesuatu alatan tangan.

Pengalaman ini mungkin tidak dapat diulangi di waktu dan tempat yang lain. Kami juga dapat mengenali berbagai jenis alatan kerja tangan dan ada yang kami tidak mengetahui nama dan fungsinya. Penulisan kreatif ini dapat memberi kefahaman kepada kami tentang fungsi alat kerja tangan.

Page 67: Alatan tangan dlm kerja kayu

lampiran

Page 68: Alatan tangan dlm kerja kayu

Gambarajah :Gerimit

Gambarajah : Gandin

Gambarajah : Gerudi tangan Gambarajah : Pemutar Skru

Page 69: Alatan tangan dlm kerja kayu

Bahan Rujukan

Asnul Dahar bin Minghat, Anuar bin Mohamad (2004). Teknologi Kayu, Skudai : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,UTM.

Shahnon Lim.Zainal A (2004), Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras dan KMT) : Sasbadi, Petaling Jaya.

Walton, John. (1971), Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mat Lazim Zakaria (2001). Bahan dan Binaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.